Friday, March 25, 2011

Hafiz Berpantang Demi Jaga Suara

by Miss Ayu ,24 Mar 2011


Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 25, Hafiz, mengakui sekarang ini dia sangat menjaga suaranya kerana ingin menghargai anugerah yang telah diberikan kepadanya. Jelas penyanyi berusia 21 tahun ini, selain tidak mengambil minuman berais, dia juga tidak lagi makan makanan pedas.
“Saya buat semua ini kerana ingin menghargai anugerah yang telah diberikan kepada saya. Bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan sebegitu. Jadi, sebagai seorang penyanyi, saya perlu mengucapkan terima kasih dengan cara menjaga suara.

Selain itu, ini juga salah satu cara menghargai peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan. Untuk mempertahankan kejayaan ini bukanlah mudah, sebab itu saya perlukan sokongan pelbagai pihak. Terutama daripada keluarga dan peminat. Selain itu, saya bertawakal kepada Allah,” ulas Hafiz yang ditemui baru-baru ini.



Dalam masa yang sama, Hafiz juga memaklumkan yang dia kini sering menghabiskan masa di gim kerana mahu memastikan tubuh badannya berstamina.

“Kalau ada masa terluang, saya akan pergi ke gim untuk bersenam. Alhamdulilah, dalam masa beberapa bulan ini berat badan saya telah berkurangan sebanyak empat kilogram. Badan pun rasa lebih bertenaga. Perubahan ini sangat membantu ketika saya mengadakan persembahan pentas,” ujar Hafiz lagi.

Menyentuh tentang single ketiganya, ‘Awan Nano’ yang kian popular sekarang ini, Hafiz memberitahu dia gembira kerana setiap lagu yang dimuatkan di dalam album pertamanya mendapat sambutan baik di kalangan peminat.

“Memang saya dan pihak pengurusan mahu lagu saya dikenali satu demi satu. Itu adalah strategi kami untuk memastikan semua lagu saya mesra pendengar. Setakat hari ini, nampaknya formula ini berjaya kerana lagu-lagu saya mendapat tempat di stesen-stesen radio tempatan.

‘Awan Nano’ akan masuk senarai pencalonan Muzik-Muzik 26 untuk bulan April nanti. Harap-harap peminat akan mengundi untuk lagu itu. Tahun ini saya hanya akan pertaruhkan lagu ini untuk Anugerah Juara Lagu(AJL). Kalau ada rezeki dan peminat terus memberi sokongan, saya percaya lagu ini boleh pergi jauh.

Secara peribadi, saya sangat menyukai lagu ini. Melodi dan liriknya cukup kuat. Ia mengisahkan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita. Pada mulanya, saya agak risau tidak boleh membawakan lagu ciptaan M.Nasir ini dengan baik, tetapi mujurlah selepas beberapa kali berlatih, saya dapat menjiwainya. Satu cabaran untuk menyanyikan lagu ini ialah, ia memerlukan nafas yang panjang untuk korus,” ulas Hafiz panjang lebar.

Tahun 2011 ini, Hafiz akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian. Menurut anak muda ini, sudah sampai masanya dia menyusun strategi untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang.


Source : www.gua.com.my

Sunday, March 20, 2011

Paper scans of the Sarawak Youth Icon Awards 2011









Congratulation Hafiz for the Sarawak Youth Icon Award 2011!

 Congrats Hafiz for the recognition. The event was held on 18th March 2011 at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). During the event, he sang 2 songs, I Believe I Can Fly and his latest hit, Awan Nano. Keep up the good work and we wish you all the best in everything you do!

Write up on Hafiz in the Programme book

Hafiz @ Media Hiburan, 19th March 2011

Wednesday, March 16, 2011

Breakfast with the Stars!

Selasa Mac 15, 2011

Sertai Sarapan Pagi Bersama Artis Popular

PETALING JAYA: Akhbar Mingguan mStar dengan kerjasama stesen radio popular Suria FM akan menganjurkan majlis Sarapan Pagi di rumah peminat melibatkan artis-artis popular.

Acara ini akan diadakan setiap dua minggu sekali bermula 10 April sehingga 22 Mei depan.

Menariknya pembaca akhbar Mingguan mStar berpeluang menerima kejutan apabila artis popular terpilih akan hadir untuk bersarapan pagi di rumah mereka bersama geng mStar dan juga deejay popular Suria FM.

Pihak Mingguan mStar juga akan menyediakan menu terpilih untuk majlis berkenaan kepada peminat yang bertuah.

Untuk menyertai kejutan ini, para pembaca dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan mendapatkan akhbar Mingguan mStar yang diedarkan sekitar Lembah Klang pada setiap Ahad (diterbitkan bersama Sunday Star).

Menerusi borang tersebut, pembaca dikehendaki menulis maklumat peribadi berserta sebaris ayat yang mudah dan hantarkan kepada pihak kami untuk pemilihan.

Setiap pembaca dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan asalkan menggunakan keratan original yang disiarkan di dalam akhbar berkenaan setiap minggu.

Pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dan mereka berpeluang untuk menerima kunjungan artis pada suatu pagi di hari minggu yang indah.



Antara artis yang dijangka mengetuk pintu rumah pembaca bertuah terdiri daripada Aril (AF7),        Hafiz (AF7), Black, Shila Amzah, Maulana, Adira serta beberapa artis hebat lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Penyertaan ini hanya dibuka untuk pembaca sekitar Lembah Klang, sahaja.

Pastikan anda mendapatkan sisipan Mingguan mStar bersama akhbar Sunday Star pada setiap Ahad.


Related Posts with Thumbnails