Populariti Hafiz, Akim dan Aril semakin diiktiraf apabila mereka terpilih mewakili GenerasiHebat BRAND'S. Brands adalah pengeluar produk minuman kesihatan yang telah melantik Hafiz, juara Akademi Fantasia (AF) 7 sebagai duta produk manakala Aril AF7 dan Akim AF7 sebagai 'talent' kempen pemasaran produk Brands.
Ketiga-tiga artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ini berpadu suara menjayakan kempen Generasi Hebat, menyanyikan 'Juara', hasil sentuhan komposer terkenal, Audi Mok dan Shazee Ishak. Lunak dan bertenaga, lagu ini membawa mesej menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus cemerlang dengan merebut setiap peluang yang ada.
Ia sudah mula berkumandang di corong-corong radio tempatan dan dijangka bakal popular bersandarkan kekuatan lagu serta penyanyinya yang merupakan artis kesayangan ramai. Kombinasi lima penyanyinya, Hafiz, Akim, Aril serta dua lagi artis terpilih, menggambarkan semangat perpaduan 1 Malaysia. Mereka berlima mewakili generasi hebat yang genius, explorasi, bersikap positif (boleh), aktif dan tekun. Kejayaan Hafiz dan Akim ke final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) turut menggambarkan keazaman dan ketekunan artis-artis ini dalam usaha mereka untuk bergelar 'Juara'.
Selain lagu, 'Juara' turut dilahirkan dalam bentuk klip video oleh Brands. Menyokong pembabitan artis-artisnya dalam kempen pemsaran Brands, AESB bakal menyiarkan klip muzik video 'Juara' bermula 19 Disember 2009 di saluran RIA melalui slot Tayangan Perdana Video Muzik Terkini, pukul 11.00 malam. Para peminat ketiga-tiga bintang AF ini turut berpeluang menonton muzik video tersebut di saluran Prima dan @15. Bagi peminat nada dering, mereka boleh memuat turunkan lagu 'Juara' menerusi nada dering dilaman web Maxis, Digi dan Celcom.
Source: www.astro.com.my/akademifantasia
No comments:
Post a Comment