Tuesday, June 5, 2012

Konsert Kenangan Aku Sudirman Syahdu, Gamat!



Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2012 : Konsert Kenangan Aku Sudirman telah berlangsung dengan syahdu dan gamatnya selepas berjaya menampilkan lebih 15 orang selebriti untuk menghiburkan penonton yang membanjiri Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. malam semalam.

Konsert sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad terbitan Astro itu telah menampilkan selebriti popular seperti Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Misha Omar, Adira, Hafiz, Alyah, Hazama, Azlan & The Typewriter.

Bukan sahaja penyanyi wanita yang menyerlah pada malam tersebut, tidak kurang pula dengan penyanyi lelaki apabila Hafiz muncul dengan menyampaikan persembahan Pelangi Petang.

Persembahan Pelangi Petang daripada Hafiz telah menggamit kenangan penonton, lebih-lebih lagu beliau telah memakai pakaian gaya Sudirman pada malam tersebut......



Konsert legasi melodi Sudirman

Selalu diperkatakan orang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah yang dapat kita gambarkan kepada legasi tinggalan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad - seniman yang sudah 20 tahun meninggalkan alam ini.

Sampai ke hari ini, pemergian anak seni hebat kelahiran Temerloh, Pahang itu masih tiada duanya. Bukan saja keunikan lagu popularnya yang terus menjadi siulan, malah semangat patriotisme yang terserlah dalam diri insan bertubuh kecil itu.

Sebagai memenuhi janji kepada peminat, Konsert Kenangan Sudirman sempena Kempen Aku Sudirman berjaya dianjurkan Astro, malam kelmarin.

Bertempat di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur, ribuan peminat hadir bagi menyaksikan nama besar dalam bidang seni tanahair menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan Sudirman.

Barisan artis yang meluangkan masa adalah Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Alyah, Misha Omar, Ziana Zain, Rahim Maarof, Hujan, Azlan & The Typewriter, Hafiz, Hazama, Adira, Altimet (dengan DJ Fuzz & Ila Damia), Faris Awan Band dan barisan pelakon filem muzikal Hoore! Hoore!.

--------

Selain lagu medley rancak, Aku Penganggur dan Baru Dapat Kerja, Siti menyentuh jiwa  penonton dengan melodi Jauh di Sudut Hati. Gandingan duet dengan Hafiz menerusi Bimbang Terluka Lagi juga satu kombinasi menarik dan mendapat tepukan gemuruh.

Hafiz sendiri memang tidak pernah menghampakan apabila di pentas dan malam itu, dia secara solo menyanyikan salah sebuah lagu terhebat Sudirman, Pelangi Petang.




Konsert Aku Sudirman Kenang Lagu-Lagu Nyanyian Sudir


Sempena memperingati 20 tahun pemergian Penghibur Nombor Satu Asia, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, sebuah konsert telah diadakan pada Ahad lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. 

Konsert Aku Sudirman dibarisi bintang ternama tanahair antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Khatijah Ibrahim, Jaclyn Victor, Kumpulan Hujan, Ziana Zain, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.

Lebih 5,000 peminat muzik tanahair membanjiri stadium itu seawal pukul 6 petang bagi menyatakan rasa kekaguman mereka terhadap penyanyi kelahiran Temerloh Pahang itu.

Selain ditugaskan untuk menjadi pengacara konsert tersebut, Dato' AC Mizal membuka pentas persembahan dengan lagu Chow Kit Road.

Antara persembahan yang menambat hati penonton termasuk nyanyian lagu tema filem Kami iaitu Pelangi Petang yang telah disampaikan dengan baik oleh Hafiz. Juara Akademi Fantasia 7 itu turut berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Bimbang Terluka Lagi.




Saturday, June 2, 2012

KONSERT KENANGAN SUDIRMAN


 

Don't forget to catch KONSERT KENANGAN SUDIRMAN on 3rd June 2012 (Sunday), live from Cheras Football Stadium, KL at 9pm. The concert will also be shown on Astro Prima (Ch.105). There will also be a live streaming of the event at the link below :




Related Posts with Thumbnails