Thursday, July 21, 2011

TAHNIAH HAFIZ, M.NASIR DAN BUDDHI HIKAYAT



Sengat Sifu M. Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya, Awan Nano nyanyian Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan dalan Anugerah Planet Muzik 2011 yang diadakan di Max Pavillion Singapore Expo, Singapura minggu lepas.

"Begitulah Awan Nano, setia melindungi diri, tika panas mencuba menggores pipi, dan bibirmu.." Begitulah antara baris lirik hasil nukilan Buddhi Hekayat yang telah disempurnakan oleh Hafiz dalam lagu Awan Nano sehingga mengangkat lagu ini sebagai Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan dalam Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura.

Menurut Hafiz yang dipetik daripada Portal Murai, beliau tidak menyangka lagu ciptaan M. Nasir ini memenangi bukan satu tetapi 2 anugerah pada malam itu. Menurut beliau lagi saingan pada malam itu sangat sengit lebih-lebih lagi oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir.

"Saya rasa sangat bertuah dengan rezeki yang diberikan pada malam APM ini. Bagi saya penggubah lagunya iaitu sifu M.Nasir memang amat istimewa. Terus-terang saya sendiri memang tidak sangka dengan kemenangan ini apatah lagi saya bukan hanya menang satu anugerah tetapi dua anugerah sekaligus. Yelah, kalau nak ikutkan calon lain hebat-hebat juga kerana saya bersaing bersama Faizal Tahir. Tapi mungkin tuah APM kali ini pada saya."

Antara artis Malaysia yang berjaya memenangi anugerah di APM 2011 ialah Faizal Tahir, Ana Raffali dan Dato' Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Anugerah Planet Muzik 2011 telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (104).

Source : AfTalent

No comments:

Related Posts with Thumbnails