Source : AstroCeriaTV
Friday, February 3, 2012
Temubual Johar Raja Lawak bersama Hafiz di radio Era
Inspirasi : Awan Nano Dijulang AJL 26
Anugerah Juara Lagu (AJL 26) telah melabuhkan tirainya tanpa mencalar episod kontroversi yang begitu sinonim dengan penganjurannya. Menepati ramalan ramai, lagu Awan Nano telah diangkat sebagai juara edisi ke-26. Bersaing dengan barisan lagu-lagu yang berkualiti dan popular sepanjang tahun lepas, lagu ciptaan tersebut dilihat memang layak bergelar juara dan memenuhi semua kriteria sebagai pakej lagu terbaik. Selain pernah menjadi Lagu Terbaik (Keseluruhan) dan Lagu Terbaik Malaysia dalam Anugerah Planet Muzik tahun 2011, karya hebat ciptaan komposer tersohor, Datuk M.Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat telah diperkuatkan dengan kemantapan dan kemerduan suara Hafiz yang juga muncul sebagai pemenang bagi kategori Vokal Terbaik…
Menyaingi rapat sudah tentunya lagu yang menjadi siulan ramai, Beribu Sesalan di tempat kedua hasil ciptaan Kevin Chin dan Tinta yang dialunkan dengan impak yang begitu tinggi oleh 3 Suara – Jac, Ning Baizura dan Shila Amzah. Lagu balada yang mempunyai komposisi muzik yang melankolik ini dipersembahkan oleh trio tersebut dengan begitu cemerlang.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh lagu Karma yang dibawakan dengan begitu bertenaga oleh Faizal Tahir. Lagu tersebut hasil ciptaan bersama Audi Mok dan Faizal Tahir. Seperti diduga Faizal Tahir akan tampil dengan gimmick yang berbeza, kali ini persembahannya diiringi oleh semarak api yang membara.
Bagi kategori Persembahan Terbaik diungguli oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati yang dipersembahkan dengan begitu dramatik dengan mengetengahkan konsep ‘babydoll’ dan diakhiri dengan kemunculan khas aktor, Remy Ishak cukup menggamatkan Stadium Bukit Jalil semalam. Keunikan persembahan Alyah dalam AJL 26 boleh dianggap sebagai persembahan yang pasti menjadi ingatan dalam sejarah penganjuran AJL.
Di samping anugerah utama, pihak penganjur turut mengumumkan Anugerah Juara Mobile bagi lagu yang paling banyak dimuat turun yang telah dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim.
Sementara itu, persembahan pembukaan telah AJL 26 dijayakan oleh gandingan 3 ikon penghibur negara iaitu Raja Pop – Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Raja Rock – Awie (Bujang Senang) dan Ratu Jazz – Datuk Sheila Majid (Warna) cukup untuk memanaskan suasana pertandingan. Manakala bagi segmen interlude menampilkan konsep persembahan Tribute to Sudirman Hj Arshad menerusi rangkaian lagu Basikal Tua, Balik Kampung, Chow Kit Road dan Salam Terakhir yang membangkit nostalgia.
Dalam pada itu, AJL 26 yang mengangkat elemen air sebagai temanya mencipta kelainan dan menjadi pemangkin kreativiti artis yang bertanding. Majlis yang telah diacarakan oleh gandingan pengacara Faizal Ismail dan Cheryl Samad itu turut diadili oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. Diharap AJL akan terus menjadi pencetus kepada penghasilan karya yang berkualiti dan bermutu tinggi di kalangan karyawan seni tempatan khususnya generasi muda yang berinspirasi dalam bidang muzik pada masa akan datang.
Tahniah kepada semua pemenang, sehingga berjumpa lagi di edisi ke-27 tahun hadapan.
PapaRASI membawakan lagu Awan Nano oleh Hafiz yang muncul Juara dan Vokal Terbaik dalam AJL 26.
Vokal Terbaik - Hafiz
Juara AJL 26 - Hafiz Awan Nano
Barisan Pemenang AJL 26
HAFIZ AWAN NANO MENANG BESAR DI ANUGERAH JUARA LAGU KE 26
AJL26: Tracksuit & T-shirt, Kejutan Sempoi Hafiz Berbaloi!
by Farahanim Rahim
Dinobatkan juara menerusi lagu dendangannya, Awan Nano. Dipilih sebagai Vokal Terbaik sekaligus mempertahankan kemenangannya tahun lalu dalam kategori tersebut. Mendapat sorakan juga tepukkan gemuruh seluruh stadium ketika membuat persembahan malam tadi. Ternyata penat lelah membuat persiapan sejak sebulan setengah yang lalu, berbaloi-baloi!.
Tidak dinafi pentas AJL26 memberi tekanan yang lebih besar berbanding tahun lepas. Bahkan Hafiz sekaligus menyatakan kali ini dia memang mahu menang.
“Oleh kerana tahun lepas saya menang Vokal Terbaik, jadi tahun ini saya memang mahu mempertahankannya. Untuk itu, saya berusaha bersungguh-sungguh mempertingkatkan kemampuan vokal saya. Saya korbankan masa dengan menghadiri kelas vokal sebanyak tiga kali seminggu. Selain itu, saya juga banyak berlatih sendiri. Saya nak bagi yang terbaik dan akhirnya saya mendapat kemenangan berganda. Syukur sangat-sangat”, kata Hafiz di sidang media malam tadi.
Bercerita tentang persembahan dan penampilannya, kata Hafiz dia tidak kisah berpakaian tidak cantik untuk persembahannya itu kerana itu adalah kejutan yang diperkatakan sebelum ini. Persembahannya itu juga adalah kesinambungan kepada muzik video Awan Nano.
“Apa yang dipentaskan tadi (malam semalam) adalah untuk menghabiskan cerita muzik video Awan Nano. Saya memberi jawapan kepada peminat bahawa ayah saya tidak meninggal dunia. Tak kisahlah pakaian saya tidak cantik, asalkan persembahan itu meninggalkan kesan di hati peminat. Mungkin ada yang tidak suka dengan konsep persembahan itu, tetapi idea itu datang daripada pihak pengurusan dan saya rasa ia bersesuaian,”

