Friday, January 24, 2014

Aku Pelat & Bahagiamu Deritaku Ada Potensi Jadi Juara AJL 28


Meneliti barisan finalis yang bakal berentap pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) pada 26 Januari ini, agak sukar untuk meramalkan siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara bagi edisi kali ini. Mana tidaknya, saingan akhir AJL 28 menyaksikan pertarungan sengit kerana rata-rata yang bertanding, baik dari penggubah lagu, penulis lirik sehinggalah penyanyi, semuanya hebat-hebat belaka.

Malah, separuh dari finalis yang bertanding juga pernah memperoleh kemenangan di pentas AJL antaranya Hafiz yang berjaya merangkul Juara Lagu AJL 26 menerusi lagu ‘Awan Nano’. Profil perjalanan Hafiz di pentas AJL juga cukup membanggakan apabila memenangi tiga kali berturut-turut Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Noktah Cinta’, ‘Awan Nano’ dan ‘Ku Akui’.

.....................

Apapun, tidak lengkap rasanya jika tidak diselitkan nama Hafiz dalam senarai ramalan pemenang AJL 28. Berbekalkan lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ yang sememangnya tidak perlu dinafikan kehebatannya, lagu ini mempunyai peluang besar untuk bergelar juara kerana ia mempunyai kekuatan dari segenap penjuru.

Melodi dan lirik ciptaan pasangan suami isteri, LY dan Baiduri ini sangat indah, cukup untuk dijadikan ancaman buat finalis yang lain. Bakat nyanyian serta mutu vokal Hafiz dalam menyampaikan lagu-lagu berentak Balada juga tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak mustahil juga Hafiz mampu mengekalkan gelaran Vokal Terbaik yang diperolehnya selama ini sekaligus merangkul gelaran Juara Lagu AJL 28.

For full article : http://www.gua.com.my

Hafiz berentap ‘Top 5’



Bahang kehangatan Anugerah Meletop Era (AME) yang julung kali dianjurkan pada 8 Februari ini nampaknya semakin dirasai. Bahkan, dua penyanyi popular tanah air didapati mendominasi pencalonan.

Menerusi sidang media mengumumkan senarai penuh lima calon akhir terpilih yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, 14 kategori dipertandingkan nyata di ungguli Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip.

 Kedua-dua penghibur terkenal yang pernah bekerjasama merakamkan lagu duet tema drama Adam & Hawa, Muara Hati itu berjaya menambat hati peminat untuk mengundi mereka bagi berentap dalam senarai ‘Top 5’.

Sehubungan itu, Siti dicalonkan empat kategori manakala Hafiz menerima tiga pencalonan termasuk kategori Grup/ Duo Meletop yang mencalonkan kedua-duanya.

 Justeru, antara kategori yang membariskan nama Siti sebagai calon ialah Lagu Meletop, Penyanyi Meletop serta Bintang Siber Meletop dan Hafiz pula tersenarai bagi kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

For full article : http://www.hmetro.com.my

[promo] #AnugerahMeleTOPERA - Hafiz


Wednesday, January 22, 2014

Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi


Hafiz, Stacy, Altimet dan Awi Rafael menyusun strategi, melontar energi dan mengalun vokal terbaik untuk melangkah ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil bermula pukul 9 malam di TV3.

Hafiz, penyandang tiga kali vokal terbaik dalam AJL sejak tahun 2010, bakal mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku untuk malam final nanti.

Hafiz bawa elemen sedih

Pernah membawa elemen drama dengan penampilan khas penyanyi senior Herman Tino untuk lagu Awan Nano di pentas akhir AJL26 (2011), tahun ini menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz Suip akan membawa elemen sedih bagi melatari lagu itu.

"Saya tak mahu tekankan elemen drama seperti sebelum ini, sebaliknya bawa elemen sedih pula di atas pentas. Selain itu, saya juga akan ke kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Memang setiap tahun saya akan mengikuti kelas vokal dengan Cikgu Shafi," ujar penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Mengulas mengenai kemenangan tiga kali berturut-turut untuk vokal terbaik dalam AJL, Hafiz mengakui berasa sedikit tertekan.

Sebabnya, kata Hafiz, peminat-peminatnya juga menjangkakan kemenangannya untuk tahun ini.

"Ramai peminat beritahu saya mampu melakukannya. Sedikit sebanyak ia memberi saya tekanan. Kalau tidak menang, ia akan menyedihkan peminat saya," luahnya.

Bagaimanapun, kata Hafiz, dia tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan yang diperoleh sebelum ini. Sebaliknya, akan tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Lebih-lebih lagi selepas melihat barisan artis yang akan membuat persembahan bukan calang-calang dari segi vokal mereka.


For full article : http://www.kosmo.com.my



Stacy dan Hafiz on Wanita Hari Ini TV3

Monday, January 20, 2014

Anugerah Juara Lagu 28: Grand Promo HD TV3

12 Video Game On Finalis Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28)..!!!!

Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang akan memperlihatkan persaingan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari ini telah memperkenalkan tema pada malam kemuncak tersebut.

Diangkat sebagai anugerah muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 28 memperkenalkan Game On sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.





Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Komposer - LY
Penulis Lirik - Baiduri

Hasil ciptaan oleh pasangan suami isteri iaitu LY atau nama sebenarnya Rosman Shafiee serta lirik oleh Baiduri atau isteri beliau, diiringi sepenuhnya oleh piano, lagu itu memang menusuk kalbu. Hafiz yang sudah 3 kali mempertahankan Vokal Terbaik mungkin akan terus kekal ataupun sebaliknya kerana ada saingannya yang cukup terapat sekali iaitu Black, Hazama, Ronnie Hyperact, Azlan the Typewriter dan mungkin jugak Alyah .. hayatilah lirik lagu yang cukup puitis.


For full article : go to http://selongkar10.blogspot.com

Wednesday, January 8, 2014

AJL28: Penggiliran Artis Secara Undian Mansuh Elak Masalah


SUBANG JAYA : Giliran persembahan peserta dalam Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) kali ini ditetapkan sendiri oleh penganjur berbanding pada tahun-tahun sebelum ini yang dilakukan mengikut cabutan undi.

Penerbitnya, Khalijah Mohamed, berkata, ia bagi melancarkan perjalanan sepanjang pertandingan tersebut yang bakal disiarkan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini pada 26 Januari ini.

"Pada kali ini kita telah menetapkan sendiri giliran persembahan artis dan tidak menggunakan sistem undian seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Banyak masalah timbul jika persembahan artis bertanding dibuat mengikut giliran melalui undian dan keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke 28, di Empire Subang, di sini, Selasa.

Tambahnya, susunan giliran kali ini dibuat mengikut persembahan yang bakal dilakukan peserta termasuk penggunaan peralatan muzik di atas pentas. Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dan mendapat persetujuan daripada kesemua peserta yang bertanding pada malam tersebut.

Giliran yang dibuat akan memperlihatkan Salammusik membuka tirai pertandingan menerusi lagu Aku Pelat diikuti Takkan Terpisah (Black), In Love With You (Aizat Amdan & Noh Salleh), Hanya Aku (Hyperact), Bosan (Stacy) dan Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip).

Turut bertanding, lagu Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) dan Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet).

Sementara itu, katanya, AJL28 kali ini berkonsepkan Game On (pertandingan bermula) bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan.

"Elemen Game On akan direalisasi dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa. Kita mahu peserta tampil dengan idea yang paling kreatif dan menghiburkan," katanya.

Selain finalis bertanding, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada beberapa artis popular seperti Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcee).



Footnote : Hafiz's Bahagiamu Deritaku will be the 6th performance of the nite. Game on!!!



Related Posts with Thumbnails