Monday, December 30, 2013

HAFIZ'S PERFORMANCES @ KONSERT DESTINI .... CREDIT TO BUDIEY




Ekspektasi Emma, Zizan, Hafiz



MENDAKAP mesra kenangan 2013 yang hampir melabuhkan tirai, Kosmo! memilih tiga bintang paling popular tahun ini. Emma Maembong, nama yang mula dikenali selepas membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah hujung tahun 2012 dan mendapat perhatian sepanjang tahun 2013.
Selain introduksi nama keluarga yang unik, Emma turut dihantui kontroversi beberapa kisah silamnya termasuk spekulasi cinta bersama pelawak tersohor, Zizan Razak.
Begitu juga Zizan, namanya tidak pernah lekang daripada bibir peminat sepanjang tahun 2013. Deretan kejayaan dan anugerah diraih tidak melunturkan api sensasi yang melingkari kariernya.
Kecemerlangan bidang nyanyian, kejayaan mengadakan konsert sulung pertama tahun ini dan tahun paling banyak merangkul anugerah membuktikan Hafiz Suip penyanyi paling progresif 2013.
Ikuti perkongsian tawa dan tangis sepanjang tahun 2013 dan jangkaan perkembangan tahun mendatang Emma, Zizan dan Hafiz.



Hafiz tidak leka
Kitar hayat penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip dalam industri hiburan tanah air baru sahaja bermula. Langkahnya diatur menyelusuri setiap liku yang ditempuh semakin laju tatkala bakat yang dipertaruhkan mudah diterima serta sering diberikan pengiktirafan.
Biarpun kejayaan yang ditempa sepanjang tempoh tersebut begitu besar maknanya buat anak muda kelahiran Bumi Kenyalang ini, namun begitu, akuinya, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memperbaiki diri dalam perjuangan melentur karier ke peringkat yang lebih tinggi.
"Alhamdulillah, rezeki yang saya terima setakat ini berkat hasil usaha bersama pihak pengurusan dan juga para peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan terhadap saya.
"Apa yang telah saya kecapi sepanjang tahun 2013 membawa erti yang cukup besar terhadap perkembangan karier ke peringkat yang lebih tinggi," ujar Hafiz yang menggungguli Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM 20) yang berlangsung baru-baru ini.
Tahun 2013 sekali lagi menyaksikan Hafiz memonopoli penganjuran anugerah-anugerah berprestij dalam dan luar negara antaranya Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular serta Shout! Awards.
Bersyukur dengan setiap pengiktirafan yang diterima, Hafiz memberitahu, jangkaan dan harapan para peminat turut meningkat seiring dengan lambakan anugerah yang diterimanya sejak kebelakangan ini.
"Walaupun sering menerima anugerah, saya perlu sedar itu bukan tiket untuk bersenang-lenang. Apa yang pasti ia menjadi tanda aras untuk saya lebih kuat berusaha dalam memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya yang banyak menerima nasihat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

For full article : http://www.kosmo.com.my

Tuesday, December 24, 2013

HAFIZ @ KONSERT DESTINI, 21st Dec 2013

HAFIZ @ KONSERT DESTINI, 20th Dec 2013




KEMERIAHAN KONSERT DESTINI DI LUAR JANGKAAN

Pada 20 dan 21 Disember yang lepas telah pun berlangsungnya majlis gilang gemilang Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) universiti tersebut.

Konsert amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke menara gading ini menampilkan beberapa artis ternama antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Amy Searh, Awie, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Adira dan Hafiz Suip.

For full article, go to : http://www.ohbulan.com





Monday, December 23, 2013

Konsert Destini Sukses, Berjaya Kutip Dana RM 2 Juta

Bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UITM Shah Alam telah berlangsung Konsert Destini yang menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz, Awie dan Amy Search.

Manakala penampilan khas artis yang diterbangkan dari Indonesia iaitu Datuk Rossa, Pasha (Ungu) dan Cakra Khan. Konsert tersebut telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula pada 20 sehinggalah berakhirnya  pada 21 Disember malam kelmarin.












For full article, go to : http://www.rotikaya.com

Friday, December 20, 2013

Fesyen Etnik Sarawak Dari Hafiz Suip Di AIM20

Penghargaan lagu lama


Hafiz menang besar

Unggul di persada muzik tanah air, penyanyi kelahiran program realiti, Hafiz Suip boleh dikatakan sebagai menang besar apabila menggondol tiga anugerah di dalam AIM20.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang itu mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi anugerah Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni serta menang dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) dengan lagu Bahagiamu Deritaku mengatasi empat calon lain seperti Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Ronnie (Hyperact) dan Hazama.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu kemenangan tersebut bukanlah satu masa untuknya mendabik dada sebaliknya dia perlu berusaha lebih kuat pada karya seterusnya.

"Syukur ke hadrat Ilahi. Kemenangan ini tidak akan buat saya leka atau mengambil sikap sambil lewa sebaliknya saya anggap ia sebagai cabaran untuk saya meningkatkan prestasi selagi mana tahap yang saya mampu.

"Ini adalah permulaan dan kemenangan pertama saya di dalam AIM. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya malam ini tetapi tidak dinafikan persaingan begitu sengit. Saya hadiahkan kemenangan ini buat keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya," kata Hafiz sambil menganggap kemenangan kali ini sebagai memori yang begitu manis buat dirinya.

Meskipun sudah memenangi banyak anugerah sepanjang beberapa tahun melibatkan diri di dalam industri muzik, Hafiz masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya dan menyimpan hasrat untuk menjadi seperti idolanya iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.


For full article, go to : http://utusan.com.my

ANUGERAH MELETOP ERA


Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah terbaru yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Anugerah ini bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.

Kepada anda semua, tunggu apa lagi? Undian fasa pertama telah pun bermula dari 19 Disember 2013 sehingga 10 Januari 2014.

Untuk mengundi kategori pilihan anda, sila layari laman http://meletop.com.my

Hafiz Suip has been nominated in several categories, namely

Lagu MeleTOP 
Bahagiamu Deritaku
Ku Akui
Muara Hati (with Dato' Siti Nurhaliza)

Penyanyi MeleTOP

Grup/Duo MeleTOP with Dato' Siti Nurhaliza


For full article and the rest of the nominees, go to : http://www.astrogempak.com.my

Thrice the joy for Hafiz

Singer-songwriter Hafiz Suip swept three awards at the recent Anugerah Industri Muzik 20, write Bibi Nurshuhada Ramli anad Faisal Asyraf


It was a big night for singer-songwriter Hafiz Suip, who won Best Vocals (Male) for Bahagiamu Deritaku, while his album Luahan Hati Anak Seni was named Best Album and Best Album Recording at the Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20).

"Today, I feel like all the hard work has paid off," said Hafiz at the press conference after the awards show in Putra Stadium Bukit Jalil. "I also want to thank the jury, composers, fans and the Hafiz Fan Club, for supporting me in my career."

He admits that he didn't think he could win so many awards.

"When I found out who the other nominees were, I thought I had little chance of winning," he says.

Nominees for the best album included Anuar Zain and Dayang Nurfaizah, Hazama, Awi Rafael and Asmidar. Hazama and Ronnie from the band Hyperact were among the nominees for the Best Vocals (Male).

With every win comes expectations. Hafiz says : "I don't want to be too comfortable with what I have achieved. I want to keep going on producing good music."

LY, the composer for Bahagiamu Deritaku, said Hafiz has amazing vocal techniques. "He breathes life into songs by composers such as Ajai and M.Nasir and has his identity stamped all over the song. This shows his capability as a great artiste," he said.

On Bahagiamu Deritaku, LY said it was written with the discerning Indonesian market in mind. "At that time, I didn't know who the song was meant for. I wrote four songs, as requested by the album production team. When I found out that I'd be writing for Hafiz, I took back all the songs and wrote something with him in mind. That's how Bahagiamu Deritaku came about."

