Friday, October 25, 2013

AIM 20: Tiga Bakat AF Ungguli Pencalonan


Petang tadi baru sahaja berlangsung sidang media Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang mana senarai nama calon-calon akhir anugerah itu telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim.

Sejak beberapa bulan yang lepas, pihak AIM dengan kerjasama KPMG sebagai juruaudit telah mengadili dan menyenarai pendek sejumlah 594 pencalonan yang layak untuk mengambil bahagian pada tahun ini.

Apa yang menariknya, senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan tiga bakat dari program realiti TV, Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai.

.....

Sementara itu, Dato' Ramli MS difahamkan akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Juri untuk tahun ini sambil dibantu oleh juri-juri lain seperti Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato' Ramli Sarip.

Untuk pengetahuan anda, AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara 'Karpet Glamor AIM 20' pada jam 8.30 malam disusuli dengan siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM pada jam 9 malam.


For full article, go to : http://www.ohbulan.com

Hafiz Suip, Amir Jahari dan Hazama Dominasi Calon Akhir AIM 20


Senarai calon akhir Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) diumumkan dalam satu sidang media bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada Khamis. Untuk edisi kali ini, senarai calon akhir menyaksikan Hafiz Suip, Amir Jahari dan Hazama mendahului calon-calon lain menerusi empat pencalonan menerusi pelbagai kategori.

Anugerah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu menyenaraikan sejumlah 85 calon yang disenarai pendek dari 17 buah kategori.

Dengan penambahan kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, AIM 20 bakal bersiaran di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013 di Astro Ria dan Astro Maya HD. Era FM bertindak selaku radio rasmi bagi AIM 20.

For full article, go to : http://www.gua.com.my

Related Posts with Thumbnails