Tuesday, November 25, 2014

Hafiz Gusar Lagu Matahari Tidak Mara Ke AJL 29?


KUALA LUMPUR, 24 NOV 2014 : Penyanyi kelahiran program realiti Hafiz Suip terasa agak gusar mengenai lagu Matahari walaupun sudah mara ke separuh akhir muzik muzik minggu kedua baru-baru ini.

Namun, Hafiz tidak meletakkan apa-apa harapan, dia hanya menyerahkan keputusan di tangan juri sama ada lagu Matahari dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).

"Saya sudah buat yang terbaik, ini merupakan lagu hasil ciptaan Ajai. Saya merasakan kekuatan pada lagu ini ialah liriknya yang puitis serta melodinya yang lebih kemelayuan."

"Saya kalau boleh tak nak mengecewakan Ajai, sebab sebelum ini saya pernah menang vokal terbaik menerusi lagunya, harap-harap adalah 'luck' untuk saya," seloroh Hafiz kepada portal Murai.com.my.

Menurutnya, setiap tahun saingan sentiasa hebat, Hafiz gentar dengan penyanyi yang sudah lama bertapak di industri seperti Dayang Nurfaizah.

"Dayang dan Dato' Hattan antara penyanyi berpengalaman yang buat saya gerun dan berdebar-debar untuk membuat persembahan. Apa-apa pun saya harap semua penonton telah terhibur dengan nyanyian saya," ujarnya.

Di malam separuh akhir minggu kedua muzik-muzik, antara penyanyi yang berentap ialah Encik Mimpi, Indah Ruhaila, Waris, Amir Jauhari dan Fynn Jamal.


Misha Omar & Hafiz Suip, Dua suara balada bergabung

Hafiz Suip - Matahari (MM29 Semi Final)

Monday, November 3, 2014

Hafiz teruja, gementar


Perihal vokalnya yang hebat diakui melalui pencapaian Hafiz Suip selaku pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2010 menerusi lagu Noktah Cinta, diikuti tahun berikutnya Awan Nano (2012) dan Ku Akui (2013).

Kemenangan yang diukur berdasarkan vokalnya juga pernah diiktiraf dalam satu lagi acara berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) apabila Hafiz menang Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) melalui lagu Bahagiamu Deritaku.

Berdasarkan profil kejayaannya lima tahun kebelakangan ini, anak kelahiran Sarawak ini turut memperlihatkan kolaborasi dengan nama besar apabila menjadi pilihan pasangan duet penghibur bertaraf diva seperti Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati dan Datuk Rossa (Salahkah).

Terbaru, juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu mengumumkan satu lagi perancangan duet dengan penyanyi cukup berbakat besar iaitu Misha Omar.

Bagaimanapun, sebelum pelaksanaan kerjasama itu dilakukan, Hafiz bakal beraksi dengan seorang lagi diva cukup berpengaruh di Asia Tenggara, Krisdayanti.

Kelmarin, Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan konsert Krisdayanti Live in KL 2014 pada sidang media kedua konsert itu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Krisdayanti.

Hafiz menjadi pilihan pelayar dan pelanggan setia wangian tanpa alkohol itu menerusi laman rasmi One Drop Perfumes yang juga penganjur dan penaja konsert berkenaan yang tampil dengan kelainan iaitu memberi peluang kepada orang ramai memilih penghibur tempatan yang ingin disaksikan mereka dalam konsert itu.

Akui Hafiz yang juga juara Mania, dia amat berbesar hati menerima pelawaan itu. Bahkan tidak pernah mengukur pencapaiannya untuk muncul sebagai artis undangan.

"Saya tidak pernah berasakan diri saya seorang penyanyi yang hebat walaupun orang sering melabelkan saya dengan gelaran itu. Sampai sekarang, setiap hari saya masih lagi belajar dan memperbaiki diri.

"Justeru, apabila menerima pelawaan sebagai artis undangan Krisdayanti, saya berasa sangat teruja dan gementar, jauh sekali mahu menolak.

"Peluang ini bagi saya satu lagi impian saya yang menjadi kenyataan dan ia bakal tersemat sebagai pengalaman indah dalam karier nyanyian saya.

"Krisdayanti antara penyanyi wanita yang saya hormati dan kagumi. Saya sukakan lagu duet beliau bersama Siti iaitu Jika Kau Datang dan Mencintaimu.

"Bagaimanapun, persembahan duet kami nanti, saya mahu menyanyikan lagu Cinta bersamanya. Terdapat satu lagi lagu duet yang belum diputuskan selain satu lagu solo daripada single saya sendiri," katanya.

Sebagai persiapan menghadapi konsert yang bakal berlangsung di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini, Hafiz merancang untuk mengasah vokal di bawah bimbingan guru vokal, Cikgu Shafi kerana dia sentiasa melihat penglibatan dalam acara besar seperti ini apatah lagi membabitkan majlis orang, tanggungjawab yang diberikan tidak boleh dipandang enteng.

Click here for full article :

http://www.hmetro.com.my

Saturday, November 1, 2014

Kris Dayanti Yakin Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsertnya!


KUALA LUMPUR, 31 OKT 2014 : Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti akui teruja apabila mendapat tahu Hafiz Suip bakal jadi penyanyi jemputannya untuk bersama-sama bernyanyi di dalam Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 yang akan diadakan pada 22 November ini.

Kris Dayanti berkata walaupun tidak pernah bersua muka dengan penyanyi Awan Nano itu, namun nama Hafiz sudah pun dikenalinya.

"Pertama kali dengar nama Hafiz, saya tahu anak muda ini paling Top sekarang di Malaysia. Saya juga tahu yang dia penyanyi bagus sebab dia menang di APM (Anugerah Planet Muzik) lalu. Rossa juga ada muatnaik gambarnya.

"Saya yakin Hafiz boleh menambahkan lagi semangat di pentas konsert saya nanti. Malah dia punya tarikan tersendiri dan moga-moga peminat-peminat juga akan datang menyaksikan konsert saya. Saya kira ini satu gabungan yang cukup mantap antara penyanyi Indonesia dan Malaysia.

"Lagipun sebelum ini saya dengar lagu-lagunya di Youtube. Paling saya suka, Ombak Rindu. Banyak kali saya dengar lagu itu, saya benar-benar suka. Ternyata range vokalnya sama dengan saya. Di sidang media ini, kali pertama saya bertemu dengan dia. Ganteng (kacak) juga orangnya," katanya kepada murai.com.my dalam sidang media kedua konsert tersebut yang diadakan di Hotel Royale Chulan.

Hafiz telah dipilih menerusi hasil 20,000 undian peminat di laman Facebook pihak penganjur One Drop Perfume. Hafiz bakal berduet dengan penyanyi diva Indonesia itu menerusi dua buah lagu iaitu Ombak Rindu dan Cinta nyanyian asal Kris dan Melly Goeslow.

Click here for full article :


Hafiz Suip Pilihan Kris Dayanti Berduet Di Konsert LIVE Kuala Lumpur


Diva Indonesia Kris Dayanti atau lebih mesra dengan singkatan KD telah menjawab teka teki pasangan yang bakal berduet bersamanya di Konsert Kris Dayanti Live di KL 22 November ini apabila Hafiz Suip telah dipilih oleh pihak pengurusan dan Kris Dayanti sendiri.

Hafiz Suip bakal menjadi pasangan duetnya pada malam tersebut seterusnya menyanyikan 3 buah lagu termasuk 2 lagu duet dan solo. Dia yang buat pertama kalinya bertemu Hafiz di sidang media yang diadakan di Royale Chulan yakin dan optimis bahawa penyanyi muda itu mampu untuk menggalas cabaran ini di konsertnya yang akan diadakan di Plenary Hall, KLCC.

"Saya baru pertama kali bertemu dengan Hafiz dan saya tahu dia bagus kerana menang anugerah di APM bersama dengan Rossa. Selain itu juga, saya pernah mendengar rakamannya di Jakarta. Melihatkannya dia seorang yang sopan sangat menghormati orang-orang di sekelilingnya."

"Saya yakin pasti ada magnet dan energi positif pada dirinya yang mampu membuatkan dewan konsert pada malam itu terpegun atas persembahan-persembahan yang akan dilangsungkan. Malah peminat-peminat dia juga mungkin akan datang untuk menyaksikan dia dan saya beraksi pada malam konsert itu nanti," katanya yang penuh teruja.

Click here for full article :








Related Posts with Thumbnails