Selalu diperkatakan orang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah yang dapat kita gambarkan kepada legasi tinggalan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad - seniman yang sudah 20 tahun meninggalkan alam ini.
Sampai ke hari ini, pemergian anak seni hebat kelahiran Temerloh, Pahang itu masih tiada duanya. Bukan saja keunikan lagu popularnya yang terus menjadi siulan, malah semangat patriotisme yang terserlah dalam diri insan bertubuh kecil itu.
Sebagai memenuhi janji kepada peminat, Konsert Kenangan Sudirman sempena Kempen Aku Sudirman berjaya dianjurkan Astro, malam kelmarin.
Bertempat di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur, ribuan peminat hadir bagi menyaksikan nama besar dalam bidang seni tanahair menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan Sudirman.
Barisan artis yang meluangkan masa adalah Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Alyah, Misha Omar, Ziana Zain, Rahim Maarof, Hujan, Azlan & The Typewriter, Hafiz, Hazama, Adira, Altimet (dengan DJ Fuzz & Ila Damia), Faris Awan Band dan barisan pelakon filem muzikal Hoore! Hoore!.
--------
Selain lagu medley rancak, Aku Penganggur dan Baru Dapat Kerja, Siti menyentuh jiwa penonton dengan melodi Jauh di Sudut Hati. Gandingan duet dengan Hafiz menerusi Bimbang Terluka Lagi juga satu kombinasi menarik dan mendapat tepukan gemuruh.
Hafiz sendiri memang tidak pernah menghampakan apabila di pentas dan malam itu, dia secara solo menyanyikan salah sebuah lagu terhebat Sudirman, Pelangi Petang.
Source : http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment