Friday, July 13, 2012

HAFIZ MELINDUNGI DENGAN AWAN NANO

Kenalan yuk, sama penyanyi asal negeri jiran, Malaysia, Hafiz mulai eksis setelah menjuarai Akademi Fantasi Season 7 pada 2009

Sejak jadi juara Akademi Fantasia Season 7 sampai sekarang, Hafiz sudah punya 3 single di Malaysia. Nggak cukup sampai di situ, dia ingin mengikuti jejak seniornya, Siti Nurhaliza, untuk melebarkan sayap ke Indonesia. So, 17 Januari lalu, cowok yang eksis di social networking ini promo di Jakarta dan ngobrol-ngobrol di kantor redaksi Keren Beken.

Padatnya jadwal promo Awan Nano, single pertama Hafiz di Indonesia, nggak bikin cowok berambuk kribo ini capek. Hafiz tetap kelihatan fresh dan asik cerita tentang pengalamannya datang ke Indonesia dan kariernya. Cowok Pisces ini bilang, walaupun banyak konflik antara Indonesia dan Malaysia, nggak bikin Hafiz benci sama Indonesia. Justru ia berharap bisa berkolaborasi dengan Afgan, Ahmad Dhani dan musisi Indonesia lainnya.


"Konflik itu cuma untuk orang yang terlalu fanatik. Hafiz justru senang sama Indonesia dan mau coba kolaborasi dengan musisinya," katanya. Awan Nano memuat pesan oke, loh. Tentang sesuatu yang melindungi kita. "Mungkin itu orang tua, pacar ataupun teman. Intinya jangan jahat sama mereka," kata Hafiz.

Ditanya soal love life, Hafiz ngaku dia punya pacar di Malaysia. Tapi itu nggak bikin dia lupa sama kariernya. Hafiz juga nggak skeptis dengan banyaknya penyanyi dan grup baru yang muncul. Justru mengurutnya itu akan menambah warna musik. Meski merasa sekarang ini solo karier adalah yang paling pas buatnya, Hafiz berencana bikin trio sama teman-temannya ari Akademi Fantasia. Kita tunggu aja deh......



HAFIZ - Ungkap Kisah Cinta, Isi Hati dan Perasaan

12 Juli, 2012 - bertempat di sebuah resto di bilangan Jakarta Pusat, pria kelahiran Malaysia yang memiliki nama lengkap Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih kerap disapa dengan HAFIZ, melakukan media gathering atas pre-launch album pertamanya yang akan di rilis oleh Warner Music Malaysia.

Album pertama Hafiz yang berjudul HAFIZ, rencana-nya akan berisikan 9 (sembilan) buah lagu, terdiri dari 5 (lima) lagu yang berasal dari album HAFIZ yang sudah di rilis di Malaysia, 1 (satu) lagu yang diambil dari OST Ombak Rindu serta 3 (tiga) lagu baru hasil ciptaan beberapa komposer asal Indonesia dan Malaysia.

Peraih jawara Akademi Fantasia Malaysia season 7 (2009) ini hendak mencoba melebarkan sayap karir bermusiknya di Indonesia. Memasuki scene musik Indonesia, HAFIZ mencoba mengedepankan single Bahagiamu Deritaku sebagai debutnya. Lagu ini hadir dalam aransemen yang easy listening bagi penikmat musik lokal. Musikalitasnya lebih didominasi notasi dan unsur yang lebih sederhana. Namun melihat lirik yang dirangkainya, ini bukan cerita biasa.

"Lagu ini menceritakan tentang seorang yang sanggup memendam perasaan sedihnya. Dan dia pun sanggup berkorban demi melihat kekasihnya gembira. Walaupun diri sendiri tersiksa namun dia sanggup melakukannya asalkan kekasihnya tidak berduka," paparnya santai.

Kisah isi hati dan perasaan yang melibatkan emosi, memang menjadi rangkaian nomor-nomor manis yang dipilih HAFIZ dalam debutnya. Selain single andalannya, ada beberapa nomor yang udah cukup populer di Negeri Jiran. Seperti lagu Noktah Cinta yang baru aja menjadikan HAFIZ sebagai Mania Superstar di Malaysia.

"Lagu-lagu di dalam Album ini lebih menjurus kepada kisah percintaan, hati dan perasaan. Namun tidak hanya kepada wanita, malahan kepada orang-orang lain yang di sayangi," katanya.

Namun yang paling fenomenal di scene musik Malaysia adalah saat HAFIZ menembangkan nomor Awan Nano. Lagu dengan aransemen balada ini langsung menjulangkan nama Hafiz di industri musik Malaysia. Lagu yang diciptakan oleh M.Nasir dan Budhi Hekayat meraih Best Song ajang Anugerah Juara Lagu 26 (2012), Best Regional Song dan Best Song di Anugerah Planet Muzik 2011. Bisa dibilang, lagu ini pula yang sedikit demi sedikit di kenal di scene musik lokal.

"Cukup membuat HAFIZ berasa gemetar karena semua orang tahu, bukan perkara mudah untuk memasuki pasaran musik di Indonesia. Namun, itu tidak menghalangi HAFIZ untuk mencoba. Ini merupakan langkah pertama HAFIZ dalam berkarir di luar Malaysia. Jika gagal, HAFIZ tetap akan mencoba hingga akhirnya berjaya. Harapan juga agar semua di Indonesia dapat menerima kehadiran HAFIZ," papar cowok rambut kriwil ini.

Cowok yang kini sedang menjajal kemampuannya di dunia lakon drama berjudul KAU DAN AKU di Malaysia ini berharap besar materi musikalnya. Dia berharap dapat diterima oleh pasar musik lokal. "Bukan mudah untuk memasuki pasaran di Indonesia ini karena terlalu banyak persaingan yang hebat-hebat. Jika berjaya, ia sudah cukup boleh dibanggakan dan menjadi pintu untuk HAFIZ lebih berkarya," tambahnya.

Dengan popularitas yang terus menaunginya, motivasi HAFIZ kini makin berlipat. "Berkarya ini perkara yang  subjektif, yang mana melahirkan sesuatu untuk di kongsikan bersama. Apabila ia dikongsikan barulah hanya dapat di nilai. Dan sekiranya HAFIZ diterima dan diyakini, itulah hadiah buat seorang pengkarya. Kebiasaannya motivasi itu datang sendiri maupun dalam keadaan tertekan pastinya secara otomatis membantu memberi motivasi. Tetapi secara kasarnya pastilah ibu, bapak dan keluarga yang disayangi yang sentiasa memberi motivasi dan dorongan kepada HAFIZ untuk terus berkarya," tutupnya. Semoga berjaya!

foto-foto pre-launch : http://pinterest.com/warnermusicid/hafizsuip/


video pre-launch : http://youtu.be/GIll7sfNb3s

Source : http://www.warnermusic.co.id

HAFIZ - MEDIA GATHERING


So proud of Hafiz! Good luck in Indonesia! HafizFC will always be with you.....

Wednesday, July 11, 2012

MELANGKAH KE JAKARTA - METRO AHAD, 8th July 2012

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDDIN
imran@hmetro.com.my

MUNGKIN ada beranggapan kejayaan demi kejayaan dicapai bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Suip atau Hafiz, kebelakangan ini disebabkan tuah.

Sebaik muncul juara AF7, kerjaya seni Hafiz terus memacu laju apabila albumnya, Masih Jelas dilancarkan pada Julai 2009. Kemenangan dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu terutama Lagu Terbaik dan Vokal Terbaik dua tahun berturut-turut mengangkat namanya sebagai penyanyi muda berbakat besar.

Terbaru, Hafiz menjuarai rancangan realiti yang menghimpunkan barisan artis popular bertanding sesama mereka setiap minggu, Mania dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000. Namun bagi peminat setia jejaka berasal dari Kuching, Sarawak itu, kemenangan demi kemenangan diraih sebelum ini disebabkan vokal mantap ditampilkan penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Awan Nano itu setiap kali mengadakan persembahan. Kemenangan di Mania turut membantu melebarkan lagi langkahnya apabila akan ke Jakarta bagi melancarkan album sulungnya. Kata Hafiz, selain memasarkan albumnya di sana, dia juga akan terbabit dengan projek khas. "Perancangan ini dibuat sewaktu saya bersama Empire Hijau dalam Mania di bawah bimbingan Ahmad Dhani iaitu menghasilkan single terbaru. Mengikut perancangan, single ini juga akan dipasarkan di sana. "Kolaborasi antara penyanyi bernaung di bawah Empire Hijau dan artis Indonesia juga sedang dirancang. Besar harapan agar usaha sama bakal dilakukan ini akan membuka jalan lebih luas kepada saya untuk mencipta nama di sana," katanya.

Jelas Hafiz, selepas membuktikan kemampuan diri kepada peminat tempatan, sekarang sudah tiba masanya untuk dia mengikut jejak langkah penyanyi sedia ada sebelum ini untuk melebarkan sayap ke negara luar.

"Saya menjadikan Datuk M.Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai contoh terbaik, bagaimana mereka berusaha mengembangkan bakat dan kerjaya seni di luar," katanya.

Hafiz yang ditemui ketika menjayakan rakaman program terbaru NTV7, Rooftop yang bakal disiarkan  September ini sedar akan cabaran yang akan dihadapi. Katanya, dia akan berusaha mengejar cita-citanya itu, apatah lagi peluang sudah terbuka luas dan ia harus digunakan sebaik mungkin.

"Setakat ini penerimaan peminat dari Singapura dan Brunei terhadap bakat saya agak baik. Bagi menguasai pasaran nusantara, adalah tidak lengkap sekiranya tidak memenangi hati peminat muzik di Indonesia. "Begitu pun, agak sukar untuk memenangi hati mereka, saya pernah merasainya sewaktu ke sana bagi mempromosikan Awan Nano selama 10 hari. Untuk menarik perhatian wakil media di sana juga tidak mudah. Sepanjang tiga hari pertama, saya mahupun wakil syarikat rakaman di sana berasa susah hendak tarik perhatian orang.

"Sehinggalah kami diberi peluang untuk mengadakan sesi temubual bersama stesen radio Pesona FM. Saya difahamkan bahawa ia antara stesen radio yang mempunyai ramai jumlah pendengar. "Selepas itu, barulah nampak penerimaan mula berubah terutama sewaktu saya mengadakan persembahan promosi di Jakarta, Jogjakarta dan Bandung," katanya.

Dalam merencana kerjaya seninya, jelas Hafiz dia sedar bahawa tidak boleh mendabik dada dengan kejayaan dicapai sepanjang beberapa tahun ini. Sebaliknya dalam keadaan sekarang, dia harus mampu menampilkan sesuatu yang menampakkan kematangannya sebagai penyanyi.

"Saya tidak mahu menjadi penyanyi semata-mata. Disebabkan itu, untuk album terbaru saya turut menampilkan lagu ciptaan sendiri. Saya turut menjadikan M.Nasir dan Ahmad Dhani sebagai idola dan mahu berjaya seperti mereka. Bukan saja sebagai penyanyi tetapi juga komposer disegani.

"Sebenarnya lagu saya itu dihasilkan tiga tahun lalu tetapi saya kurang yakin dengan penerimaan peminat hingga saya menangguhkan terlebih dulu hasrat untuk merakamkannya.

"Pada saya, sekarang adalah waktu sesuai untuk menunjukkan kepada peminat akan kemampuan saya menghasilkan lagu. Ia berjudul Mungkinkah dan dihasilkan bersama sepupu saya, Idzham Shaharuddin. Ia menampilkan kisah hidup saya sendiri. Susah senang yang saya lalui untuk bergelar anak seni berjaya," katanya.

Album pertama Hafiz, Masih Jelas yang memuatkan lima lagunya bersama empat finalis AF7, dipasarkan 14 Julai 2009. Masih Jelas yang turut dipertaruhkan Hafiz di final AF7, dicalonkan di Anugerah Industri Muzik 17 (AIM17) untuk Lagu Pop Terbaik. Pada AJL25, Hafiz layak ke final menerusi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik Sheikh Qalam. Lagu itu menang tempat ketiga dan Hafiz menang Vokal Terbaik manakala AJL26 tahun ini, Hafiz mempertaruhkan Awan Nano ciptaan M.Nasir dan lirik Budhi Hikayat. Kali ini menang besar apabila diumumkan Juara dan Vokal Terbaik.

Source : http://www.hmetro.com.my

HAFIZ'S NEW SONG TO BE RELEASED IN INDONESIA


Sounds like it's gonna be another success story for Hafiz!
Related Posts with Thumbnails