HAFIZ (tengah) diapit Fizo Omar dan Fizz Fairuz ketika berada di cawangan premis barang kemas, Habib di Plaza Angsana, Johor Bahru.
KALAU tak silap Cik Normah, selepas setahun berambut kerinting, Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz memilih untuk memotong pendek rambutnya. Tak apa, sesekali mencari angin baru baru nampak kelainan. Cik Normah diberitahu teman sepejabat, Hafiz memotong rambutnya pada hari lahirnya yang ke-20, 27 Februari lalu.
Ketika itu, Hafiz berada di kampung halamannya di Sarawak. Malah, kalau tak silap Cik Normah ada acara meraikan hari lahirnya ketika dia balik kampung. Cik Normah rasa, rambut pendek atau panjang, Hafiz tetap nampak comel. Tapi Cik Normah lebih suka Hafiz berambut keriting dan sekali pandang macam vokalis kumpulan Nidji, Giring.
Alang-alang bercakap mengenai Hafiz, Cik Normah lihat kalau nak dibandingkan popularitinya dengan pemenang tempat ketiga AF7, Akim ternyata memang banyak beza. Masa di siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 Ahad lalu, Akim mendapat sorakan gemuruh berbanding Hafiz. Tak apalah Hafiz, rezeki masing-masing bukan? Ada rezeki, Insya-Allah Hafiz boleh terus berjaya dan meneruskan legasi kategori Artis Baru di ABPBH yang dimenangi juara AF musim terdahulu. Cik Normah rasa Hafiz pun sentiasa cool berdepan dengan isu populariti ini.
Apa-apa pun, malam kemuncak ABPBH 2009 sudah dekat dan Cik Normah sendiri teruja nak melihat siapa yang menang dan busana apa yang bakal digayakan artis termasuk calon ABPBH 2009. Cik Normah tahun ini belum sempat membuat persiapan apa-apa. Mungkin Cik Normah beli busana rekaan pereka antarabangsa kot. Tengoklah macam mana.
No comments:
Post a Comment