Monday, March 16, 2015

Adira, Hafiz Suip Kembali Berganding Untuk Pilot Cafe


Kami yakin antara Hafiz Suip dan juga Adira, masing-masing sudah melupakan kisah lama malah mereka kini telah mempunyai pasangan masing-masing. Berdiri atas dasar profesional, Adira dan Hafiz kini berganding semula demi menjayakan video muzik runut bunyi untuk filem Pilot Cafe.

Suka berterus-terang dalam apa yang disampaikan, Hafiz mengakui, pada mulanya dia turut berasa bimbang jika gandingannya bersama Adira akan membuatkan hati tunangnya terguris malah dalam masa yang sama turut mengajak tunangnya hadir sekali ke lokasi penggambaran.

"Jujurnya saya bimbang juga jika perasaan tunang saya terusik apabila dimaklumkan saya dan Adira akan kembali berpadu suara menyanyikan lagu cinta. Malah saya juga bercadang untuk dirinya menyaksikan penggambaran video supaya dia sendiri dapat melihat apa yang berlaku."

"Bagaimana pun tunang saya faham dengan kerja saya dan dia menolak untuk mengikut sama. Dia tidak mahu menerbitkan rasa tidak selesa antara saya dan Adira ketika bekerja jika dia ada bersama. Sikapnya yang memahami itu jugalah yang membuatkan saya memilih dia untuk dijadikan teman hidup," jelas Hafiz.

Sementara itu, bagi Adira, dia sememangnya sudah memahami situasi berkenaan kerana menyedari lumrah sebagai seorang artis. 

"Apabila bekerja, saya tak pernah nak rasa apa-apa. Bagi saya, kita kena bersikap profesional ketika bekerja. Apabila mendapat tahu saya perlu berduet dengan Hafiz melalui lagu ini pun, saya tidak kisah. Pada pandangan saya, itulah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang artis," jawabnya dan dalam masa turut mendoakan agar hubungan Hafiz dan pasangan berkekalan hingga akhir hayat.











Friday, March 13, 2015

Adira Doakan Kebahagiaan Hafiz Suip, Tidak Mempunyai Masalah Dengan Hafiz


Walaupun pernah menyulam sejarah percintaan bersama penyanyi Hafiz Suip, 25, Adira menjelaskan bahawa itu merupakan sejarah lama dan kini masing-masing sudah dewasa dan matang dalam menempuhi ranjau kehidupan. Adira turut memberitahu bahawa dia mendoakan agar pasangan Hafiz dan Nureffy Jasreel, 22, kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

"Saya gembira untuk dia kerana telah berjumpa wanita yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup. Saya doakan yang terbaik dan berharap hubungan itu hingga ke akhir hayat," katanya yang ditemui semasa penggambaran klip video 'Untuk Cinta' OST filem Pilot Cafe.

Sementara itu, Adira turut memberitahu bahawa kekasihnya iaitu Shahrul Nasrun memahami dan tidak cemburu apabila digandingkan semula bersama bekas kekasihnya Hafiz untuk lagu duet baru mereka iaitu 'Untuk Cinta'.

"Setakat ini dia tiada masalah dengan kerja saya dan faham apa yang saya lakukan ini adalah atas dasar profesional. Saya pun tidak fikir apa-apa melainkan tentang kerja sahaja," tambahnya.

Adira turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Hafiz dan boleh melakukan kerja secara profesional dan berazam untuk melakukan yang terbaik seperti mana yang ditunjukkan keserasian mereka dalam lagu hits 'Ombak Rindu'.

"Kami masih boleh berkawan dan tiada masalah untuk bekerjasama secara profesional kerana bagi saya ini adalah kerja. Keserasian kami juga masih sama macam dulu, malah kali ini kami buat lebih baik daripada lagu Ombak Rindu," katanya.







Monday, March 9, 2015

Hafiz nafi tidak boleh menyanyi

Hafiz tidak dibenar menyanyi?


KUALA LUMPUR : Penyanyi Hafiz Suip menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak dibenarkan menyanyi kerana kecederaan tulang belakang (slipped discs) dan ia memberi impak kepada suaranya.

"Janganlah tutup punca rezeki saya dengan mengatakan saya tidak boleh menyanyi lagi. Doktor masih memberikan kebenaran untuk saya menyanyi namun tidak boleh bergerak terlalu aktif dan sebagainya ketika membuat persembahan.

"Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada saya walaupun saya berada dalam keadaan kesakitan namun masih diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan kerjaya saya," kata Hafiz kepada BH Online baru-baru ini.

Jejaka kelahiran Bumi Kenyalang itu akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudahpun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan itu serta menjaga tindak tanduk bagi memastikan masalah sama tidak berulang.


"Dalam jangka masa setahun ini saya akur berulang alik ke hospital demi kesihatan saya. Namun kepada anda di luar sana jangan serik untuk memanggil saya untuk menyanyi kerana kecederaan saya adalah di belakang dan tidak memberi kesan kepada suara saya," kata Hafiz sambil tergelak.

Hafiz yang baru saja mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dengan Nureffy Jasreel Abdullah, 22, tidak bersetuju apabila ada pihak yang mengatakan bahawa popularitinya akan jatuh kerana akan berkahwin.

"Apa yang saya buat adalah untuk kebaikan diri saya sendiri juga. Keputusan berkahwin diambil bukan bermakna populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.


"Perkahwinan bermaksud bermulalah kehidupan baru saya. Saya juga sedang melatih diri untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab untuk membimbing isteri saya nanti," kata Hafiz.

Selain itu, Hafiz berpendapat bahawa dengan cara memperkenalkan bakal isterinya secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, mungkin akan membuatkan peminat lebih ingin mengenali wanita yang berjaya mencuri hatinya itu.








CONGRATULATIONS HAFIZ & EFFY!!!

Official Hafiz FC would like to congratulate Hafiz & his lady love, Nureffy Jesreel Abdullah for their engagement on 27th Feb 2015 ... and Happy 25th birthday to Hafiz too... all the best in everything!







Browse HERE for more gorgeous pictures of the big E-Day!


Related Posts with Thumbnails