Thursday, February 25, 2010

From Hafiz @ Berita Harian

Hafiz @ Pra-Kemuncak ABPBH, Palace of Golden Horses



Kak Engku, Shira Hos ABPBH 2009
23-Feb-2010 Oleh: Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 24 FEB 2010: Dua pengacara wanita popular, Raja Azura dan Sharifah Shahira sekali diumumkan sebagai pengacara utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) yang akan diadakan secara gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.

Pengumumannya telah dibuat pada sidang media Majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2009 di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini petang tadi yang turut dihadiri barisan selebriti popular tempatan.

Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah berkata,pemilihan mereka bertepatan sekali dalam membawa keceriaan suasana majlis yang dinanti-nantikan itu.

Belaiu berkata,kedua-dua pengacara itu pernah digabungkan pada malam kemuncak ABPBH 2007.Manakala Shahira juga pernah digandingkan bersama pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli pada anugerah yang sama tahun lalu.

"Kami di Berita Harian berpendapat, kemunculan semula Raja Azura sebagai pengacara utama ABPBH 2009 adalah bertepatan sekali, memandangkan dia sememangnya sudah sinonim dengan majlis penganugerahan ini sejak sekian lama.

"Sebelum ini Raja Azura pernah kami gandingkan bersama Anita Sarawak dan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy. Begitu juga dengan Shahirah yang sudah beberapa kali menjadi pengacara majlis ini.

"Malah saya percaya, gandingan mereka dijangka akan menggamatkan lagi ABPBH 2009 dan membuatkan acara malam itu nanti lebih gempak serta tidak membosankan," katanya kepada portal hiburan murai.com.my.

Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran barisan selebriti popular, pereka fesyen dan tidak ketinggalan Penolong Pengarang Kumpulan Berita Harian Sendirian Berhad, Mafa Ali dan juga Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar.

Hanizam menambah , pemilihan kedua-dua pengacara program Gedik Santai itu dibuat berdasarkan begitu banyak permintaan peminat untuk melihat gandingan ceria mereka berdua, selain penelitian terperinci daripada penggiat seni hiburan tempatan.

Turut diumumkan pada majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2009 itu, barisan 22 selebriti yang bakal menaiki pentas sebagai penyampai trofi serta 10 artis yang akan membuat persembahan.

Antara yang dijangka menyampaikan trofi ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Nora, Noralbaniah, Fauziah Ahmad Daud, Kak Yong, Watie, Ummi Nazeera, Scha Al-Yahya, David Teo dan Norliana Samsudin.

Manakala Adam, Stacy, Aril, Akim, Hafiz, Dafi, Alyah, Aril , Ainul Aishah, Azlan The Type Writer, Black, Jaclyn Victor, Wings, Rabbani, Faizal Tahir, Bunkface, One Nation Emcee dan Diana Danielle adalah antara artris yang akan membuat persembahan pada malam itu.

Source : www.murai.com.my

Ahli Fan Club Awek Hafiz?




25-Feb-2010 Oleh: Murai Batu

KL, 28 FEB 2010: Seronok pulak Murai Batu bila dapat tahu yang Juara Akademi Fantasia Musim Ke-7, Hafiz sekarang ini tengah dilamun cinta.

Patutlah, kebelakangan ini Hafiz nampak macam gembira sangat. Wajah pun selalu berseri-seri. Nyanyi pun macam bersemangat je.

Murai Batu pasti ramai yang nak tahun dengan siapa Hafiz ni bercintakan? Alahhh… dengan siapa lagi? Dengan ahli kelab peminat dialah.

Sebenrnya cerita Hafiz bercinta dengan ahli kelab peminat dia ni, dah lama Murai Batu dengar. Tapi, selagi tidak ada kepastian, Murai Batu tak mahu cerita.

Tapi minta maaflah sebab nama si gadis bertuah tu terpaksa Murai Batu rahsiakan dulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Cuma apa yang boleh Murai Batu kongsikan kat sini yang si gadis tu boleh tahan comel orangnya. Ibunya orang Sarawak. Bapanya pula orang Negeri Sembilan. Gabungan Satu Malaysia jugalah gamaknya.

Satu lagi yang Murai Batu nak cakapkan kat sini, ramai sebenarnya yang telah merestui hubungan mereka berdua termasuklah ibunda Hafiz sendiri.

Wahhh, baguslah. Murai Batu rasa tidak ada salahnya pun kalau diaorang ni bercinta sebab dia orang ni pun dah besar panjang. Asal diaorang tahu batas-batasnya pun dah cukup.


MURAIBATU: Tunggu Akim pula ceritakan siapa buah hatinya!

Sunday, February 21, 2010

VIDEO MUZIK : HAFIZ CIPLAK SABHI SADHI?




KL, 21 FEB 2010: Ketika ini, Murai Batu dengar peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip sibuk membahaskan isu mengenai video muzik terbaru Hafiz bertajuk Noktah Cinta.

Jika sebelum ini, video muzik Masih Jelas terpaksa dibikin sampai 2 kali berikutan permintaan daripada peminat fanatik Hafiz sendiri yang kurang menggemari jalan cerita yang ditonjolkan dalam lagu, kali ini, lain pula ceritanya dengan video muzik Noktah Cinta.

Ia kononnya dikatakan mempunyai persamaan dengan video muzik pendatang baru, Sabhi Sadhi bertajuk Nadiku. Persamaannya pula bukan saja dari sudut jalan cerita tetapi juga dengan gaya lakonan.

Gara-gara itu, Hafiz telah menjadi mangsa utama kerana dituduh menciplak video muzik Sabhi Saddi yang telah dilancarkan pada lebih awal daripada muzik video Hafiz sendiri iaitu pada Januari lalu. Pelancaran muzik video itu telah dilakukan secara serentak album EP Sabhi yang diadakan di kelab Maison Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas Murai Batu selidik. kes siapa tiru siapa sebenarnya tidaklah wujud sama sekali dan semua ini berlaku secara kebetulan saja dan persamaan tersebut bukanlah seratus-peratus sama.

Mengikut pengamatan Murai Batu, babak yang sama hanya wujud sewaktu roh Hafiz dan Sabhi melutut serta menyanyi di hadapan kekasih mereka. Kekasih Hafiz adalah Erin Malik dan kekasih Sabhi pula adalah Zaleha.

Selain itu, sedikit persamaan juga ada apabila wujudnya watak yang sama iaitu sahabat baik serta doktor di dalam kedua-dua muzik video tersebut.

Kebetulan pengarah yang ditugaskan untuk mengarahkan video muzik kedua-dua penyanyi ini adalah pengarah baru yang saling mengenali di antara antara satu sama lain.

Pengarah untuk video muzik Sabhi iaitu Aidil Fitri, manakala pengarah video muzik Hafiz adalah Irwan yang pernah memikul tanggungjawab sebagai produser konsert AF7 dulu. Jadi mungkin, idea yang sama itu datang secara tidak diduga.

Murai Batu harap janganlah kerana video muzik ini, peminat suka membandingkan karaktor Hafiz dan Sabhi. Jangan sampai kedua penyanyi ni saling bermasam muka Yang jelas, kedua-dua penyanyi ini mempunyai kekuatan sendiri. Seorang juara AF7 dan seorang lagi pernah ada kaitan dengan bintang AF2 iaitu Adam.

Terus-terang Murai Batu kagum dengan penglibatan pelakon popular dalam video muzik Noktah Cinta seperti Rozie Rashid dan Erin Malik. Tidak lupa juga usaha gigih Sabhi yang menyatukan bakat-bakat dari stesen TV seperti DJ Muadz dari RTM, Dayana dari Anak Wayang Astro serta Zaleha pengacara di TV9. Yang penting, Murai Batu suka juga dengar kedua-dua lagu ini. Jiwang seh!!

Source : http://www.murai.com.my/

Thursday, February 18, 2010

Contest Episode 5 Roket! Destinasi: Bintang

Episod 5 bakal bersiaran hari jumaat ini pada jam 9:30 malam Jumaat ini. Jangan lupa untuk menonton Hafiz , Aril dan aril dalam rancangan Roket Destinasi : Bintang di ASTRO Ria (104) dan menangi barangan cenderahati Roket berupa T-Shirt dan poskad istimewa dengan menjawab 2 so...alan berdasarkan episod malam ini bersertakan slogan terbaik tidak kurang dari 5 patah perkataan.

1: Salah seorang dari artis kita terkejut kerana rambutnya bakal dibotakkan dan diwarna biru. Siapakah dia diantara Hafiz, Aril dan Akim?

2: Namakan syarikat yang menerbitkan rancangan roket destinasi:bintang, seperti yang tertera di akhir rancangan...


3: Saya suka menonton roket destinasi bintang kerana... (tidak kurang dari 5 patah perkataan)

Emelkan jawapan berserta slogan dan sertakan nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat kepada tenonten@enfiniti.com.my selepas habis siaran 10 malam . Pemenang mingguan akan kami umumkan seawal Selasa 23hb Feb 2010 melalui Facebook Friends of Enfiniti dan emel.

Untuk menonton trailer episod 5, sila layari:http://www.youtube.com/watch?v=i7S_R8B0NXQ

Posted by Azimy/Chedd Enfiniti

Saturday, February 13, 2010

SPECIAL ANNOUNCEMENT!!!!!!

Dear Friends and Fans of Hafiz,

This is a special announcement regarding the LET'S BOWLING WITH HAFIZ 2 event at Riverside Superbowl, Kuching on 26th Feb 2010. Thank you to those who have responded. Really appreciate it.

Due to the overwhelming responses, we're gonna have to limit the participations to just 90 pax. We're afraid that the place will not be able to accomodate more people than that. To those who have responded to the FB invitations, please make your payments as soon as possible. The policy now is FIRST COME FIRST SERVE. We can only entertain the FIRST 90 pax WHO MADE THE PAYMENT.

We're so sorry for any inconvenience caused.

Looking forward from all of you.

Sincerely,
H

Friday, February 12, 2010

Tonton Roket Destinasi Bintang malam ini dan menang!

From Tiara's facebook:

Jangan lupa untuk menonton Hafiz , Aril dan Akim dalam rancangan Roket Destinasi : Bintang episod 4 malam ini di ASTRO Ria (104) dan menangi barangan cenderahati Roket berupa T-Shirt dan poskad istimewa dengan menjawab 2 soalan berdasarkan episod malam ini bersertakan slogan terb...aik tidak kurang dari 5 patah perkataan

1: namakan salah seorang daripada wartawan jemputan semasa sesi kelas media...

2: namakan satu daripada penaja rancangan roket destinasi:bintang, seperti yang tertera di akhir rancangan...

3: saya suka menonton roket destinasi bintang kerana... (tidak kurang dari 5 patah perkataan)

Emailkan jawapan berserta slogan dan sertakan nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat kepada tenonten@enfiniti.com.my selepas habis siaran 10malam ini. pemenang mingguan akan kami umumkan seawal Selasa 16hb Feb 2010 melalui Facebook Friends of Enfiniti dan email.

posted by chedd

Al-Fatihah from HafizFC

Assalamualaikum Friends and Fans of Hafiz,

This morning, we at HafizFC received a sad news. One of our chatters and ardent fans of Hafiz, Issha Isskandar Hasshim passed away. Her chatname was Akuika. She was involved in an accident during the new year celebration 2 months ago. Been in a comatose state for about a while after several operations. But from what we heard, she was recovering positively.

But Allah loves her more. Feel so sad for someone so young. Although we have never met personally, we know that she was a beautiful and kind person inside and out.

To her family and friends, we are deeply saddened by this news. Be strong. She will always live in our hearts. May Allah bless her soul. Amin.


Al-Fatihah.


Sincerely,

H

Monday, February 8, 2010

Manjakan diri demi ABP

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my




Walaupun majlis gilang-gemilang berlangsung 4 April tetapi calon Top 5, Aril, Hafiz, Mila dan Fizo sudah bersiap sedia agar kelihatan menawan

PADA mulanya disangkakan sesi memanjakan diri ini akan diadakan di pusat melangsingkan badan, Slimming Sanctuary yang terletak di deretan lot pejabat di Boulevard. Rupa-rupanya lokasi yang sebenar ialah di La Sense, The Gardens Mid Valley di tingkat lima.

Mujur juga jarak yang membezakan dua lokasi itu tidak jauh. Jalan kaki pun sampai. Lalu, pertukaran tempat ‘pertemuan’ terpaksa diberitahu kepada artis yang terbabit dalam ‘misi’ kali ini. Artis yang dimaksudkan ialah Mila, Fizo Omar dan dua lagi bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aril serta Hafiz.

Mereka adalah calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009. Hafiz dan Aril buat julung kalinya berentap sesama sendiri dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular. Mila pula sudah sinonim dengan anugerah ini dan pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular pada 2007.

Fizo pula baru dua tahun tersenarai dalam ABPBH. Kali pertama dia dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular 2008 yang menyaksikan kejayaan Nabil menggenggam trofi itu. Tahun ini, Fizo naik satu taraf apabila bersaing dengan Remy Ishak, Fizz Fairuz, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz bagi Pelakon TV Lelaki Popular.

Diam tak diam, lebih kurang dua bulan lagi, malam kemuncak ABPBH 2009 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands. Jadi, kehadiran empat bintang muda ini ke premis kecantikan itu yang juga penaja ABPBH2009 ada signifikannya yang tersendiri. Mereka yang bergelar finalis pasti mahu tampil cantik, segar, menawan dengan busana yang bakal digayakan nanti.

Bagi Mila yang sampai awal, dia tidak menyangka pusat itu bukan saja menawarkan khidmat merampingkan atau mengurus badan, tetapi ia juga boleh dilabel sebagai pusat sehenti kecantikan yang menawarkan khidmat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

“Mila sempat mencuba rawatan muka dan menguruskan badan. Terasa perubahan itu serta merta dan wajah pun mula tegang dan segar. Sebagai selebriti sekalipun orang biasa, Mila rasa tak salah jika kita melaburkan sejumlah wang untuk nampak cantik dan bertenaga.

“Tapi Mila boleh kategorikan diri ini tidak terlalu obses untuk sentiasa cantik sepanjang masa. Namun kerjaya ini memang menuntut Mila sentiasa tampil menawan. Malah, selepas berbincang dengan pihak Slimming Sanctuary, Mila mungkin akan mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan pakej dua dalam satu,” kata Mila yang berminat untuk mendapatkan rawatan muka dan badan secara berterusan.

Kata Mila lagi, biarpun tidak mempunyai masalah berat badan yang ketara, itu tidak bererti dia tidak boleh mendapatkan rawatan yang berkaitan melangsingkan badan. Sambil berseloroh, Mila memberitahu gadis kecil molek sepertinya tetap berdepan dengan masalah perut buncit.



ARIL sempat mengusik Hafiz.

“Mila mungkin boleh mendapat rawatan memejal dan membentuk badan. Dengan tawaran sampingan yang ditawarkan seperti mandi stim dan jakuzi, ia antara bonus kenapa Mila perlu mempertimbangkan pakej yang ditawarkan. Setelah penat bekerja, Mila rasa setiap orang berhak membelai dirinya,” kata Mila yang bakal melaram busana rekaan Nik Erwan Roseli seperti tahun lalu.

Bagi juara AF7, Hafiz, peluang hadir buat pertama kalinya ke pusat kecantikan ini seperti hadiah bonus untuknya. Selepas menjalani prosedur menimbang berat badan dan pelbagai aspek lain seperti ketinggian, jejaka yang sinonim dengan rambut kerinting ini memilih untuk mendapatkan rawatan badan.

Akui Hafiz, dia memang mempunyai masalah berat badan yang tidak seimbang. Berat badannya kini naik mendadak selepas keluar dari AF7 sejak tujuh bulan lalu. Berat badannya selepas keluar AF7 ialah 62 kilogram. Tapi kini beratnya naik menjadi 66.2 kilogram dan semuanya berpunca daripada nafsu makannya.

“Kalau boleh sebelum menghadiri kemuncak ABPBH 2009, Hafiz nak dapatkan berat badan ideal, 60 kilogram. Tapi kalau boleh Hafiz nak tekadkan Azam untuk mencapai berat badan itu sebelum ulang tahun kelahiran Hafiz yang ke-20 pada 27 Februari ini.

“Hafiz pun masih muda lagi dan tak mahu nampak gempal pada malam itu nanti. Hafiz pun tak impikan badan yang tegap seperti ahli bina badan, cukuplah nak dapat bentuk badan yang menarik. Malah sejak dua bulan lalu, Hafiz sudah ke gimnasium untuk meningkatkan stamina,” katanya yang cukup terkenal dengan lagu Masih Jelas.

