Wednesday, July 11, 2012

The Smurfs Dalam Bahasa Malaysia Untuk Raya


Ceriakan raya anda dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang istimewa di mana HBO Asia dan Astro berkolaborasi untuk mempersembahkan filem animasi box office hit Hollywood, The Smurfs dalam Bahasa Malaysia.

Pengembaraan The Smurfs bermula apabila ahli sihir yang jahat, Garagamel menghalau Smurfs yang biru lagi kecil dari kampung mereka. Mereka telah terpelanting dan jatuh dari dunia ajaib ke tengah-tengah kawasan Central Park di New York. Smurfs berusaha untuk mencari jalan ke kampung halaman mereka sebelum dijejaki oleh Garagamel.

Menampilkan suara-suara barisan artis dan personaliti popular tempatan seperti Aznil Nawawi, Yusri Abdul Halim, Lisa Surihani, Hafiz Suip, Dato' AC Mizal, Datin Emelia Rosnaida, Datuk Jalaluddin Hassan, Hazama AF, Hafizuddin Fadzil dan Elfira Loy bagi mewarnai lagi filem yang dialih bahasa tersebut.

Aznil menegaskan bukan mudah untuk menyesuaikan balik skrip Bahasa Malaysia mengikut mulut, masa, mimik muka dan gerak laku. Interaksi perlu wujud antara watak-watak juga sedikit memberi cabaran kerana para pelakon tidak merakam suara pada waktu yang sama.


"Saya perlu meneran dan mencuba beberapa ketawa yang sangat jahat untuk menghidupkan watak Garagamel iaitu ahli sihir yang jahat. Walaupun ini bukan kali pertama saya melakonkan watak alih bahasa ini namun agak sukar untuk konsisten dengan suara untuk watak ini," kata Aznil di sidang media The Smurfs di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Manakala Lisa Surihani pula tidak mahu dibayangi oleh pengaruh Katy Perry bagi wataknya sebagai Smurfette di dalam filem The Smurfs ini. Mengakui begitu teruja ketika ditawarkan watak Smurfette, Lisa sudah lama menyimpan impian untuk berkecimpung dalam bidang alih bahasa.

"Saya memang begitu meminati The Smurfs ketika kecil dan menganggap peluang ini sebagai sesuatu yang tidak patut dilepaskan. Bukan mudah untuk mempamerkan emosi dan suasana melalui suara malah saya juga cuba untuk menyelitkan unsur kemelayuan di dalamnya," katanya.

The Smurfs dalam Bahasa Malaysia bakal menemui penonton jam 8 malam pada 19 Ogos di HBO (Astro Saluran 411) atau HBO HD (Astro Saluran 431). Kesempatan ini diambil oleh pihak HBO Asia bagi meraikan ulang tahun ke-20 di rantau ini.


Monday, July 9, 2012

BRUNCH WITH HAFIZ @ PAPADOME CAFE, 8th July 2012


This event was organized by HafizFC in collaboration with Papadome Cafe, Matang Jaya Kuching on 8th July 2012. We would like to thank those who came and mingled with Hafiz. We had fun and we appreciate the efforts of Papadome Cafe for making it quite grand! Honestly we didn't expect it to be done that way but all and all, it was a blast. Here's hoping for many more collaborations in the future. 

To the fans, thanks again for the never ending support for our local hero, pride and joy, Hafiz. He wouldn't have made it without all that. Ain't not enough words to express our appreciation for the support, good wishes and prayers for all good things for Hafiz and his blooming career. Insyaallah he will continue to entertain and mesmerise us with his great talents and his humble beautiful self. 

See you guys next time! Keep on supporting Hafiz!






HAFIZ @ LEEMA PRODUCT LAUNCH, 6th July 2012













Wednesday, July 4, 2012

PREVIEWS OF HAFIZ'S INDONESIAN ALBUM


Listen to Hafiz's new songs from his upcoming Indonesian album here : 






Monday, July 2, 2012

GENERASI HEBAT MV


An old vc during Hafiz's stint with Brands. Enjoy!
Related Posts with Thumbnails