Friday, March 21, 2014

Hafiz AF7 semakin kurus


Banyak perubahan dapat dilihat pada keadaan fizikal Hafiz sejak kebelakangan ini. Bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini misalnya telah memotong pendek rambutnya yang panjang dan kembang sejak tahun lalu.

Terbaharu, saiz badannya pula kelihatan susut. Dia nampak kurus dan sedikit cengkung sehingga ada yang mengatakan dia seperti orang sakit. Sedangkan hakikatnya anak kelahiran Kuching, Sarawak ini semakin sihat dan ceria melalui kehidupannya.

Menurut Hafiz, dia sengaja menguruskan bentuk badan sehingga ia turun mendadak sejak kira-kira dua bulan kebelakangan ini. Ini kerana, dia mahu kelihatan lebih cantik dalam penampilan hasil dorongan kawan-kawannya.

Memang berat badan saya turun sekarang ini. Kalau dulu berat badan saya 65 kilogram tetapi sekarang ini berat saya adalah 57 kilogram. Semua ini saya lakukan kerana mahu kelihatan sihat dan ia bermula sejak dua bulan yang lepas.

Selain itu saya juga mahu kecilkan juga pada bahagian perut. Untuk itu, saya banyak bersukan dengan kawan-kawan bermain badminton dan futsal. Saya juga menjalani program untuk menguruskan badan secara intensif.

Buat masa ini saya menggunakan sebuah alat yang dikenali Insanity Extreme Cardio yang saya gunakan dalam lapan minit dalam sekali sesi penggunaannya sama ada sebelum tidur atau selepas bangun tidur.

Cara ini berkesan dan tidak memerlukan banyak masa untuk saya bersenam dan sekali gus menurunkan berat badan saya," katanya semasa ditemui pada sidang akhbar A Golden Moment with Hafiz di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu mengumumkan tentang persembahan Hafiz sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakannya bersama Adira di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini dari pukul 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

Jelas penyanyi Bahagiamu Deritaku itu, itu adalah persembahan pertama yang dijayakan sempena Minggu Setiausaha selepas menjadi penyanyi lima tahun lalu.

Menyanyi di pentas sebegini membuatkan saya agak gemuruh juga. Ini kerana corak persembahan pada Minggu Setiausaha agak berbeza bagi saya. Saya kena ada interaksi dengan para penonton dan mereka pula golongan setiausaha.

Apa pun saya akan cuba yang terbaik untuk persembahan ini. Mujurlah Adira turut sama menjayakan  persembahan ini kerana ia sedikit sebanyak mampu memeriahkan lagi lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti.

Antaranya kami mungkin akan berduet dalam lagu bertajuk Ombak Rindu. Saya juga akan menyanyikan beberapa buah lagu wajib pada persembahan itu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku," ujarnya.

Sementara itu, Adira yang ditemui turut tidak menduga akan digandingkan bersama-sama Hafiz dalam persembahan itu kerana ia antara hasil permintaan daripada pihak penganjur iaitu Coop Matrade.

Persembahan yang akan dihoskan oleh Afdlin Shauki itu juga merupakan gandingan pertamanya bersama Hafiz pada persembahan Minggu Setiausaha yang sejak penjadi penyanyi sepenuh masa.

Buat masa ini saya sedang mencari-cari lagu apakah yang sesuai untuk dipersembahkan pada persembahan itu. Apa yang pasti saya akan menyanyikan dua buah lagu solo dan dua buah lagu duet dengan Hafiz.

Cuma tajuknya akan saya putuskan kemudian. Saya memang terkejut apabila pihak penganjur mahu menggandingkan saya dengan Hafiz dalam persembahan ini. Saya tiada masalah kerana senang bekerja dengannyal," katanya lagi.


S4 E30: Hafiz Suip & Mark Adam on FOOTBALL OVERLOAD

Wednesday, March 12, 2014

Hafiz terbuka soal kekasih


Sebelum ini, penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip lebih selesa untuk mengunci mulut daripada bercerita mengenai teman wanitanya.

Mengulas mengenai perkara itu kata Hafiz, dia mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang dimaksudkan. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut memandangkan statusnya sebagai seorang penuntut universiti.

"Saya tidak menyembunyikan hubungan kami. Kalau ada yang ternampak kami bersama di luar rasanya tiada masalah, cuma saya tidak mahu merealisasikan perkara yang tidak benar.

"Bagi saya, kami melalui kehidupan biasa seperti orang lain dan saya ada perancangan sendiri.

"Kata orang, sebelum tamatkan zaman bujang, saya perlu tempuhi pancaroba yang ada di depan mata untuk persediaan hari akan datang," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar minggu setiausaha A Golden Moment with Hafiz di Restoran Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam perhubungan mereka kerana enggan mengganggu konsentrasi gadis itu.

Sementara itu, Hafiz dijadual akan mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha A Golden Moment with Hafiz yang bakal berlangsung pada 22 April depan bermula pukul 12 tengah hari di Dewan Megah Matrade Hall, Matrade Exhibition and Convention, Kuala Lumpur.

Penyanyi Adira akan turut berganding dengan Hafiz untuk menyerikan acara anjuran COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd (AMI Global) itu.

