Wednesday, February 27, 2013
Hafiz Bakal Beraksi Solo Di Dewan Filharmonik!
KL, 25 FEB 2013 : Bukan semua penyanyi baru berpeluang untuk beraksi di pentas yang penuh berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Malah, penyanyi yang sudah sekian lama established dalam bidang ini pun, belum tentu dapat peluang untuk beraksi di dewan ini bersama puluhan pemuzik orkestra yang penuh kaliber.
Atas sebab itu, Murai Batu rasa bangga sangat apabila mendapat tahu bahawa penyanyi yang memiliki vokal mantap, Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) telah dipilih untuk beraksi secara solo di DFP menerusi segmen Spotlight pada 3 Jun 2013, bermula jam 8.30 malam.
Setakat ini, Murai Batu tak tahu lagi bagaimana repertoire Hafiz kala diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia pada malam ini nanti. Tapi, Murai Batu percaya, Hafiz pasti akan tampil hebat bersama lagu-lagunya yang memang sentiasa digemari. Malah, pasti akan ada kejutan yang dilakukan oleh Hafiz pada malam ini nanti.
Apapun, kalau korang semua tak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert solo Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas ini, cepat-cepatlah beli tiket ya. Sebab tempatnya agak terhad dan tidaklah seluas Istana Budaya. Lagipun, konsert solo Hafiz ini hanya diadakan pada satu malam saja.
Tiketnya pun taklah mahal mana, hanya RM80 saja. Tapi, yang penting, korang kenalah ikut peraturan kod etika pakaian. Apapun, Murai Batu tak sabar nak tunggu Hafiz bikin persembahan dengan iringan muzik orkestra. Mesti best....
Source : http://www.murai.com.my
Thursday, February 21, 2013
Hafiz Selamat Jalani Pembedahan
Ini berita yang baru MH Online terima. Penyanyi bersuara lantang Hafiz
baru sahaja selesai menjalani pembedahan ‘minor’ pada jam 12:30 tengah
hari tadi.
Pembedahan terpaksa dilakukan kerana Hafiz mengalami masalah dengan
gigi gerahamnya. Pembedahan telah dilakukan di sebuah klinik swasta di
Damansara dan Hafiz kini terpaksa berehat sementara semuanya kembali
sembuh.
MH online doakan semoga Hafiz cepat sembuh!
MH TV : Di Sebalik Sesi Fotografi Bersama Adira & Hafiz
Wednesday, February 6, 2013
TEKAK BERNANAH, HAFIZ BEREHAT MENYANYI 3 MINGGU
Disebabkan tidak cukup rehat dan terlalu memaksa diri, telah memberi kesan buruk terhadap penyanyi berbakat, Hafiz Suip. Akibatnya pemuda berusia 22 tahun ini sekarang mengalami sakit tekak yang teruk.
Justeru pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut ini dinasihatkan doktor supaya berehat dari menyanyi sekurang-kurangnya tiga minggu. Selain, dia terpaksa berpantang, tidak boleh minum air dan minuman bersusu kecuali air mineral.
"Dah dua minggu saya sakit tekak. Doktor kata tekak saya bernanah. Jadi buat masa ini saya tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti nyanyian sekurang-kurangnya tiga minggu. Kalau saya berdegil keadaan jadi bertambah teruk dan kemungkinan untuk sembuh memakan masa selama enam bulan.
"Doktor kata saya terlalu memaksa suara saya, tak cukup rehat dan... merokok tapi itu punca yang terakhir sekali (gelak). Disebabkan kesakitan ini, saya sukar mencapai not yang tinggi. Selain itu saya juga kerap merasa pening. Saya akan membuat pemeriksaan lanjut dan mengikut kata doktor, mungkin saya perlu menjalani pembedahan kecil pada tekak saya," beritahu Hafiz kepada malaysiandigest.com mengenai keadaan kesihatannya.
Pelantun Ku Akui ini ditemui pada majlis penghargaan & penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu 27, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, petang semalam.
