JUARA Akademi Fantasia 7, Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip menyatakan hasratnya untuk memberi hadiah istimewa sempena hari raya ini kepada keluarga bagi membalas jasa mereka.
Namun begitu dia enggan menyatakan hadiah yang bakal diberikan kerana ingin membuat kejutan kepada mereka.
"Saya dah lama merancang untuk beri hadiah ini, sebagai seorang anak saya ingin balas sedikit jasa mereka dengan rezeki yang saya perolehi setakat ini.
"Saya tidak boleh beritahu apa hadiahnya kerana saya ingin bagi kejutan buat mereka. Insya-Allah selepas Hari Raya nanti saya akan beri hdiah itu.
"Pada awalnya, ibu saya menyatakan hasrat untuk memiliki barang tersebut tetapi ketika itu saya tidak mampu untuk membelinya, jadi saya simpan duit sedikit sedikit untuk tujuan itu," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz yang bakal bercuti panjang pada pertengahan bulan ini akan menjalani ibadah berpuasa bersama keluarga di Serawak.
"Bulan Ramadan ini kurang persembahan nyanyian, pada awal Ramadan saya banyak jemputan majlis berbuka puasa, tapi selepas itu saya akan bercuti panjang sehingga raya.
"Sejak jadi artis, saya jarang balik dan menetap lama di kampung, sebab itu saya ambil bulan Ramadan ini sebagai masa untuk bermesra bersama keluarga," jelasnya.
Bercerita pengalaman berpuasa, Hafiz memberitahu dia telah dilatih sejak berumur empat tahun lagi oleh keluarganya.
"Seawal empat tahun lagi saya sudah diajar oleh ibu saya untuk berpuasa, tapi sebab terlalu kecil dan cepat lapar selalu tidak sampai pun sehari.
"Alhamdulilah sehingga kini saya boleh berpuasa dan menahan diri selagi berupaya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Album Hangatnya Raya Hot FM.
Sementara itu, Hafiz yang mengemari bubur pedas dan ais kacang tidak sabar untuk menikmati juadah air tangan ibunya itu.
No comments:
Post a Comment