Friday, September 28, 2012

LAN BERAMBEH 2012


Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud - tetamu khas pada Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, 28 September 2012 7.30 malam.

Lebih 3,000 anak Sarawak yang menuntut atau bertugas di Semenanjung Malaysia dijangka menghadiri majlis itu.

Persembahan artis kelahiran Sarawak. - Antara selebriti yang akan hadir ialah Zee Avi,Hafiz,Noh Hujan dan wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik,Pandelela Rinong.

Thursday, September 27, 2012

Hafiz Ke Korea Ditanggung Astro Dan RTM



Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi



KUALA LUMPUR, 27 SEPT 2012: Pihak pengurusan Astro yang menguruskan karier juara Mania, Hafiz Suip menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa pelantun lagu Masih Jelas ini terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk bertanding di Festival ABU Song 2012 di Korea Selatan.
Malah, berangkatnya Hafiz ke Seoul, Korea Selatan pada 8 Oktober ini sebenarnya adalah atas undangan rasmi dari pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang menginginkan juara Akademi Fantasia 7 ini mewakili Malaysia.

Difahamkan, segala perbelanjaan Hafiz ke Korea Selatan dari segi penginapan, makanan dan penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh RTM. Apa yang pasti, Hafiz yang bakal berjuang menerusi lagu Awan Nano akan ditemani seorang pengurus peribadi beserta seorang juru solek profesional
Portal murai.com.my diberitahu perbelanjaan untuk pengurus peribadi dan juru solek ini akan ditanggung oleh pihak pengurusan Astro.

Menyentuh mengenai persediaan Hafiz untuk pertandingan ini, Hafiz yang diwajibkan mendendangkan lagu Awan Nano sedang bergiat berlatih untuk mempelajari bahasa Korea agar dia tidak kekok menghadapi juri pertandingan tersebut.

Lebih menarik lagi, Hafiz berkemungkinan besar bakal mendendangkan sebuah lagu Korea yang masih belum dipilih lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Astro turut menyangkal dakwaan yang mengatakan penyertaan Hafiz dalam pertandingan ini adalah atas rasa cemburu dengan pencapaian Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, baru-baru ini.

Malah, Astro turut memaklumkan Hafiz terlebih dahulu mendapat tawaran berkenaan sebelum nama Shila dijulang sebagai juara.

Apapun, warga murai.com.my mendoakan agar Hafiz berjaya mengharumkan nama negara bersama dengan Sabhi Saddi yang turut sama bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan ini.

Source : http://www.murai.com.my

Friday, September 14, 2012

HAFIZ ENGGAN MENGULAS PUNCA PUTUS CINTA




Good answer from Hafiz.... keep up the good work and ignore those unnecessary things .... just concentrate on your tremendously blooming career ......
By the way, you look good during the cover photoshoot ......

Thursday, September 13, 2012

(Official Song) Hafiz - Matahari (2012)


Hafiz - Kita Satu (Unofficial Video)




Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis Transformer Melayu. Lagu ini adalah terbitan Wake The Baby Sdn Bhd yang telah berkolaborasi dengan pihak Astro untuk projek terbaru Muzium Pahang / Muzium Sultan Abu Bakar bersempena dengan pelancaran Muzium Sultan Abu Bakar dan juga sambutan Hari Muzium Sedunia peringkat kebangsaan yang tahun ini akan disambut di Pekan Pahang.

Wednesday, September 12, 2012

MORE VCS @ GLAMOUR RAYA BERSAMA HAFIZ & PENYAMPAI-PENYAMPAI CATSFM



  

  

  

  

 

'AWAN NANO @ INDONESIA' PROMO




Don't forget to tune in to "Awan Nano @ Indonesia" on Astro Ria (Ch.104), commencing on 21st September 2012 (Friday) at 9pm...

Monday, September 10, 2012

Muara Hati Siti, Hafiz menjadi

Bagaikan satu kemestian ketika ini apabila syarikat produksi berusaha menampilkan lagu latar menarik untuk menghiasi filem ataupun drama terbitan mereka. Bak kata pepatah, untung batu timbul, untung sabut tenggelam, jika lagu yang diselitkan itu popular, tempiasnya akan berjangkit kepada filem atau drama berkenaan.

Lihat saja apa yang berlaku terhadap lagu Ombak Rindu, yang popularitinya sama naik dengan filem yang menggunakan judul sama. Jika kena gaya cara mempromosikannya, tidak mustahil lagu latar sebenarnya mampu menaikkan populariti sesebuah hasil karya itu. 

Terbaru, sebuah lagi lagu yang dihasilkan untuk dijadikan runut bunyi sebuah drama bersiri berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Bukan saja mempunyai melodi menarik serta lirik menyentuh perasaan, ia juga dinyanyikan dua pemilik vokal hebat.

