Thursday, April 28, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Hafiz, Aril & Maulana - Demo Warkah Untuk Ibu

This project by the talented AF stars is especially dedicated to all mothers out there.... just keep your fingers crossed for the full version!

Hafiz's songs from KDA2

I know it's way overdue... KDA2 has ended it's run.....but better late then never eh..... so enjoy these songs.....





Monday, April 25, 2011

Lena, Afif diramal ke final - Harian Metro / 25th April 2011



Hafiz, Dafi & Tyzo Buat Kejutan Di Rumah Peminat - MStar Online/25th Apr 2011

Isnin April 25, 2011


Hafiz, Dafi & Tyzo Buat Kejutan Di Rumah Peminat

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Hafiz, Dafi dan Tyzo gembira dapat bertemu dengan peminat mereka, Ashraf. Foto M.RAJAN

PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Muhammad Ashraf Abdul Saleem, 22, menerima kejutan apabila tiga selebriti iaitu Hafiz, Dafi dan deejay Suria fm Tyzo berkunjung ke rumahnya sempena acara Bersarapan Pagi bersama mStar dan Suria fm di Kelana Jaya disini, Ahad.
Tiga seleberiti tersebut turut disambut oleh ibu Ashraf, Nilofar Zam Zam, 46, yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

Kesemua mereka turut menikmati sarapan pagi iaitu nasi lemak yang disediakan oleh pihak mStar serta nasi beriani dan kuih muih yang dimasak sendiri oleh ibu Ashraf.

Menurut Ashraf, dia gembira dan tidak menyangka bahawa borang penyertaan yang dihantar dua minggu lepas bagi menyertai aktiviti itu dipilih oleh pihak mStar.

"Pada mulanya borang penyertaan yang dihantar itu sekadar suka-suka sahaja memandangkan saya tahu bukan senang untuk menjadi pemenang bertuah.

"Inilah kali pertama saya menerima kunjungan di kalangan selebriti ke rumah saya. Lebih-lebih lagi saya merupakan salah seorang peminat mereka.

Dafi, Hafizm Tyzo dan Ashraf teruja dengan makanan yang disediakan.

"Saya harap aktiviti sebegini perlu diteruskan untuk mengeratkan lagi keakraban antara pembaca dan selebriti. Atau mungkin mengadakan aktiviti seperti artis bercuti bersama pembaca," tuturnya.

Sementara itu, Dafi berpendapat, aktiviti yang berkonsep sarapan pagi bersama pembaca perlu diadakan selalu untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain dan pada masa yang sama ia juga mengisi masa terluang pembaca yang tidak mempunyai sebarang rancangan beriadah di hujung minggu.

Hafiz pula berkata, walaupun hanya sekadar bersarapan pagi, ia merupakan sebuah aktiviti yang menarik dan pada masa yang sama ia juga boleh memperluaskan lagi skop pembaca mStar.

Manakala Tyzo pula berkata, pengalaman bersarapan pagi bersama pembaca amat jarang sekali berlaku dan sekurang-kurangnya, para selebriti juga dapat mengenali peminat masing-masing dengan lebih dekat.

"Maklumlah, selalunya kita hanya berkomunikasi dengan peminat di atas pentas atau radio. Jadi bila kita datang ke rumah mereka, ia pastinya satu pengalaman bermakna buat mereka," ujarnya.

Sarapan Pagi Bersama mStar dan Suria fm yang ditemani dengan selebriti popular bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pembaca, pihak akhbar dan selebriti.

Malah pembaca akhbar Mingguan mStar berpeluang menerima kejutan apabila artis popular terpilih akan hadir untuk bersarapan pagi di rumah mereka bersama geng mStar dan juga deejay popular Suria FM.

Dari kiri: Tyzo, Ashraf, Dafi, Hafiz dan Nilofar.

Acara ini akan diadakan setiap dua minggu sekali bermula 10 April sehingga 22 Mei depan.

Untuk menyertai kejutan ini, para pembaca dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan mendapatkan akhbar Mingguan mStar yang diedarkan sekitar Lembah Klang pada setiap Ahad (diterbitkan bersama Sunday Star).

Menerusi borang tersebut, pembaca dikehendaki menulis maklumat peribadi berserta sebaris ayat yang mudah dan hantarkan kepada pihak kami untuk pemilihan.

Pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dan mereka berpeluang untuk menerima kunjungan artis pada suatu pagi di hari minggu yang indah.


Source : www.mstar.com.my

Thursday, April 21, 2011

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu

Hafiz(AF7) mendedahkan kisah hubungannya dengan Adira demi untuk memulihkanreputasi kekasihnya yang didakwa mengamalkan hubungan sejenis. - FotoMOHAMAD HASRUL


Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.

Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisitimurah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihaksebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.

"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut.

"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katanHafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selamalima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadiskelahiran Ranau, Sabah itu.


"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing. 

"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.

"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.

Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.

"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."

Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.

Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.

Related Posts with Thumbnails