Saturday, June 2, 2012

HAFIZ WRITE-UP @ WARNER MUSIC INDONESIA


Perhelatan MANIA SUPERSTAR yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Malaysia pada tanggal 19 May 2012 menjadi ajang apresiasi yang besar bagi Mohd Hafiz Suip yang biasa disapa dengan HAFIZ. Pada ajang bergengsi untuk para musisi Malaysia ini HAFIZ mendapat gelar "Superstar Singer". Ini merupakan prestasi yang sangat membanggakan bagi HAFIZ yang juga pada awal tahun 2012 mengeluarkan single "Awan Nano" hasil karya cipta composer M.Nasir dan lirik oleh Budhi Hekayat di Indonesia.

Sesungguhnya ini bukan penghargaan HAFIZ yang pertama semenjak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tahun 2009. Dalam 17 bulan terakhir ini banyak penghargaan yang diperoleh HAFIZ yaitu :

2012
- Champion of Mania Superstar programme 2012 with Ahmad Dhani as the mentor (May 2012)
- Anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular in Malaysia di Anugerah Berita Harian (April 2012) - beating   Anuar Zain, Faizal Tahir and Black
- Best Vocalist in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)
- Best Song in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)

2011
- Best Vocalist in Malaysia in Anugerah Juara Lagu 25 for the song - Noktah Cinta (January 2011)
- 2nd Runner-up in Anugerah Juara Lagu 25 for the song - Noktah Cinta (January 2011)
- Best Song in Malaysia Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz Awan Nano (June 2011)
- Best Regional Song in Malaysia, Indonesia, Singapore in Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz Awan Nano (June 2011)

Album HAFIZ akan segera dirilis oleh Warner Music Indonesia pertengahan tahun 2012 dan semoga kembali mendulang sukses dan memperkuat eksistensinya di kancah musik Indonesia.


Friday, June 1, 2012

HAFIZ & ADIRA ON THE COVER OF YEZZ (JUNE 2012)








HAFIZ MENTIONS IN HARIAN METRO ARTICLE




Setakat ini saya melihat satu zaman kebangkitan buat anak muda dari Kuching, Sarawak, tidak lain daripada Hafiz AF7 atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 22. Dalam usia dua tahun lebih muda daripada Adele, saya merasakan Hafiz akan mampu menjadi seorang penghibur serba boleh kebanggaan Malaysia satu hari nanti dan bintangnya nyata semakin cerah.

Selain berjaya dalam AJL lalu dan terbarunya pula, Mania, saya harap pihak Astro akan lakukan sesuatu kepada Hafiz mulai sekarang untuk meluaskan penguasaannya sehingga ke negara jiran. Sia-sialah kalau kita beri tempat kepada Ahmad Dhani daripada Dewa19 di dalam Mania jika kita sendiri tidak ‘mempergunakan’ komposer, penyanyi dan pemuzik itu untuk kebaikan artis kita seperti Hafiz di Indonesia.


Hafiz Juara MANIA, Menang RM500,000



Tidak salah rasanya jika kami katakan yang Hafiz Suip merupakan juara antara yang terbaik selepas dinobatkan pemenang mutlak persaingan MANIA yang telah berakhir malam tadi di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, disiarkan melalui Astro Ria dan Astro Prima.

Di pentas akhir MANIA, Hafiz Suip menerima 28% undian mengalahkan empat peserta lain untuk meraih habuan RM500,000 beserta trofi kemenangan. Produser yang menaungi penyanyi ini, Ahmad Dhani  berjaya membawa pulang RM300,000 sebagai habuan.

Tempat kedua dipegang oleh Stacy dengan 22% undian dan berjaya membawa pulang RM200,000 dan Jaclyn Victor melengkapkan pemenang di tempat ketiga dengan 22% undian dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Tahniah buat semua pemenang!



Hafiz Suip Juara Galaksi Mania Pertama

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz mendapat undian 28 peratus, telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, 19 Mei 2012. Wow, semakin bergaya kemenangan Hafiz kali ini.


Hafiz, atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekaligus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil itu. Kemenangan Hafiz telah diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi.

Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima hadiah wang tunai RM300,000.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, memperolehi wang tunai sebanyak RM100,000.

NOTA : Murah betul rezeki Hafiz sekarang ini, tahniah dari blog ini pada beliau yang semakin menyerlah bakatnya. Harapan beliau tidak mudah lupa diri bila sudah semakin terkenal sekarang ini. Banyak duit tu, dekat setengah juta RM? Nak buat apa la agaknya duit tu lepas ni ye? Kalau kena pelaburannya, tak payah susah-susah menyanyi dah lepas nih :)

Source : http://blogr.my

Related Posts with Thumbnails