Peluang Bercuti Ke Disneyland Hong Kong
Oleh: Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 16 NOV 2009: Adakah anda tahu 5 sifat utama untuk menjadi Generasi Hebat? Selepas mengenal pasti 5 sifat itu, Brand's telah mengumumkan bahawa Handal, Eksplorasi, Boleh, Aktif dan Tekun merupakan 5 sifat yang dicari sebagai tunjang utama Generasi Hebat.
Sempena menghangatkan kempen ini, Brand's telah memilih 5 personaliti muda popular iaitu Hafiz, Aril, Akim, Black dan Choo Hou Ren untuk mewakili 5 sifat tersebut.
Apa yang pasti, kempen yang dilancarkan baru-baru ini diadakan bagi menggalakkan orang ramai mendapat kecemerlangan serta mencapai kehebatan peribadi dalam merebut segala peluang yang ada.
Sehubungan itu, sebuah lagu hasil ciptaan komposer Audi Mok bersama penulis lirik Shazee Ishak bertajuk Juara telah juga diterbitkan dan menggabungkan suara 5 anak muda ini.
Selain lagu yang diadun untuk memberi inspirasi positif dan tingkah laku cemerlang, Brand's turut menerbitkan sebuah video muzik yang bakal ke udara pada bulan ini. Lebih istimewa, aksesori fesyen Generasi Hebat turut diperkenalkan sebagai lambang kebanggaan pergerakan program ini.
Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd, Koh Joo Siang, berkata Generasi Hebat menyeru semua untuk memacu generasi ke tahap yang lebih tinggi dengan memperkuatkan kehandalan, eksplorasi, sifat aktif dan ketekunan yang didorong oleh sikap yakin boleh.
"Ada banyak sifat yang tergolong bagi mencapai keunggulan tetapi 5 sifat ini adalah ciri-ciri yang paling sesuai dengan kempen terbaru kami," ujarnya.
Apa yang menarik, dengan menyertai peraduan dalam kempen ini, anda boleh memenangi barangan lumayan seperti TV LCD serta peluang bercuti bersama 5 jejaka ini ke Hong Kong Disneyland.Jadi, apa tunggu lagi, hantarkan foto atau video sekarang dengan menampilkan cara anda ekspresi semangat Generasi Hebat.
Untuk sertai peraduan :
http://www.generasihebat.com.my/en/
Video pembikinan :
http://www.murai.com.my/video/default.asp?media_id=9076&article_id=5054
Source : http://www.murai.com.my/
No comments:
Post a Comment