Thursday, August 30, 2012

10 PENYANYI MUDA MERIAHKAN 'HIMPUNAN JANJI DITEPATI' ESOK

PETALING JAYA: Lebih daripada 10 barisan penyanyi muda bakal memeriahkan acara Himpunan Janji Ditepati bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55.

Ia akan berlangsung pada Jumaat (esok) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara yang akan bermula dari pukul 3 petang hingga 12.30 tengah malam itu bakal membariskan penyanyi popular Yuna, Ella, Hafiz (AF7), Stacy, Faizal Tahir, Nash (Lefthanded), Suki, Daniel Lee dan Shruthi.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, acara itu diperkenalkan bagi mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat selain memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

"Sebenarnya acara ini lebih tertumpu untuk menyaksikan pembabitan generasi muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur daripada kalangan generasi tersebut selain penglibatan golongan belia," katanya.
Tambah Norliza, persembahan itu juga antara satu kaedah menggerakkan kebudayaan negara selain amalan dalam kehidupan bersatu padu yang sinonim dengan budaya Malaysia.



Dalam pada itu, dijangka seramai 8,500 peserta akan menyertai himpunan ini manakala Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpunkan 13,500 peserta.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, acara cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenas tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi balik, Kuala Lumpur - London dan Kuala Lumpur - Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 50 Tablets tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.

Untuk menyertainya para pengunjung perlu mendaftarkan diri di khemah pendaftaran.

Source : mStar Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails