Monday, October 21, 2013

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2013 (APM 2013)



Jumaat lalu, bertempat di Suntec City, Singapura telah berlangsung majlis Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013) untuk mengiktiraf bakat seni dari negara serantau dan delegasi Malaysia telah berjaya membawa pulang beberapa anugerah penting.

Paling menyerlah dalam senarai pemenang dari Malaysia adalah Hafiz Suip yang telah berjaya membawa pulang gelaran Artis Serantau Paling Popular yang tahun lepas dimenangi oleh Taufik Batisah yang merupakan penyanyi popular Singapura.

Bukan itu sahaja, Hafiz Suip turut membawa pulang anugerah berbekalkan lagu Muara Hati duet bersama Dato' Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul gelaran Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Kumpulan Terbaik pada malam tersebut.

For full article, go to http://www.rotikaya.com

Sleeq, Cakra Khan and Hafiz win big at Anugerah Planet Muzik 2013



Singapore music duo SleeQ, Cakra Khan of Indonesia and Hafiz from Malaysia were the biggest winners on Saturday at the star-studded 12th edition of Anugerah Planet Muzik on Saturday, bagging three awards each the awards show which recognizes the talents in the Malay music industry.

SleeQ won the Most Popular Singapore Song, Best Collaboration and Social Media Icon awards. Cakra bagged the New Male Artiste Best Song (Indonesia) and Best Song (Regional) while Hafiz took home the Best Duo/Group , Most Popular Regional Artiste as well as Most Popular Regional Song awards.

"I feel blessed and I am very grateful to have won these awards. It is definitely a memorable night for me," said Hafiz, who went on to describe his wins as a blessing.

For full article, go to http://www.channelnewsasia.com


HAFIZ, ARTIS SERANTAU PALING POPULAR APM 2013



SINGAPURA : Hafiz meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular menewaskan nama-nama besar lain dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2013.

Menerusi lagu popular Muara Hati juga, juara Akademi Fantasia 7 itu turut berkongsi dua trofi dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Antara yang bersaing untuk kategori Artis Serantau Paling Popular termasuk Taufik Batisah dan SleeQ dari Singapura, Cakra Khan dari Indonesia dan Shila Amzah dari Malaysia.

Hafiz berkongsi trofi dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza untuk kategori Lagu Serantau Paling Popular dan Duo/Kumpulan Terbaik menerusi Muara Hati.


For full article : go to http://www.astroawani.com

HAFIZ MENDOMINASI ANUGERAH PLANET MUZIK 2013


HAFIZ MENDOMINASI ANUGERAH PLANET MUZIK 2013

SINGAPURA, 19 OKT 2013 :  Penyanyi yang dicungkil bakatnya dari program Akademi Fantasia 7, Hafiz telah mendominasi Anugerah Planet Muzik 2013 (APM2013) yang berlangsung malam tadi.

Dalam anugerah yang berprestij tersebut, Hafiz telah memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular dan dua anugerah menerusi lagu duetnya bersama Dato' Siti Nurhaliza, Muara Hati iaitu Lagu Serantau Paling Popular serta Duo/Kumpulan Terbaik.

Sebanyak 18 buah kategori dipertandingkan bagi mengiktiraf kerjaya seni tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

For full article, go to : http://murai.com.my

HAFIZ & OTHERS' PERFORMANCES @ APM2013

Related Posts with Thumbnails