Tuesday, August 31, 2010

AL-Fatihah from HafizFC


credits to Edhar Narawie

Salam from us,

Early this morning, in the midst of celebrating our nation's 53rd Independence Day, we at HafizFC received a shocking and sad news about the demise of one of Hafiz's most loyal fans, Pn. Asiah Abdullah or more affectionately known as Nek Aisyah. She passed away this morning and she was 70.

I still remember the way she passionately talked about her passion for Hafiz. Haven't met her that many times, but each and every meeting that I had with her, albeit briefly, was no less memorable. She was one tough lady  during last year's HotFM Futsal at Sukma. She withstood the heat and crowds just to catch a glimpse of Hafiz. But sadly she didn't get to meet him personally. We had the opportunity to mingle with her during that event and from then on, she touched our hearts like no other. Her favourite Hafiz performance was when he sang Di Mana Kan Ku Cari Ganti during AF7's 8th concert. His performance touched her so much because it reminded her of her late husband. That was his favourite song. Watching Hafiz singing that song with such  breathtaking quality just melts her. 

Then came the AF7 Reunion concert at Padang Merdeka Kuching. We met her again during that time... thanks to our dear friend, Zhea Zayna, who is a friend of Nek Aishah's grandchild. She stayed till midnite during the full dressed rehearsal the nite before. And her dream finally came true the next day, during the Meet The Fan Session. The crew sneaked her in from the back of the tent just to meet Hafiz. And she did, although very briefly. She bought his CD just to get him to sign it and he did.

Our next meeting with her was during Hafiz's Raya Open House last year. She came and brought Kek Hati Pari which she made herself just for Hafiz. And during this meeting, she finally got to talk and mingle with him more. As you can see in the pictures above. Never thought that would be the last time we ever saw her.....
Thinking about that just makes my heart break...

Now, on the 21st day of Ramadhan 1431H, she passed away peacefully. She was actually gonna be with us during Hafiz's Sungkei event this coming Friday.. even have made another cake for him.. but sadly she didn't get to realize her dream. Allah loves her more....

So,  I posted this entry as a tribute to her. We love you Nek Aishah... and we will always remember you. Al-Fatihah to her and to her family, please be strong. Our hearts are with you.

R.I.P Nek Aishah......
Al-Fatihah.............

AdminHafizFC

Salam Merdeka dari HAFIZ @ Murai


HAFIZ AF7

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana saya dapat hidup di Malaysia dengan selamat dan sejahtera Saya bersyukur jadi anak Malaysia kerana Malaysia negara yang bebas daripada peperangan. Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menghargai negara kita dengan menyambut kemerdekaan tahun ini dengan lebih meriah.

Barangan Malaysia yang saya bangga sangat adalah kereta Proton Satria Neo CPS. Bagi saya Satria Neo merupakan kereta Malaysia yang hebat. Saya bangga dengan teknologi kereta itu yang canggih dan standing dengan kereta-kereta canggih luar negara seperti Lotus.

Tuesday, August 24, 2010

Ewah-Ewah Istimewa Merdeka, 30 Ogos, Isnin: 11.00pagi

Relakskan minda anda dan mari bergelak-ketawa bersama Nabil dan Raja Azura yang pastinya akan menghiburkan hati anda dengan telatah lucu dan aksi spontan mereka mengendalikan rancangan berkonsepkan game show Ewah-Ewah edisi khas ditemani tetamu istimewa Hafiz AF, Subashah, Ully, Ainul Aishah, Adam dan Faris (Awanband) yang akan berentap bersama kumpulan masing-masing di dalam permainan menarik seperti baling tin, pacak bendera dan kuiz soal-jawab mengenai kemerdekaan Malaysia.
Pengacara: Nabil, Raja Azura

credit: budiey.com

Hangatnya Raya - Utusan 20/08/2010

Melodi Raya 2010 satukan artis lama, baru

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
2010/08/23    

HARI kemenangan umat Islam iaitu Aidilfitri tinggal 17 hari saja lagi.
Namun, suasana kemeriahan hari raya sudah dapat dirasai sebaik melangkah ke Dewan Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi lokasi pilihan rakaman Melodi Raya 2010 pada Jumaat lalu.

Rata-rata hadirin yang datang baik lelaki mahupun perempuan terdiri daripada selebriti tempatan, penaja dan wakil media, semuanya menggayakan busana tradisional baju Melayu, kurung dan jubah yang menjadi trend masa kini.

Dekorasi dan hiasan dewan yang dipenuhi cahaya bersama pelita membuatkan terlupa sebentar yang kita masih di bulan Ramadan. Begitulah kegigihan pihak Melodi untuk mencetuskan suasana perayaan yang sebenar.

Azman Abdul Ghafar, selaku penerbit Melodi Raya 2010 episod satu, berkata, anggaran kos untuk melaksanakan rakaman program istimewa itu berjumlah RM150,000. “Kos keseluruhan dianggarkan RM150,000. Bagaimanapun, saya mewakili pihak produksi dan TV3 ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak PWTC kerana banyak membantu kami secara tidak langsung untuk mengurangkan kos,” katanya yang ditemui sejurus selepas majlis.

Sebagaimana diketahui umum Melodi Raya program tahunan dan tentu saja pelbagai kelainan cuba ditampilkan dalam pengisian program bagi mengekalkan kehangatannya. Berbeza dengan tahun sebelumnya, Melodi Raya 2010 memperkenalkan dua episod khas di mana episod satu menyaksikan himpunan penyatuan artis daripada pelbagai generasi bermula 60-an, 70-an, 80-an hingga sekarang.

Manakala Melodi Raya episod dua pula, pengacara program itu, Wahid dan Fara Fauzana termasuk Skuad Melodi yang terdiri daripada wartawan penyiarannya Michelle Wee, Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari dan Nurul Izza akan berkunjung ke rumah terbuka artis.

Lima lokasi dikunjungi iaitu rumah terbuka peminat setia Melodi, rumah terbuka artis Metrowealth, Warner Music, penerbit filem terkenal A Razak Mohideen. Selain itu, Melodi Raya Episod dua juga memaparkan suasana kemeriahan kumpulan Kotak dari Indonesia yang mengunjungi rumah terbuka Sofaz. Untuk episod kedua, Nas Ahmad bertindak selaku penerbit. “Mengikut perkiraan Melodi Raya episod dua jatuh pada hari raya ke-10. Biasanya, pada minggu itu kebanyakan orang mengadakan rumah terbuka.

“Justeru konsep ‘rumah terbuka’ yang diketengahkan Melodi amat bertepatan dengan budaya rakyat Malaysia.

“Pembahagian dua episod ini kali pertama diadakan dan kami berharap ia dapat meningkatkan rating Melodi dan sekiranya berjaya, konsep sebegini kemungkinan dikekalkan untuk tahun akan datang,” kata Azman.

Berbalik pada Melodi Raya episod satu yang ditanganinya, konsep yang diketengahkan adalah revolusi muzik dari zaman 60-an hingga sekarang.

Sejak bersiaran pada 1992, Melodi menyajikan pelbagai topik menarik dan sensasi dalam industri hiburan. Pun begitu, pengisian program berkenaan tidak pernah lupa kepada golongan artis lama yang banyak menabur bakti kepada industri seni.

“Mereka tidak hanya diundang, tetapi turut diberikan peluang untuk beraksi di pentas. Paling menarik artis lama serta yang baru turut bergandingan menyampaikan lagu nostalgia yang diberi nafas baru.

“Pada peringkat perbincangan kami menetapkan konsep persembahan artis secara solo mengikut era masing-masing. Namun, ‘tribute’ kepada artis lama menjadi satu matlamat kami sempena penganjuran Melodi Raya kali ini, maka timbul idea untuk menggandingkan artis baru dan lama menyampaikan lagu secara duet.

“Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada artis baru mengenali lebih dekat artis lama,” katanya. Azman menambah jika tahun sudah hanya lapan artis membuat persembahan sebaliknya tahun ini seramai 23 artis terbabit.

Dihoskan Wahid dan Fara Fauzana, Melodi Raya episod satu turut dikendalikan Didie Alias sebagai pengacara majlis.

Rakaman itu menghimpunkan lebih 50 artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffry Din, Shamrin (Fotograf), Rahim Maarof, Baggio, Anuar Zain, Adibah Noor, Bandi Amuk, Latif Ibrahim, Ramlah Ram, Hattan, Zamani Slam, Dayang Nurfaizah, Faradhiya, Raihan, Stacy, Azlan The Typewriter, Tomok, Mohd Mentor, Ayu OIAM, Shila OIAM termasuk band popular Sofaz, Pesawat dan Nico selaku jemputan khas.

Jika semua nama yang disebut adalah penyanyi, pelakon terkenal juga tidak melepaskan peluang memeriahkan lagi acara ini.

Mereka termasuk Lisa Surihani, Eira Syazira, Azad, Iqram Dinzly, Rosnah Mat Aris dan Azizah Mohd.

Menyingkap perjalanan rakaman itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan Wahid dan Fara Fauzana dengan lagu Cari Jodoh.

Antara lagu didendangkan, Tak Mengapa oleh Datuk A Rahman Hassan bergandingan dengan Tomok. Kenangan Ku dan Mas Mona (Datuk Jeffry Din/Lan Kristal), Syurga Idaman dan Selamat Hari Raya (Azizah Mohd/Shila OIAM), Pandang Memandang (Latiff Ibrahim dan Stacy), Jika Sayang Kata Sayang (Noreen Nor/Hafiz AF7), Mekarlah Kembali serta Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah/Mohd Mentor).

Persembahan diteruskan dengan nyanyian artis 80-an dan 90-an iaitu Saleem dan Azlan The Typewriter menyampaikan lagu Suci Dalam Debu/Trilogi, Ramlah Ram dan Shila OIAM (Diam Diam Jatuh Cinta), Ramlah Ram dan Mohd Mentor (Bila Aidilfitri Kembali), Hattan (Keroncong Untuk Ana), Zamani (Kembali Terjalin/Kembali Merindu), Datuk Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan/Sesuci Lebaran), Nico (Inilah Nasibku) dan Dayang Nurfaizah Seandainya Masih Ada Cinta).

Sesi rakaman itu dirancakkan lagi dengan persembahan Stacy menerusi lagu Jahat, Anuar Zain (Ketulusan Hati), Noktah Cinta (Hafiz) dan Azlan The Typewriter (Gerak Hatti) sebelum semua artis kembali semula ke pentas menyampaikan lagu Selamat Hari Raya.

Tidak terbatas pada acara nyanyian saja, episod satu turut menyiarkan paparan audio visual iaitu Melodi selepas 17 tahun dan Belasungkawa serta nyanyian syahdu oleh kumpulan Raihan dengan lagu I’itiraf. Rakaman itu diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Maxson Abdullah H Jaafar dan Pengarah Eksekutif PWTC, Datuk Rauf Yusoh.

Turut kelihatan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang juga suami kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Rasa Ramadhan @ AEON Jusco AU2, Setiawangsa

credit: Hotfm.com.my







Majlis Rakaman Melodi Raya Evolusi 3 Zaman










Credit: mStar Online

Wednesday, August 18, 2010

HotFM RadiOpera: Macam2 Cinta (Watak)



Watak-watak:

Aishah: Pelajar yang pemalu tetapi bertukar watak apabila berkawan dengan Zizie dan Anne. Aishah merasakan impiannya untuk menjadi penyanyi terpaksa dikorbankan demi pelajarannya.  Namun, bertemu dengan Ustazah Fara mengubah kembali Aishah.


Fara: Ustazah yang mengajar di kolej tempat mereka belajar.  Ustazah Fara mengetahui yang adiknya menaruh hati terhadap Aishah.  Dia juga ingin mengubah Aishah supaya kembali belajar dan pada masa yang sama boleh mengejar cita-citanya.


Anne: Pelajar yang bijak tetapi terperangkap dalam kemiskinan.  Tujuan asal menyanyi di kelab malam adalah untuk menampung pembelajarannya tetapi keseronokan mendapat wang lebih membuatkan beliau lupa tujuan asalnya.


Zizie: Seorang gadis yang terumbang ambing akibat penceraian keluarga dan mencari jalan keluar untuk berhibur.  Bertemu dengan teman lelakinya, Ikhwan yang sentiasa mengikut apa saja kemahuannya menyebabkan Zizie menjadi lebih liar dan tidak menentu.


Hafiz: Abang kepada Aishah yang bercita-cita menjadi penyanyi.  Tetapi cita-citanya terpaksa dipendam memandangkan ruang untuk menjadi penyanyi di tempat asal tidak banyak.  Hafiz sangat mengambil berat tentang adiknya.  Dan ketika mencari adiknya di Kuala Lumpur, Hafiz bertemu dengan komposer muda yang membolehkan cita-citanya tercapai.


Ikhwan: Watak pelajar lelaki yang sangat mencintai Zizie.  Apa jua karenah Zizie diikuti kerana sifat sayang yang sangat menebal.  Kasih sayang Ikhwan juga antara menyebab mengapa Zizie akhirnya sedar bahawa keruntuhan rumahtangga ibubapanya tidak ada kena mengena dengan rasa cintanya pada seorang lelaki seperti Ikhwan.


Zahid: Seorang komposer muda yang sedang mencipta nama.  Zahid masih belum bertemu dengan penyanyi yang mampu menyanyikan lagu ciptaannya dengan sempurna sehinggalah beliau bertemu dengan Hafiz.


AG: Adik kepada Ustazah Fara yang juga merupakan rakan sekelas kepada Aishah.  Mula jatuh hati kepada Aishah tetapi kecewa melihat kepada perubahan pada Aishah.  Beliau berjaya memujuk kakaknya untuk membantu Aishah.


Leya: Watak ibu kepada Aishah dan Hafiz.


Tini: Watak pengetua kolej.


Watak tambahan:
Tauke Kelab Malam
Rakan sekolej

Untuk mendengar ulangan radiopera ini, anda boleh ke: http://www.hotfm.com.my/ads/hotfm_radiopera/

REMAJA Edisi September 2010 - Hafiz, Akim, Zahiril, Adeline




Kosmo - Lagu raya versi HotFM

Berita Yok Sahur - dr Harian Metro dan Berita Harian


Hafiz @ Gala TV - Yok Sahur 3

Hafiz @ Hangatnya Raya - Berita Harian 16th August 2010




Saturday, August 14, 2010

Hafiz (AF7) Mahu Buat Kejutan

JUARA Akademi Fantasia 7, Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip menyatakan hasratnya untuk memberi hadiah istimewa sempena hari raya ini kepada keluarga bagi membalas jasa mereka.
Namun begitu dia enggan menyatakan hadiah yang bakal diberikan kerana ingin membuat kejutan kepada mereka.
"Saya dah lama merancang untuk beri hadiah ini, sebagai seorang anak saya ingin balas sedikit jasa mereka dengan rezeki yang saya perolehi setakat ini.
"Saya tidak boleh beritahu apa hadiahnya kerana saya ingin bagi kejutan buat mereka. Insya-Allah selepas Hari Raya nanti saya akan beri hdiah itu.
"Pada awalnya, ibu saya menyatakan hasrat untuk memiliki barang tersebut tetapi ketika itu saya tidak mampu untuk membelinya, jadi saya simpan duit sedikit sedikit untuk tujuan itu," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz yang bakal bercuti panjang pada pertengahan bulan ini akan menjalani ibadah berpuasa bersama keluarga di Serawak.
"Bulan Ramadan ini kurang persembahan nyanyian, pada awal Ramadan saya banyak jemputan majlis berbuka puasa, tapi selepas itu saya akan bercuti panjang sehingga raya.
"Sejak jadi artis, saya jarang balik dan menetap lama di kampung, sebab itu saya ambil bulan Ramadan ini sebagai masa untuk bermesra bersama keluarga," jelasnya.
Bercerita pengalaman berpuasa, Hafiz memberitahu dia telah dilatih sejak berumur empat tahun lagi oleh keluarganya.
"Seawal empat tahun lagi saya sudah diajar oleh ibu saya untuk berpuasa, tapi sebab terlalu kecil dan cepat lapar selalu tidak sampai pun sehari.
"Alhamdulilah sehingga kini saya boleh berpuasa dan menahan diri selagi berupaya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Album Hangatnya Raya Hot FM.
Sementara itu, Hafiz yang mengemari bubur pedas dan ais kacang tidak sabar untuk menikmati juadah air tangan ibunya itu.

Thursday, August 12, 2010

Jom buka puasa bersama Hafiz! (KL)




Date: 22nd August 2010
Place: Restoran Cerana, Lebuhraya Cheras-Kajang

Payments:
Adult/Dewasa: RM49.50
Child/Kanak2(6-12): RM27.50

Sila buat bayaran kepada:
Maybank 5621 0610 7017 (Hezlin Kamarudin)

Jika ada sebarang pertanyaan:

Louis - 012 2149101
Mr.LV - 012 3699056
Along - 012 9253350
Anok Tupa - 013 3833016

atau emel ke kphchannel@gmail.com
atau inbox fb.

Tempat adalah terhad kepada 50 org terawal membuat tempahan dan bayaran.
Sila tinggalkan nama dan no telefon di inbox fb bagi yg berminat.

Tarikh tutup tempahan dan bayaran adalah pada 15 Ogos.

Peta lokasi: http://cerana.com.my/images/cerana_pic/road_map.png

Sekian terima kasih.

Saturday, August 7, 2010

Astro dan artis beramah mesra dengan editor hiburan

source: http://auwjuwie.blogspot.com

PADA 5 Ogos lalu, Astro Entertainment mengadakan Majlis Makan malam Eksklusif di antara artis-artisnya bersama Editor-editor Hiburan media tempatan di Restoran Delucca, One Residency , Jalan Nagasari, Kuala Lumpur.

Di antara artis–artis Astro yang hadir seperti Erra Fazira, Mawi (bersama isterinya- Ikin), Akhil Hayy, Zoey, Hafiz AF7 dan bintang baru AF8 - Adira, Ain dan Maulana. Superstar Anita Sarawak pun hadir bersama suaminya – Mohd. Mahathir Abdullah.

050820102083
Dari kiri: SUHAILA, ERRA, HAFIZ dan NORIZAN.

Pengurus Talent & Strategy – Norizan Abu Samah dan Eksekutif Talent & Strategy – Suhaila Zainuddin serta para artis seronok dapat meluangkanmasa beramah mesra serta mengeratkan silaturahim dengan para editor.
DSCN1110 -2B
Para editor bersama pegawai Astro Entertainment dan artis-artis bergambar kenangan.

Di antara editor hiburan yang hadir – Tengku Khalidah Tengku Bidin (Mingguan Malaysia), Roslen Fadzil (Harian Metro), Saharudin Musthafa (Utusan Malaysia), Faridah Hitam (Timbalan Pengarang M–Star), Niezam Abdullah (M-Star), dari Kumpulan Berita Harian – Hanizam Abdullah, Zainuri Misfar, Nurulhisham Abdul Latif dan Elynna Ali (editor murai.com) serta wartawan hiburan URTV – Shana.
Adira, Ain dan Maulana menghiburkan hadirin dengan lagu- lagu merdu.
050820102082

HAFIZ (kiri) dan ZAINURI MISFAR.
Seronok juga majlis itu. Sambil beramah – mesra dapat pula bahan-bahan menarik untuk ditulis dalam ruangan hiburan.

Mawi pula memberi cendera hati albumnya 
The Best of Mawi kepada para hadirin. Astro Entertainment memberi sejadah kecil, acar buah dan serunding daging yang diisi dalam kotak yang cantik. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih Astro terutama Norizan dan Ila yang selama ini sentiasa rajin melayan para wartawan hiburan dengan mesra. Lihat aksi foto-foto mereka di ruangan ini .

