Wednesday, October 12, 2011

PERTARUHAN NIPSTER DARIPADA 2 JUARA AF



Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2011: Dua juara program realiti Akademi Fantasia (AF), Hafiz (AF7) dan Hazama (AF9) bakal bertarung dalam merebut kejuaran dalam satu pertandingan menguji populariti mereka yang dikenali sebagai NIPster.

Mereka berdua kini berentap untuk menguji pengaruh masing-masing dengan cara yang berbeza seperti yang pernah mereka lalui sebelum ini.

Keunikan pertandingan kali ini tidak terletak kepada keupayaan vokal tetapi lebih kepada kemampuan mereka mendapatkan peminat-peminat di dunia digital dan meraih sokongan mereka melalui satu kempen di Facebook yang dikenali sebagai NIPSter.

Melalui kempen ini, Hafiz dan Hazama memerlukan undian dan sokongan peminat bagi membolehkan mereka dinobatkan sebagai ikon NIPSter yang pertama di Malaysia. Dalam pertandingan ini peminat perlu melayari www.facebook.com/nipsmalaysia dan pilih artis kegemaran mereka, samada Hafiz atau Hazama.

Peminat boleh memulakan proses mengumpulkan mata melalui tiga permainan digital yang direka khas untuk menguji kehebatan dan kemahiran permainan digital mereka. Artis yang mendapat pengutan markah yang paling tinggi akan dipilih sebagai ikon NIPSter.

Tambah menarik, apabila peminat yang menyertai permainan digital facebook ini berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa iPad2 dan hadiah utama iaitu MacBook Pro hasil daripada mata terkumpul dari minggu pertama hingga minggu kelapan.

Pengarah Pemasaran URC Foods Sdn Bhd, Chan Wai Keong berkata, konsep pertandingan permainan digital yang menggunakan juara program realiti paling popular di negara ini adalah pertama kali diperkenalkan pihak NIPS dengan kerjasama Astro.

"Ini adalah inisiatif yang unik daripada pihak kami untuk berinteraksi dengan peminat dan penggemar Nips melalui kaedah yang cukup santai dan menyeronokkan. Kami berhasrat NIPSter bakal menjadi satu komuniti digital yang unggul dalam mendekatkan jenama kami dengan kemahuan dan kehendak pengguna berdasarkan trend dan kehendak semasa.

"Tambahan pula, kami yakin, inisiatif ini akan sentiasa menjadikan Nips popular dan relevan dikalangan pengguna terutamanya remaja di negara ini," katanya.

Kempen yang bermula pada 26 September ini akan berlangsung selama 8 minggu dan akan berakhir pada 20 November 2011. Sepanjang kempen berlangsung, peminat yang berjaya mengumpukan mata tertinggi untuk setiap minggu akan diumumkan di laman facebook.com/nipsmalaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails