Friday, November 8, 2013

Hafiz dan Rossa Syuting Video Klip Single Duet Salahkah


Penyanyi solo asal Malaysia, Hafiz (kiri) bersama diva Indonesia, Rossa melakukan syuting pembuatan video klip single duet mereka yang berjudul 'Salahkah' di Kawasan Tanjung Duren Barat, Jakarta Barat, Rabu (6/11/2013). Single duet yang dibuat untuk soundtrack sebuah sinetron Malaysia tersebut mendapat sentuhan aransemen dari mantan suami Rossa, Yoyo dan juga Badai (Kerispatih). (Tribun Jakarta/Jeprima).









Rossa Duet dengan Penyanyi Malaysia

Thursday, November 7, 2013

Rossa Isi Soundtrack Sinetron dan Duet Penyanyi Malaysia


Liputan6.com, Jakarta : Rossa berduet dengan salah seorang penyanyi muda Malaysia, Hafiz (23) dengan membawakan lagu berjudul Salahkah. Ternyata lagu tersebut akan dijadikan sebuah soundtrack sinetron berjudul Bukan Kerna Aku Tak Cinta yang merupakan sinetron Malaysia.

Pelantun Ayat-ayat Cinta ini mengaku bangga bisa mengisi soundtrack untuk sinetron Malaysia. Dan hal ini menjadi pengalaman pertama bagi mantan istri Yoyok Padi tersebut.

"Ini kali pertama buat saya mengisi sebuah soundtrack sinetron di Malaysia dan duet sama Hafiz," ucap Rossa saat ditemui di kawasan Tanjung Duren Barat, Jakarta Barat, Rabu (6/11/2013).

Awalnya, Rossa sempat ragu diduetkan oleh Hafiz. Apalagi, Hafiz baru saja berduet dengan penyanyi wanita Malaysia yang cukup terkenal; Siti Nurhaliza. Namun, setelah mempelajari dan mengenal karakter suara Hafiz, Rossa berani mengambil kesempatan itu.

"Saya awalnya agak ragu, soalnya Hafiz punya single sama Siti Nurhalizah, dan masih terkenal lagunya. Akhirnya saya baca sinopsisnya, alhamdulillah dua hari lalu kami selesai rekaman dan sekarang syuting video klip," sambung pelantun Tegar ini.

Rossa berharap agar sinetron dan lagu yang menjadi soundtraknya bisa laku di pasaran seperti. "Semoga laris dan terkenal, semoga sinetronnya booming juga." harap Rossa. 



HAFIZ PERJELAS GAMBAR MESRA DENGAN ADIRA


PETALING JAYA : Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.

"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.

Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.

"Memanglah dahulu saya saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.

"Rasanya tidak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).

Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekaligus penggambaran klip video di sana.

"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.

"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya.


Konsert YA1M kutip dana RM230,000

Konsert YA1M kutip dana RM230,000

Oleh Michelle Gun

Konsert bertemakan Satu Suara Satu Matlamat anjuran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang diadakan baru-baru ini berjaya mencapai matlamat dengan kehadiran lebih 1,000 penonton terdiri daripada pelbagai bangsa.

Penganjuran konsert itu bukan sahaja bertujuan untuk memberi hiburan kepada orang ramai, tetapi juga untuk mengutip dana bagi menjaga kebajikan semua penggiat seni tanah air.

Artis yang menjayakan konsert itu terdiri daripada gabungan artis lama dan baru seperti Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, Datuk A Rahman Hassan, Datuk David Arumugam, Nash Lefthanded, Fredo (Flybaits), Hafiz AF, Lockup, Marsha Londoh, Soo Wincci dan Jimmi Palikat.

Kehangatan konsert diteruskan dengan kemunculan Hafiz AF yang mempersembahkan lagu Bahagiamu Deritaku, diikuti Marsha dengan lagu Asmara.

For full article, go to http://www.hmetro.com.my
Related Posts with Thumbnails