Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2011: Selepas ada beberapa pihak termasuk artis yang mempertikaikan serta tidak berpuas hati dengan pencalonan setiap kategori dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), terdapat pula khabar angin yang mengatakan terdapat segelintir penyanyi mahu memboikot dengan tidak hadir ke majlis anugerah tersebut.
Mengulas mengenai khabar angin itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM18, Rosmin Hashim bagaimanapun kurang pasti dengan wujudnya tindakan beberapa orang artis yang mahu memboikot anugerah tahunan itu , selain memberitahu perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku.
Malah dia berpendapat, sepatutnya seluruh penggiat seni harus menyokong penganjuran AIM 18 kerana anugerah berkenaan dianjurkan bagi meraikan bakat-bakat anak seni tempatan.
"Saya tidak tahu menahu mengenai hal ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati, namun saya tidak terfikir pula ada pihak iaitu penggiat seni tempatan sendiri yang mahu memboikot penganjuran AIM kali ini.
"Lagipun saya agak pelik kenapa perkara ini perlu berlaku. Padahal AIM adalah satu platform untuk anak seni tempatan diraikan secara besar-besaran.
"Namun kami tidak berhak untuk berkata apa-apa kerana setiap tahun kami tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tapi kami cuba memperbaikinya dari tahun ke tahun," jelasnya dalam sidang media AIM18 yang ketiga, petang tadi.
Meskipun begitu, Rosmin tidak merasakan pengajuran AIM 18 kali ini telah diboikot selepas melihat penyertaan ramai artis popular yang turut memeriahkan anugerah tersebut dengan membuat persembahan dan ada juga menyampaikan anugerah.
"Saya bukan hendak menafikan AIM18 kali ini telah diboikot tetapi sudah terbukti penganjuran kali ini telah disokong oleh ramai artis dari nama-nama besar yang datang untuk membuat persembahan dan juga menyampaikan trofi.
"Apa-apa pun, saya melihat perkara ini dari sudut positifnya.Maksudnya, bila ada pihak yang bertindak sebegini, ia menunjukan mereka terlalu mengambil berat terhadap apa yang berlaku dalam industri muzik kita," tambahnya lagi.
Bertemakan Bergemerlapan dan Glamor, AIM 18 yang akan berlangsung di Stadium Putra Kuala Lumpur pada 12 November ini bakal digegarkan oleh artis-artis seperti Yuna, Nashrin, Jaclyn Victor, Shila Amzah, 6ixth Sense, Hazama dan Hafiz yang akan membuat persembahan.
Manakala artis-artis yang bakal hadir sebagai penyampai trofi adalah seperti Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Tony Eusof, Ziana Zain dan Fauziah Latif.
Source : www.murai.com.my
Pandangan Hafiz Mengenai Isu AIM 18 Diboikot
Saya tak ada hak nak komen sebab masih baru dalam industri. Lagipun saya tak boleh komen lebih-lebih sebab tak pasti punca anugerah ini diboikot. Namun dari segi pandangan saya sendiri, wajarlah diselesaikan perkara ini dengan cara baik. Jika berterusan, macam mana industri kita nak maju.
Source : www.gua.com.my
Pandangan Hafiz Mengenai Isu AIM 18 Diboikot
Saya tak ada hak nak komen sebab masih baru dalam industri. Lagipun saya tak boleh komen lebih-lebih sebab tak pasti punca anugerah ini diboikot. Namun dari segi pandangan saya sendiri, wajarlah diselesaikan perkara ini dengan cara baik. Jika berterusan, macam mana industri kita nak maju.
Source : www.gua.com.my
No comments:
Post a Comment