Sementara itu, komposer Awan Nano, Datuk M.Nasir, menyifatkan AJL 26 membariskan lagu-lagu yang hebat sehingga sukar untuk beliau menjangkakan kemenangan.
“Apabila kita bertanding dalam AJL, pasti kita mahu menang. Tapi saya tidak sangka boleh menang malam ini. Lagu-lagu yang bertanding bagus-bagus. Saingan sangat sengit. Sebagai komposer, setiap kali saya buat lagu, saya memang mahu lagu itu sedap didengar. Tahap sedap itu mestilah melebihi daripada yang biasa. Bagaimanapun, saya tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah lagu itu semua orang akan suka atau tidak. Kemenangan malam ini adalah pilihan juri. Saya percaya dengan keputusan mereka dan gembira dengan kejayaan ini,” ujar M.Nasir.

Awan Nano berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM45,000 keseluruhannya. RM35,000 untuk gelaran juara dan RM10,000 lagi untuk Vokal Terbaik.
- foto-foto oleh Yojie
- mD
Source : www.malaysiandigest.com
Thursday, February 2, 2012
Pesanan Ibu Bapa Menjadi Pegangan Hafiz
Umum mengetahui Awan Nano Nyanyian Hafiz berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 disamping berjaya membawa pulang Anugerah persembahan Vokal Terbaik. Crew kami sehari selepas kejayaan beliau sempat melakukan temuramah bersamanya.
Menurut Hafiz beliau rasa bersyukur kepada Allah Swt dan berpuas hati dengan apa yang dicapainya semasa AJL26 dan tidak menafikan bahawa semua yang bertanding adalah pesaing yang kuat untuk AJL26 kali ini. Tambah beliau lagi, rasa terima juga dizahirkan kepada M.Nasir diatas lagu indah yang dicipta untuk beliau. Katanya juga pihak media memainkan peranan yang penting dalam memberi promosi yang baik terhadap lagu awan nano sehingga mendapat tempat di hati peminat dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tanpa jemu menyokong kerjaya beliau walau apa jua kontroversi yang melanda dirinya.
Disamping itu beliau turut berjanji akan buat yang sehabis baik utk industri negara dan menyatakan saat inilah berjuangan beliau akan bermula. Ditanya pula perbezaan selepas kejayaan merangkul Ajl 26. Hafiz menyatakan tiada perbezaan melainkan ianya melibatkan bebanan urusan kerjaya seni yang semakin bertambah. Mengakui seorang yang sempoi hafiz turut menyatakan, dari dulu sehinggalah kejayaanya di AJL26 baru-baru ini dia tidak pernah berubah sikap.
Tahniah sekali lagi dari Buahmulut diatas kejayaan beliau. Seperti biasa crew kami telah merakamkan beberapa keping gambar khas buat peminat-peminat yang setiasa menyokong kerjaya Hafiz.

Source : www.buahmulut.com
Subscribe to:
Posts (Atom)