Friday, August 31, 2012

Artis hebat, hadiah mewah

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


HIMPUNAN Janji Ditepati sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini bermula jam 3 petang hingga 12.30 malam, membariskan penghibur muda yang antaranya cukup berpengaruh dalam industri hiburan tanah air. 

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, yang melebarkan sayap nyanyiannya ke Amerika Syarikat sejak setahun lalu antara senarai artis yang akan membuat persembahan.

Pembabitan Yuna itu sebagai tanda kebanggaannya menjadi anak Malaysia selain sokongan terhadap sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian berbilang kaum selama 55 tahun. Justeru, kesibukan bukan halangan buatnya untuk meluangkan waktu menyertai acara penuh bersejarah itu.

Tidak hanya Yuna, persembahan berkenaan turut dimeriahkan Ratu Rock, Ella, Hafiz AF7, Stacy, Faizal Tahir, Nash Lefthanded, Suki, Daniel Lee dan Syeruthi. 

Apa yang menarik, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan persembahan berkenaan termasuk satu lagi aktiviti iaitu Perarakan dan Perbarisan Merdeka di Dataran Merdeka, sebelah pagi hari yang sama.
Terdahulu pada 13 Julai, pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dilaksanakan Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli. Beliau berkata, konsep yang diperkenalkan mengangkat tema keceriaan selain menyaksikan pembabitan generasi muda.

“Dalam menghidupkan suasana ceria fiesta, kami ingin mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat.

“Menerusi pengisian persembahan pula, kami mengenengahkan lagu-lagu terkini dan segar yang memenuhi cita rasa anak muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur di kalangan generasi muda untuk membuat persembahan, malah keseluruhan acara yang dijalankan menyaksikan pembabitan golongan ‘Gen-Y’.

“Golongan ini penting untuk mendapat pendedahan kerana merekalah yang akan memacu negara suatu hari nanti dan kesedaran perlu dipupuk dari sekarang.

“Saya melihat persembahan juga satu kaedah menggerakkan kebudayaan. Budaya bukan hanya perlu ditekankan atau bermula di sekolah, tetapi ia juga berupaya disemarakkan dengan acara seperti ini.

“Konteks kebudayaan meluas sebenarnya. Ia bukan sekadar tarian kebudayaan, tetapi juga amalan dalam kehidupan misalnya hidup bersatu padu yang sinonim budaya Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, Himpunan Janji Ditepati disertai 8,500 peserta manakala Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpun 13,500 peserta. Sebahagian daripada mereka adalah artis kebudayaan di bawah JKKN sendiri.

Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar seperti dirancang, semua jabatan di bawah JKKN pusat iaitu 14 JKKN negeri mengambil bahagian berserta 200 pegawainya yang berdedikasi turun padang.

“Saya mewakili JKKN dan seluruh yang terbabit, mengharapkan acara yang dihidangkan bukan saja menghiburkan, menyerlahkan kebudayaan dan semestinya paling penting dapat memupuk semangat perpaduan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membawa dasar 1Malaysia.

“Marilah beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional, Jumaat ini kerana selain kita berhibur dengan persembahan penuh berwarna-warni, mendengar saranan Perdana Menteri, acara malam itu nanti amat istimewa.

Akan diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenass tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi-balik Kuala Lumpur - London dan Kuala Lumpur - Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia, 50 tablet tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.

“Bagaimanakah cara untuk pengunjung hendak memenanginya, mereka haruslah mendaftar di khemah pendaftaran dan urus setia kami akan memberi Kad Raya/Kemerdekaan kepada mereka. Pada bahagian hujung kad itu nanti ada tertera nombor. Nombor itu perlu disimpan sehingga pengumuman hadiah cabutan bertuah diumumkan pada akhir majlis,” katanya.

Source : www.hmetro.com.my

Thursday, August 30, 2012

10 PENYANYI MUDA MERIAHKAN 'HIMPUNAN JANJI DITEPATI' ESOK

PETALING JAYA: Lebih daripada 10 barisan penyanyi muda bakal memeriahkan acara Himpunan Janji Ditepati bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55.

Ia akan berlangsung pada Jumaat (esok) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara yang akan bermula dari pukul 3 petang hingga 12.30 tengah malam itu bakal membariskan penyanyi popular Yuna, Ella, Hafiz (AF7), Stacy, Faizal Tahir, Nash (Lefthanded), Suki, Daniel Lee dan Shruthi.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, acara itu diperkenalkan bagi mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat selain memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

"Sebenarnya acara ini lebih tertumpu untuk menyaksikan pembabitan generasi muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur daripada kalangan generasi tersebut selain penglibatan golongan belia," katanya.
Tambah Norliza, persembahan itu juga antara satu kaedah menggerakkan kebudayaan negara selain amalan dalam kehidupan bersatu padu yang sinonim dengan budaya Malaysia.



Dalam pada itu, dijangka seramai 8,500 peserta akan menyertai himpunan ini manakala Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpunkan 13,500 peserta.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, acara cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenas tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi balik, Kuala Lumpur - London dan Kuala Lumpur - Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 50 Tablets tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.

Untuk menyertainya para pengunjung perlu mendaftarkan diri di khemah pendaftaran.

Source : mStar Online

VCS @ GLAMOUR RAYA BERSAMA HAFIZ & PENYAMPAI-PENYAMPAI CATSFM EVENT

 
  

  

BEHIND THE SCENES OF 'MUARA HATI' MV




Tuesday, August 28, 2012

Saksikan MTV Muara Hati - Adam & Hawa Dato Siti Nurhaliza, Hafiz


Sebelum ini, sudah beberapa kali penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza dan Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz digandingkan dalam beberapa acara hiburan termasuklah program TV.

Namun, belum ada sebuah lagu yang menggandingkan mereka sebagai pasangan duet. Begitupun, kemunculan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa menjadi titik tolak kepada kolaborasi mereka secara rasmi. 

Menerusi Adam & Hawa, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz telah berpadu suara membawakan lagu berjudul Muara Hati ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense.

Muara Hati merupakan sebuah lagu power ballad yang cukup meruntun jiwa dan gandingan Dato' Siti Nurhaliza serta Hafiz telah berjaya memberikan nafas serta jiwa terhadap lagu ini.

Saksikan lagu Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz di dalam portal Astro Gempak ini an jangan lupa saksikan drama bersiri Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 di saluran Mustika HD (saluran 134).

Adam & Hawa yang diangkat daripada Aaron Aziz dan Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir selaku Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawiyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web http://www.astro.com.my/byond atau http://www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.


Saturday, August 18, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)


Dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam & Hawa nyanyian Hafiz AF7 dan Dato' Siti Nurhaliza dengan penampilan istimewa Aaron Aziz! Saksikan drama bersiri dalam definisi tinggi (HD), Adam & Hawa mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam, eksklusif di Astro Mustika HD (134)
Sila ke saluran 200 untuk melanggan Pakej Mustika

 ------

 It's finally here! Extreme display of vocal prowess by the two best vocalists in the Malaysian music industry, Dato' Siti Nurhaliza and Hafiz....thumbs up for the simple yet stylish video and great combination of vocals.

Eratkan Jalinan - Selamat Hari Raya - Hafiz AF7



Astro Gempak mengucapkan selamat hari raya kepada semua penonton Astro. Jangan lupa saksikan pelbagai rancangan menarik sepanjang Syawal ini!

Ucapan Aidilfitri daripada Hafiz AF7



Source : SinarHarian WebTV

Hari Raya Untuk Kita Aje! - Lawak Kobi


Eh! Video ni nampak macam Kobi dari Elly & Epit yang nyanyi! Tapi, apasal suaranya macam suara Hafiz AF, Hazama, Upin & Ipin dan Wani? Apa yang berlaku ni?

 Nak tahu jawapannya? Tontonilah Hari Raya Untuk Kita Aje, Isnin 20 Ogos, 9 pagi di Astro Ceria, saluran 611.

PROFIL SIHAT - HAFIZ

Friday, August 10, 2012

VCS @ MAJLIS KESYUKURAN & SUNGKEI BERSAMA HAFIZ, 4th August 2012







This successful event was held on 4th August 2012 at Bukit Jalil Golf & Country Club. Organized by HafizFC, we're so glad that the fans went home with smiles on their faces. We also collected some donations from the audience and came up with a total of RM1,140.00 and this will be donated to an orphanage or welfare home that will be named later. HafizFC would like thank those involved in one way or another in making this event  a successful one. 

Apart from that, Hafiz sang few numbers during the event, namely Awan Nano, Ombak Rindu, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui and I Believe I Can Fly. More vcs coming up later as there were quite a bunch of hilarious moments during the lucky draw sessions. Stay tuned!

Wednesday, August 8, 2012

SO GOOD RAYA COMPILATION ALBUM


Wanna listen to Hafiz's new raya song while celebrating Aidilfitri with your loved ones? 
Grab this special compilation album at your nearest KFC outlets for RM12.90. 


PEMINAT "SUNGKEI" BERSAMA HAFIZ

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

BERDEPAN dengan kemelut bakal disaman bekas pengurus, sedikit pun riaknya nampak terganggu. Malah senantiasa dia melemparkan senyuman serta tidak lokek mendekati peminat yang duduk terpisah meja makan dengannya.

Mohd Hafiz Mohd Suip, itulah orangnya yang dimaksudkan. Mesra disapa Hafiz, pada Sabtu lalu, menjadi detik bahagia buat Juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu juga peminatnya kerana selain bersua di Ramadan yang penuh mulia, mereka berpeluang berbuka puasa bersama-sama di Bukit Jalil Golf Resort, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menamakan acara itu sebagai Majlis Kesyukuran & Sungkei bersama Hafiz, ia diadakan bagi meraikan kesyukuran atas kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) selain menjadi juara pertandingan Mania terbitan Astro, tidak lama dulu.

"Orang selalu cakap tanpa peminat siapalah artis. Itu memang benar. Tanpa sokongan mereka saya tidak mungkin meraih apa yang saya miliki seperti sekarang ini. Peminat amat penting dalam hidup dan perjalanan karier seni saya. Kalau peminat gembira, saya akan turut gembira.

"Kerana itu, saya selalu meletakkan peminat sebagai keutamaan. Meskipun sibuk saya tetap berusaha mencuri waktu bagi mengotakan janji-janji saya kepada mereka.

"Ikutkan perancangan, sudah lama saya ingin mengadakan majlis seperti ini tetapi sering saja tidak punya kelapangan. Selesai ABPBH2011, saya terbabit pula dengan Mania dan disusuli beberapa projek penting untuk karier saya selepas itu menyebabkan saya tidak punya cukup masa.

"Syukur alhamdulillah, pada hari ini saya dan peminat dapat berkumpul ramai-ramai. Biarpun aktiviti seni masih diteruskan seperti biasa, saya akan ketepikan masa pada Ramadhan untuk bersama keluarga dan menjalankan ibadat.

"Justeru saya rasakan inilah saatnya paling tepat untuk saya menunaikan hajat mengadakan Majlis Kesyukuran & Sungkei ini. Ramai yang tanya pada saya apa maksud Sungkei. Sungkei adalah bahasa Sarawak bagi berbuka puasa," katanya.

Apa yang jelas, lega sungguh hati pemuda berusia 22 tahun dari Bumi Kenyalang ini apabila hasrat murninya disambut mesra peminat setia pada majlis itu.

Membuatkan Hafiz lebih terharu, apabila segelintir daripada 160 ahli Hafiz Fan Club terdiri daripada peminat Singapura, Terengganu, Sabah dan semestinya Sarawak.

"Kesungguhan peminat kadang buat lidah saya jadi kelu - tak tahu bagaimana nak berterima kasih kepada mereka. Lihat saja majlis hari ini ada sebahagian daripada peminat datang jauh-jauh dari Singapura, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Kebanyakan mereka ini adalah wajah-wajah peminat yang menyokong saya sejak dari hari pertama AF7 lagi sehinggalah sekarang. Begitu juga dengan ahli keluarga serta saudara-mara saya sendiri.

"Terima kasih banyak-banyak kepada Hafiz Fan Club kerana bertungkus-lumus mengadakan majlis ini sekali gus merealisasikan hajat saya untuk berkumpul dengan mereka," katanya.

Pada majlis itu juga, pelantun lagu Masih Jelas dan Awan Nano ini memungut sedikit derma ikhlas untuk membiayai barangan keperluan raya bagi penghuni rumah kebajikan.

Malam itu saja, sebanyak RM1,140 berjaya dikumpulkan dan Hafiz merancang untuk menyerahkannya kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

Berhubung kes saman yang difailkan pengurus pentas, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, terhadapnya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pergaduhan yang tercetus di antara mereka pada pertengahan Mei tahun lalu, Hafiz berkata, dia pada mulanya sudah menganggap kes itu selepas memandangkan ia sudah lama berlalu.

"Saya belum menerima sebarang notis saman jadi tidak manis kalau saya mengulas perkara yang tiada. Namun jika benar dia mahu meneruskan saman, saya bersedia untuk berhadapan dengannya bersama peguam peribadi saya.

"Tidak dinafikan timbul rasa pelik kenapa baru sekarang dia mahu mengemukakan saman, kenapa tidak waktu berdekatan seperti didakwa? Cukuplah saya enggan mengulas, kita tunggu saja nanti," katanya akan menyambut Aidilfitri di Sarawak bersama keluarga nanti.

Source : Harian Metro Online

Tuesday, August 7, 2012

Hafiz AF Nyanyi Lagu Tema Adam & Hawa Muara


Penyanyi Hafiz AF telah mengalunkan buat pertama kali kepada media dan hadirin sebuah lagu tema drama Adam & Hawa berjudul Muara. Versi ini sebenarnya Hafiz duet bersama Dato' Siti Nurhaliza. Namun, Siti tak dapat hadir pada majlis ini. Jadi, Hafiz menyanyi secara solo.



Friday, August 3, 2012

Duet Bersama Hafiz, Siti Bakal Tunaikan Umrah


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

Foto daripada Laman Twitter Rasmi Datuk Siti Nurhaliza & Adam&Hawa

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012 : Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

"Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagu lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut.

"Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz. Lagu ini tidaklah terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense," ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.

Bersempena dengan bulan Ramadan juga Datuk Siti Nurhaliza bakal mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sepertimana beberapa selebriti lain.

"Insyaallah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung Ramadan ini. Alhamdulillah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat.

"Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah," ujarnya mengenai sambutan hari rayanya pada tahun ini.

Datuk Siti Nurhaliza ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Dia yang juga pengasas Simplysiti kini sedang sibuk mempromosikan rangkaian terbaru produk kosmetiknya Bejeweled yang telah pun berada di pasaran. Dalam perkembangan lain, dia juga turut mengadakan lawatan ke kaunter=kaunter Simplysiti di seluruh Malaysia bermula pada 1 Ogos ini.



Wednesday, August 1, 2012

PROMO 'TANAH KUBUR'


Catch Hafiz on Tanah Kubur on Friday, 3rd August 2012 on Astro Oasis (Ch.106), 7.30pm. 
Repeat at 11.30pm.
Related Posts with Thumbnails