Friday, October 25, 2013

AIM 20: Tiga Bakat AF Ungguli Pencalonan


Petang tadi baru sahaja berlangsung sidang media Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang mana senarai nama calon-calon akhir anugerah itu telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim.

Sejak beberapa bulan yang lepas, pihak AIM dengan kerjasama KPMG sebagai juruaudit telah mengadili dan menyenarai pendek sejumlah 594 pencalonan yang layak untuk mengambil bahagian pada tahun ini.

Apa yang menariknya, senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan tiga bakat dari program realiti TV, Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai.

.....

Sementara itu, Dato' Ramli MS difahamkan akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Juri untuk tahun ini sambil dibantu oleh juri-juri lain seperti Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato' Ramli Sarip.

Untuk pengetahuan anda, AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara 'Karpet Glamor AIM 20' pada jam 8.30 malam disusuli dengan siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM pada jam 9 malam.


For full article, go to : http://www.ohbulan.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails