Sunday, April 29, 2012
Mania Astro Hafiz Selepas Persembahan Minggu 7
Mania Astro Hafiz Minggu 7
The theme for Mania's 7th week was DUET. Contestants were to choose their own duet partners and Hafiz chose his very own Ombak Rindu. At first he wanted to sing it with Dato' Siti Nurhaliza but she can't make it due to conflicting schedule. But nevertheless, he got someone else to sing it with him and it was Maya Karin, the star of the movie. We were sceptical at first about this pairing but it's proven not to be that bad. Hafiz was his great self...he sang it perfectly while Maya just added some nice touches. Singing was obviously not her forte but we appreciate her effort of helping Hafiz with this task.
Hafiz end up finishing at the 4th position after the lines were closed. Hopefully next week, he will choose a song that can really showcase his strength and abilities to the fullest!
In the mean time, keep on voting for Hafiz by typing
MANIA5 / 10 / 20 <space> HAFIZ and send to 32888
Banzaiii.............
Saturday, April 28, 2012
Mania Astro Hafiz Sebelum Persembahan Minggu 7
Mania Astro Hafiz Full Dress Rehearsal Minggu 7
Friday, April 27, 2012
Mania Astro - Hafiz - Soundcheck - Minggu 7
Thursday, April 26, 2012
Johan, Hafiz kongsi kegembiraan
Oleh Roni Hidayat Ridwan
roni.ridwan@kosmo.com.my
roni.ridwan@kosmo.com.my
Selain Hafiz dan Johan, dua lagi artis residen Astro yang diraikan Astro baru-baru ini termasuklah Aaron (belakang, kiri) dan Zizan (depan,kiri)
Dinobatkan sebagai paling popular, pastinya sesuatu di luar jangkaan buat dua orang artis pujaan ramai iaitu penyanyi Hafiz AF dan Johan.
Ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaan artis residen Astro, Hafiz menyifatkan pemilihannya sebgai penyanyi lelaki popular baru-baru ini sebagai penghargaan paling bermakna buat dirinya.
"Pada Januari lalu, lagu nyanyian saya iaitu Awan Nano telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 26. Kemudian pada bulan ini saya dipilih pula sebagai penyanyi paling popular berdasarkan pemilihan peminat.
"Sudah tentu saya sangat gembira dengan kejayaan yang diraih dan menganggap ia merupakan bonus buat diri saya pada tahun ini. Sebenarnya, saya sendiri tidak sangka kerana sedar perlu bersaing dengan ramai penyanyi lain," ujarnya.
Menurut Hafiz, memandangkan kini dirinya menjadi pilihan peminat, dia mahu terus fokus pada kerjayanya sekarang dan tidak mahu terlalu leka dengan kejayaan yang diperoleh.
Hafiz ke Indonesia
Ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, Hafiz memberitahu dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada penyertaannya dalam program Mania memandangkan hadiah yang ditawarkan kepada juara cukup lumayan.
"Sudah tentu sasaran saya mahu muncul juara kerana mahu mendapatkan hadiah sebanyak RM500,000. Jadi, sekali lagi saya mengharapkan sokongan daripada peminat agar saya berjaya dalam rancangan tersebut," ujarnya.
Menurut Hafiz, pada bulan Februari lalu dia telah pergi ke Indonesia selama dua minggu dalam usaha untuk mengembangkan karier nyanyiannya serta merakamkan single terbaharunya dan mempromosikan Awan Nano di negara tersebut.
"Semasa di sana saya telah pergi ke beberapa buah stesen radio di Jakarta dan Yogyakarta. Saya akui agak sukar untuk menarik minat pendengar mereka, tetapi bersyukur apabila lagu saya tetap tercalon dalam carta lagu dalam sebuah stesen iaitu Pesona FM," ujarnya.
Johan Kurangkan Aktiviti Seni
Sementara itu, Johan yang turut ditemui pada majlis yang sama berkata, kejayaannya sebagai pelakon komedi paling popular banyak dibantu dengan pembabitannya dalam pelbagai rancangan komedi pada tahun lalu.
Bagaimanapun, di sebalik kegembiraannya memperoleh kejayaan tersebut, Johan menyatakan buat masa ini dia mahu mengurangkan pembabitannya dalam bidang seni kerana mahu memberi tumpuan sebagai penyampai radio.
"Sepanjang empat bulan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Era, maklum balas yang diterima daripada pendengar sangat positif dan saya akui semakin selesa dengan tugas saya sekarang.
Hafiz kini berusaha memburu wang kemenangan RM500,000 menerusi program Mania yang turut disertainya.
"Namun, pada Jun ini saya akan terbabit dengan sebuah program berjudul Acana Tu Johan untuk 13 episod. Dalam program tersebut, saya akan berkolaborasi dengan Didie Alias," ujarnya yang kini sedang menyertai program Super Spontan di saluran Astro Warna.
Pada minggu lalu, seramai empat artis naungan Astro iaitu Aaron Aziz, Zizan Razak, Hafiz dan Johan telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya.
Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, penganjuran majlis pada malam itu juga merupakan sebahagian daripada penghargaan kepada keempat-empat artis tersebut yang telah sedikit sebanyak telah mengharumkan nama Astro.
"Saya percaya dengan kejayaan yang diraih oleh keempat-empat artis ini berdasarkan hasil usaha keras mereka dalam bidang masing-masing dan saya berharap mereka akan terus mengekalkan kemenangan yang sama pada tahun hadapan," ujarnya.
Selain empat orang artis yang diraikan, majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas pemenang Pengacara TV Popular, Aznil Haji Nawawi dan penerbit Datuk Yusof Haslam.
Source : Kosmo Online
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
MAJLIS KESYUKURAN ABPBH 2011 SNAPSHOTS
This event was held on 18th April 2012 in conjuction with the big wins of Astro's artistes at the recent ABPBH 2011. Hafiz was named as the Most Popular Male Singer, Johan was Most Popular Male Comedian, and Zizan Razak was Most Popular Male TV Presenter. Aaron Aziz of course took home the Most Popular Actor nod, as well as the biggest nod of the nite, Most Popular Artiste of 2011. Congratulations to them all and keep up the good work and the fans will appreciate you more.
Pic source : mStar Online
Monday, April 23, 2012
Mania Astro - Hafiz - Selepas Persembahan - Minggu 6
Sunday, April 22, 2012
Mania Astro Hafiz Konsert Minggu 6
Hafiz chose Faizal Tahir's Karma for his assignment this week. And he did well! Clad in red and black military style attire, wet hair, complete with eyeliner and one red eye contact on his right eye....he looked gothic for sure... but still, he's adorable. So glad that he's proven himself worth our votes by giving a rousing performance.
This week's episode saw 2 contenders leaving the show, both from Ahmad Dhani's green empire, Atilia and Akim. Hafiz's position was quite unstable thruout the week but thanx to all voters, he finished at 4th position after the lines were closed.
Can't wait for next week's show. I wonder what song will Hafiz sing....
In the mean time, keep the votes coming by typing
MANIA HAFIZ and send to 32888
Banzaiii!!
Source : aftalentaesb
HAFIZ BAKAL LANCARKAN ALBUM SINGLE DI INDONESIA
Oleh Mohd Al Qayum Azizi
PETALING JAYA : Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.
Hafiz berkata, dia telah bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou di samping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.
"Alhamdulillah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya berjalan lancar," ujarnya kepada mStar Online.
Hafiz berkata, untuk album single itu nanti akan memuatkan tiga buah lagu sebagai permulaan.
"Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada Mania.
Ujar Hafiz, dia bertuah dapat bekerja dengan Ahmad Dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
"Bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini," katanya.
Source : www.mstar.com.my
Thursday, April 19, 2012
Mania Astro - Hafiz - Soundcheck - Minggu 6
Hafiz dan Adira @ Photoshoot Cover Yezz!
Yezz! sempat merakamkan ucapan dan duet lagu Ombak Rindu dari Hafiz dan Adira sewaktu they all datang ke Karangkraf untuk sesi photoshoot cover isu Jun 2012.
Nak tahu apa story they all? Ha, kenalah tunggu Yezz! isu Jun nanti!
Source : YezzTV
ASTRO RAI PEMENANG ABPBH 2011
Seperti yang telah diketahui ramai, pada 8 April yang lalu telah berlangsungnya majlis penganugerahan berprestij yang disaksikan lebih dari 5 juta penonton. Malam anugerah yang popular itu telah memberikan pengiktirafan kepada anak-anak seni yang layak dipertandingkan mengikut kategori pilihan peminat mereka sendiri. Nyatanya, ABPBH telah menyatakan suara pemniat yang selama ini memberikan sokongan yang tidak terhingga dalam meningkatkan lagi karier seseorang artis.
Hal ini tidak kurang hebatnya terjadi kepada artis Astro sendiri. Johan, Zizan Razak, Hafiz dan tidak pernah terkecuali, Aaron Aziz turut menerima habuan mereka yang tersendiri. Diundi di bawah kategori paling popular, artis-artis naungan Astro ini cukup dikenali dengan kerja seni mereka yang semakin mendapat tempat di hati peminat.
Maka, dengan sebab itu juga, Astro telah meraikan pemenang-pemenang ABPBH kali yang ke-25 pada malam 18 April yang lalu. Bertempat di Grand Ballroom Sunway Resort & Spa Hotel, majlis yang diadakan khas untuk meraikan pemenang ABPBH telah bermula lewat jam 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disempurnakan dengan penyampaian sedikit cenderamata dari Astro sebagai tanda penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran Astro, Encik Henry Tan yang turut diiringi oleh Encik Khairul Anwar Salleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro.
Bertuahnya nasib badan mereka berempat ini. Sudahlah menang di ABPBH yang lalu, kali ini kemenangan mereka disambut meriah pula oleh pihak Astro yang sentiasa memastikan artis di bawah naungan mereka diberikan layanan yang cukup istimewa. Kemenangan Hafiz sebagai Penyanyi Lelaki Popular telah melonjakkan lagi nama anak muda tersebut di dalam bidang seni. Kejayaan demi kejayaan telah diterima oleh anak kelahiran Kuching, Sarawak ini selepas berjaya menyandang gelaran juara AF pada musim ketujuh.
Namun, tidak kurang hebatnya juga dengan bakat yang dicungkil melalui program realiti popular Raja Lawak yang menghasilkan bakat serba boleh yang dikenali dengan nama Johan dan Zizan atau Jozan ini. Kemenangan Zizan Razak yang berjaya merangkul pulang trofi Pengacara TV Lelaki Popular sekaligus memecahkan dominasi Pak Nil atau Aznil Hj Nawawi selama lapan tahun berturut-turut.
Johan pula, membawa pulang trofi Artis Komedi Popular dan menewaskan teman karibnya, Zizan Razak. Selama ini Johan sering dicalonkan dan kemenangan pertama ini membawa erti yang besar di dalam karier seni Johan yang kini mula bertapak kukuh. Kejayaan Johan ini turut disokong oleh pasukan Erafm yang tidak pernah putus menyokong kerjaya Penyampai Sesgmen Johara Pagi ERA itu. Majlis ini turut dihadiri penyampai Petang Era, Adifashla, Rizal Sahimy serta pasukan ERA yang lain.
Asron Aziz pula selaku Bintang Paling Popular, tidak perlu kita perkenalkan lagi wajah prolifik dunia lakonan ini. Majlis yang diadakan pada malam tersebut khas untuk meraikan pemenang yang banyak memberikan sumbangan kepada industri seni tanah air secara khususnya.
Ada juga yang lebih istimewa kerana pada malam tersebut juga, pihak Astro juga turut meraikan majlis ulang tahu Zizan Razak dan isteri kepada Aaron Aziz, Diyana Halik. Semoga dengan kejayaan artis Astrro ini mampu menyemarakkan lagi industri seni tanah air kita dengan sumbangan karya yang lebih bermutu.
Source : www.era.fm
Wednesday, April 18, 2012
MANIA ASTRO - HAFIZ SESI STUDIO MINGGU 6 & VLOG
Tuesday, April 17, 2012
ManiaAstro - Hafiz - Selepas Persembahan - Minggu 5
Sunday, April 15, 2012
HAFIZ'S MANIA PERFORMANCE WEEK 5 - BUKAN CINTA BIASA
Hafiz sang Afgan's Bukan Cinta Biasa for Mania's 5th concert. He didn't really do well but still he won hearts all over. In fact not just him, but all of the other contestants were seen struggling in their performance. Plus the awful sound system! Anyway, loved the nice touches that Hafiz put in his performance. The family and fan pictures on the stage were so heartwarming. And at the end, another gimmick! He was portraying a blind man.... complete with a walking stick!
After the concert, another contestant was booted out and this time it was Awi Rafael, from the empire of Aubrey Suwito. Hafiz end up at no.4 after the lines were closed. So fans and friends, Hafiz needs more votes from us! Keep on voting consistently and do more come Thursday and Friday each week.
Type MANIA5/ 10 / 20 <space> HAFIZ and send to 32888.
Saturday, April 14, 2012
Mania Astro Hafiz Full Dress Rehearsal Minggu 5
Source : aftalentaesb
Wednesday, April 11, 2012
HAFIZ @ MANIA VCS WEEK 5
Hafiz - Mania Vlog Week 5
Hafiz's Studio session with Ahmad Dhani, Week 5
Source : aftalentaesb
SUDIR, SITI INSPIRASI HAFIZ
Impak lagu Ombak Rindu dan kejayaannya pada Anugerah Juara Lagu ke-26, nyata membuka laluan buat Hafiz untuk mengungguli kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 buat julung kalinya.
Bukan sekadar mengetepikan pemenang tahun lalu, Faizal Tahir, malah dia juga menidakkan peluang untuk Aizat, Anuar Zain dan Black menggenggam trofi terbabit pada ABPBH ke-25 yang berlangsung penuh meriah di Arena of Stars, Genting Highlands, kelmarin.