Ketika sesi ini berlangsung, secara kebetulan Fizo dan Hafiz mendapatkan rawatan di dalam bilik yang sama. Mereka juga rancak berkongsi pengalaman terutama mengenai soal diet dan pemakanan yang betul. Sekali gus, ia menjadi modal untuk mengeratkan silaturahim mereka yang baru bersemi.

Fizo pun sejak kebelakangan ini berat badannya semakin susut. Tapi anak kesayangan Hasnah Jidin ini memberitahu ia bukan berpunca daripada komitmennya menjalani penggambaran di Mesir, sebaliknya akibat berpindah rumah. Fizo baru saja berpindah ke sebuah apartmen di Bukit Antarabangsa dan tinggal bersama ibunya.

“Ini kali kedua Fizo mendapatkan rawatan di Slimming Sanctuary. Kali pertama Fizo buat sebelum pergi ke Mesir. Untuk kali ini, Fizo memilih rawatan urutan tradisional. Secara tidak langsung, penat berpindah rumah dapat dikurangkan selepas membuat urutan ini,” katanya yang mempunyai berat badan 74 kilogram.

Kata Fizo lagi, dia bimbang jika badannya akan naik sebelum tibanya malam kemuncak ABPBH 2009. Tapi, Fizo tidak perlu gentar dengan semua itu jika dia memilih untuk mendapatkan rawatan di Slimming Sanctuary.

“Saya ini jenis spesis manusia yang berat badan cepat naik dan cepat turun. Kalau badan sudah naik sikit, memang saya sudah tidak selesa nak menyarung kot atau tuksedo. Kalau seluar ketat, perut pun jadi tak selesa. Nak tak nak, saya kena jaga berat badan,” katanya yang kini berjambang untuk memenuhi tuntutan drama yang menjalani penggambaran di Mesir bulan lalu.

Berlainan pula dengan Aril, adik kesayangan Izwan Pilus ini sedang mencari formula untuk menaikkan berat badannya. Orang nak kurus, dia pula nak tambahkan isi badan. Seperti Hafiz, Aril juga sudah mula berjinak-jinak ke gimnasium untuk memastikan otot badannya naik di samping menjaga stamina ketika membuat persembahan.

“Sedap juga Aril dapat urutan badan secara tradisional ini. Hilang juga sedikit tekanan yang ada dek kesibukan Aril melalui fasa hidup sebagai anak seni. Apabila sudah sibuk ini, Aril tak nafikan soal masa itu memang agak mencemburui.

“Kawan Aril sendiri, Amar (Anak Wayang) selalu menasihati Aril untuk jaga badan. Malah Amar sendiri sanggup nak jadi jurulatih peribadi kepada Aril kerana dia memang pernah membabitkan diri dalam bidang itu sebelum bergelar pelakon,” katanya.

sumber: www.bharian.com.my

Thursday, February 4, 2010

Buat apa saja demi protege



Sumber: www.bharian.com.my
Oleh Serimah Mohd Sallehuddi

Usaha Datin Seri Tiara Jacquelina sediakan platform kepada artis muda timba pengalaman adakan konsert wajar dipuji

DATIN Seri Tiara Jacquelina memang dikenali kerana cita-cita tinggi serta usaha keras untuk memartabatkan industri hiburan tempatan. Salah satu usaha terbarunya ialah memberi peluang kepada tiga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) Hafiz, Akim dan Aril yang juga artis di bawah naungan syarikatnya Enfiniti Productions Sdn Bhd mengadakan Konsert Roket: Destinasi Bintang sebagai pendedahan awal kepada kerjaya mereka yang baru bertapak.

Namun terlalu awal untuk melabel persembahan malam Ahad lalu yang berlangsung di restoran milik bekas pengetua AF 7, Borneo Rainforest sebagai konsert. Sebaliknya mungkin lebih sesuai dipanggil showcase kerana kapasiti penonton yang kecil.

