Monday, December 31, 2012

Apakah Resolusi Selebriti Malaysia Pada 2013?


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 DIS 2012: Pejam celik pejam celik bagai tak terasa waktu yang berlalu. Sedar tak sedar, tinggal sehari sahaja lagi kita akan berada dalam alaf 2013 yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup setiap insan seni.

Namun pastinya, setiap kali menjelma tahun baru semua orang mahukan yang terbaik untuk masa yang mendatang demi menebus segala yang tidak terlaksana atau tercapai bagi tahun sebelumnya. Tidak terkecuali di kalangan selebriti-selebriti tanah air kita dalam usaha mereka melayari dan mengembangkan kerjaya seni mereka.

Ikuti temubual murai.com.my bersama beberapa selebiriti tempatan tentang azam baru yang mereka impikan untuk tahun 2013 ini

.............
Penyanyi, Hafiz Suip

Tahun 2013 saya benar-benar ingin fokus pada kerjaya nyanyian saya, malah saya akan keluar dengan album baru saya berjudul Hafiz pada Januari tahun hadapan. Saya harap dengan album kedua saya ini orang boleh terima kelainan yang cuba saya bawakan nanti. Malah, saya harap tahun depan, tiada lagi cerita-cerita kontroversi yang melanda diri saya supaya kerjaya seni saya dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Read the rest of the article at : http://www.murai.com.my

Wednesday, December 26, 2012

STARCHAT WITH HAFIZ & ADIRA @ GUA.COM.MY


#Starchat with Hafiz & Adira at 4.00pm today, 26th Dec 2012!
(HOVER BELOW FOR LINK)

AJL27 PROMOS - KU AKUI & OMBAK RINDU

MELETOP - EPISODE 8 - HAFIZ AS GUEST ARTISTE


Meletop dated 18th Dec 2012. Hafiz appeared at minute 1:54...... enjoy!

Sunday, December 23, 2012

HAFIZ TUNGGU MATAHARI


HADIR dengan potongan rambut pendek yang diberi kemasan sleek sebagai pelengkap gaya, imej baharu anak muda kelahiran Kuching, Sarawak itu menampakkan kelainan. Sisi maskulin penyanyi berusia 22 tahun itu juga makin menyerlah. Ada kematangan terselit daripada senyum dan lagaknya.

Selama ini perjalanan kariernya diisi dengan seleksi hit antaranya, Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano yang kemudiannya bersambung pula dengan Ku Akui, Ombak Rindu dan terbaharu Muara Hati. Itu semua balada muzik Hafiz yang telah membelah jiwa peminatnya. Ternyata bintang yang menjalar pesonanya daripada program Akademi Fantasia itu semakin mendominasi pasaran penyanyi lelaki solo tempatan ketika ini.

Percubaan menembusi pasaran Indonesia dengan sebuah album yang dilancarkan untuk pasaran di sana dua bulan lalu juga satu langkah progresif untuk penjenamaan Hafiz. Diusik bakal mengikuti jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza yang diterima baik pencinta muzik di Jakarta dan Indonesia umumnya, dia pantas menggelengkan kepala.

"Saya masih terlalu baharu, masih kena banyak belajar. Kiranya itu juga satu percubaan besar yang telah saya lakukan. Di Indonesia, saya benar-benar kena bermula dari bawah. Saya kena buat promosi di pusat-pusat beli-belah dan panjat stesen-stesen radio untuk perkenalkan nama saya kepada pendengar di sana.

"Di sana (Indonesia), jika sesebuah lagu daripada pendatang baharu seperti saya ini dapat bertahan di radio selama seminggu pun sudah dikira cukup bagus. Saya sudah sangat bersyukur dan setakat ini ulasan media di sana juga sungguh memberangsangkan. Lagu-lagu di dalam album itu juga sudah boleh dibeli menerusi iTunes," katanya yang baru-baru ini ke Jakarta lagi untuk rakaman klip video terbaharunya, Bahagiamu Deritaku.

Galak bercerita tentang pengalaman bekerjasama dengan kru penggambaran di Jakarta, Hafiz ketawa mengenangkan layanan pihak produksi di sana yang di luar jangkaan.

"Usahkan pegang cawan minuman dan ikatkan tali kasut, kalau boleh seluar saya pun mahu mereka pakaikan," bicara Hafiz bersantai-santai sementara menunggu set penggambaran untuk kulit album kedua disiapkan, Isnin lalu.

 HAFIZ kelihatan lebih matang dengan stail rambut baharu dan gaya maskulin khas untuk album baharunya.
 
Album baharu tahun depan

Mencuri waktu emas penyanyi yang telah dua kali diiktiraf sebagai pemilik vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) itu, Hafiz sedia berkongsi khabar mengenai album keduanya yang masih dalam pembikinan.

Album yang mendapat khidmat komposer Ajai, Kunci Demak, LY Baiduri dan Izueiza itu memuatkan 10 buah lagu termasuk tiga buah lagu yang dipetik daripada album yang dilancarkan di Indonesia dua bulan yang lalu. Lagu tersebut ialah, Bahagiamu Deritaku, Patah Hati dan Hanya Kau Ku Cinta. 

"Buat masa ini sembilan buah lagu telah siap cuma tinggal sebuah lagu sahaja. Mungkin saya akan cipta sendiri lagu yang terakhir itu," katanya mengenai album yang mahu direalisasikan dalam genre alternatif balada itu.

Ucap Hafiz lagi, untuk album kedua pihak pengurusan Astro Entertaiment Sdn. Bhd. memberi kelonggaran kepadanya untuk memilih konsep yang diinginkan.

"Jiwa saya sebenarnya lebih kepada muzik alternatif tetapi saya lebih dikenali dengan lagu-lagu balada. Jadi, untuk album baharu ini, saya mahu masukkan sedikit impian saya untuk dikongsi dan dirasai bersama dengan peminat. Saya tidak boleh buat perubahan secara drastik, nanti peminat akan rasa pelik. Jadi, konsep album tidak boleh terlalu jauh dengan album pertama.

"Saya juga tak boleh buang konsep balada dalam karier muzik saya. Balada tetap ada cuma ditambah sedikit elemen alternatif, akan ada sedikit elemen rock dan saya tak sabar untuk menghiburkan peminat dengan lagu baharu saya kelak," getusnya yang menetapkan lagu berjudul Matahari (Tak Cukup Indah) sebagai sasaran single terbaharunya.

Berdiri sebagai bekas peserta program realiti yang kemudiannya mengukir tapak yang kukuh untuk sebuah legasi kepada namanya, Hafiz sedar rezeki itu sekadar pinjaman selagi dia berjuang dan bekerja kuat.
"Saya cuma buat kerja saya. Saya cuma mahu menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Menjadi popular sahaja tidak berguna sekiranya tidak produk berkualiti yang boleh menyokong populariti seseorang," katanya optimis.


Kulit album berkonsepkan majalah mini

BERKONGSEPKAN majalah mini, penggambaran kulit album kedua Hafiz berlangsung selama dua hari di Studio Pashe, Sunway Damansara.


Tidak sahaja pemilihan material sebagai bahan halwa telinga yang menjadi resipi kejayaan sesebuah album, pandangan pertama peminat terhadap kulit album itu kelak juga diberi penekanan. Biar peminat jatuh cinta dengan kulit album dulu sebelum mendengar gemersik dan merdunya lagu yang terkandung.

Untuk album kedua nanti, Hafiz bersama pihak pengurusannya memilih konsep majalah mini sebagai hadiah untuk peminat. Sesuai pula dengan judul Matahari (Tak Cukup Indah) yang disasarkan sebagai single pertama, kulit album itu merakamkan segala emosi perjalanan karier seni Hafiz selama ini.

"Untuk kulit album kedua ini, kami menggunakan khidmat Simon Chin, jurugambar terkenal yang pernah bekerja dengan nama-nama terkenal sebelum ini. Saya seronok dan sukakan konsepnya yang sangat pop.
"Rambut saya pula sudah kelihatan macam Psy, Oppa Gangnam Style," lenturnya berseloroh sambil memecahkan suasana dengan tawa berderai.

Kejutan selamba untuk AJL

Sebelum membiarkan Hafiz kembali ke set untuk meneruskan sesi fotografi yang berlangsung selama dua hari itu, dia disoal tentang persediaan menjelang AJL ke-26, pada 6 Januari depan.

"Saya pilih konsep persembahan yang selamba dan bersahaja untuk lagu Ku Akui. Untuk lagu Ombak Rindu duet bersama Adira pula, mungkin ada sedikit lakonan yang akan memasukkan semula emosi daripada filem Ombak Rindu sendiri," katanya menyimpan perancangan persembahan di pentas AJL kelak sebagai kejutan untuk peminat.


Source : http://kosmo.com.my/kosmo

Thursday, December 20, 2012

Promo MeleTOP - Hafiz

MeleTOP - Temubual bersama Hafiz (Di sebalik tabir)

KITA SATU VC

REZEKI TERKUMPUL HAFIZ



PENYANYI kelahiran Kuching, Sarawak, Mohd. Hafiz Mohd. Suip pada usia 22 tahun sudah memiliki kerjaya nyanyian yang kukuh hanya berbekalkan sebuah album studio yang berjudul Masih Jelas.

