Friday, August 19, 2011

HAMPIR 50 SELEBRITI BAKAL SERTAI YOK SAHUR 4


KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2011: Program Yok Sahur 4 yang bakal dianjurkan portal murai.com.my bersama Double Tree by Hilton di Putra Perdana, 19 Ogos ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada artis dan selebriti tanah air. Malah, hampir 50 artis telah mengesahkan penyertaan mereka terhadap program amal yang dianjurkan saban tahun ini.

Berbeza dengan program Yok Sahur yang pernah diadakan sebelum ini, Yok Sahur 4 hanya akan berlangsung di satu lokasi sahaja, namun tradisi mengajak artis dan selebriti menjayakan aktiviti amal dengan bersama anak-anak yatim di lokasi di rumah kebajikan yang terpilih ini tetap tidak berubah.

Antara selebriti-selebriti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Fauziah Latiff, Alyah & Chocolate, Hafiz AF7, Farawahida, Imam Muda Azhar, Natasha Hudson, Dina Nadzir, Neelofa, Sabhi Saddi, Awi Rafael, Wana, Siti Nordiana, Nine Coco, Arja Lee, Raja Azmi, Along Raja Lawak dan Zila Saeron, Fazli Zainal, Maria Tunku Sabri, Azri AF9, Erul AF9, Lena AF9, Asfan, Zarul n The Protes, Muzzy, Amir Jahari, Senorita, Shazroul, Aesar Mustafa, Max 24:7, Alvin Anthons, Qalisha, Aisya Hasna, Diddy Hirdy, Kay AF9, Mamat Sepah, X-Factor, Bkay, Daus, Iqa Mentor, kumpulan Firdaus, Iz Sulaini, Rosma & Khai, Ernie Zakri, Zoey, Linda Onn dan ramai lagi.

Seperti kebiasannya, tradisi Yok Sahur selalunya akan dimulakan dengan selebriti-selebriti ini mengejutkan penghuni-penghuni rumah kebajikan untuk bersahur yang dimulakan bacaan doa dan marhabban. Selain bersahur, selebriti-selebriti ini kemudian akan meluangkan masa untuk menghiburkan anak-anak yatim ini dengan menyanyi, bercerita atau bermain beberapa aktiviti permainan yang menyeronokkan.

Sejak dianjurkan kira-kira 3 tahun lalu, Yok Sahur sentiasa menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh para selebriti tanah air dan ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjayakan program ini. Ada juga selebriti yang turut menghulurkan sumbangan berbentuk material, makanan serta duit raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dan perkara ini sentiasa dialu-alukan oleh pihak portal murai.com.my.

Selain dari penglibatan selebriti-selebriti ini, majlis juga akan diserikan dengan kehadiran EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato Sohaimi Shahadan yang juga merupakan penaja kelengkapan Yok Sahur 4.

Rumah Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong bakal menjadi destinasi untuk Yok Sahur 4 bersama Double Tree by Hilton ini. Rumah kebajikan yang baru sahaja 3 bulan beroperasi ini diduduki oleh 80 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin.

Sertai Double Tree di facebook untuk mendapatkan perkembangan, promosi berita terkini: http://www.facebook.com/DoubleTreeKL
Source : www.murai.com.my

Thursday, August 18, 2011

SIAPA PEDULI MV (Album Siapa Peduli?) Alyah, Mawi, Hafiz, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Azhan.



MAPIM telah menerbitkan sebuah album berjudul 'Siapa Peduli?' yang dilancarkan pada 6 Ogos 2011. Penciptaan lagu istimewa ini dikenali album Siapa Peduli? diusahakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Zaira Aziz dan KuSham (penerbit eksekutif album) One Scream Studio, Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia selaku pengedar. Penghasilan album itu juga adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album "Siapa Peduli boleh didapati di pasaran dengan harga RM25.90.

Album yang mengandungi 10 buah lagu ini menampilkan barisan artis ternama negara seperti Mawi, Alyah, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Liza Hanim, Hafiz AF7, Azhan dan Kumpulan Putera. Turut dimuatkan, deklamasi sajak berjudul 'Anak-Anak Palestina' oleh Sasterwan Negara, Datuk A. Samad Said.
Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alyah), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).

-Courtesy of Media

Tuesday, August 16, 2011

Related Posts with Thumbnails