Friday, May 11, 2012

HAFIZ TOLAK TUDUHAN DISANTAU DALAM "MANIA"

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)


Hafiz - Foto ihsan ASTRO


SHAH ALAM : Penyanyi Hafiz Suip (Akademi Fantasia 7) menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia disantau ketika bersaing dalam program Mania beberapa minggu lalu sehingga menjejaskn prestasi persembahannya.

Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, ini berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak berasas kerana dia percaya semua peserta yang bertanding dalam program tersebut bersaing secara sihat dan tidak melibatkan sebarang taktik kotor.

"Saya nafikan dakwaan itu. Saya tidak fikir ia (santau) berlaku sama sekali. Alhamdulillah, keadaan saya baik dan tiada apa-apa yang pelik dialami.

"Mungkin orang melihat prestasi saya agak merosot beberapa minggu lalu kerana tekanan yang dihadapi dalam pertandingan Mania tetapi ia tiada kaitan dengan perbuatan khianat pihak tertentu," jelasnya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Awan Nano itu berkata, sebagai umat Islam dia sentiasa berserah dan berlindung kepada Allah dalam mencari rezeki dan dia percaya sebarang penganiyaan hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya.

"Kalau benar ada yang berniat jahat untuk melakukan begitu, adalah lebih baik dihentikan saja. Bukan saja perkara itu berdosa, malah ia tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa pun.

"Saya tidak ada hak untuk membalas, biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Saya percaya setiap perkara hanya berlaku dengan izin-Nya," katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia semakin merasai tekanan menjelang persaingan minggu separuh akhir (minggu kesembilan) Mania pada malam Sabtu ini.

Katanya, pada peringkat ini cabaran bukan saja melibatkan aspek pemilihan lagu dan persembahan, bahkan ia turut bergantung kepada tuah seseorang penyanyi itu berdasarkan undian peminat.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pertandingan ini menjadi lebih mencabar kerana ia tidak diadili oleh juri profesional, sebaliknya bergantung kepada penilaian penonton yang mengundi.

"Menerusi kaedah begini, apa keputusan pun boleh terjadi. Yang bagus boleh tersingkir jika nasib undian tidak menyebelahinya," terangnya.


Source : www.mstar.com.my

Wednesday, May 9, 2012

BUAH TANGAN BUAT PEMINAT

SELASA (8 Mei 2012) - Menjelangnya Konsert Separuh Akhir Mania, segala usaha diperkuatkan lagi bagi memastikan Bintang Mania ini membuat persembahan yang hebat, bertenaga serta sentiasa diingati. Di samping menyampaikan persembahan yang menakjubkan, beberapa buah tangan turut disediakan khas buat peminat-peminat setia Bintang Mania sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat yang telah mengundi selama ini.


..........

Berbeza dengan Empayar Hijau milik Ahmad Dhani yang bermula lewat malam, Hafiz dan Aril sudah mempunyai lagu yang akan mereka bawa di Konsert Separuh Akhir Mania nanti. Hafiz akan membawakan lagu My Baby You oleh Marc Anthony dan Kau Lah Segalanya oleh Hazrul Nizam. Aril pula bakal membawakan lagu Satu oleh Dewa dan Ku Cari Damai Di Hati oleh Gingerbread.

Teruskan bersama Mania di laman sosial Facebook dan Twitter Mania untuk mengetahui perkembangan terkini Bintang-Bintang Mania serta info terkini Konsert Mania. Layari www.facebook.com/ManiaAstro dan www.twitter.com/ManiaAstro.


Source : www.mania.com.my

Monday, May 7, 2012

Oh My English - Hafiz


"I very like football" - Is that correct? Check out what Hafiz says!

Let's speak better English! Don't miss "Oh My English!", a new fun-learning sitcom on Astro TVIQ, at 10am every Sunday starting from 20 May 2012.

Source : OhMyEnglishTV

Sunday, May 6, 2012

HAFIZ'S PERFORMANCE ON MANIA WEEK 8


Mania Week 8th's theme was Evergreen Medley. Hafiz chose Dato' Sheila Majid's Sinaran and Lagenda for his performance. Earlier in the week, some fans were sceptic about his choice, as they felt that he could've chose better songs to showcase his true talents. Hafiz took it as a challenge and indeed, he did his best in the concert. His rendition of the medley was powerful and totally mesmerizing! Complete with some sexy gestures! And memories of AF7's 9th concert lingered when he hit his highest note in Lagenda! 
But as usual, the suspense killed us all when it came time to announce who's been booted out. And thank God, it wasn't Hafiz! 8th concert's casualty was Alyah who also gave a good performance. Thanx to all who voted for Hafiz and he finished 2nd after the lines were closed.
Next week will see the 8 stars competing in the Semi Finals. There will be 3 eliminations as the final will see 5 of them vying for the ultimate price of RM500,000. 
So fans and friends of Hafiz, keep the votes coming to make Hafiz our Superstar! Every vote counts!

Type MANIA5 / 10 / 20 <space> HAFIZ and send to 32888.

We vote for the best, leave out the rest!

Vc source : www.mania.com.my
Related Posts with Thumbnails