Tidak menyangka kemenangan akan memihak kepadanya, Hafiz berasakan kejayaan merangkul dua trofi (juara keseluruhan dan vokal) pada AJL26 sedikit sebanyak mendorong kejayaannya malam itu.
"Syukur alhamdulillah, pengundi dan peminat terutamanya HafizFC memilih Hafiz untuk kategori ini. Memang Hafiz tak sangka untuk genggam anugerah peribadi hebat seperti ini.
"Anugerah ini akan Hafiz simpan sebaik mungkin kerana inilah anugerah paling berharga, bukan saja daripada peminat, tapi rakan media yang menyokong kerjaya Hafiz selama ini, " katanya.
Berada dalam kelompok penyanyi hebat tentunya sedikit menggugat penyanyi berusia 22 tahun ini. Namun kuasa pengundi membuktikan keupayaannya untuk berada pada tahap membanggakan hari ini.
Menganggap dirinya masih baru dalam industri muzik, Hafiz mahu mengecapi kejayaan seperti yang dimiliki idolanya, Allahyarham Sudirman Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.
"Sukar untuk mencapai kejayaan seperti ini. Tetapi jika sudah dapat, agak susah pula untuk kita kekalkan apa yang dimiliki. Melihat kejayaan yang dimiliki Sudirman, ia memberi peransang kepada Hafiz untuk berusaha keras mencapai kedudukan sama.
"Malah, Siti juga punya aura tersendiri yang membuatkan Hafiz kagum dengan apa yang dimilikinya. Artis seperti mereka berdua membakar lagi semangat Hafiz untuk terus berusaha lebih gigih," katanya.
Masih ingin bekerjasama dengan komposer lagu Awan Nano, Datuk M.Nasir, Hafiz menganggap sentuhan karya sifu muzik itu turut melonjakkan lagi namanya dalam industri hiburan tanah air.
Ketika yang sama, dia juga terus menyimpan impian menyanyikan lagu ciptaan ramai lagi komposer lain.
Anak muda ini juga menjadikan trofi yang baru dimenangi sebagai penanda aras untuknya mengembangkan lagi keupayaan diri, supaya kejayaan yang dikecapi tidak berlalu begitu sahaja.
Ingin terus kekal dalam dunia seni suara, Hafiz mahu dirinya dilihat mempunyai identiti sendiri seperti idolanya itu, yang mampu bertahan lama dalam industri.
Source : www.bharian.com.my
CONGRATS HAFIZ! ABPBH 2011's MOST POPULAR MALE SINGER
Hafiz singing "Ombak Rindu" with Adira, as part of the Ombak Rindu sketch starring Aaron Aziz, Maya Karin and Lisa Surihani ... what a performance!
Here's the version of just the song....
What a night it was for Hafiz! He won the coveted Most Popular Male Singer, beating the likes of past honorees e.g Faizal Tahir, Anuar Zain, Aizat and Black. 2012 is certainly a good year for Hafiz with his winning in AJL26 and now this! Thanx to all the fans who had faith in him and voted him endlessly. He used to be referred to as unpopular by reporters, who tend to compare him with his AF7 peers...yet he conquered it all and proved that he's the force to be reckoned with , after success upon success. All our hard work has paid off and sure it feels good. Hafiz appreciates it all and please keep up the support no matter what.
Thanx to all Hafiz fans and friends....
And
CONGRATS TO HAFIZ, THE MOST POPULAR MALE SINGER, ABPBH 2011
SNAPSHOTS @ MANIA'S 4th CONCERT
Hafiz getting his make up done...
Fans waiting outside the hall ...some of us were very visible here!
Hafiz during his heartfelt performance.... superb! And he end up being at the top by the end of the concert! yipppeeee!!
Pak Nil interviewing Hafiz..
Pics source : www.mania.com.my
HAFIZ @ MANIA KONSERT 4 - SOMEONE LIKE YOU
Hafiz's mind-blowing performance during Mania's 4th concert, singing Adele's Someone Like You ... very soulful and intense... and he end up being on top after the concert! Yeahhh keep on supporting and voting for Hafiz!
Type MANIA5 / 10 / 20 <space> HAFIZ and send to 32888
Sunday, April 8, 2012
Mania Astro - Hafiz - Pre-show / Full Dress Rehearsal - Minggu 4
Hafiz - Before the 4th Mania concert
Hafiz's full dress rehearsal on 4th Mania concert
Source : aftalentaesb
Thursday, April 5, 2012
Mania Astro - Hafiz - Soundcheck - Minggu 4
Subscribe to:
Posts (Atom)