Sunday, May 6, 2012

Friday, May 4, 2012

Thursday, May 3, 2012

Mania pentas uji diri


Keputusan tiga orang bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hafiz, Stacy dan Aril untuk melibatkan diri dalam program realiti Mania merupakan satu risiko besar yang diambil oleh setiap penyanyi yang menyertai program tersebut.

Kualiti serta populariti mereka menjadi kayu pengukur untuk mereka kekal bertahan selama yang mungkin dalam program yang bersiaran setiap hari Sabtu di Astro Ria itu.

Ketiga-tiga Hafiz, Stacy dan Aril memiliki sebab tersendiri di sebalik penyertaan mereka dalam Mania.


Medan baiki diri

Meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-26 serta penyanyi popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2011, nyata bukan satu halangan buat Hafiz untuk masuk bertanding dalam Mania.

Kata pemilik nama Mohd. Hafiz Mohd. Suip itu, Mania merupakan medan untuk memperbaiki diri bagi menjadi penyanyi yang lebih baik serta menonjolkan sisi lainnya yang belum pernah dilihat oleh peminatnya.

"Selain itu, ia juga medan untuk setiap penyanyi mengukur sejauh mana populariti kerana program itu menuntut undian daripada penonton untuk mengekalkan posisi penyanyi kegemaran mereka."

"Saya masuk program Mania untuk memperbaiki diri serta mendekatkan diri dengan peminat kerana setiap minggu peminat boleh menyaksikan saya di kaca televisyen secara langsung. Sedikit sebanyak ada saatnya saya teringat kembali ketika menyertai program AF kerana ia sebuah program realiti.

"Cuma bezanya ketika di AF, saya dan semua peserta lain sangat naif mengenai industri hiburan tetapi dalam Mania semuanya telah mempunyai pengalaman. Pesaing pula semuanya penyanyi yang hebat, jadi saya perlu cabar diri untuk tingkatkan kualiti persembahan serta menjadi lebih kreatif untuk menarik perhatian penonton," ujarnya yang berada di bawah naungan empayar Ahmad Dhani.

Memilih penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor sebagai pesaing utama kerana kualiti vokalnya, ujar Hafiz dia langsung tidak tertekan sepanjang tujuh minggu dalam Mania meskipun harapan peminat terhadapnya cukup tinggi.

"Saya tidak melihat harapan peminat sebagai satu tekanan tetapi ia adalah cabaran untuk diri saya. Bukan selalu dapat bekerjasama dengan penerbit muzik seperti Ahmad Dhani jadi saya gunakan peluang ini untuk mengutip ilmu sebanyak boleh daripadanya," tuturnya yang menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama Maya Karin pada minggu ketujuh Mania yang berlangsung pada Sabtu lalu.


Hafiz kini dalam proses pembikinan album terbaharunya

Cipta lagu

Selepas album sulungnya Masih Jelas yang berada di pasaran pada tahun 2009, Hafiz tidak muncul dengan sebarang album sebaliknya dengan beberapa buah lagu single. Selepas tiga tahun, Hafiz kini dalam proses menyiapkan album terbaharunya.

Memberanikan diri mencipta lagu sendiri katanya, peminat pasti terkejut dengan perubahan yang ditampilkan untuk album yang diharap dapat berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

"Lima lagu sudah dirakam, sekarang saya sedang menunggu beberapa buah lagu lagi. Menariknya, dalam album terbaharu ini lagu ciptaan saya dan sepupu, Idzam, serta lirik oleh saya sepenuhnya yang berjudul Mungkinkah turut dimuatkan dalam album itu.

"Tiga tahun lagu itu telah disimpan dan akhirnya peminat dapat mendengar lagu yang dicipta oleh saya sendiri, saya sendiri sudah tidak sabar untuk lagu ini berkumandang di dalam radio. Mungkin selepas Mania tamat atau saya tersingkir, saya akan mempromosi lagu single terbaharu itu.

"Album baharu sangat berbeza, walaupun saya dikenali dengan lagu balada tetapi saya mengambil risiko dengan membawakan lagu genre alternatif pop rock untuk album terbaharu, " jelasnya lagi.


Source : Kosmo online

Wednesday, May 2, 2012

ARTIS TERBAIK ERA, HAFIZ!

ERA fm dengan bangganya mempersembahkan 
ARTIS TERBAIK ERA, HAFIZ!


Anak kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip merupakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh. Hafiz dilahirkan pada 27 Februari 1990 dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Anak muda ini meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai sebuah program realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang dapat digambarkan tentang anak muda ini apabila Hafiz telah berjaya menjuarai program tersebut sekaligus menghampakan saingannya. Beliau kemudiannya meneruskan langkahnya dalam bidang nyanyian menerusi album pertamanya yang berjudul Masih Jelas. Ternyata langkahnya membuahkan hasil apabila lagu Masih Jelas tercalon di dalam kategori Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM 17).

Awan Nano dengan penampilan Herman Tino

Lagu tersebut turut dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-24 dan sekaligus melayakkan penyanyi berbakat besar ini dicalonkan untuk kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Satu permulaan yang baik buat Hafiz walaupun tidak berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori-kategori tersebut. Tidak tertumpu dalam bidang nyanyian sahaja, Hafiz turut melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan teater yang berjudul KITA iaitu sebuah teater muzikal berinspirasikan konsep 1Malaysia. Beliau diberi kepercayaan untuk memegang watak utama bagi teater tersebut. Kejayaan teater muzikal ini sekaligus berjaya direkodkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record.


Ombak Rindu duet bersama Adira, runut bunyi filem Ombak Rindu


Bakat lakonan Hafiz juga dapat dilihat menerusi video klip Awan Nano yang juga merupakan lagu ciptaan Dato' M. Nasir dan Budhi Hikayat. Video tersebut turut menampilkan penyanyi veteran Herman Tino.

Hafiz telah merangkul pelbagai jenis anugerah seperti Persembahan Vokal Terbaik (Noktah Cinta) dan meraih tempat ketiga (Noktah Cinta) di Anugerah Juara Lagu ke-25, Lagu Terbaik (Awan Nano) di Anugerah Planet Muzik. Lagu Awan Nano yang dinyanyikan anak muda ini tidak hanya mendapat pengiktirafan di Anugerah Planet Muzik tetapi juga telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik, Lagu Terbaik serta sekaligus menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-26.

Hafiz di Carta ERA 40 bersama Aznil Haji Nawawi

Baru-baru ini, anak muda ini turut berjaya meraih anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH) sekaligus menghampakan calon-calon hebat seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Black dan Aizat.

Untuk perkembangan terbarunya, Hafiz merupakan salah seorang bintang Mania yang bertanding dengan 14 bintang yang lain seperti Aril, Jaclyn Victor, Estranged, Alyah, Stacy, Akim, Kristal, Atilia, Awi Rafael, Chaq, Ebi, Shila Amzah, Adira dan Hazama.

Bagi peminat-peminat Hafiz yang ingin mengikuti perkembangan beliau di laman sosial, anda boleh layari laman twitter.com/hafizsuip

Source :  http://www.era.fm

HAFIZ @ MANIA WEEK 8



Related Posts with Thumbnails