Friday, August 6, 2010

SELEBRITI TERUJA NAK SERTAI YOK SAHUR 3


Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2010: Bermula Jumaat ini (6 Ogos 2010) pembaca setia portal murai.com.my berpeluang mengikuti program amal Yok Sahur edisi ketiga dengan menyertai peraduan Yok Sahur 3 yang memberikan peluang 5 pasangan GengMurai untuk bersahur bersama 40 selebriti di 3 lokasi rumah anak yatim terpilih.

Ketika sidang media Ramadan & Raya 2010 (R&R2010) dan Yok Sahur 3 di hotel Marriott Putrajaya pada 4 Ogos lalu, 9 selebriti yang dijemput menyertai Yok Sahur 3 iaitu Along Raja Lawak, Zila Seeron, Dafi, Ajieb, Hafiz AF7, Adira AF8, Izwan Pilus, Farawahida dan Amylea yang sempat sempat berkongsi cerita kenangan mereka yang pernah menyertai Yok Sahur 3. Ada juga antara mereka baru kali pertama menyertai program ini.

Hafiz's comment :

Hafiz AF7
"Memori mengejutkan adik-adik untuk bersahur memang satu yang pengalaman yang indah. Hafiz teruja menantikan saat untuk menyertai Yok Sahur kali ini. Tahun lalu, Hafiz merasakan sesuatu yang lain walaupun jadual Hafiz agak sibuk. Hafiz juga berterima kasih kepada murai.com.my menjemput Hafiz lagi selain telah memilih Hafiz sebagai penyanyi lagu tema R&R bertajuk Yok Beraya pada tahun lalu."

Source : www.murai.com.my

Wednesday, August 4, 2010

40 Selebriti Sertai Yok Sahur 3@Murai


Foto oleh Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2010: Sekali lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta hari lebaran yang cukup dinanti-nantikan. Serentak itu, portal hiburan murai.com.my sekali lagi akan menganjurkan program R&R 2010 serta Yok Sahur 3 bersama Maggi.

R&R 2010 dan Yok Sahur 3 bersama Maggi adalah penganjuran yang diadakan buat kali ketiga yang mana ia akan melibatkan 40 selebriti tempatan dalam menjayakan aktiviti bersahur bersama anak-anak yatim di 3 lokasi rumah kebajikan yang terpilih.

Lokasi rumah kebajikan terbabit adalah Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah, Batu Caves, Selangor pada 13 Ogos 2010, Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa' di Setapak, Kuala Lumpur (20 Ogos 2010) serta Asrama Darul Falah atau ASDAF di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur (27 Ogos 2010).

Acara selebriti bersahur bersama anak-anak yatim ini bakal dimulakan dari jam 12 tengah malam hingga jam 4.30 pagi.

Antara selebriti yang bakal menjayakan acara Yok Sahur 3 ini adalah Lisa Surihani, Alyah, Kamal Adli, Intan Ladyana, Shahir, Adira, Hafiz, Amylea, Dafi, Syed Ali, Farawahida, Wana, Mila, Azwan Ali, Ifa Raziah, Along Raja Lawak, Zila Seeron, Izwan Pilus, Fazli Zainal, Kat Mentor, Zoey, Shila OIAM, Fizow, Sabhi Sadhi, Isma dan Zul, Heliza, Farish Aziz dan Sofaz.

Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali berkata, setelah menganjurkan R&R dan Yok Sahur selama 2 tahun berturut-turut, program ini telah berjaya menjadi sebuah jenama yang cukup dikenali dengan portal murai.com.my.

"Apatah lagi dengan kemunculan Maggi yang akan menjadi penaja utama R&R 2010 khususnya Yok Sahur 3. Pada asalnya, Yok Sahur hanyalah dilakukan secara kecil-kecilan untuk memenuhi isi kandungan murai.com.my tentang hal-hal yang berkaitan dengan selebriti di waktu bulan Ramadan serta menjelangnya Syawal.

"Namun di atas permintaan serta sambutan yang menggalakkan, ia telah menjadi sebuah program yang wajib diadakan pada setiap tahun terutama sekali menjelangnya Ramadan.

"Menariknya, Yok Sahur kerana ia adalah sebuah program berbentuk CSR (Corporate Social Responsibility) yang mengajak golongan selebriti untuk menjayakan aktiviti amal dengan bersahur bersama anak-anak yatim di beberapa lokasi di rumah kebajikan yang terpilih.

"Selain bersahur, mereka akan turut meluangkan masa untuk menghiburkan anak-anak yatim ini dengan menyanyi, bercerita atau bermain beberapa aktiviti permainan yang menyeronokkan," katanya sewaktu ditemui di sidang media R&R 2010 & Yok Sahur 3 bersama Maggi di Hotel Marriott, Putrajaya, tengahari tadi.

Menurut Ellyna lagi, penglibatan golongan selebriti dalam program R&R 2010 & Yok Sahur 3 bersama Maggi ini juga cukup menggalakkan.

"Sejak dari Yok Sahur tahun lepas lagi, ramai tertunggu-tunggu acara Yok Sahur 3 serta tidak sabar-sabar untuk menjayakan program ini. Ada juga artis yang turut menghulurkan sumbangan berbentuk material, makanan serta duit raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Malah, pihak kami juga turut membantu untuk membuat kutipan dana untuk disalurkan kepada rumah kebajikan ini.

"Malah, kami juga turut mengalu-alukan pihak tertentu yang mahu memberikan sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras, biskut, milo, minyak masak, sabun mandi, sabun, baju, kasut raya, keperluan harian sekolah, tilam dan sebagainya," jelasnya lagi.

Penganjuran R&R 2010 serta Yok Sahur 3 bersama Maggi akan diadakan dengan bermakna serta meriah lagi dengan kehadiran Gala TV Astro Awani sebagai penyiar rasmi yang telah bersama dengan acara program ini sejak dari musim kedua lagi.

Menambahkan kemeriahan apabila Astro@15 akan turut serta pada acara Yok Sahur edisi yang ketiga ini dengan mewujudkan Yok Sahur 3 sebagai sebuah program TV yang dihoskan oleh Ajieb. nBegitu juga dengan komitmen radio Sinar yang akan mengendalikan segmen Perantau R&R.

Portal murai.com.my juga berbesar hati apabila Marriott Putrajaya sanggup tampil sebagai hotel rasmi untuk program R&R 2010. Yok Sahur 3 yang menjadi sebahagian daripada segmen di dalam R&R 2010 ini akan diakhir dengan acara rumah terbuka raya murai.com.my, Syoknya Lebaran Murai yang akan ditaja sepenuhnya oleh Hotel Marriott Putrajaya. Ia akan berlangsung pada 1 Oktober 2010.

Syoknya Lebaran Murai diadakan untuk meraikan golongan anak-anak yatim dari tiga buah rumah kebajikan yang terpilih dalam acara Yok Sahur 3 bersama selebriti-selebriti yang terbabit.

....

YOK SAHUR@15:

Disiarkan setiap Khamis jam 9.00 pm-9.30pm di Astro saluran 109

LOKASI:

EDISI PERTAMA: 13 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa: 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
RUMAH SILATURRAHIM NURUL QANA'AH, Taman Batu, Batu Caves.

EDISI KEDUA: 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa: 11. 30 malam hingga 4.30 pagi am
RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU SHIFA'
No. 5, Lorong Bunga Cina, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur

EDISI KETIGA: 27 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa: 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)
Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur

Source : www.murai.com.my

Sunday, August 1, 2010

Hafiz's own chocolate!

Hafiz twitted this pic during his movie outing with fans at Mines..... a special thanx to that certain fan who's so gigih making this special chocolate!!! Yippeeee......


A BIG HUG & THANKS TO MRALVEY!!!


Related Posts with Thumbnails