Melihat dari sudut positif penganjuran konsert ini, ia barangkali boleh menjadi platform kepada tiga penyanyi baru seperti mereka menimba pengalaman mengadakan konsert yang mana tidak ramai penyanyi sekarang berpeluang melakukannya, sekalipun memiliki nama yang boleh dikira kukuh dalam industri.

Bagaimanapun konsert yang berlangsung selama 90 minit bagaikan kurang meninggalkan impak kepada penonton. Salah satu darinya kerana pemilihan lagu kurang sesuai yang tidak begitu mesra telinga.

Akibatnya, sukar bagi penonton menikmati persembahan bertenaga tiga penyanyi ini. Malah jelas kelihatan pada malam itu penonton yang hadir sedikit pasif ketika penyanyi pujaan mereka menyanyi. Jeritan yang keluar dari mulut mereka jelas sekali bukan kerana terhibur dengan lagu didendangkan sebaliknya teruja melihat kemunculan artis kegemaran mereka yang muncul di pentas terapung dibina khusus untuk konsert itu.

Sebelum tiga penyanyi ini muncul di pentas, penonton terlebih dulu dihiburkan dengan persembahan Yazid dan Isma. Aril kemudiannya muncul sebagai penyanyi pertama pada malam itu selepas dia dan Akim serta Hafiz berduet dengan lagu pembukaan I’ve Got Feeling milik The Black Eyed Peas. Antara lagu didendangkan Aril ialah Starlight daripada Muse dan Semua Tak Sama lagu milik kumpulan Padi.

Mengambil alih pentas selepas itu ialah Akim yang menyanyikan lagu Cari Jodoh (Wali), sebuah lagu yang diciptanya sendiri iaitu Inilah Cinta dan lagu daripada penyanyi Lionel Richie, Hello. Juara AF 7, Hafiz kemudian tampil dengan lagu My Baby You, lagu terbarunya Watak serta lagu Antara Hujan dan Airmata milik Allahyarham Sudirman Arshad.

Gimik yang ditonjolkan pada akhir konsert iaitu Hafiz menyanyikan lagu popular Aril, Menatap Matamu, Aril pula menyanyikan lagu Bengang sementara Akim menyanyikan lagu Masih Jelas tidak begitu menjadi. Malah ia juga sedikit mengecewakan peminat yang datang kerana tentunya mereka mahu penyanyi asalnya menyanyikan lagu popular mereka, namun sayangnya hasrat mereka tidak termakbul.

Terdengar juga rungutan daripada yang seakan tidak puas dengan kemunculan tiga penyanyi ini. Mereka melaburkan sebanyak RM38 untuk menonton konsert ini, tetapi setiap penyanyi hanya muncul menyanyikan tiga lagu saja. Lokasi yang sempit dan panas juga antara rungutan yang keluar dari mulut penonton.

Bayaran sebanyak RM38 boleh dikatakan tinggi jika hendak diukur bakat Hafiz, Akim dan Aril yang masih baru. Di Indonesia, menonton konsert penyanyi yang ada nama seperti Padi, Dewa, Rossa atau menonton sebuah festival muzik yang menghidangkan berpuluh-puluh kumpulan, bayaran yang dikenakan ada kalanya tidak sampai pun RM10. Namun persembahan yang ditampilkan penyanyinya bertaraf A, tiada unsur double-standard walaupun bayarannya murah.

Mungkin RM38 bagi sesetengah peminat boleh dikategorikan berpatutan kerana penonton dapat menyaksikan persembahan tiga penyanyi sekali gus tetapi jika harga lebih rendah dikenakan mungkin lebih ramai yang akan datang menonton terutama remaja memandangkan ketiga-tiga penyanyi ini mempunyai ramai peminat. Bagaimanapun kelibat peminat remaja perempuan tidak kelihatan malam itu, mungkin kerana faktor harga tiket yang sedikit tinggi.

Bagaimanapun, usaha murni Tiara ini sewajarnya dipuji. Jika Hafiz, Akim dan Aril tidak diberi peluang serta pendedahan mengadakan konsert sendiri, sampai bila pun mereka tidak berpeluang merasainya. Malah, Tiara yang terkenal cuba membawakan kelainan kepada industri, turut melakukannya pada konsert ini apabila persembahan ketiga-tiga penyanyi ini diiringi dengan persembahan fesyen daripada Amir Luqman.
Related Posts with Thumbnails