by Farahanim Rahim
Dinobatkan juara menerusi lagu dendangannya, Awan Nano. Dipilih sebagai Vokal Terbaik sekaligus mempertahankan kemenangannya tahun lalu dalam kategori tersebut. Mendapat sorakan juga tepukkan gemuruh seluruh stadium ketika membuat persembahan malam tadi. Ternyata penat lelah membuat persiapan sejak sebulan setengah yang lalu, berbaloi-baloi!.
Tidak dinafi pentas AJL26 memberi tekanan yang lebih besar berbanding tahun lepas. Bahkan Hafiz sekaligus menyatakan kali ini dia memang mahu menang.
“Oleh kerana tahun lepas saya menang Vokal Terbaik, jadi tahun ini saya memang mahu mempertahankannya. Untuk itu, saya berusaha bersungguh-sungguh mempertingkatkan kemampuan vokal saya. Saya korbankan masa dengan menghadiri kelas vokal sebanyak tiga kali seminggu. Selain itu, saya juga banyak berlatih sendiri. Saya nak bagi yang terbaik dan akhirnya saya mendapat kemenangan berganda. Syukur sangat-sangat”, kata Hafiz di sidang media malam tadi.
Bercerita tentang persembahan dan penampilannya, kata Hafiz dia tidak kisah berpakaian tidak cantik untuk persembahannya itu kerana itu adalah kejutan yang diperkatakan sebelum ini. Persembahannya itu juga adalah kesinambungan kepada muzik video Awan Nano.
“Apa yang dipentaskan tadi (malam semalam) adalah untuk menghabiskan cerita muzik video Awan Nano. Saya memberi jawapan kepada peminat bahawa ayah saya tidak meninggal dunia. Tak kisahlah pakaian saya tidak cantik, asalkan persembahan itu meninggalkan kesan di hati peminat. Mungkin ada yang tidak suka dengan konsep persembahan itu, tetapi idea itu datang daripada pihak pengurusan dan saya rasa ia bersesuaian,”

Sementara itu, komposer Awan Nano, Datuk M.Nasir, menyifatkan AJL 26 membariskan lagu-lagu yang hebat sehingga sukar untuk beliau menjangkakan kemenangan.
“Apabila kita bertanding dalam AJL, pasti kita mahu menang. Tapi saya tidak sangka boleh menang malam ini. Lagu-lagu yang bertanding bagus-bagus. Saingan sangat sengit. Sebagai komposer, setiap kali saya buat lagu, saya memang mahu lagu itu sedap didengar. Tahap sedap itu mestilah melebihi daripada yang biasa. Bagaimanapun, saya tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah lagu itu semua orang akan suka atau tidak. Kemenangan malam ini adalah pilihan juri. Saya percaya dengan keputusan mereka dan gembira dengan kejayaan ini,” ujar M.Nasir.

Awan Nano berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM45,000 keseluruhannya. RM35,000 untuk gelaran juara dan RM10,000 lagi untuk Vokal Terbaik.
- foto-foto oleh Yojie
- mD
Source : www.malaysiandigest.com
No comments:
Post a Comment