Sunday, October 20, 2013

Hafiz Menang Besar Di Anugerah Planet Muzik 2013


Bendera Malaysia berkibar dengan megahnya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 apabila anak-anak seninya meraih pulangan besar di majlis tahunan tersebut, terutamanya Hafiz yang bukan sahaja dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular (tahun lepas anugerah tersebut jatuh kepada Taufik Batisah) tetapi lagu 'Muara Hati', duet-nya bersama Dato' Siti Nurhaliza yang ditulis Manusia Putih muncul sebagai Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Kumpulan Terbaik.

Najwa Latif dan Syamkamarul bersama Sleeq pula dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Kolaborasi Terbaik untuk 'Sahabat'. Lagu 'Masih Aku Cinta' nukilan Shila Amzah sendiri memenangi Lagu Terbaik Malaysia.

Senarai penuh pemenang APM 2013 seperti di bawah :

Artis Serantau Paling Popular : Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular : Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik : Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Terbaru Lelaki : Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita : Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik : Judika
Artis Wanita Terbaik : Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik : Hafiz/Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik : Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik : NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia : Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia : Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura : Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular : Untuk Dia (SleeQ featuring Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular : Audionauts
Ikon Media Sosial : SleeQ
Nova Media Sosial : Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013 : Black Dog Bone


Friday, October 18, 2013

Mampukah Shila Amzah Tandingi Agnes Monica, Hafiz Cabar Glenn?


KUALA LUMPUR, 17 OKT 2013 : Menerusi 18 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013), agak sukar untuk meramalkan artis yang boleh menang mudah dalam mana-mana kategori.

Bagaimanapun, nama penyanyi tempatan seperti Shila Amzah dan Hafiz Suip dijangka bakal menang besar berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun ini.

Apapun, jawapan pasti bagi tanda tanya ini bakal terjawab esok jam 8.30 malam secara langsung melalui saluran Astro Ria (Malaysia), Suria, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM (Singapura) serta Net Media (Indonesia).

Tambah menarik lagi, APM 2013 yang menggabungkan industri muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura ini juga bakal diwarnai dengan persembahan artis popular seperti Aliff Aziz, Awi Rafael, Amy Search, Altimet, Bunkface, DJ Fuzz, Dato' Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Shila Amzah, Stacy, Waris, Chakra Khan, Judika, Syahrini dan Jazz Hayat.

Ia juga akan dihoskan oleh gabungan tiga pengacara hebat iaitu Dato' AC Mizal (Malaysia), Adi Rahman (Singapura) dan Sarah Sechan (Indonesia).

Untuk maklumat lanjut tentang APM 2013, sila layari xinmsn.com/APM sekarang!


Tuesday, October 8, 2013

SAKSIKAN HAFIZ DALAM 'PRIMADONA' MINGGU INI



Catch Hafiz Suip on PRIMADONA this Friday, 11th Oct 2013 
at 9.00pm only on Astro Prima (Ch.105)

Hafiz harap peminat mengundinya

HAFIZ memerlukan undian peminat untuk melayakkan dia menerima anugerah Best Southeast Asia Act dalam MTV Europe Music Awards (2013 MTV EMA) yang dijadualkan berlangsung pada 10 November depan di Amsterdam, Belanda.


Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

KEJAYAAN demi kejayaan yang diraih oleh anak muda kelahiran program realiti Akademi Fantasia yang bernama Hafiz Suip ini. Walaupun mengakui masih baharu dalam industri seni tempatan, namun pencapaian anak muda ini berada pada tahap yang boleh dibanggakan.

Apa yang lebih membanggakan, baru-baru ini Hafiz telah dikejutkan dengan satu berita gembira buat dirinya. Jika sebelum ini, Yuna pernah dicalonkan menerusi kategori yang sama, kini giliran Hafiz pula.

Hafiz akan mewakili Malaysia dalam pencalonan Best Southeast Asia Act dalam MTV Europe Music Awards (2013 MTV EMA) yang dijadualkan berlangsung pada 10 November depan di Amsterdam, Belanda.

Justeru, Hafiz perlu bersaing dengan artis dari lima negara iaitu NOAH (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan My Tam (Vietnam).

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hafiz Suip tentang perasaannya tercalon untuk anugerah antarabangsa itu.

Kosmo! : Boleh cerita sedikit tentang pencalonan anda dalam MTV European Music Award (MTV EMA) baru-baru ini?

HAFIZ : Saya sendiri dapat tahu melalui Twitter dan sebenarnya saya agak terkejut kerana ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada saya atas pencalonan tersebut. Saya kemudian mencari sumber yang sahih tentang berita itu dan setelah sahih, saya bersyukur kerana tercalon dalam kategori Best Southeast Asia Act.

Secara jujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana pencalonan itu berlaku. Mungkin mereka melihat pencapaian saya sepanjang menjadi artis. Bagi peminat yang mahu mengundi saya, boleh layari laman web www.asia.mtvema.com.

Apa perasaan anda apabila tercalon dalam anugerah antarabangsa seperti ini?

Memang saya terkejut kerana pengalaman saya yang masih lagi baharu dalam industri seni. Bila dapat tahu, saya rasa berbesar hati dan susah bagi saya untuk mencapai tahap tersebut. Itu rezeki yang Tuhan beri, Alhamdulillah. Selain ia merupakan pencapaian peribadi, saya melihat saya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

HAFIZ berjanji tidak akan menyorokkan berita gembira sekiranya dia sudah bersedia untuk berkahwin


Tinggalkan berita tersebut, boleh jelaskan tentang kisah cinta anda? Ada yang mengatakan anda sudah bertunang?

Tidak benar sama sekali. Masih tiada perancangan ke arah itu (bertunang). Jika boleh apabila saya ingin membina masjid, maka akan saya umumkan. Buat masa sekarangm, saya masih ingin mencukupkan keperluan diri sendiri dan keluarga. Saya ingin fokus terhadap karier.

Jadi, apa status anda kini kerana sebelum ini anda dikatakan sedang bercinta dengan seseorang?

Saya kini masih bujang dan tiada teman istimewa. Apa yang boleh saya katakan, saya masih muda dan mencari calon yang sesuai. Mungkin tiada jodoh saya dengan yang sebelum ini. Saya tidak mahu terlalu cerita tentang perkara ini. Mak saya juga pernah pesan, jika mahu mencari jodoh, biar yang mampu menjadi isteri yang baik.

Adakah pengalaman sedih dalam percintaan diaplikasikan dalam nyanyian anda supaya emosi itu lebih kelihatan?

Sebenarnya, saya juga ada guna pengalaman hidup sendiri untuk memberi emosi kepada persembahan saya. Jika berbuat demikian, ia kelihatan lebih realistik daripada saya melakonkan emosi tersebut.

Apakah perkembangan terkini anda?

Saya kini masih lagi memberi fokus untuk mempromosi single saya yang berjudul 'Bahagiamu Deritaku' dan kemungkinan single seterusnya yang berjudul 'Kesimpulan' akan dilancarkan dalam masa terdekat.


 

Friday, September 27, 2013

HAFIZ SUIP DICALON DI 2013 MTV EUROPE MUSIC AWARDS (EMA)



 Jika tahun lepas kita ada Yuna sebagai wakil Malaysia yang dicalonkan, tahun ini nampaknya giliran Hafiz Suip untuk menjadi salah seorang calon untuk MTV Europe Music Awards (2013 MTV EMA) edisi tahun 2013 ini.

Hafiz Suip dicalonkan untuk merebut gelaran Best Southeast Asia Act dan akan bersaing dengan nama-nama besar dari rantau ini seperti NOAH (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan My Tam (Vietnam).

Secara keseluruhannya, pencalonan untuk MTV Europe Music Awards kali ini dikuasai oleh Justin Timberlake dan juga Macklemore & Ryan Lewis dengan masing-masing berentap dalam lima kategori dan bersaing sesama sendiri untuk Best US Act.

Di sini peranan anda diperlukan jika mahu melihat wakil Malaysia kali ini berjaya membawa pulang anugerah dari benua Eropah. Pergi ke http://asia.mtvema.com/ dan undi Hafiz Suip untuk Best Southeast Asia Act. Dan, anda boleh mengundi berulang kali. Go!!

2013 MTV Europe Music Awards akan disiarkan secara langsung pada 10 November 2013.



 

Source : http://www.rotikaya.com
Related Posts with Thumbnails