Teks oleh Razif Rosdi
Emel: Razif_rosdi@astro.com.my
KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2012: Setelah dua kali berturut-turut meraih anugerah vokal terbaik menerusi Anugerah Juara Lagu, juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip dilabelkan penyanyi baru yang memiliki tahap semakin tinggi.
Malah, tidak hairan juga apabila ada segelintir masyarakat yang menyifatkan pencapaian Hafiz bak duduk sama tinggi dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Bagaimanapun, ketika ditemui malam tadi pada majlis kesyukuran kemenangan Hafiz di Anugerah Juara Lagu 26 (AJL) di Hotel Hilton, di sini, jejaka comel berambut kerinting itu menafikannya. Sebaliknya dia lebih suka untuk merendah diri.
"Saya tidak pernah meletakkan diri saya dalam kelas tertentu. Tak kisahlah kelas A, B atau pun C. Apa yang saya tahu, saya sama seperti artis-artis yang lain. Bagaimanapun, apa yang boleh saya zahirkan di sini, sebaik saja memenangi AJL26, tahap saya sikit meningkat.
"Itupun mungkin tahap sebagai juara saja. Untuk sama tanding dengan Datuk Siti Nurhaliza, itu masih belum lagi.
"Kalau boleh, saya mahu sehebat beliau. Saya juga akui yang saya ini kurang popular berbanding artis lain.
"Malah saya pun tidak boleh menafikan, sebagai anak seni, populariti itu penting. Namun jangan terlebih sangat sudahlah.
"Nilai populariti itu terpulang kepada cara bagaimana seseorang penyanyi itu dikenali masyarakat tempatan.
"Terus-terang, saya tidaklah popular mana. Namun, saya sedang cuba mendaki ke arah popular yang dikatakan popular. Pun begitu, saya tak mahu popular kerana gosip murahan," kata Hafiz.
Dalam pada itu, Hafiz yang sering diibaratkan seperti anak kepada penyanyi Herman Tino itu pernah terfikir untuk berduet bersama Herman menerusi sebuah lagu.
Namun, pelantun lagu Watak ini menegaskan adalah satu perkara yang amat sukar sekali untuk dirinya mencuba menghasilkan lagu-lagu berentak tradisional.
"Ragam lagu tradisional mungkin tidak bagi saya. Namun, saya teringin nak mencuba genre ini. Sungguhpun sudah menang anugerah, saya masih lagi belajar vokal untuk menyanyikan lagu dengan baik sekali. Kalau boleh saya mahu fokus pada genre muzik yang saya bawa sekarang ini.
"Saya tidak pernah menyatakan vokal saya yang terbaik setakat ini. Rasanya lebih ramai lagi penyanyi tempatan yang mempunyai vokal yang jauh lebih hebat berbanding saya.
"Tapi bohonglah kalau selepas ini saya takkan menjadi seorang yang pemilih untuk memilih lagu bagi dimuatkan dalam album terbaru saya.
"Saya akan cuba memilih ikut citarasa saya, tetapi saya tak akan demand terlalu tinggi. InsyaAllah, saya mengharapkan lagu saya seterusnya iaitu Watak diberikan peluang sama seperti lagu Masih Jelas, Noktah Cinta dan Awan Nano.
"Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk lagu Watak. Mungkin, rezeki saya tahun depan menerusi lagu Ombak Rindu, duet saya bersama Adira," katanya.
Turut kelihatan pada majlis kesyukuran ini adalah kawan baik Hafiz iaitu Aril bersama Datuk M Nasir, Aidit Alfian, Herman Tino, penulis lirik Awan Nano, Budy dan ramai lagi rakan artis lain termasuk rakan media yang banyak menyokong karier penyanyi ini.

Source : www.murai.com.my
No comments:
Post a Comment