Asked how he maintains his voice, Hafiz said : "To be frank, I don't really have a strict regime. I eat whatever and do whatever I want. But I drink lots of water. My late grandma told me to always drink a glass of water first thing after waking up in the morning."

Hafiz believes discipline is the key to a successful career in the industry.

"I can't stress enough how important time-keeping and good discipline are. If you pursue anything in life, you can only be good if you are disciplined," he said.

The seventh Akademi Fantasia winner aspires to be as successful as rock legends Amy Search and Awie. "To be in their position means you have the ability to help and inspire others."

For full article, go to http://www.nst.com.my

Tuesday, December 17, 2013

KEMUNCAK PENCAPAIAN HAFIZ


KEJAYAAN demi kejayaan telah diraih oleh anak muda kelahiran bumi Sarawak ini. Selepas dinobatkan sebagai juara rancangan pencarian bakat popular, Akademi Fantasia musim ketujuh beberapa tahun yang lalu, Hafiz Suip, 23, seperti enggan berhenti menambah jumlah anugerah dan pengiktirafan menambah portfolio pencapaiannya dalam bidang muzik.

Sabtu lalu, penyanyi berbintang Pisces ini sekali lagi mencipta sejarah tersendiri selepas buat julung kalinya berjaya mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) dengan membawa pulang tiga anugerah iaitu Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

Bagaimanapun, kejayaan yang diterima oleh Hafiz sedikit sebanyak memberikan impak terhadap hasil kerjanya pada masa akan datang. Meraih pelbagai anugerah menuntut pelbagai usaha untuk mengekalkan skala persembahan agar jangkaan penggemar dapat dipenuhi.

Anugerah sebagai motivasi

Menjadi kurang enak jika pengiktirafan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang peminat harapkan. Akui Hafiz, apa yang diterima setakat ini memberikannya motivasi dalam memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

"Setelah memenangi banyak anugerah, saya perlu lebih fokus terhadap kerjaya. Saya juga jadikan segala pengiktirafan yang diterima sebagai cabaran untuk masa akan datang.


"Bayangkan setelah menerima anugerah-anugerah ini, saya membuat persembahan seperti melepaskan batuk di tangga. Pasti kemenangan saya akan dipertikaikan. Lebih banyak kemenangan yang kita kecapi, lebih tinggi jangkaan orang terhadap kita," ujar Hafiz yang menerima ketiga-tiga anugerah tersebut menerusi album keduanya, Luahan Hati Anak Seni.

Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu turut menegaskan, apa yang penting adalah minat yang mendalam terhadap apa yang dilakukan.

"Saya percaya dengan niat yang betul dan keikhlasan ketika bekerja. Setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah didahului dengan minat. Jika kita tahu apa yang kita lakukan, maka apa yang diusahakan akan berhasil," ujarnya lagi.

Berkongsi kemenangan

Ditebak dengan soalan mengenai kejayaan besarnya pada malam itu, Hafiz berkata, apa yang diterimanya bakal dikongsikan dengan orang lain.

"Kemenangan saya pada malam ini bukan sahaja untuk karier saya dalam bidang nyanyian, malah saya turut ingin berkongsi anugerah ini dengan calon-calon lain yang turut sama memperjuangkan seni muzik.

"Saya juga ingin berkongsi trofi-trofi kemenangan saya ini dengan para peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya. Tetapi trofi ini biar saya simpan di rumah," seloroh jejaka yang pernah terkenal dengan imej rambut afronya suatu ketika dahulu.

Jaga suara

Sepanjang bergelar penyanyi, kualiti suaranya sering mendapat perhatian ramai. Ketika menyanyikan lagu Ku Akui pada Anugerah Juara Lagu 27, Hetty Koes Endang yang diundang sebagai juri jemputan pada ketika itu berdiri sepanjang dia melakukan persembahan. Hasilnya, dia dipilih sebagai penerima anugerah Vokal Terbaik pada malam itu.


Pada AIM20, vokal Hafiz sekali lagi diiktiraf menerusi lagu hitnya, Bahagiamu Deritaku. Tidak begitu menerapkan penjagaan khusus terhadap jagaan vokal, Hafiz berkata, dia hanya mengamalkan pengambilan air masak yang secukupnya setiap hari selepas bangun daripada tidur.

"Saya tidak berpantang dalam memilih makanan. Cuma, arwah nenek ada berpesan, air masak sangat bagus untuk kesihatan. Selain baik untuk vokal, air masak juga dikatakan baik untuk tubuh badan. Justeru, setiap kali selepas bangun tidur, saya akan meminum segelas air masak sebelum bersarapan," katanya.

Selain itu, Hafiz turut berkongsi petua pelik yang dipelajarinya ketika berada di Jakarta bagi untuk mengubati sakit kerongkong.

"Kicap pekat dan air perahan limau. Itu adalah resepi orang-orang di sana untuk mengubati sakit kerongkong. Setelah mencuba, ternyata cara tersebut memang berkesan," ujarnya sambil tersenyum.

Kerjasama dengan nama besar

Kekerapan kolaborasi antara Hafiz dan nama-nama besar bukanlah asing bagi para peminat. Awal tahun ini, dia muncul dengan single bertajuk Muara Hati bersama penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Beberapa bulan kemudian, Hafiz meluaskan legasi duetnya dengan Datuk Rossa menerusi lagu Salahkah.

Teruja dengan setiap kolaborasi dijayakannya, ujar Hafiz, peluang yang ada perlu dicapai jika mahu meluaskan sayap ke peringkat yang lebih tinggi.

"Secara jujur saya memang meminati Siti Nurhaliza. Mendapat peluang berduet dengannya merupakan peluang yang tidak akan saya lepaskan. Sementelah, dia merupakan idola saya dalam bidang nyanyian.

"Ketika diberi tawaran untuk menyanyi dengan Rossa pula, saya tidak berfikir panjang. Rossa juga merupakan figura yang prominen dalam industri hiburan di Indonesia. Lagipun peluang ini turut membuka pintu bagi saya untuk mengembangkan karier di sana," katanya.

Kurus bersebab

Sejak beberapa bulan yang lalu, penampilan fizikal Hafiz sedikit berbeza. Tubuhnya yang dulu sedikit berisi kelihatan susut dan imejnya pula lebih bergaya dengan potongan rambut baharu.

Akui Hafiz, sebagai seorang penghibur, dia harus mementingkan penampilan serta penjagaan kesihatan bagi memberikannya lebih keyakinan ketika melakukan persembahan.

"Saya mengamalkan diet yang seimbang serta sering pergi ke gim untuk melakukan senaman kardo. Tujuan saya menguruskan badan bukan kerana tuntutan kerjaya semata-mata.

"Ibu bapa saya penghidap diabetes. Tidak mustahil saya juga akan mendapat penyakit yang sama pada masa akan datang. Jadi, mungkin risiko menghidap penyakit itu dapat dikurangkan jika saya mengamalkan diet dan cara hidup yang seimbang," ujarnya lagi.


Monday, December 16, 2013

“Menang Tiga Trofi AIM20, Bukan Alasan Untuk Tidak Bekerja Keras!” – Hafiz


Penyanyi, Hafiz, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip tidak menyangka akan membawa pulang tiga trofi sekaligus pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu.

"Alhamdulillah, syukur, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

"Kemenangan ini bukan milik saya, tapi semua orang, bezanya cuma trofi ini disimpan di rumah saya," ujarnya ketika ditemui pada pada sidang media AIM 20 baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Hafiz memberitahu, kemenangan ini bukanlah alasan untuk tidak bekerja keras sebaliknya ia merupakan permulaan dan cabaran bagi dirinya.

"Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih 'fresh'... Bagi saya kemenangan ini bukan alasan untuk bekerja sambil lewa.. buat saya terleka atau hanyut .. tidak.

"Sebaliknya, saya ambil sebagai satu cabaran besar... Saya pasti, apabila saya menang anugerah, sudah pasti peminat menjangkakan sesuatu yang lebih.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat, terutamanya Hafiz FC yang menyokong sejak dari awal pembabitan saya dalam dunia seni... saya akan memberikan yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya mengakhiri perbualan.

Hafiz telah menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu 'Bahagiamu Deritaku', Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album 'Luahan Hati Anak Seni'.

Source : http://www.astrogempak.com.my

Psy & Hafiz Ungguli Carta MV Trending Teratas 2013 Youtube

Duduki tempat keempat senarai MV paling trending di Youtube

Baru sahaja memenangi 3 buah trofi di Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20), Hafiz bukan saja membuktikan dia mempunyai kualiti dan bakat sebagai seorang penghibur, malah Youtube juga turut mengiktiraf MV Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz sebagai salah satu dari 10 buah MV paling popular di Youtube Malaysia.

Pada 12 Disember yang lepas, pihak Youtube telah melancarkan senarai 10 Video Muzik Trending Teratas 2013 (Malaysia). Bukan setakat Hafiz, kumpulan Forteen turut tersenarai di nombor enam, Altimet di tangga kelapan, Hyper Act di tangga kesembilan dan Waris, kesepuluh.


For full article : http://www.ohbulan.com


Saya Sahut Cabaran – Hafiz Suip



Pertama kali dalam sejarah bergelar anak seni, Hafiz Suip telah berjaya memenangi trofi daripada Anugerah Industri Muzik (AIM).

Walaupun pernah tercalon melalui kategori Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pada AIM17, namun nampaknya tuah bukan milik Hafiz pada masa itu.

Berbeza pada tahun ini di AIM20, Hafiz membawa pulang tiga trofi sekali gus iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Album Terbaik, dan Rakaman Album Terbaik daripada empat kategori yang dicalonkan.

Bercakap pada media selepas berakhirnya majlis AIM20 malam kelmarin, Hafiz menyifatkan kejayaan tersebut memberi cabaran baru buatnya di dalam bidang ini.


"Ini adalah satu cabaran buat saya. Saya pasti ramai yang mengharap sesuatu yang lebih baik daripada saya selepas ini. Jadi, saya sedia sahut cabaran ini untuk terus memberikan mereka yang terbaik".

Dalam pada itu, Hafiz mengakui terkejut dengan kemenangannya pada tahun ini apatah lagi calon-calon yang turut bertanding di dalam kategori yang sama tidak kurang hebatnya.

"Secara jujurnya saya sangat terkejut kerana langsung tak menjangka akan menang terutama sekali untuk kategori vokal terbaik. Mana tidaknya, mereka yang tercalon mempunyai keistimewaan masing-masing. Tapi saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi dan menganggap ini adalah rezeki buat saya."

Meskipun sudah memenangi banyak anugerah sepanjang beberapa tahun melibatkan diri di dalam industri muzik, Hafiz masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya dan menyimpan hasrat untuk menjadi seperti idolanya iaitu Dato' Siti Nurhaliza dan Amy Search.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di bawah ini kami sertakan beberapa keping foto Hafiz yang sempat dirakam sewaktu AIM20 untuk tatapan anda.








Malam gemilang Hafiz Suip di AIM 20

Selepas Menang Besar AIM20, Hafiz Idam Gelaran Idola


Ditanya siapa penyanyi lelaki yang nombor 1 tanah air di ketika ini, jawapannya sudah pastilah Hafiz Suip, berdasar trek rekod kejayaan yang dikecapi satu persatu sejak dua tahun lalu hingga kini. Dan malam Sabtu lalu hasil usaha keras anak kelahiran Kuching Sarawak ini sekali lagi diiktiraf sekaligus mencipta sejarah apabila dia memenangi 3 trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20).

Malam kemuncak segalanya itu menyaksikan Hafiz memenangi anugerah bagi kategori Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Rakaman Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

"Ini adalah kemenangan saya yang pertama dalam AIM. Saya langsung tak sangka sebab saingannya hebat-hebat. Syukur ke hadrat Ilahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

"Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang, ia milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya," kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Lebih bermakna, kata Hafiz apabila album keduanya itu diumum sebagai pemenang Rakaman Album Terbaik.

"Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

"Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya," ujarnya.


Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

"Saya harap saya tak leka dengan kemenangan ini. Saya akan berusaha lebih gigih lagi. Saya selalu impikan yang satu hari nanti saya boleh jadi seperti idola-idola saya macam Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' M. Nasir. Kalau boleh saya juga nak peminat-peminat jadikan saya idola mereka," katanya.

Photos credit : OhBulan.com

Hafiz Suip menyerlah di AIM20


PENYANYI yang kini terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa pulang tiga trofi pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini menerim anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.

"Syukur ke hadrat Ilahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

"Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang. Ia adalah milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya (ketawa)," kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Mengakui kemenangannya pda malam itu memberi kejutan buatnya, Hafiz berkata, ia sekali gus memberi kenangan manis kerana menjadi kemenangan besar dan pertama buatnya di pentas AIM.

"Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

"Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya," katanya.

Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

"Apa yang saya harapkan, kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik kerana orang akan jangkakan yang lebih dari saya," katanya.


For full article, go to : http://www.sinarharian.com.my

Kuasa baru seni suara


Hafiz terus lakar kejayaan, enggan cepat selesa dengan deretan trofi diterima

Setiap kali namanya dicalonkan dalam mana-mana acara anugerah, dia jarang pulang dengan tangan kosong. Barangkali itulah tuah penyanyi bernama Hafiz Suip, bakat yang dicungkil menerusi program Akademi Fantasia pada 2009.

Semakin lama dia menapak dalam dunia muzik, semakin jauh juga Hafiz meninggalkan bekas peserta lain program realiti itu apabila satu demi satu anugerah berprestij berjay digenggam olehnya.

Kelmarin, satu lagi sejarah peribadi dilakar penyanyi kelahiran Sarawak ini apabila dia dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Bukan calang-calang kemenangan kerana penyanyi yang dikenali dengan imej rambut kerinting itu berupaya mengetepikan saingan yang tidak kurang hebatnya seperti Azlan & The Typeweiter, Faizal Tahir, Hazama dan Ronnie (Hyperact).

Mengulas perkara itu, Hafiz mengakui kemenangan terbabit sangat mengejutkan dirinya.

Menyanyi biar ikhlas

"Seperti biasa setiap kali dicalonkan, saya tidak pernah menaruh sebarang harapan untuk menang. Apatah lagi selepas melihat calon lain yang berada dalam kategori sama dengan saya cukup hebat. Apa pun bagi saya, setiap perkara dilakukan itu saya buat dengan ikhlas.

"Paling penting, saya tidak mahu cepat rasa selesa kerana jika kita ada perasaan sebegitu, kita tidak akan berjaya. Kemenangan ini juga menjadi motivasi untuk saya terus memberikan yang terbaik kepada industri," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media selepas acara berakhir.

Tambahnya, kejayaan penyanyi terdahulu yang terus berjaya mengekalkan nama mereka sehingga hari ini memberikan inspirasi untuk dia mengikut jejak langkah mereka. 

Penyanyi berusia 23 tahun itu menang bergaya malam itu apabila turut membawa pulang dua anugerah lain iaitu Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album keduanya, Luahan Hati Anak Seni.


LY puji suara garau Hafiz

Lagu Bahagiamu Deritaku bukan saja mencatat sejarah peribadi buat Hafiz tetapi juga buat pencipta lagu itu, LY.

Ketika ditugaskan bagi mencipta lagu untuk seorang penyanyi, LY mendedahkan, dia tidak tahu pun ia bakal dinyanyikan oleh Hafiz.

"Saya diminta syarikat rakaman Indonesia yang mahukan saya mencipta lagu untuk seorang penyanyi, tetapi identiti artis terbabit dirahsiakan. Saya mencipta empat lagu pada masa terbabit.

"Bagaimanapun, sebaik saja mengetahui lagu saya bakal dinyanyikan oleh Hafiz, saya tarik balik semua lagu berkenaan. Maka terciptalah lagu Bahagiamu Deritaku," dedahnya.

Sebagai komposer berpengalaman, dia mengakui Hafiz mempunyai mutu vokal yang sangat bagus kerana mampu mempelbagaikan nada suara.

"Selama ini kita hanya mendengar suaranya yang lunak, tetapi menerusi lagu ini suara garau Hafiz turut kedengaran. Dia memberikan jiwa terhadap lagu itu dan kemenangan ini memberikan saya semangat untuk kembali aktif seperti dulu," ujar LY yang pernah menyaksikan lagunya dinyanyikan oleh penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Ning Baizura.


For full article, go to : http://www.bharian.com.my

Hafiz Anggap Kemenangan Sebagai Cabaran Jadi Lebih Baik


KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip menganggap kemenangannya dalam tiga kategori di Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20) sebagai satu cabaran kepadanya untuk menunjukkan prestasi lebih baik pada masa akan datang.

Hafiz, 23, berkata, kemenangan tersebut bukan untuk mendabik dada sebaliknya berusaha lebih kuat pada karya seterusnya.

"Kemenangan ini tidak akan buat saya leka atau mengambil sikap sambil lewa sebaliknya saya anggap ia sebagai cabaran untuk saya meningkatkan prestasi selagi mana tahap yang saya mampu.

"Bagi saya ia adalah permulaan dan ini adalah kemenangan pertama saya dalam Anugerah Industri Muzik," katanya pada sidang media selepas malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-20, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Hafiz memenangi anugerah Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Tambah Hafiz, kemenangan tersebut juga merupakan hadiah kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, bagi komposer yang turut terlibat dalam pembikinan album Luahan Hati Anak Seni, LY berkata, Hafiz merupakan seorang penyanyi yang mampu menyanyikan semua lagu daripada mana-mana komposer dengan baik mengikut caranya tersendiri.

"Hafiz seorang penyanyi yang bagus dan dia boleh bawa apa sahaja lagu dengan baik daripada mana-mana komposer sekalipun.

"Ketika saya diminta untuk mencipta sebuah lagu artis lelaki untuk pasaran Indonesia, saya ada beri empat buah lagu.

"Namun apabila mengetahui artis tersebut adalah Hafiz, saya menarik semula empat lagu tersebut dan mencipta sebuah lagu khas untuknya iaitu Bahagiamu Deritaku.

Tambahnya, suara dan teknik nyanyian penyanyi itu mempunyai keunikan yang tersendiri.

Source : http://mstar.com.my

HAFIZ SUIP & YUNA MENANG ANUGERAH UTAMA AIM20

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana.

Pemenang besar AIM20 kali ini tidak lain tidak bukan ialah Hafiz Suip dan Yunalis Zarai. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Selain itu Hafiz juga mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album “Luahan Hati Anak Seni” nyanyiannya. Sementara itu Yunalis Zarai menebus kembali kekecewaannya akibat penarikan kemenangan lagu “Penakut” pada AIM18 dengan memenangi kategori Lagu Terbaik AIM20 menerusi lagu Lelaki.


Go to http://beautifulnara.com for full article and results.

Hafiz, Yuna big winners of AIM20

KUALA LUMPUR: HOMEGROWN singer Yuna and popular soloist Hafiz Suip were the big winners at last night's 20th Anugerah Industri Muzik (AIM20), held at Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil.

Hafiz took home three awards that night, bagging awards for Best Vocal Performance In A Song (Male) for Bahagiamu Deritaku, Best Album and Best Album Recording for Luahan Hati Anak Seni.


Go to http://www.nst.com.my for full article.

Hafiz: Kemenangan Ini Bukan Milik Saya Saja


Hafiz Suip mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) dengan membawa pulang tiga anugerah pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Penyanyi berusia 23 tahun itu menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi "Bahagiamu Deritaku", Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album 'Luahan Hati Anak Seni'.

“Syukur ke hadrat Ilahi. Saya merasakan kemenangan ini bukan milik saya saja tetapi semua pihak yang banyak menyokong saya seperti keluarga, rakan-rakan dan terutamanya Hafiz FC. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya malam ini tetapi tidak dinafikan persaingan begitu sengit,” kata Hafiz ketika ditemui di sidang media AIM 20.


Pemuda kelahiran negeri Sarawak ini menganggap kemenangan kali ini sebagai memori yang begitu manis buat dirinya. Dia sama sekali tidak menyangka yang rezeki berpihak kepadanya malam ini.

“Bila dapat tahu saya menang untuk kategori pertama (Rakaman Album Terbaik), saya merasakan ia seperti satu keajaiban. Itulah orang kata rezeki. Namun saya tidak mahu kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik,” katanya.


Hafiz turut berkongsi yang dia mengamalkan petua yang diajar oleh arwah neneknya iaitu untuk minum air masak sebaik sahaja bangun tidur bagi menjaga suara. Dia tidak menafikan sebagai penyanyi sememangnya menjadi tanggungjawab untuk memastikan vokal dijaga dengan baik.

“Saya tidaklah terlalu menjaga makan sebaliknya mengamalkan minum air masak dengan banyak. Malah ketika berada di Jakarta saya ada belajar petua di mana ada yang menyarankan agar minum limau dan kicap. Itu merupakan satu pengalaman baru buat diri saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan.

Source : http://www.gua.com.my

Malam Gemilang Hafiz Suip Di AIM 20


KUALA LUMPUR, 15 DIS 2013: Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) menjadi sebuah lagi malam bertuah buat bekas juara AF7 iaitu Hafiz Suip apabila dia menggondol tiga anugerah utama pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu telah menerima anugerah Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Go to http://www.murai.com.my for full article.

Menang Album Terbaik AIM20, Hafiz Suip Tepati Ramalan


Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20) menyaksikan juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam Sabtu.
Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Hafiz ketika ditemui pada majlis sidang media berkata, kemenangan tersebut merupakan hadiah paling berharga buat dirinya kerana kali pertama menyertai AIM dan telah merangkul tiga anugerah sekaligus.

“Sikit pun Hafiz tak sangka akan memenangi tiga anugerah pada malam ini..Lebih-lebih lagi Album Terbaik, kerana ini kali pertama menyertai AIM , tetapi Hafiz bersyukur diberikan rezeki ini.

“Dikesempatan ini Hafiz ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T diberikan rezeki ini kepada Hafiz dan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa, sahabat handai dan para peminat yang telah banyak menyokong Hafiz,” katanya.


For full article, go to : http://www.astrogempak.com.my

'Luahan Hati Anak Seni' Hafiz Dinobatkan Album Terbaik AIM20


Hafiz Suip menerusi album solo keduanya, 'Luahan Hati Anak Seni' berjaya mengungguli malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) dengan merangkul anugerah Album Terbaik. Selain itu, Hafiz juga membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu "Bahagiamu Deritaku" dan Rakaman Album Terbaik menerusi album yang sama 'Luahan Hati Anak Seni'.

Go to http://www.gua.com.my  for full article.

AIM20: Hafiz Suip Bolot Tiga Anugerah


Sebentar tadi telah berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 yang menyaksikan Hafiz Suip berjaya membolot tiga anugerah sekaligus.

Penyanyi yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia ini membawa pulang anugerah Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni serta kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki.

For full article, go to : http://www.ohbulan.com

AIM20: Hafiz Cipta Sejarah, 'Lelaki' Lagu Terbaik


MALAM Kemuncak Segalanya Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) menyaksikan penyanyi muda berbakat besar Hafiz Suip menggondol  tiga anugerah pada malam anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.
 
Penyanyi berusia 23 tahun ini memenangi kategori Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni. Album kedua beliau itu turut memenangi kategori anugerah Rakaman Album Terbaik bersama jurutera bunyinya, C.L Toh. 
 
Lebih manis anak kelahiran Kuching, Sarawak ini turut mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) mengatasi empat calon lain seperti Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Ronnie (Hyperact) dan Hazama.

For full article, go to : http://malaysiandigest.com
Related Posts with Thumbnails