Hafiz menerima cek berjumlah RM22,000 menerusi kejayaan mendapat tempat ketiga (lagu Ku Akui) sekaligus mempertahankan Vokal Terbaik pada pentas final AJL27 lalu.
Disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, Hafiz terpaksa menangguhkan dulu albumnya. Bagaimanapun dia berharap artwork yang memuatkan sembilan lagu itu dapat direlease dalam bulan Februari ini.
Selain itu, Hafiz bakal membuat konsert di Dewan Filharmonik Petronas sekitar bulan Jun nanti.
"Saya juga sedang buat persiapan bagi mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas. InsyaAllah dalam bulan Jun. Saya berasa bertuah dan bersyukur kerana bukan mudah untuk mendapat peluang keemasan sebegini. Lebih-lebih lagi dapat pula membuat persembahan bersama orkestra," katanya.
Mengaku Bercinta
Dalam pada itu tidak terlepas ditanya mengenai 'perkembangan hatinya' pula, Hafiz berkata dek kerana acap kali diasak dengan soal percintaan, dia akhirnya mengesahkan mengenai desas desus hubungan cinta dengan seorang gadis.
"Saya tahu, sampai bila saya mampu mengelak tentang perkara (hubungan cinta) ni. Ya, saya mengaku saya bercinta. Tapi terlalu peribadi untuk saya dedahkan semuanya.
"Sebab dia (teman wanita) bukan orang dalam industri dan saya harus hormat privasi dia. Saya serius dengan dia. Saya kira fasa percintaan ini juga adalah satu proses perkembangan dalam hidup saya," katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut mengenai gadis itu yang telah membuka pintu hatinya untuk kembali bercinta semula.
Source : http://www.malaysiandigest.com
Tuesday, February 5, 2013
Album AJL27 Dilancar Bagi Menghargai Peminat
Oleh WAHIDUZZAMAN
PETALING JAYA: Album Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) dilancarkan sebagai simbolik kejayaan acara berprestij yang telah pada 6 Januari lalu itu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, album yang memuatkan 12 lagu finalis pada malam AJL27 tersebut adalah bukti penghargaan TV3 kepada semua pihak yang menyokong pertandingan berkenaan.
"Respons penonton yang meminta ulang siaran AJL27 membuktikan acara itu mencipta fenomena tersendiri.
"Album ini dikeluarkan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pihak terlibat dalam mencatatkan kejayaan AJL27," katanya.
Izham ditemui pada majlis pelancaran album itu dan penyampaian cek kepada para pemenang AJL27 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Isnin.
Album yang julung kali dikeluarkan selepas 27 kali penerbitan AJL memuatkan 12 lagu finalis yang bertanding.
Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Bakat, syarikat rakaman Monkey Bone iaitu Jacynta Au-Yong berkata, album itu juga akan menjadi profil kerja kepada para artis dan komposer terlibat sebagai sumber rujukan pada masa depan.
"Kualiti vokal dan persembahan kesemua peserta pada acara itu tidak memerlukan kami melakukan suntingan dan kemasan yang banyak untuk album ini.
"Satu kerugian jika persembahan yang berkualiti itu tidak diterbitkan dalam bentuk album yang boleh dijadikan rujukan serta profil kerja kepada artis dan komposer yang bertanding," katanya.
Album yang mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan itu bakal dipasarkan bermula minggu ini.
Selain format fizikal, album berharga RM29.90 ini juga boleh dibeli secara muat turun digital tidak lama lagi.
AJL27 memartabatkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna sebagai juara.
Dalam AJL27 lalu lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan lirik oleh Yuna diumumkan sebagai juara lagu sehingga membolehkannya membawa pulang wang tunai RM35,000.
Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok, lirik oleh Azlan. Mereka menerima RM15,00 manakala tempat ketiga menjadi milik lagu Ku Akui ciptaan Ajai nyanyian Hafiz yang turut menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Penyanyi Black dan RJ pula berkongsi kemenangan menerusi persembahan terbaik menerusi lagu Teman Pengganti. Mereka menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Source : http://mstar.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)