Wednesday, August 31, 2011

"WARKAH" MV (HAFIZ, ARIL, AKIM & AZNIL)

Hafiz rindu berkonvoi

Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Hafiz akan pulang ke Kuching, Sarawak seperti kebiasaannya mengakui rindu kenangan berkonvoi bersama kawan-kawan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Hafiz berkata, sejak menjadi penyanyi, Hafiz jarang dapat menyertai aktiviti itu kerana tidak mendapat cuti yang panjang.

“Tahun ini saya dapat cuti seminggu, jadi saya bercadang untuk turut serta berkonvoi berhari raya ke rumah kawan-kawan yang jauh dari Kuching.

“Aktiviti ini sudah dilakukan sejak saya keluar dari AF lagi, tahun lepas saya tidak sempat turut serta, jadi tahun ini saya harap dapat bersama-sama dengan mereka untuk ke rumah kawan-kawan yang lain,” katanya.

Tambah Hafiz lagi, persiapan baju raya semua telah siap dan mereka menempah baju berwarna hijau sedondon pada pagi raya nanti.

“Saya buat persiapan ala kadar, beli tiga pasang baju. Untuk duit raya pula memang saya sudah sediakan tapi tidaklah banyak,” katanya yang menggemari rendang daging dan lemang.

Tatkala diusik mengenai buah hatinya, Adira, Hafiz berkata dia masih belum merancang pergi ke Sabah. Namun jika ada masa terluang dan rezeki, dia tidak keberatan untuk bertandang ke rumah Adira. 
Source : Sinar Harian

Friday, August 26, 2011

IMAN BERGOYANG DI JAKARTA




Source : Berita Harian, 21st August 2011

Wednesday, August 24, 2011

SNAPSHOTS : MAJLIS BERSUNGKEI BERSAMA HAFIZ @ D"STATION, MEDAN PELITA KUCHING, 21st Aug 2011

The artiste...




The lucky draws...



The fans, friends and family....



 

SMILES.... 




We would like to thank those involved in one way or another... langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini... segala kerjasama serta sumbangan, baik dari segi wang ringgit mahupun tenaga amatlah dihargai.... without your support, this event would not be a success! Terima kasih juga buat D'Station kerna sudi menjadi lokasi majlis....dan tentunya ucapan terima kasih untuk semua yang hadir memeriahkan majlis ... maaf kiranya ada kekurangan.... insyaallah next time we make it better and merrier!

Hafiz AF7 Official Fan Club ingin mengucapkan

Selamat menjalani ibadah puasa
dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.....


 Source : various

MAJLIS BERSUNGKEI BERSAMA HAFIZ @ D'STATION, MEDAN PELITA KUCHING, 21st Aug 2011

 

 


 

 

 

 

 

 

OVERDUE VCS : KONSERT SAMBUTAN HARI GURU 2011 @ KUCHING WATERFRONT

 


OVERDUE VCS : HAFIZ @ SMK SEMERAH PADI'S TEACHER'S DAY CELEBRATION 2011

 

OVERDUE VCS : KONSERT MALAM 1 MALAYSIA @ PADANG MERDEKA KUCHING

 

 


OVERDUE VCS : MITSUBISHI DAKAR RALLY EXPERIENCE @ TRAVILLION CARPARK, 20th March 2011

 

 


OVERDUE VCS : 2011 YOUTH CONVENTION @ BCCK, 18th March 2011

 

Friday, August 19, 2011

HAMPIR 50 SELEBRITI BAKAL SERTAI YOK SAHUR 4


KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2011: Program Yok Sahur 4 yang bakal dianjurkan portal murai.com.my bersama Double Tree by Hilton di Putra Perdana, 19 Ogos ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada artis dan selebriti tanah air. Malah, hampir 50 artis telah mengesahkan penyertaan mereka terhadap program amal yang dianjurkan saban tahun ini.

Berbeza dengan program Yok Sahur yang pernah diadakan sebelum ini, Yok Sahur 4 hanya akan berlangsung di satu lokasi sahaja, namun tradisi mengajak artis dan selebriti menjayakan aktiviti amal dengan bersama anak-anak yatim di lokasi di rumah kebajikan yang terpilih ini tetap tidak berubah.

Antara selebriti-selebriti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Fauziah Latiff, Alyah & Chocolate, Hafiz AF7, Farawahida, Imam Muda Azhar, Natasha Hudson, Dina Nadzir, Neelofa, Sabhi Saddi, Awi Rafael, Wana, Siti Nordiana, Nine Coco, Arja Lee, Raja Azmi, Along Raja Lawak dan Zila Saeron, Fazli Zainal, Maria Tunku Sabri, Azri AF9, Erul AF9, Lena AF9, Asfan, Zarul n The Protes, Muzzy, Amir Jahari, Senorita, Shazroul, Aesar Mustafa, Max 24:7, Alvin Anthons, Qalisha, Aisya Hasna, Diddy Hirdy, Kay AF9, Mamat Sepah, X-Factor, Bkay, Daus, Iqa Mentor, kumpulan Firdaus, Iz Sulaini, Rosma & Khai, Ernie Zakri, Zoey, Linda Onn dan ramai lagi.

Seperti kebiasannya, tradisi Yok Sahur selalunya akan dimulakan dengan selebriti-selebriti ini mengejutkan penghuni-penghuni rumah kebajikan untuk bersahur yang dimulakan bacaan doa dan marhabban. Selain bersahur, selebriti-selebriti ini kemudian akan meluangkan masa untuk menghiburkan anak-anak yatim ini dengan menyanyi, bercerita atau bermain beberapa aktiviti permainan yang menyeronokkan.

Sejak dianjurkan kira-kira 3 tahun lalu, Yok Sahur sentiasa menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh para selebriti tanah air dan ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjayakan program ini. Ada juga selebriti yang turut menghulurkan sumbangan berbentuk material, makanan serta duit raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dan perkara ini sentiasa dialu-alukan oleh pihak portal murai.com.my.

Selain dari penglibatan selebriti-selebriti ini, majlis juga akan diserikan dengan kehadiran EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato Sohaimi Shahadan yang juga merupakan penaja kelengkapan Yok Sahur 4.

Rumah Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong bakal menjadi destinasi untuk Yok Sahur 4 bersama Double Tree by Hilton ini. Rumah kebajikan yang baru sahaja 3 bulan beroperasi ini diduduki oleh 80 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin.

Sertai Double Tree di facebook untuk mendapatkan perkembangan, promosi berita terkini: http://www.facebook.com/DoubleTreeKL
Source : www.murai.com.my

Thursday, August 18, 2011

SIAPA PEDULI MV (Album Siapa Peduli?) Alyah, Mawi, Hafiz, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Azhan.



MAPIM telah menerbitkan sebuah album berjudul 'Siapa Peduli?' yang dilancarkan pada 6 Ogos 2011. Penciptaan lagu istimewa ini dikenali album Siapa Peduli? diusahakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Zaira Aziz dan KuSham (penerbit eksekutif album) One Scream Studio, Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia selaku pengedar. Penghasilan album itu juga adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album "Siapa Peduli boleh didapati di pasaran dengan harga RM25.90.

Album yang mengandungi 10 buah lagu ini menampilkan barisan artis ternama negara seperti Mawi, Alyah, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Liza Hanim, Hafiz AF7, Azhan dan Kumpulan Putera. Turut dimuatkan, deklamasi sajak berjudul 'Anak-Anak Palestina' oleh Sasterwan Negara, Datuk A. Samad Said.
Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alyah), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).

-Courtesy of Media

Tuesday, August 16, 2011

Saturday, August 13, 2011

HAFIZ @ MELODI RAYA 2011


Saksikan Hafiz di Melodi Raya pada 4 September 2011 (Ahad) jam 12.30 tghari di TV3

Source : www.budiey.com


Thursday, August 11, 2011

BERITA HARIAN, 10th August 2011


NIPS PROMO SHOOT




Credit to marinamirana phtography

MARHABAN DI ASTRO SHOOT @ ALOR SETAR, KEDAH

  
  





   

Source : Eta Lazim's fb / Farish Aziz's twitter page / Marhaban di Astro fb
Related Posts with Thumbnails