Monday, July 30, 2012

DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ BERPADU SUARA


Oleh : EDITORIAL MH
Tarikh : 30 Julai 2012

Sebelum ini dua penyanyi hebat tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz pernah berduet dalam beberapa persembahan. Nyata, gandingan mereka cukup serasi dan tidak menghampakan.

Terbaru, Dato' Siti dan Hafiz akan kembali bersatu menerusi sebuah lagu ciptaan vokalis Kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Lagu yang bakal dinyanyikan merupakan lagu tema bagi drama "Adam & Hawa" lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

Dua keping gambar yang dikongsi MH Online ini menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang berlatih. Dato' Siti dan Hafiz dijangka memulakan proses  rakaman dalam masa terdekat ini.

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd itu bakal ditayangkan di saluran Astro bermula 27 Ogos depan.



Source : MH Online

HAFIZ @ MARHABAN NJOI, BATU PAHAT JOHOR


Saturday, July 28, 2012

MARHABAN NJOI 2012

  
Marhaban di NJOI
Program jelajah sempena Ramadan, Marhaban kembali lagi. Kali ini, program yang dinamakan Marhaban Njoi bakal menjelajah ke 4 lokasi berbeza sepanjang Ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan dalam Marhaban Njoi kali ini adalah Ziarah Silaturahim dari rumah ke rumah, Ziarah Bazaar dan persembahan istimewa daripada artis jemputan. Lokasi yang telah dipilih untuk Marhaban Njoi adalah seperti berikut: 

Tarikh: 21 dan 22 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Bazaar Ramadhan Tmn Ria, Sg. Petani, Kedah.

Tarikh: 28 dan 29 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Kompleks Niaga Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Tarikh: 3 dan 4 Ogos 2012 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Bazar Ramadan Jalan Stadium, Stadium, Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh: 3 dan 4 Ogos 2012 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
Hari Pertama
3.00 petang - 4.30 petang : Ziarah Silaturahim dari rumah ke rumah. Penyerahan hadiah seperti Buah Kurma dan barangan lain. (Lokasi Pertama)
4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar
5.00 petang - 7.00 petang : Ziarah Bazaar oleh artis jemputan. Persembahan oleh artis jemputan.
Hari Kedua
3.00 petang - 4.30 petang : Ziarah Silaturahim dari rumah ke rumah. Penyerahan hadiah seperti Buah Kurma dan barangan lain. (Lokasi Kedua)
4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar
5.00 petang - 7.00 petang : Ziarah Bazaar oleh artis jemputan. Persembahan oleh artis jemputan.

Source : www.astrogempak.com.my/ramadan/MarhabanNJOI.aspx?ref=nf

Thursday, July 19, 2012

Perkenalkan Hafiz, Penyanyi Malaysia

Oleh : Donda Naibaho


Foto : Warner Music

Ghiboo.com - Penyanyi Malaysia Hafiz menjajai industri musik Indonesia. Meski di Malaysia namanya sudah popular, di Indonesia Hafiz termasuk pendatang baru.

Pria berambut keriwil ini tercatat sebagai juara Akademi Fantasia musik ketujuh (2009). Artinya dia sudah malang melintang di industri musik Malaysia selama tiga tahun.

Dan untuk melebarkan sayapnya ke luar Malaysia, Hafiz pun mengarahkan sasaran ke Indonesia, negeri serumpun. Maka dikeluarkanlah album baru Hafiz untuk pencinta musik Indonesia : Album Hafiz.

Dalam album ini, Hafiz mencoba menawarkan lagu-lagu yang mengusung musik pop, dengan aransemen easy listening, yang didominasi dengan notasi yang sederhana bagi pendengar Indonesia.

Single terbaru Bahagiamu Deritaku menjadi single yang dijagokan Hafiz dalam albumnya. "Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sanggup memendam perasaan sedihnya, dan sanggup berkorban demi melihat kekasihnya gembira," begitu Hafiz menceritakan lirik lagu ini.

"Walaupun diri sendiri tersiksa, namun ia sanggup melakukannya asalkan kekasih tidak berduka," tambah pria bernama lengkap Mohd Hafiz bin Mohd Suip.

Selain lagu Bahagiamu Deritaku, ada lagu lainnya yang patut didengar dalam album Hafiz. Seperti, Awan Nano, Noktah Cinta, Kau dan Aku, Patah Hati, Ombak Rindu, Ku Akui, Masih Jelas dan Hanya Ingin Kau Cinta.

Sebagai pendatang baru di Indonesia, Hafiz punya harapan dalam meniti karir musik di Indonesia. "Bukan mudah masuk pasar di Indonesia ini, karena terlalu banyak persaingan yang hebat-hebat. Jika berjaya, itu sudah cukup boleh dibanggakan dan menjadi pintu untuk Hafiz lebih berkarya," pungkasnya.

Related Posts with Thumbnails