Friday, November 6, 2009

Hafiz @ Harian Metro scans




Here are the scans for the Harian Metro article today....

Thanx to Cari Forum.

Hafiz @ Harian Metro, 6th Nov 2009

Tidak melatah kurang popular
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my

Rap
BUKAN mudah memacu kerjaya dalam dunia seni apatah lagi bagi artis baru seperti Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, atau Hafiz.

Pemuda yang berasal dari Kuching, Sarawak itu mengakui semakin merasai dugaan dan cabaran yang dilalui selepas bergelar anak seni. Ternyata pelbagai cerita dan pengalaman menghimpit Hafiz selepas lapan bulan berakhirnya saingan program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) di mana dia meraih gelaran juara program itu.

Begitupun, sebagai artis Hafiz tidak mudah melatah sebaliknya menganggap cabaran menjadikannya lebih kuat untuk melebarkan sayap dalam dunia seni.Apa lagi melihat kejayaan rakan seangkatan seperti Khairil Azam Pilus atau Aril dan Afiq Akim Ahmad atau Aqim yang lebih menonjol menerusi lagu dan penampilan dalam drama, Kau & Aku yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) setiap Sabtu jam 10 malam yang semakin mendapat sambutan menggalakkan penonton.

Hafiz yang semakin meledak dengan lagu hitnya, Masih Jelas turut membuat penampilan cameo menerusi drama bersiri itu. Dia turut bergandingan dengan rakannya itu selain Black Mentor dan penyanyi Cina, Choo Hou Ren menyanyikan lagu Generasi Hebat Brands. Malah, mereka dilantik sebagai duta produk kesihatan, Brands.

Hafiz ketika ditemui cukup senang bergandingan dengan rakan artis menyampaikan lagu tema pelancaran Generasi Hebat berjudul Juara. Tidak timbul langsung soal persaingan atau mengatasi sesiapa menerusi gandingan itu sebaliknya masing-masing cuba memberi persembahan terbaik dan sebagai platform terbaik melangkah lebih jauh dalam dunia seni."Biar apapun rentak lagu yang kami nyanyikan yang penting misi kami tetap sama mengalas kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan Brands selain peluang untuk mempromosikan diri ke peringkat yang lebih tinggi memandangkan jenama berkenaan adalah produk antarabangsa."Tidak timbul langsung soal siapa yang melebihi sesiapa. Pada saya semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Persaingan sihat adalah satu situasi yang baik dalam dunia seni tanah air.

"Saya akui setiap daripada kami mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing. Kekuatan itu menjadi pendorong untuk terus berjaya dalam dunia seni," katanya.

Tambah Hafiz, dia bersyukur kerana album pertama, Masih Jelas yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan. Difahamkan pihak syarikat rakaman melakukan cetakan kedua untuk album solonya itu sebanyak 4,000 unit.

Dia turut mengakui disunting Enfiniti Productions Sdn Bhd (Enfiniti) yang mengadakan kerjasama dengan pihak Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB). Turut menyertai Hafiz, Aril dan Aqim dalam satu projek khas yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sebagai artis baru, Hafiz mengakui masih cetek ilmu dalam dunia seni dan perlu bimbingan daripada mereka yang berpengalaman."Banyak lagi yang perlu saya belajar dalam dunia seni. Industri seni di Malaysia cukup luas. Lapan bulan selepas keluar dari AF banyak perkara yang saya pelajari namun belum mencukupi. "Saya sentiasa mahu memantapkan teknik vokal, gaya persembahan dan cara berkomunikasi dari semasa ke semasa. Pada saya semua ini membantu menentukan kejayaan seseorang artis," kata Hafiz ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Generasi Hebat Brands di KL Pac, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakannya, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah biarpun lebih selesa dengan genre rock namun sebagai artis baru dia tidak pernah memilih untuk digandingkan dengan mana-mana artis. Sebaliknya menganggap peluang menjayakan kempen berkenaan sangat dinanti-nantikan."Tidak kisah soal gandingan dengan sesiapapun dan menyanyikan lagu dengan rentak apapun. Apa yang lebih penting. "Kami generasi artis baru diberi peluang untuk bertapak dalam dunia seni tanah air. Setakat ini saya cuba sesuaikan diri dengan semua yang terbabit dalam projek ini. Ternyata gandingan ini mempunyai keserasian tersendiri," katanya.

Juara Mentor musim ketiga itu kini dalam perancangan menghasilkan album solo pertama. Setakat ini, menerusi syarikat rakaman Monkey Bone sudah mempunyai beberapa lagu dalam peringkat saringan akhir.

Bagi Hou Ren, Aril dan Aqim kesempatan yang diberikan oleh pihak Brands menyanyikan lagu tema seterusnya sebagai duta produk berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk lebih menonjol dalam dunia seni tanah air.

Sementara itu, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Koh Joh Siang program berkenaan dilancarkan bagi menyeru seluruh masyarakat menceburi aktiviti dan mengamalkan budaya hidup sihat."Kempen Brands menggabungkan hampir semua media bagi mendekati pengguna demi membawakan semangat Generasi Hebat termasuk peraduan yang menawarkan percutian bersama bintang seperti Hafiz, Hou Ren, Aril atau Akim," katanya.

Pelbagai kempen giat dijalankan di seluruh negara yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik. Keterangan lanjut layari laman web www.generasihebat.com.my.

Thursday, November 5, 2009

Hafiz n fans @ Media Hiburan, 31st Okt-6th Nov 2009


The pictures and write-up on the Ramah Tamah Bersama Hafiz on the 10th Oct 2009 appeared in the Selebriti and Fan Club column of Media Hiburan.


Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor @ Pelancaran Brands Generasi Hebat

Mr. Koh and the new faces of Brand's Generasi Hebat



BRAND’S® memperkasa rakyat Malaysia ke arah keunggulan

Seiring dengan arus globalisasi, persekitaran dunia kini menjadi lebih berdaya saing bukan sahaja di bidang perniagaan malah juga individu. Rakyat Malaysia yang mahu berjaya perlu kekal aktif dan kekal di hadapan berbanding yang lain di mana mereka perlu menajamkan kemahiran mereka untuk mencapainya.


Berbekalkan pandangan ini, BRAND’S® kini memacu haluan berani dan baru dengan kempen pemasaran terbarunya yang menyokong sifat positif dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk cemerlang serta mencapai kehebatan peribadi dengan merebut segala peluang yang hadir dalam hidup ini.

BRAND’S® sudah mengenal pasti lima sifat utama melalui kempen “Generasi Hebat” anjurannya, yang mengajak semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur untuk merealisasikan potensi mereka sendiri selain menumpukan kepada mencungkil keupayaan yang terpendam dalam diri mereka.

Lima sifat utama ini – sifat Handal, Eksplorasi, Boleh, Aktif dan Tekun – melambangkan ramuan utama untuk kekal di hadapan dan memaksimumkan potensi seseorang itu tanpa mengira umur.

“Generasi Hebat” yang dilancarkan pada hari ini dilambangkan oleh lima individu muda hebat yang dipilih khas untuk menerajui kempen ini – Hafiz yang penuh bertenaga, Choo Hou Ren yang mempunyai pelbagai bakat; Akim dan Aril dari rancangan bakat realiti popular AF7; dan pemenang Mentor Musim 3 yang menawan, Black.

Kelima-lima personaliti ini merupakan contoh unggul bagi tenaga dan sifat positif “Generasi Hebat”, dan mereka membuat penampilan pertama di depan khalayak umum pada hari ini dengan sebuah lagu yang dicipta khas bertajuk “Juara”. Lagu yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Audi Mok, dan Shazee Ishak ini menjadi tema utama kepada kempen ini di mana muziknya berperanan sebagai ciri utama untuk mendekati rakyat Malaysia.

Lirik lagu ini yang memberi inspirasi positif dan tingkah laku cemerlang diadun bersama melodi lagu menarik dan bakal ditampilkan dalam video muzik yang akan mula ke udara pada bulan ini. Selain lagu, aksesori fesyen istimewa – Ikatan ‘Generasi Hebat’ – juga akan diperkenalkan sebagai penanda kebanggaan pergerakan ‘Generasi Hebat’.

BRAND’S® berbangga kerana dapat membawakan inisiatif yang menyeru kepada perubahan sikap yang positif dan kami berharap bahawa ia akan berfungsi sebagai pendorong kepada pembangunan warga Malaysia yang kuat, menjadi kebanggaan dan perkasa yang dapat membawa negara ini setapak lebih hampir dalam perjalanannya untuk menjadi negara maju.

Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd., Encik Koh Joo Siang dalam ucapannya semasa pelancaran berkata, “Generasi Hebat menyeru semua rakyat Malaysia untuk memacu generasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan memperkasa kehandalan, eksplorasi, sifat aktif dan ketekunan, yang didorong oleh sikap yakin boleh. Berbekalkan himpunan sifat positif ini, seseorang itu mampu merangkul dan mematahkan cabaran harian dengan mudah yang hadir untuk menghalang laluan seseorang itu dalam merebut peluang dan kekal di hadapan pada setiap masa.

“Ada banyak sifat yang tergolong bagi mencapai keunggulan tetapi yang lima ini adalah ciri-ciri yang paling sesuai yang menyebabkan ia dipilih bagi kempen terbaru kami yang bertema ini. Ia mengenai meningkatkan diri anda dan negara dengan berusaha untuk maju serta memanfaatkan dengan cara terbaik apa yang ditawarkan oleh kehidupan,” tambah beliau.

Pengenalan kempen terbaru BRAND’S® ini bakal menggabungkan hampir semua media bagi mendekati pengguna untuk membawakan kepada mereka semangat “Generasi Hebat”, termasuk peraduan yang menawarkan kepada pemenang percutian bersama bintang - Hafiz, Choo Hou Ren, Aril dan/ atau Akim.


Hubungi 1-800-6226 atau layari http://www.generasihebat.com.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan ini.


Apakah H.E.B.A.T.?

Handal
Saya mestilah handal berfikir. Saya tak bergantung pada nasib. Semua persoalan ada penyelesaiannya.

Eksplorasi
Pembaharuan bermula dengan eksplorasi. Minda saya sentiasa terbuka untuk cepat memahami.

Boleh
Kami bekerja keras. Semangat kami tinggi. Kami yakin boleh merealisasikan cita-cita.

Aktif
Saya sentiasa selangkah di hadapan. Saya aktif merebut peluang yang ada. Saya sentiasa bersedia.

Tekun
Tiada yang mustahil. Saya tak mudah putus asa. Saya tekun berusaha.


Source : http://www.budiey.com/


The performance... held on 3rd Nov, KL Pac, Sentul West

vc credit to StevenIOWA

Hafiz's vc stills....





Here are some interesting stuffs sent by an ardent fan of Hafiz ...showing the stills from his vc......thanx.....:)

Related Posts with Thumbnails