Ketika ini, lagu Muara Hati nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz yang dijadikan lagu latar drama rantaian Adam & Hawa begitu pantas mendaki carta populariti apabila lagu ciptaan Manusia Putih itu sedang rancak diputarkan di corong radio.

Mengulas perkembangan positif itu, Siti mengakui teruja apabila lagu duet berkenaan diterima dengan baik oleh peminat, meskipun ada cakap-cakap nakal yang mengatakan lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu Ombak Rindu, hanya kerana ia sekali lagi dinyanyikan Hafiz.

“Walaupun Hafiz turut menyanyikan kedua-dua lagu ini, tapi dari segi melodi dan juga corak penyampaian adalah berbeza.

Siti dan Hafiz cuba memberikan kelainan dalam nyanyian kerana mahu menyuntik rasa yang lebih mantap. Pendengar dapat rasai perbezaan itu,” kata Siti ketika dihubungi Hip, baru-baru ini.

Sementara itu, bagi bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz, untuk menghasilkan lagu terbabit, penciptanya terpaksa mengumpulkan mereka berdua untuk memberikan penerangan secara ringkas cara nyanyian yang dikehendaki.

“Perbezaan julat vokal yang berbeza membuatkan kami perlu menyeimbangkan nyanyian supaya tidak kedengaran seperti beradu suara. Sebaliknya masing-masing menggunakan kreativiti serta pengalaman yang ada untuk menghasilkan melodi nyanyian yang bukan saja seimbang tetapi menyentuh hati pendengar,” kata Hafiz.

Memandangkan lagu ini memang popular, tidak mustahil ada pihak yang mahukan lagu ini untuk dipertandingkan. Apakah kedua-dua mereka sudi mempertimbangkan permintaan itu?

“Buat masa ini kami belum memutuskan untuk mempertandingkan Muara Hati atau tidak.

Kami hanya melakukan yang terbaik kerana itulah prinsip kami apabila membuat sesuatu kerja.

Tengoklah nanti macam mana, kerana buat masa ini Siti tidak berani untuk menjanjikan apa-apa,” kata Siti. 
 
 

Sunday, September 2, 2012

CAK: Hafiz pikat peminat seberang

DIAM tak diam, anak jati Sarawak, siapa lagi kalau bukan Hafiz, dengar khabarnya sudah mendapat tempat di hati pencinta muzik Indonesia.

Selepas memenangi pertandingan nyanyian Mania, nama jejaka periang ini semakin mencanak naik. Ini terbukti apabila sebelum Ramadan lalu, Hafiz melancarkan album keduanya berjudul Hafiz di negara jiran itu.

Rata-rata penggiat muzik Indonesia memuji vokal mantap anak muda itu, malah ada media di sana melaporkan dia bakal meletup seperti diva popular, Datuk Siti Nurhaliza. Wah! ini pastinya satu khabar gembira buat Hafiz, malah jika diimbas kembali perjalanan seni ketika di Akademi Fantasia (AF) dulu, ramai beranggapan Hafiz tidak mampu pergi jauh.

Nah! Sekarang terbukti segala tanggapan itu hanya mainan mulut mereka yang dengki dengan keajaiban vokal penyanyi itu.

Selama CAK mengikuti perkembangan seni Hafiz di negara kita, dia tidak pernah berputus asa waima pelbagai gosip dan cerita kurang enak dilemparkan.

CAK turut rasa bangga kerana selepas Siti, tidak ada penyanyi Malaysia berjaya mendapat pujian sebegitu. Dulu ramai ingat selepas Siti, tiada siapa lagi mampu menandinginya.

Syukur sangat, kini kita ada seorang lagi penyanyi hebat yang membawa nama Malaysia di belantika muzik Indonesia. Selepas ini kalau CAK ‘shopping’ di Bandung, ramailah yang akan bercakap pasal ‘penyanyi rambut kerinting’ tu ya? CAK harap kejayaan dan segala pujian tidak menenggelamkan bakat dan nawaitu Hafiz. Dia boleh dijadikan contoh terbaik buat penyanyi tempatan supaya jangan berputus asa meluaskan pengaruh ke negara jiran walaupun bakat di sana tumbuh bak cendawan.

Yelah, sekian lama kita asyik mendengar bakat sana mencari rezeki di negara kita, sekarang tiba giliran kita pula.

Sama-samalah kita berdoa supaya Hafiz terus gilang gemilang di negara orang. Namun apa sekalipun, jangan lupa dari mana asalnya ya! Sekalung tahniah!

Source : www.hmetro.com.my
Related Posts with Thumbnails