Semua lagu dalam album pertamanya iaitu Masih Jelas, Noktah Cinta, Watak, Awan Nano dan Ku Akui menjadi single popular, bahkan lagu Awan Nano turut dinobatkan sebagai lagu terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26.

Umpama magis dalam kerjayanya, tahun ini sahaja, Hafiz telah bergelar juara dalam program Mania dan membawa pulang wang tunai RM500,000 menewaskan ramai penyanyi popular yang lain.

Penyanyi yang selesa dengan imej rambut kembang itu juga cukup hangat dengan dua buah lagu duet iaitu Ombak Rindu duet bersama Adira dan Muara Hati duet bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk drama bersiri Adam & Hawa.

Semakin popular diiringi dengan deretan anugerah yang diterimanya membuatkan sahamnya semakin tinggi dalam industri seni.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dilakukan anak muda berusia 22 tahun ini dengan wang yang diperolehinya itu?

Jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik itu, dia bukan orang yang suka berbelanja tanpa berfikir sebaliknya setiap wang yang diperolehi hasil titik peluhnya disalurkan dalam simpanannya.
"Saya simpan untuk diri sendiri serta keluarga sebab saya tidak boleh ramal berapa lama jangka hayat saya dalam industri seni.

"Sebahagian saya hadiahkan kepada keluarga dengan membesarkan rumah ibu bapa di Kuching, Sarawak. Sebahagian lagi, saya simpan untuk membeli pelaburan seperti hartanah kerana nilainya semakin hari semakin tinggi," kata Hafiz sambil berkira-kira perjalanan kewangannya.

Ditebak lagi, sebagai anak muda pastinya dia mempunyai hobi yang mengisi masa lapangnya. Dalam tawa Hafiz mengatakan, buat masa ini dia amat menggilai sukan lasak paintball.

"Sudah lebih sebulan lebih saya aktif dengan sukan paintball. Ini hobi terbaharu saya kerana saya tiada masa untuk bersenam. Jadi, saya gunakan sukan ini untuk menghabiskan masa dengan rakan dan dalam masa yang sama boleh sihatkan badan.

"Saya sudah ada pasukan saya sendiri yang diberi nama Nano Cloud Regimen. Sesiapa yang mahu cabar kami dipersilakan (ketawa)," katanya yang layak dengan dua buah lagu, Ombak Rindu dan Ku Akui ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27).




Selain itu, niat di hatinya ingin sekali menjejakkan kaki di Tanah Suci kota Mekah, bagaimanapun hasrat itu tertangguh sehingga kini.

"Sebenarnya sudah lama saya menyimpan niat untuk menunaikan umrah tetapi sehingga sekarang belum berkesempatan. Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan sampai juga suatu hari nanti," luahnya.

Rahsia Hafiz

Disoal apakah rahsia kejayaannya sehingga setiap lagu yang didendangkan pasti menjadi popular, jawab Hafiz, dia tidak mempunyai sebarang rahsia untuk dikongsi bersama mengenai perkara itu.
"Sebenarnya saya tidak ada rahsia ketika merakamkan lagu sebaliknya saya percaya inilah rezeki yang diberi Allah kepada saya.

"Sebagai penyanyi, tugas saya hanyalah menyampaikan lagu itu sebaik mungkin. Saya bukannya boleh ramal lagu yang saya nyanyi itu akan mendapat sambutan atau tidak, semuanya terpulang kepada selera pendengar."

Namun, akuinya, sebelum melalui proses rakaman lagu terbaharu sebagai penyanyi, dia memilih lagu yang hanya sesuai dengan kemampuan vokalnya sahaja.

"Pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dulu dan saya akan lihat lagu itu sesuai atau tidak dengan vokal saya. Selepas itu barulah keputusan akan dibuat. 

"Memanglah saya boleh menyanyi tetapi bukan semua genre lagu sesuai dengan suara saya. Lagu yang kena nyanyi hampir pecah tekak, tidak sesuai dengan saya. Jadi memang saya kena pilih," ucapnya Hafiz.

Bercakap tentang duetnya bersama Datuk Siti Nurhaliza, terangnya yang juga berbakat dalam bidang lakonan, dia sendiri tidak menyangka peluang keemasan begitu akan datang bergolek kepadanya.

Masih muda dan baru hendak bertatih dalam bidang nyanyian, Hafiz menganggap pemilihannya sebagai rakan duet Siti satu penghormatan yang cukup besar.

"Ikutkan saya sendiri terkejut apabila diberitahu saya akan berduet dengannya. Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan Siti Nurhaliza.

"Apabila sudah diberi peluang saya lakukan dengan baik dan penuh fokus. Alhamdulillah, lagu Muara Hati digemari ramai dan sering diputarkan di radio," tuturnya.

Kelas berbeza

Walaupun kerjaya seni Hafiz pantas berkembang berbanding dengan rakan seperjuangan program Akademi Fantasia musim ke-7 yang lain, Hafiz masih kekal seperti dahulu.



"Rasanya saya sama sahaja. Cuma kerja saya sahaja yang membuatkan saya berjumpa dengan orang ramai dan keluar televisyen, akhbar dan majalah," ucapnya.
Terlalu pantas mengecapi populariti dalam usia yang muda, akuinya memang banyak cabaran yang harus dilalui.

Bagaimanapun, keputusan nekad untuk bergelar penyanyi selepas berjaya melepas uji bakat program Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz pasrah dan melaluinya dengan tenang.
"Banyak cabaran menjadi penyanyi tambahan usia yang muda. Saya akui kadangkala saya silap membuat pertimbangan.

"Saya anggap itu hanyalah perjalanan kehidupan yang mematangkan saya dan membentuk Hafiz seperti hari ini. Bila ramai yang memuji, ramai juga yang mengeji. 

"Selagi saya ingat pada keluarga, sedar diri, hargai sokongan peminat yang saya gelar sahabat dan tidak membuat sebarang kesalahan jenayah serius (ketawa), saya akan terus berada dalam industri seni" katanya.

Tuesday, December 18, 2012

HAFIZ, TAUFIK BATISAH, ALYAH & MARIA CALISTA MEDLEY @ APM2012


NEW ALBUM COVER PICS!



These hot pics are taken from Hafiz's Instagram account. Awesome pictures.. he looks a lot different and stylish.... am sure he made many female hearts aflutter by these pics.... more pics to come perhaps? but most importantly, the new album will come out in early next year... insyaallah..... keep up the support ya!





Hafiz Suip - Artis Lelaki Terbaik APM 2012



APM2012: Hafiz, Shila Amzah Unggul Kategori Terbaik!



SINGAPURA, 17 DIS 2012: Tidak seperti penganjuran sebelum ini, artis dari Malaysia nampaknya lebih banyak merangkul kategori anugerah terbaik dalam penganjuran malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012 yang dianjurkan di The Max Pavillion @ Singapore Expo pada Sabtu lalu, berbanding artis dari Singapura yang kebanyakan meriah kemenangan menerusi kategori popular.

Malah,majlis anugerah yang menggabungkan penyanyi dan karyawan muzik serantau dari 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini telah berjaya mengangkat juara Asian Wave 2012, Shila Amzah sebagai Artis Wanita Terbaik. Manakala, juara Mania, Hafiz pula dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Terbaik.

Tidak ketinggalan, Ratu Jazz negara, Dato` Sheila Majid yang telah diberikan penghormatan untuk menerima Anugerah khas Planet Muzik. Artis tempatan terus unggul apabila Alyah dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih.

Sementara Awi Rafael yang mencipta nama di Malaysia berjaya membawa pulang kemenangan menerusi kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Pulanglah.

Berikut adalah ucapan ringkas artis Malaysia sebaik saja diumumkan sebagai pemenang.


ARTIS WANITA TERBAIK- Shila Amzah
"Saya telah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. Semua anugerah yang saya terima adalah satu tanggungjawab besar pada diri saya. Semakin banyak anugerah yang diterima bermakna semakin besarlah tanggungjawab yang diberika kepada saya. Insya-Allah, selepas ini, saya akan berangkat ke Miami untuk World Music Awards."
 
Sheila Majid-ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
"Terima kasih kepada semua peminat. Saya rasa mungkin tidak dapat lakukan sendiri tanpa sokongan anda. Terima kasih kerana telah menyokong saya elama 27 tahun. Aku cinta padamu."
 
Hafiz-ARTIS LELAKI TERBAIK "Terima kasih dan Alhamdulillah. Syukur kerana saya diberikan kesihatan untuk melakukan kerjaya saya ini. Terima kasih kepada sahabat, keluarga dan peminat. Tanpa mereka saya tidak akan berada di pentas ini. Saya rasa tersentuh sangat dengan anugerah malam ini."
 
Alyah-LAGU TERBAIK
"Alhamdulillah. Saya terasa seperti mahu menangis malam ni. Terima kasih kepada mak yang selalu sokong dan kawan serta peminat saya. Ini anugerah pertama di APM. Selepas 12 tahun menjadi penyanyi, ini anugerah paling bermakna buat saya."

Read the rest of this article at : http://www.murai.com.my

Wednesday, December 12, 2012

CONGRATS HAFIZ FOR BEING BESTOWED THE AHLI BINTANG SARAWAK (ABS)








Congrats Hafiz for the award...... wish you all the best!


Source : From Hafiz's Instagram / Twitter


Related Posts with Thumbnails