"Saya akan menyanyikan 10 buah lagu hit saya antaranya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui dan dan sebuah single terbaharu berjudul Kesimpulan.


"Selain itu, saya akan berduet dengan Adira untuk lagu Ombak Rindu dan Salahkah (nyanyian asal bersama Datuk Rossa) sempena majlis itu," tambahnya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran AMI Global, Yusry Mohamad Yusof.

Pertama kali dijemput untuk menjayakan minggu setiausaha, kata Hafiz, dia tidak melihat kisah silamnya dengan Adira menjadi penghalang untuk berkongsi pentas.

"Mulanya saya sedikit terkejut apabila digandingkan dengan Adira tapi antara kami perlu ada sikap profesional. Yang lepas itu biarkan berlalu.

"Saya perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dan peribadi dan kedua-dua perkara itu tidak boleh dicampuradukkan.

"Alhamdulillah, ini pertama kali saya terbabit dengan minggu setiausaha.

"Pastinya cabaran berbeza daripada perbezaan lain sebelum ini kerana saya perlu bercakap dengan audiens selain menyanyi," jelasnya yang mengakui perlu belajar cara berkomunikasi dengan audiens menerusi Youtube.

Selain Adira, majlis itu akan dihoskan oleh pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki serta diserikan dengan persembahan peragaan pakaian rekaan Amer Rafiqee dan Erry Anuwar.

Tiket dijual pada harga RM780 untuk tempat duduk platinum, RM680 (emas) dan RM580 (perak). Maklumat lanjut hubungi 03-9200 5526 atau e-mel amiglobal2014@yahoo.com.my.





Thursday, March 6, 2014

Hafiz gementar

Penyanyi popular Hafiz Suip mengakui gementar apabila diberi peluang menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 22 April depan.

Dia yang menerima tawaran daripada COOP Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengadakan persembahan di dewan megah Matrade Mall, Matrade Exhibition & Convention di Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Persembahan yang turut mendapat kerjasama daripada AMI Global Sdn Bhd itu bertemakan A Golden Moment with Hafiz di mana penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu akan menyanyikan 10 buah lagu daripada album pertama dan keduanya.

Disebabkan ini adalah persembahan pertamanya, Hafiz banyak membuat persediaan dan latihan dari segi komunikasi bersama peminat supaya tiada yang berkecil hati.

"Apabila bercakap mengenai Minggu Setiausaha, biasanya ia akan membabitkan penyanyi gred A dan bertaraf penghibur sedangkan saya masih baru dalam arena seni suara.

"Di DFP saya hanya menghiburkan penonton dengan menyanyi sambil bercakap sedikit mengikut skrip. Untuk persembahan kali ini saya turut menggunakan skrip tetapi perlu lebih banyak berkomunikasi dengan peminat yang hadir.

"Bagi memastikan perkara itu berjalan lancar saya belajar cara-cara berkomunikasi dengan penonton di Youtube sebagai persediaan tambahan," katanya.

Antara lagu yang akan dipersembahkan ialah Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Noktah Cinta dan banyak lagi.

Selesa dengan Adira

Hafiz turut terkejut apabila digandingkan bersama Adira bagi memeriahkan persembahan pada hari berkenaan.

"Saya terkejut kerana memang tidak tahu penganjur menjemput Adira, namun saya selesa bekerja dengannya mungkin kerana masing-masing pernah bekerjasama melalui lagu Ombak Rindu.

"Tiada apa yang perlu disensasikan kerana kami bekerja secara profesional. Saya tidak akan mencampur adukkan hal peribadi dengan kerja. Bila masing-masing fokus dengan kerja tiadalah kami ingat kisah-kisah lama.

"Kami akan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu dan Salahkah lagu duet asal saya bersama Datuk Rossa," katanya.

Selain itu, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki pula akan bertindak sebagai pengacara pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Adira berkata, dia turut merasai perkara yang sama iaitu gementar kerana kali ini perlu berkomunikasi dengan penonton.

"Ini adalah kali kedua saya terbabit menjayakan Minggu Setiausaha. Jika dulu saya hanya datang untuk menyanyi tetapi kali ini berbeza di mana saya turut diberi peluang bercakap dengan penonton yang hadir.

"Satu perkara yang berbeza namun ia pengalaman baru buat saya. Saya akan menyanyikan empat lagu di mana dua adalah lagu saya sendiri dan dua lagi lagu duet bersama Hafiz.

"Memang gementar kerana selain menyanyikan lagu duet kami Ombak Rindu, saya perlu menyanyikan lagu Salahkah. Saya perlu melakukan latihan dan persediaan supaya tidak tersalah dan terlupa lirik," katanya.

Tiket berharga RM780 (Platinum), RM680 (Emas) dan RM580 (Perak) boleh dibeli dengan menghubungi talian 03-92005526.




Wednesday, March 5, 2014

A GOLDEN MOMENT WITH HAFIZ


A Golden Moment with HAFIZ

in conjunction with 2014 Secretaries Week

22nd April 2014
12 noon - 3.30 pm
MATRADE Hall

Don't miss a chance for this exclusive performance by Malaysia's King of Ballad, featuring guest artiste, Adira and host, Afdlin Shauki. Hafiz will sing 8 solos and covers plus 2 duets with Adira during the show. Book your tickets now!

Related Posts with Thumbnails