Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Hafiz akan pulang ke Kuching,
Sarawak seperti kebiasaannya mengakui rindu kenangan berkonvoi bersama
kawan-kawan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Hafiz berkata, sejak menjadi penyanyi, Hafiz jarang dapat menyertai aktiviti itu kerana tidak mendapat cuti yang panjang.
“Tahun ini saya dapat cuti seminggu, jadi saya bercadang untuk turut
serta berkonvoi berhari raya ke rumah kawan-kawan yang jauh dari
Kuching.
“Aktiviti ini sudah dilakukan sejak saya keluar dari AF lagi, tahun
lepas saya tidak sempat turut serta, jadi tahun ini saya harap dapat
bersama-sama dengan mereka untuk ke rumah kawan-kawan yang lain,”
katanya.
Tambah Hafiz lagi, persiapan baju raya semua telah siap dan mereka menempah baju berwarna hijau sedondon pada pagi raya nanti.
“Saya buat persiapan ala kadar, beli tiga pasang baju. Untuk duit raya
pula memang saya sudah sediakan tapi tidaklah banyak,” katanya yang
menggemari rendang daging dan lemang.
Tatkala diusik mengenai buah hatinya, Adira, Hafiz berkata dia masih
belum merancang pergi ke Sabah. Namun jika ada masa terluang dan rezeki,
dia tidak keberatan untuk bertandang ke rumah Adira.
Source : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment