Friday, April 30, 2010

Pengalaman pertama yang menyeronokkan



HAFIZ mempersembahkan beberapa lagu di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah pada program lawatan mesra Kami Prihatin, di Cheras, kelmarin.




KUALA LUMPUR 29 April - Seringkali masyarakat melihat peranan artis dan selebriti tidak lebih hanya untuk menghiburkan masyarakat.

Populariti yang dikecapi membuatkan mereka mendapat perhatian yang cukup meluas sehingga diangkat sebagai idola khususnya artis muda.

Namun, di sebalik limpahan glamor, artis juga seperti manusia lain yang memiliki keprihatinan terhadap insan yang kurang bernasib baik.

Ini diakui oleh tiga artis muda, Dafi, Ryzal Jaafar dan Hafiz yang berpeluang mengikuti lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, semalam.

Lawatan berkenaan diadakan sempena kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia yang dilancarkan pada 8 April lalu.

Kunjungan mereka ternyata menceriakan lebih 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun yang terdiri daripada mangsa dera dan terabai.

Bagi Dafi, 20, kunjungan kali pertama ke rumah tersebut benar-benar menyentuh hatinya apabila memikirkan nasib yang menimpa kanak-kanak di rumah itu.

Kadang-kala dia sendiri tertanya apakah dosa kanak-kanak tersebut sehingga diabaikan tanpa belaian kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.

"Bagi saya, perkara sebegini tidak seharusnya terjadi dalam dunia serba moden hari ini dan sebagai artis muda, saya bangga kerana berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan mereka.

"Bukan sekadar untuk menghiburkan mereka, tetapi kehadiran kami juga mahu memberi motivasi dan sokongan moral untuk mereka meneruskan kehidupan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menjemput untuk melibatkan diri dalam kempen murni ini dan saya benar-benar berbesar hati," kata Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu juga berharap dengan penglibatan artis muda sepertinya untuk kempen amal seperti itu dapat mengubah tanggapan skeptikal masyarakat.

Sementara itu, bagi pelakon drama bersiri Hotel Mania, Mohd. Shahrizal Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ryzal Jaafar, 27, dia teruja apabila diberitahu dapat mengikuti lawatan ke rumah kebajikan tersebut.

Apatah lagi, ia merupakan pengalaman pertamanya dalam aktiviti amal seperti itu dan bangga apabila peluang itu diberikan kepada artis baru sepertinya.

"Dalam bergembira dapat bertemu dengan mereka, hati saya terusik apabila merenung wajah yang menyimpan duka yang tidak tertanggung.

"Saya berasa insaf apabila memikirkan nasib dan keadaan mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak lain di luar sana.

"Seandainya diberi peluang sekali lagi untuk mengikuti program seperti ini, saya pasti tidak akan menolaknya," ujar Ryzal lagi.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz, 20, pula berpendapat kunjungannya kali pertama ke rumah perlindungan itu memberi satu pengalaman berbeza untuknya sebagai artis baru.

Malah, Hafiz berkata, ia juga adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan apabila dapat bermesra dan mendekati kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.

"Peluang mendekati kanak-kanak itu membolehkan saya menyelami hati dan perasaan mereka yang orang di luar sana mungkin tidak dapat memahaminya.

"Secara lahiriah, mereka nampak gembira kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya tetapi kita tidak sedar mereka sebenarnya mahukan kasih sayang daripada keluarga sendiri.

"Sebagai artis baru, saya amat berbesar hati diberi peluang sebegini dan sumbangan kecil kami ini diharap mampu menyuntik semangat untuk kanak-kanak ini," ujar Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip.

Selain mereka, antara artis yang turut serta dalam lawatan itu ialah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Nurul, Sofia Jane, Umie Aida, Zoey dan Abby Fana.

Kempen Kami Prihatin yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu bertujuan menyemai kesedaran masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Source : Utusan Malaysia Online, 30th April 2010

Hafiz @ Gala TV Kami Prihatin

Hafiz @ Dataran Pahlawan for AIM17 Road Tour - The Videos



Tuesday, April 27, 2010

Tributes to Hafiz on Youtube

As I was browsing the Youtube for things to see.... I was so delighted to have found quite a few adorable tributes to Hafiz's songs (especially Noktah Cinta) made by fans! What a devotion.... and here are a few that i found interesting... and I bet I will keep on updating this post depending on the number of more tributes coming out in the future!




Hafiz @ Sidang Media Teater Muzikal KITA



Pics are courtesy of MStar Online...

Hafiz & Nas Adila Cuba Bakat Berteater - The Scan, Metro 26th April 2010

Monday, April 26, 2010

Hafiz @ Aksi Akademi Fantasia

Hafiz @ Dataran Pahlawan for AIM17 Road Tour - The Pictures






Hafiz @ Dataran Pahlawan for AIM17 Road Tour - The Story

This is a story, told by a fellow fan who happens to be there. Extracted from the CARI forum:

"Morning and salam alll...

HAFIZ IS A CROWD PULLER IN MELAKA!!!

Aku pon taktau naper la tergerak hati nak pegi.. but it was worth it...
Jac start the show.. die nyanyi medley lam 20 buah lagu kot.. ada la die soh audience yg agak penuh kat ruang tgh pahlawan mall tu nyanyi ngan die. tapi sambutan boleh laa...
ramai gak yg amik vc n gambor...

Tetiap kali abih retis buat show, dorg bagi kuiz, n sapa dpt jawab.. dpt hadiah ler..
walopon hadiah nye filer kertas cikai semata2.. harap paperbag je gempak.

Next was colab8.. drg nyanyi lagu hip hop.. time ni separuh crowd taktau dah gi mana.. bingit tinger aku.. hardly anyone amik vd or gambor derang ni...

Pastu premayin.. percussionist die ensemm.. dr german...
die panggil 4 org naik stge.. masa ni crowd dah byk kurang... aku mula riso... cemane la time apis nanti..

Next apanamanytah-colar.. sorii tk kenal.. die ada angkut geng die ala2 sapoter dlm 5,6 org.. buat bising kat bawah nun.. harap dorg je laa... bikin bising.. crowd mmg nanhado laa..

masa ni aku saje je gerak gi belakang stage.. tgk2 org tgh serbu apis.. pas sorng2 amik gambor.. seriusly... retis lain org buat derk je...

-----------
masa aku gi belakang stage tu.. tercari2 gak la kot nampak apis..
sekali aku nampak.. terlopong aku kejapp... perkara pertama dtg lak pala otak aku..

tembamnya budak niiii... but comei gilerrrr... pakai topi ituuu..
masa ni die tgh layan org2 kat tepi divider yg nak bergambar ngan die..

aku tgk je best pulak tgk2 cam ni... mmg budakni tak sempat nak lap peluh.. pakai tgn jek... tak lama pastu die nampak aku.. sengih2 je.. sempat pose lagik..

paling best time ni.. die gi kat sorang ahkak ni.. india rasa aku.. die ty.. 'eh mcm pernah jumpa laa..' terkebil2 ahkak tu 'betul.. cam pernah jumpa..'

pastu ada sorg aunty ni. india.. tanya apis.. 'eh muka u mcm pernah tgk laa.. u ada menang itu realiti tv...' (aku gelak dlm hati.. tapi bangga.. wahhh!!)

then ada sorng aunty lagi panggil die.. then die kata kat aunty tu 'sori.. kejap lagi bulih? saya dah nak naik ni..'

apalagi aku pon balik la ke depan stage.. masa ni crowd depan stage masih nan hado.. aku dah riso gakk.. adehhh...

----------
masa aku smp depan stge.. crowd masih nanhado... tapi org macam dah tau la.. lepas ni apis kuar.. dj pon mula intro..

'artis berikut.. die nih menyayi.. berlakon.. mengacara.. belakon teater.. (apa lagi ntah die sebut.. cam byk jek.. aku tak konsentret..).. rambut die dulu kembang.. sekarang dah tak kembang...

belum apa2 org dah terjerit2... 'hafizzzz!!' 'hafizzzz!!' 'hafizzzz!!' 'hafizzzz!!' iskk.. kalah kaknano nih.. apis kuar je org dah bersorak... aku pusing belakang je.. tuuudiaaaaa... ntah bila masa penuh gila org kat center court tuh

first lagu Masih Jelas... smp korus je bergema dataran pahlawan.. ramai2 nyanyi sama.. takyah disuruh2 lagik... masa ni bateri kamera aku dah berkelip2 merah.. nasib sempat rekod smp abih...

before next song kelam kabut aku tukor bateri.. and again utk lagu NC nih.. smp korus je bergema satu pahlawan mall org ikut nyanyi sama ramai2 tanpa disuruh... lepas bridge.. apis cari sorang mangsa, soh nyanyi korus NC... mangsa die ialah sorg budak kecik..

mmg happening la crowd utk apis... jac pong kalah.... suka suka suka!!

----------

abis apis nyanyi 2 lgu... dj2 naik balik.. acara bagi soalan dan menang hadiah plak.. lepas tu dorg tanya crowd.. mmg crowd masih ramai.. sume tanak bergerak..

"korang sume suka imej hafiz yg macam nii (sambil tunjuk rambut apis) atau imej rambut kembang???"

sume jawab "MACAM NIIIIIIIIIIII!!!!!" pastu apis turun balik belakang stage... ramai jugak yg mengikut.. nak bergambor.. sudahnye time AYU OIAM nyanyi.. crowd tinggal tak sampai 50 org kot... pendek kata.. mmg sume tunggu apis.. sampai kan abg edil kene tarik die masuk dlm..

sebelum ada sorg budak ni nak bergambar.. tapi sorg kot.. tadak org nak tulung amikkan.. apis terus je hulur enpon budak tu kat aku soh aku snap kan..erkk.. bulih plak aku blur kejap kat situ..

punya ramai nak bergambar ngan apis.. smpaikan floor manager kene bagitau kat org2 kat situ pasni ada sesi fotografi..

----------------

abiskan citer... part paling best aku rasa.. huahahah..

lepas dgr je kata pas ni ada sesi fotografi.. aku balik depan stage... abih ayu punye turn... dorg panggil sume retis naik stge.. sebelum tu sume retis dah beratur dah belakang stage.. org buat taktau je kat dorg2 ni...

aku tak nampak pon apis berator ngan dorg ni sume.. tak kuar lagi kot.. bila dorg ni dah naik kelibat apis tak nampak gak lagik...
terjerit2 DJ2 tu panggil nama HAFIZZZZZ.. mana ko pissss.. hafizzzz...

tunggu py tunggu, sekali dgr ada org jerit "Hafiz ikut pintu belakang!"

pastu sume org tgk belah kanan.. the other side of the stage..

tiba2 nampak la apis terngendap2 kuar dr belakang pentas... sume org sorak... "EK ELEHHHHHHHHH!!! HOIIIII!!!" (sorak in a fun way la not in a bad way) dasat betul penangan apis.. smp kene kuar ikut pintu lain...

rupanya sesi fotografi tu dorg duk berdiri ramai2.. org kat bawah amik gambor... duhh! ingat kan sesi bergambar bersama retis

ada lah dlm 5 menet je kot... rajin betul dak apis ni wat pos mcm2 kat atas pentas tuh... retis lain dok tegak je...

abih 5 menet.. dorg sume turun.. tapi crowd tak berganjak.. ada yg dok panggil apis.. hulur tgn nak salam.. apis layan ler.. die sorg je tinggal kat stage tu layan crowd kat bawah.. masa ni jac dah lama balik.. dorg ni plak.. biler dpt salam ngan apis je.. terjerit2 cam org kene histerika..

ada la 5 menet lebih gak die kat situ.. smp kena panggil baru nak turun pentas.. mmg mcm STAR betul dak apis semalam.... retis lain punya la tayang muka dok tepi divider.. org buat taktau je.. apis baru tunjuk muka kat pintu tempat retis duduk je org dahbersorak.. panggil2 die..

lepas die masuk tu pon ramai gak yg dok tunggu... aku pon sama la.. tgk je apa yg ada pastu... lepas 10minit.. retis2 kuar.. apis kat depan sekali.. org nampak die je terus jerit nama die... sorak2...

korang tau.. pakgad2 kat situ basically.. eskot apis je smp kat bas. retis lain dorg biar je ngekor kat belakang.. tadak pong pakgad eskot dr belakng dorg nun

sampai sekarang aku masih tersenyum2 mengingatkan crowd kat melaka.... memang BESTTTTTT!!!"

Hafiz, Nas Adila cuba bakat berteater

Oleh Norhayati Nordin

2010/04/26

JIKA sekarang, drama K.I.T.A rancak disiarkan di Astro Ria (saluran 104) untuk menyemarakkan gema semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kit.

Pada 17 hingga 27 Jun depan, akan dipentaskan pula teater Kita - The Musical di Istana Budaya (IB). Namun, kedua-duanya tiada kaitan.

Bersandarkan kos penerbitan sebanyak RM1.5 juta, Xiyue Art & Culture menjadi produksi bukan Melayu pertama diberi peluang mementaskan teater yang memupuk semangat perpaduan antara kaum. Hubungan setia kawan menjadi tunjang utama walaupun watak tiga anak muda berlainan agama dan budaya. Namun, mereka adalah rakyat di bawah negara yang sama, Malaysia. Justeru, barisan pelakon muda diberi kepercayaan menerajuinya.

Bahkan, siapa sangka juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 20, terpilih dalam uji bakat membawa watak Rahman. Begitu juga dengan pelajar pertama tersingkir dalam AF7, Nas Adila Mohd Dan atau Adila, 24, turut berpeluang.

Gadis dari Ipoh, Perak ini melakonkan watak Ayu iaitu seorang gadis kampung yang miskin dan buta huruf. Namun, wujud bibit cinta antara Ayu dan Rahman apabila pemuda itu banyak membantu mengajarnya membaca. Apakah yang berlaku seterusnya? Pasti ramai yang ingin mengetahui kesudahannya. Ditambah lagi, Rahman juga bersahabat baik dengan Cheong lakonan Eric Lin dan Ganesh (Michael Rao). Mereka menyimpan tekad untuk berjaya dalam hidup serta memiliki semangat perpaduan yang tinggi.

Hafiz yang ditemui pada sidang media memperkenalkan pelakon utama Kita - The Musical di IB, baru-baru ini, berkata dia sememangnya sudah sedia menjadi pelakon. "Pemilihan saya membintangi teater ini berdasarkan sesi uji bakat yang dihadiri. Saya pun tidak sangka akan dipilih dan menganggap ia sebagai rezeki. Sebagai artis baru, saya perlu berani mencuba dan meraih peluang yang ada untuk masa depan.

"Saya perlu bekerja keras untuk memastikan berjaya sebagai insan seni. Menyanyi tetap pilihan pertama, tetapi menyedari persaingan yang mendatang, saya perlu ada strategi. Satu daripadanya, mencuba dalam bidang lakonan tanah air," katanya.

Berasal dari Kuching Sarawak, Hafiz berkata tujuan utamanya menyertai bidang teater ialah untuk menguji tahap kebolehan diri. Bahkan, ujarnya pada usia yang masih muda inilah dia perlu banyak berusaha menghasilkan karya sendiri yang bermutu.

Sementara itu, Nas Adila berkata memang menjadi impiannya untuk merebut peluang beraksi di atas pentas persembahan berprestij seperti IB. Malah, berlakon dalam teater muzikal pun bukan perkara yang boleh diambil mudah pendekatannya.

"Ini kali pertama saya bergandingan dengan Hafiz berlakon bersama. Antara kami, masing-masing tiada pengalaman, tetapi tiada salahnya mencuba. Apapun, bagi saya pembabitan pelakon dalam teater muzikal diperkukuhkan dengan lontaran vokal yang kuat," katanya.

Baru muncul dengan single terkininya, Bidadari Syurga, selain Nas Adila, Hafiz, Eric dan Michael, barisan pelakon lain yang membintangi Kita - The Musical ialah Amy Wang sebagai Chun Mei, Datuk Jalaluddin Hassan (Pak Hassan) Lim Cheng Hock (Chin SR) dan Sukania Venugopal (Nenek Naini).

Diarahkan Ho Ling Huay, pementasan Kita - The Musical membawa kisah pada awal 1970-an di Teluk Intan, Perak. Ia memaparkan cerita tiga budak lelaki, Rahman, Cheong dan Ganesh yang berjiran serta kawan lama dari kecil hingga dewasa.

My Baby You by Hafiz and Nick Merico




Wednesday, April 21, 2010

Tuesday, April 20, 2010

HAFIZ ON FACEBOOK

Dear Fans & Friends...

Recently we noticed that there are so many Hafiz Fan Page surfacing in the Facebook. We appreciate the devotion given to our beloved Hafiz but the thing is... this can mislead fans. People are confused, thinking that it's actually Hafiz who posted all those replies and comments... but in actual fact, it is not..

So here I would like to stress on this matter. Please take note that there are ONLY 3 ACCOUNTS that are the ABSOLUTELY VALID FACEBOOK OF HAFIZ.

Here's the link :

Mohd Hafiz
http://www.facebook.com/profile.php?id=714542487&ref=profile#!/hafiz90meekolok?ref=ts

Mohd Hafiz Suip
http://www.facebook.com/profile.php?id=714542487&ref=profile#!/profile.php?id=100001020452363&ref=ts

Hafiz AF7 Fan Page
http://www.facebook.com/profile.php?id=714542487&ref=profile#!/pages/Hafiz-AF7/134373657053?ref=ts


Sincerely...

AdminHafizFC

Hafiz @ Mangga


Sunday, April 18, 2010

ATTENTION!!! LATEST UPDATES ON HOW TO VOTE FOR HAFIZ - NOKTAH CINTA

1. ERAPDE Noktah Cinta, Tajuk Lagu 2 send to 32555,

2. HM Noktah Cinta, Tajuk Lagu 2, Tajuk Lagu 3 send to 33399

3. Muzik-muzik 25 - http://www.tv3.com.my/muzikmuzik/

4. SURIA 30 HAFIZ AF7 send to 33080

5. MUZIK A send to 32776 <------Pls check kedudukan lagu NC di carta MuzikFM

6. HITS1 JELAS send to 32776 <-----Pls check kod lagu NC

7. KLFM HITS M05 send to 32728 <------Pls check kod lagu NC

8. carta masih send to 32776 <------Pls check kod lagu NC

9. PMT Nama Anda, Noktah Cinta send to 32555


LINK UNTUK VOTE/REQUEST NC
------------------------------------------------

Undi Online Muzik-Muzik
(20 undian sahaja utk satu PC) kalo byk PC leh undi byk2.....ekekeke

Muzik fm

Era fm
(kat bahagian cadangan lagu dimasukkan dalam carta)

Hot fm

Suria fm
(dah boleh request guna web...tapi kat field NO KLIK tu letak la no tel ikut format yg diberi)

Klfm

KONTI KLfm
Undi 2 buah lagu pilihan anda
Setiap Isnin dan Selasa ( slot undian carta Klfm ) 3 hingga 4 petang
Cara: KLFM 2 KOD LAGU>hantar ke 32728

Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’ - 20 April 2010


Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’ akan diadakan di Stadium Mini Kampung Beladin di dalam Kawasan Parlimen Batang Lupar, pada 20 April 2010. Ianya akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai acara dan program menarik telah disusun bermula dengan pameran dan jual sempena Karnival ‘Jom Berambeh’ pada jam 2 petang, 19 April 2010. Persembahan artis jemputan istimewa, Hafiz AF7 akan diadakan pada jam 11.30 pagi, 20 April 2010. Penduduk-penduduk di sekitar Kampung Beladin dan persekitaran adalah dijemput untuk menghadiri program ini.

Marilah kira bersama-sama memeriahkan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’! Jumpa anda di sana!

Thursday, April 15, 2010

Tapak Permulaan Hafiz dan Aril




DUA penyanyi yang bakatnya terserlah sejak menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia (AF) ini boleh disifatkan bernasib baik kerana mempunyai peminat yang ramai. Bahkan lagu-lagu dendangan mereka turut mendapat perhatian di kalangan peminat.

Baik Hafiz mahupun Aril, jenama AF membantu kerjaya seni mereka dalam mencari tapak yang lebih luas.

Demi kerjaya seni, dua anak muda ini yakin mampu memberikan saingan yang sihat di bidang seni suara.

Biarpun kerjaya seni mereka masih hijau, namun Hafiz dan Aril telah diberi kepercayaan oleh pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), menghiburkan peminat dalam Konsert Muzikal yang dijangka bersiaran selama 30 minit di Astro Ria (saluran 104, Astro) bulan depan.

Pada sesi rakaman konsert tersebut di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini, Hafiz dan Aril masing-masing menghiburkan peminat menyanyikan sebanyak lima buah lagu.

Dianjurkan khusus untuk siaran Astro, peminat hiburan amnya berpeluang melihat persembahan secara 'live' oleh penyanyi kesayangan mereka.

Berkonsepkan santai, ia sebagai medan bagi artis-artis muda kelahiran Astro sendiri untuk mengendalikan konsert sendiri dengan lagu-lagu hit yang dipopularkan oleh mereka.

Apa yang pasti, rakaman itu juga memungkinkan ia diterbitkan dalam bentuk klip video khas buat tontonan penonton setia Astro.

Hadir dengan imej rambut pendek, Hafiz yang memakai kemeja putih dan berseluar kelabu menerima tepukan gemuruh daripada peminatnya yang bagaikan tidak sabar menyaksikan persembahan penyanyi yang berasal dari Sarawak itu.

Di hoskan oleh Aril, Hafiz memulakan tirai persembahannya dengan mempersembahkan lagu hitnya, Masih jelas.

"Ini satu platform buat saya untuk terus mendekati peminat. Bukan mudah mengendalikan konsert sendiri apatah lagi saya masih baru di bidang nyanyian.

"Apa yang pasti peluang ini saya cuba gunakan sebaik mungkin sebagai proses pembelajaran buat saya mengadakan pelbagai persembahan di masa akan datang," kata Hafiz.

Berdasarkan persembahan Hafiz pada sesi rakaman tersebut, jelas mutu vokalnya tidak terganggu biarpun berhadapan dengan sorakan daripada peminatnya.

Selain Masih Jelas, empat lagi lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz ialah Ku Akui, Nokhtah Cinta, Awan Nano dan Watak.

Mengulas imej barunya, kata Hafiz, dia terpaksa memotong rambutnya yang selama ini begitu digemari ramai lantaran sering mengalami kerosakan rambut yang ketara.

"Bukan kerana nak tukar imej tetapi sebab rambut saya ada masalah dan mengalami kerosakan. Insya-Allah saya akan simpan kembali rambut saya agar panjang seperti sebelum ini," kata Hafiz.

Berbalik pada rakaman konsert tersebut, Aril yang turut sama membuat rakaman Konsert Istimewa Bersama Aril pada hari yang sama muncul dengan imej ala Korea menghiburkan peminatnya yang hadir selepas tamat program Debaran AF baru-baru ini.

Dihoskan oleh penyampai Era FM, Reza, tirai persembahan Aril dibuka dengan lagu dari siri drama muzikal popular Astro, Kau & Aku iaitu Menatap Matamu.

Mencari kelainan, persembahan Aril lebih menarik apabila tampil menyampaikan lagu Jawab diiringi muzik akustik petikan gitar oleh Amar, Anak Wayang.

"Saya akui gementar membuat persembahan di hadapan penonton secara live. Biarpun ia adalah rakaman, namun ada ketika rasa seperti belum bersedia sepenuhnya.

"Apabila ditawarkan oleh Astro untuk mengendalikan konsert mini sendiri, saya rasa inilah masa yang terbaik untuk saya mengumpul pengalaman.

"Secara tidak langsung segala pengalaman dan pembelajaran yang saya lalui dalam AF terimbas semula.

"Biarpun sedikit malu, tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar," kata Aril.

Aril turut menyampaikan beberapa lagi lagu termasuk lagu baru ciptaan Audi Mok, Merdeka, Biar Begini dan Semua Tak Sama.

Selain sibuk menjalani aktiviti nyanyian, Aril kini turut mengendalikan rancangan hiburan popular Astro, Trek Selebriti.

Tidak mahu dibayangi pengacara asal rancangan itu, Jimmy Shanley, kata Aril dia ada cara tersendiri dalam mengendalikan rancangan tersebut.

"Saya rasa saya sudah jauh menyimpangkan pemikiran penonton untuk merasakan saya dibayangi Jimmy sepanjang mengendalikan Trek Selebriti.

"Apa yang boleh saya katakan, setakat ini saya tidak boleh nak berpuas hati sebab saya sendiri masih lagi baru dalam bidang ini," kata Aril lagi.


Source : Utusan Malaysia Online, 15th April 2010

Hafiz @ Administrative Professional Seminar (APS) Dinner, 13th April 2010




Friday, April 9, 2010

Celebrity Fitness Mid Valley Grand Re-Launch Gala

Celebrity Fitness sponsors Malaysian sports teams in its CSR initiatives
… re-launch the newly renovated flagship club in Midvalley


Kuala Lumpur, 26 March 2010 – Asia’s fastest growing fitness company, Celebrity Fitness announced its series of CSR initiatives aimed at supporting various Malaysian sports teams; at its newly refurbished Midvalley club today.

The Press Conference saw local sports representatives such as those from the Malaysian Ice Hockey Federation, CHARM (Cheerleading Association and Register of Malaysia), SRGC (Sarina’s Rhythmic Gymnastics Club) Olympic Dream Team, Dream Chaser Drifter Team and also Dream Team Sea Games receiving sponsorship worth more than RM200, 000 collectively.

Said Mr. Hendra Nugraha, Regional Marketing and Promotions Manager of Celebrity Fitness, “We started our CSR initiatives in Indonesia, Turkey, and finally India. Being a fitness chain, we need to support causes that are relevant to us and also the society, hence we choose to support the sporting scene in these countries. Our CSR projects did extremely well, so we adopted it in Malaysia. Now that we are the 2nd biggest fitness chain in the country, we have ample resources to support the various local sports associations.”

Celebrity Fitness had committed to a sponsorship worth RM75, 000 to 24 players of the Malaysian Ice Hockey Federation (MIHF) and RM90,000 worth of sponsorship to 30 gymnasts from CHARM. As for the 10 gymnasts from SRGC Olympic Dream Team and 10 members of the Dream Team Sea Games, each organization would obtain RM30, 000 worth of sponsorship respectively. Lastly, the 5 drivers of the Dream Chaser Drifter Team would be presented with a sponsorship amounting to RM18,000.

The sponsorship was in the form of lifetime membership at Celebrity Fitness. As long as the members of the sponsored organizations were still attached to their respective teams, they were given the full access to all the facilities in the clubs, at all times. Celebrity Fitness has a wide range of experts such as personal trainers, dieticians, counselors, consultants and so forth. All these experts would be able to provide the team members with proper trainings and advices needed to equip them for their competitions and tournaments.

Added Hendra, “If we have the chance, we would want to sponsor all the sports associations in this country. However, we want to be cautious and start small first. If this follows through, we will certainly ‘adopt’ more sports associations. Our selections are very simple. We pick those that need our services and those whom we see have potential in growing into something bigger.”

“Adopting CSR will definitely impact on the internal and external environment of the company. Both management and employees can proudly say that they contribute to the benefit of the society and the community. Moreover, charity-based CSR activities are likely to take a hit whereas sustainability-driven CSR initiatives would make more progress,” commented Hendra.

Aside the announcement of the CSR driven initiatives, Celebrity Fitness also took the opportunity to introduce the newly refurbished Midvalley club.

Managing Director of Celebrity Fitness, Mr. Choi KwangHo who was also present at the Press Conference said, “Our initial plan to revamp this club is because we want a fresh, new look for this place. We want to offer better work out environment for our existing members and also to provide them with better facilities. Nothing is more important than customer satisfaction for us. As long as they are happy, we are happy. Our membership grows everyday. We need ample space to cater to all of them.”

The Midvalley club, which was also the flagship club of all the eight clubs in Malaysia, now boast of its large area; double storey club measuring 45,000 square feet. Aside the expanded Yoga and Aerobics room, there was now a Pilates room specially constructed for the one-on-one sessions. Also, a Kid’s Play Centre facility was also created. This would allow parents to go for their exercise classes with a peace of mind, while their children were being taken care of by the friendly Celebrity Fitness’ staffs. There was also a swimming pool outside the club for members.

Choi added, “This new face-lift will reveal a sleeker and sophisticated look with bigger work-out areas, and also state-of-the art equipments to be enjoyed by members.”

“We have our reasons of adopting the ‘celebrity’ look. If you observe all the eight clubs belonging to Celebrity Fitness, they all adopt the same concept; clean, sleek and sophisticated. Our members are special to us, we want them to feel special too, hence a ‘celebrity’ concept fitness outlet is probably the best way to reward them. Their work out experience should be nothing short of a ‘celebrity’ treatment,” concluded Choi.

The event was then followed by a party for celebrities, members of the media and also invited guests. More than 130 local artistes, such as Mawi, Amber Chia, Daphne iking, Jehan Miskin, Vanessa and Vince Chong, Zizan Nin, Craig Fong, Ferhad, Jeslina Hashim, Jojo Struys, Ning Baizura, Steve Yap, Daniel Lee, Cindy Chen, Hafiz (AF), Emmeline Ng, Pop Shuvit, Carven Ong and Carrie Lee were seen at the launch.

Attractive prizes were given away during the lucky draw sessions that evening. Guests went home with exciting gifts from sponsors such as Bioxil Skin Care, Nutrimetics Cosmetic, Blackmores, Danai Spa, Burberry Sport, Once A Week, Heineken and Cham’alal.

Source: http://www.celebrityfitness.co.id/index.php/aboutus/public-relations/malaysia/68-malaysia/149-celebrity-fitness-operational-hours-during-chinese-new-year.html

Photo credit to: Dior 디요-Sampai Ke Lantai's Photos

Dior  Hafiz AF7
Related Posts with Thumbnails