Thursday, November 28, 2013

Rossa Nafi Kurang Yakin Dengan Hafiz Suip


Penyanyi yang baru dikurniakan gelaran Datuk pada ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang pada 24 Oktober lalu, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa menafikan dia kurang yakin dengan Hafiz apabila diminta berduet dengan penyanyi itu menerusi lagu 'Salahkah'.

"Apabila saya ditawarkan untuk berduet dengan Hafiz, saya memang berasa agak bimbang, bukan kerana tidak yakin dengan kekuatan vokal dia, tapi saya bimbang tidak dapat mencari lagu yang sesuai untuk tona vokal kami berdua. Untuk menyanyikan sebuah lagu duet, vokal kedua-dua penyanyi harus bersatu.

Jadi, jangan salah sangka yang saya tidak yakin dengan Hafiz. Saya tahu Hafiz punya suara yang baik kerana dia juga pernah berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. Saya sudah kenal dengan Hafiz. Cuma hubungan kami biasa-biasa sahaja. Saya tidak punya masalah bekerjasama dengan Hafiz, kerana dia profesional," ujar Rossa ketika ditemui di majlis ramah mesra Rossa bersama Yayasan Destini Anak Bangsa di Universiti Teknologi Mara pada Selasa.

Bercerita lanjut tentang lagu duet terbarunya itu, Rossa memberitahu dia sangat gembira dan berbesar hati apabila pihak Astro menghubunginya untuk berkolaborasi dengan Hafiz.

"Lagu yang dirakamkan untuk lagu tema sinetron (drama bersiri) Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang akan ditayangkan di Astro. Ini kali pertama saya merakamkan lagu untuk drama, jadi sudah pasti saya teruja dan bersyukur kerana dapat kesempatan ini. Saya difahamkan cerita ini diadaptasikan daripada novel. Saya pun sudah baca sinopsis yang dihantar oleh pihak Astro dan saya berpendapat cerita ini bagus.

'Salahkah' merupakan lagu ciptaan Charly, Setia Band dan garapannya dilakukan oleh Badai Kerispatih dan bekas suami saya, Yoyo yang bermain dram. Lagu ini sudah dibuat tiga tahun lalu. Saya memang ingin sangat berduet untuk lagu ini. Jadi apabila dapati liriknya sesuai dengan jalan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta, terus saya cadangkan lagu ini. Tak sangka mereka (Astro) pun suka dengan lagu ini," cerita Rossa teruja.

For full article, go to : http://www.gua.com.my

HAFIZ & DATO' ROSSA PROMOTING "SALAHKAH" ON SINAR FM










Source : SINAR FM FB

HAFIZ & DATO

#JoHaRa bersama Dato' Rossa & Hafiz Suip


Wednesday, November 27, 2013

Monday, November 25, 2013

Hafiz - Bahagiamu Deritaku (Semi Final Muzik Muzik 28)


'BUKAN KERANA AKU TAK CINTA' MONTAGE OPENING FEATURING HAFIZ & ROSSA's "SALAHKAH"


Hafiz Suip Terus Mara Ke AJL28


Selama empat tahun berturut-turut sejak 2009, bintang yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip meneruskan perjuangannya dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Pada tahun ini, Hafiz layak mara ke AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku yang turut dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Luahan Hati Anak Seni.

For full article, go to http://www.ohbulan.com

Kuasa orang muda


Pentas AJL28 bakal saksikan saingan antara penghibur generasi baru

Pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28) yang akan berlangsung 26 Januari depan nampaknya lebih menyebelahi bakat muda apabila rata-rata barisan lagu yang layak bertanding pada peringkat akhir dipersembahkan oleh penyanyi generasi baru tanah air.

Penyanyi yang dimaksudkan ialah Najwa Latif, Sleeq dan Shamkamarul yang mempertaruhkan lagu Sahabat ciptaan Najwa Latif dan Ika Latif; Hafiz (Bahagiamu Deritaku / LY/ Baiduri); Awi Rafael dan Altimet (Kalau Aku Kaya / Omar K & Audi Mok / Altimet); Salam Musik (Aku Pelat / DJ Fuzz / Salam, Eyzabahra dan Jaytan); Aizat Amdan dan Noh Salleh (In Love With You / Noh Salleh); Hazama (Penglipurlara / Omar K / Zell); Black (Takkan Terpisah / Kuncidemak); dan Stacy (Bosan / Audi Mok / Omar K).

Hafiz akui tertekan

Sementara itu, selepas berjaya meraih anugerah Vokal Terbaik pada AJL sebanyak tiga kali berturut-turut, masing-masing menerusi lagu Noktah Cinta, Awan Nano dan Ku Akui, tuah terus menyebelahi Hafiz apabila lagunya Bahagiamu Deritaku turut layak ke akhir. Persoalan sekarang, apakah trofi terbabit bakal menjadi miliknya lagi?

"Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi, saya percaya semua penyanyi malam ini (Jumaat lalu) ingin melangkah ke final. Nampaknya, masih menjadi rezeki saya untuk ke peringkat akhir buat kali ini," katanya.

Menurut Hafiz, selepas kejayaan digapai itu, tentunya peminat turut mengharapkan kejayaan serupa dicapai pada pertandingan kali ini. Dia sendiri berusaha sebaik mungkin bagi menyahut cabaran itu.

"Saya akui dengan adanya pengalaman bertanding sebelum ini, saya rasa lebih tertekan. Tidak mengapa, sebab ia mengajar saya berhati-hati," katanya yang lebih suka membuat persembahan yang membuatkan penonton berfikir.

For full article, go to http://www.bharian.com.my

HAFIZ SUIP SERIK BERCINTA, MAHU KAHWIN TERUS JIKA SAMPAI JODOH



25 November 2013

Pengalaman cinta sebelum ini membuatkan jejaka yang berasal dari Sarawak, Hafiz Suip telah nekad untuk berkahwin terus sekiranya mempunyai jodoh. Dia yang menjadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran buatnya tidak mahu lagi 'pisang berbuah dua kali'.

"Saya seperti biasa sahaja buat masa sekarang ini, masih sibuk dengan aktiviti nyanyian saya & lebih fokus kepada karier daripada soal peribadi. Saya lebih selesa sekarang ini dari menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Sekiranya mempunyai jodoh saya ingin terus berkahwin".

Percintaannya sebelum ini menemui kegagalan dan menganggap bahawa dia tiada jodoh dan kini lebih bersifat terbuka dan professional dalam menempuh kehidupan seharian.

"Saya sekarang ini lebih terbuka dan saya tidak ada masalah dengan dia dan yang lepas itu kita kira lepaslah dan sekarang saya lebih professional," katanya.

Turut menjelaskan mengenai gambar bersama Adira AF baru-baru ini yang dimuatkan ke dalam laman sosial & ianya menjadi perbualan hangat di kalangan peminat-peminat tempatan.

"Gambar itu hanyalah sekadar gambar, tidak salah sekiranya saya bergambar dengannya dan tidak salah juga untuk saya bergambar bersama-sama artis lain dan apa yang saya ingin tegaskan di sini itu adalah hanya sekadar gambar," katanya.

Sementara itu, Hafiz Suip turut layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.








Monday, November 18, 2013

NEW DUET BY HAFIZ & DATO' ROSSA - SALAHKAH

 

This new duet will be featured in Astro Mustika HD's novel adaptation, Bukan Kerana Aku Tak Cinta starring Nelydia Senrose and Sharnaaz Ahmad, commencing 9th Dec 2013.

Lyrics :

Salahkah ku bila
Mencinta mu sepenuh hati
Sedang ku tahu pasti
Keluarga tak merestui

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari
Mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya ku dapatkan semua

Dari situ ku sadari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki


Sunday, November 17, 2013

KONSERT DESTINI 2013


20 - 21 December 2013
8.30 pm
Dewan Agung Tuanku Canselor, UITM Shah Alam

Call 0196704734 / 0379622186 to get your tickets!!

Seating arrangements :


Official FB for Konsert Destini 2013



Tuesday, November 12, 2013

Bisa Duet Bareng Rossa, Penyanyi Malaysia Hafiz Merasa Tersanjung


PENYANYI yang katanya sedang populer di Malaysia, Hafiz, terlibat project bareng dengan salah satu Diva Indonesia, Rossa.

Rossa dan Hafiz duet bareng dalam video klip bertajuk 'Salahkah' untuk sebuah sinetron di Malaysia.
Bisa berkolaborasi dengan diva Indonesia, Hafiz mengaku suatu kebahagiaan besar yang tak akan pernah dilupakan dalam hidupnya.

"Saya ini kali pertama duet dengan penyanyi Indonesia dan Rossa. Saya memang amat mengejutkan apalagi waktu kecil pernah lihat di TV. Sekarang bisa duet, itu penghargaan terbesar," ungkap Hafiz, disela syuting video klip,di daerah Tanjung Duren, Jakarta Barat, Rabu (6/11)

Konsep video klip ini lebih ke drama musikal. Bercerita tentang laki-laki dan perempuan yang saling mencintai tapi terpisahkan karena ada penghalang.

"Mereka berharap mudah-mudahan suatu hari bersatu ya, kira-kira seperti Romeo dann Juliet," ungkap Rossa.

(man/gur)

Source : http://www.tabloidbintang.com


Dulu Mengidolakan, Kini Penyanyi Malaysia ini Duet Bareng Rossa


 Liputan6.com, Jakarta : Mohd Hafiz bin Mohd Suip atau akrab disapa Hafiz, penyanyi asal Malaysia yang berduet dengan Rossa dalam lagu 'Salahkah' ini, mengaku senang bisa memadukan suaranya dengan Diva Indonesia tersebut. Lagu yang mereka nyanyikan ini, akan dijadikan soundtrak sinetron Malaysia berjudul 'Bukan Kerna Aku Tak Cinta'.

"Saya senang, karena ini kali pertama duet sama Diva Indonesia, Rossa, dan memang mengejutkan buat saya," ucap Hafiz dengan logat melayunya, saat ditemui di kawasan Tanjung Duren Barat, Jakarta Barat, Rabu (6/11/2013).

Cowok kelahiran Malaysia, 27 Febuari 1990 itu mengatakan, kalau sejak kecil dirinya juga sangat mengagumi Rossa. Rona bahagia juga nampak di wajah Hafiz, takala dirinya bisa berduet dengan idolanya, Rossa.

"Saya kecil, saya suka liat Rossa di televisi, sekarang saya bisa bersebelahan dan nyanyi bareng sama Rossa. Saya senang bekerja sama degan Rossa," ungkapnya.

Hafiz juga mengatakan kalau dirinya tak menemui kendala sama sekali untuk menyatukan suaranya dalam lagu duetnya bersama Rossa. "Karena tidak susah lah duet sama Rossa, jadi senang lah. Paduan suaranya jadi mudah," katanya.(Pur) 



Rossa Gandeng Penyanyi Top Malaysia



Laporan Wartawan Wartakotalive.com Junianto Hamonangan

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Salah satu diva Indonesia, Rossa, kembali mengeluarkan karya terbarunya. Kali ini  ia menggandeng penyanyi asal Malaysia, Hafiz, sebagai rekan duetnya.

Ia membawakan single Salahkah yang menjadi soundtrack dari sinetron Bukan Kerna Tak Cinta, yang tayang di Negeri Jiran.

"Saya sedang bikin video klip untuk single Salahkah yang menjadi soundtrack sinetron untuk tayang di Astro Malaysia di bulan Desember. Sinetronnya berjudul Bukan Kerna Tak Cinta dimana juga diangkat dari novel yang laris di Malaysia," ucap Rossa, saat ditemui di sela-sela syuting video klip di Dstudio, Tanjung Duren, Jakarta Barat, pada Rabu (6/11/2013).

Saat menerima tawaran tersebut, Rossa mengaku sempat ragu untuk menerimanya. Namun setelah melihat sinopsis yang diberikan kepadanya, mantan istri Yoyo Padi itupun tanpa pikir panjang langsung menerima tawaran tersebut.

"Akhirnya setelah baca sinopsis, ya alhamdulillah dua hari yang lalu selesai rekaman dan sekarang syuting video klip," urai pelantun lagu Tegar itu.

Proyek kali ini juga sekaligus menjadi proyek pertamanya dalam mengerjakan soundtrack untuk sinetron asal Malaysia. Pun demikian halnya saat harus berduet dengan Hafiz, penyanyi top di negeri Jiran. Ia sedang naik daun di Malaysia.

"Ini kali pertama bikin soundtrack di Malaysia dan duet sama Hafiz. Dia itu (Hafiz) artis nomor satu dan kemarin di Singapura di Anugerah Planet Muzik dapat paling banyak penghargaan ngalahin seniornya," urainya.



Hafiz Penyanyi Asal Malaysia


Penyanyi solo asal Malaysia, Hafiz saat ditemui di sela-sela syuting pembuatan video klip single duetnya bersama diva Indonesia, Rossa yang berjudul 'Salahkah' di Kawasan Tanjung Duren Barat, Jakarta Barat, Rabu (6/11/2013). Single duet tersebut dibuat untuk soundtrack sebuah sinetron Malaysia. (Tribun Jakarta/Jeprima)





Source : http://www.tribunnews.com

Friday, November 8, 2013

Hafiz dan Rossa Syuting Video Klip Single Duet Salahkah


Penyanyi solo asal Malaysia, Hafiz (kiri) bersama diva Indonesia, Rossa melakukan syuting pembuatan video klip single duet mereka yang berjudul 'Salahkah' di Kawasan Tanjung Duren Barat, Jakarta Barat, Rabu (6/11/2013). Single duet yang dibuat untuk soundtrack sebuah sinetron Malaysia tersebut mendapat sentuhan aransemen dari mantan suami Rossa, Yoyo dan juga Badai (Kerispatih). (Tribun Jakarta/Jeprima).









Related Posts with Thumbnails