Thursday, September 27, 2012

Hafiz Ke Korea Ditanggung Astro Dan RTM



Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi



KUALA LUMPUR, 27 SEPT 2012: Pihak pengurusan Astro yang menguruskan karier juara Mania, Hafiz Suip menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa pelantun lagu Masih Jelas ini terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk bertanding di Festival ABU Song 2012 di Korea Selatan.
Malah, berangkatnya Hafiz ke Seoul, Korea Selatan pada 8 Oktober ini sebenarnya adalah atas undangan rasmi dari pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang menginginkan juara Akademi Fantasia 7 ini mewakili Malaysia.

Difahamkan, segala perbelanjaan Hafiz ke Korea Selatan dari segi penginapan, makanan dan penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh RTM. Apa yang pasti, Hafiz yang bakal berjuang menerusi lagu Awan Nano akan ditemani seorang pengurus peribadi beserta seorang juru solek profesional
Portal murai.com.my diberitahu perbelanjaan untuk pengurus peribadi dan juru solek ini akan ditanggung oleh pihak pengurusan Astro.

Menyentuh mengenai persediaan Hafiz untuk pertandingan ini, Hafiz yang diwajibkan mendendangkan lagu Awan Nano sedang bergiat berlatih untuk mempelajari bahasa Korea agar dia tidak kekok menghadapi juri pertandingan tersebut.

Lebih menarik lagi, Hafiz berkemungkinan besar bakal mendendangkan sebuah lagu Korea yang masih belum dipilih lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Astro turut menyangkal dakwaan yang mengatakan penyertaan Hafiz dalam pertandingan ini adalah atas rasa cemburu dengan pencapaian Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, baru-baru ini.

Malah, Astro turut memaklumkan Hafiz terlebih dahulu mendapat tawaran berkenaan sebelum nama Shila dijulang sebagai juara.

Apapun, warga murai.com.my mendoakan agar Hafiz berjaya mengharumkan nama negara bersama dengan Sabhi Saddi yang turut sama bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan ini.

Source : http://www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails