Monday, November 25, 2013

Kuasa orang muda


Pentas AJL28 bakal saksikan saingan antara penghibur generasi baru

Pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28) yang akan berlangsung 26 Januari depan nampaknya lebih menyebelahi bakat muda apabila rata-rata barisan lagu yang layak bertanding pada peringkat akhir dipersembahkan oleh penyanyi generasi baru tanah air.

Penyanyi yang dimaksudkan ialah Najwa Latif, Sleeq dan Shamkamarul yang mempertaruhkan lagu Sahabat ciptaan Najwa Latif dan Ika Latif; Hafiz (Bahagiamu Deritaku / LY/ Baiduri); Awi Rafael dan Altimet (Kalau Aku Kaya / Omar K & Audi Mok / Altimet); Salam Musik (Aku Pelat / DJ Fuzz / Salam, Eyzabahra dan Jaytan); Aizat Amdan dan Noh Salleh (In Love With You / Noh Salleh); Hazama (Penglipurlara / Omar K / Zell); Black (Takkan Terpisah / Kuncidemak); dan Stacy (Bosan / Audi Mok / Omar K).

Hafiz akui tertekan

Sementara itu, selepas berjaya meraih anugerah Vokal Terbaik pada AJL sebanyak tiga kali berturut-turut, masing-masing menerusi lagu Noktah Cinta, Awan Nano dan Ku Akui, tuah terus menyebelahi Hafiz apabila lagunya Bahagiamu Deritaku turut layak ke akhir. Persoalan sekarang, apakah trofi terbabit bakal menjadi miliknya lagi?

"Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi, saya percaya semua penyanyi malam ini (Jumaat lalu) ingin melangkah ke final. Nampaknya, masih menjadi rezeki saya untuk ke peringkat akhir buat kali ini," katanya.

Menurut Hafiz, selepas kejayaan digapai itu, tentunya peminat turut mengharapkan kejayaan serupa dicapai pada pertandingan kali ini. Dia sendiri berusaha sebaik mungkin bagi menyahut cabaran itu.

"Saya akui dengan adanya pengalaman bertanding sebelum ini, saya rasa lebih tertekan. Tidak mengapa, sebab ia mengajar saya berhati-hati," katanya yang lebih suka membuat persembahan yang membuatkan penonton berfikir.

For full article, go to http://www.bharian.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails