- Foto AHMAD IZZRAFIQ
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 langsung tidak menyenaraikan lagu Irama Malaysia antara 30 lagu yang bertanding pada 18 November, 25 November dan 2 Disember depan.
Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios, Fadzliniza Zakaria, akui lagu Irama Malaysia memang tidak dicalonkan sejak awal program Muzik Muzik 26 bermula.
“Tahun ini, memang tiada penyertaan lagu Irama Malaysia kerana sekarang ini kami lebih mengutamakan single berbanding lagu-lagu dalam album. Jadi, agak susah untuk membuka peluang kepada penyanyi yang membawakan lagu Irama Malaysia,” katanya semasa sidang media pengumuman 30 lagu ke AJL 26 di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, di sini, Selasa.
Kebanyakan lagu yang dicalonkan berentak Pop Rock dan Balada seperti Sungai Lui yang dinyanyikan oleh Aizat dan dicipta sepenuhnya oleh Aizat dan Anas, Kisah Hati (Alyah/ Manusia Putih), Ilusi (Adira/ Audimok), Janji (Akim), Awan Nano (Hafiz/ M. Nasir/ Budi Hekayat), Menyesal (6ixth Sense/Gjie), Maaf Dari Hati (Sofazr/ Mohd Atlas), Aku Permata (Salma/ Taja/ Tun Teja), Sedetik Lebih (Anuar Zain/ Edry Abdul Halim), Di Penghujungnya (Iqa/ Edry Abdul Halim).
Turut bertanding adalah Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito), Babak Pertama (Drama/ Ammar Habir/ Aepul), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Pokok (Meet Uncle Hussain & Nubhan/ Taja/ Tun Teja), Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet), Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah/ Kevin Chin/ Tinta), Cinta Teragung (Hazama/ Kuncidemak), Cinta Muka Buku (Najwa Latif/ Ika Latif), Bila Bertemumu (Shiha/ Ajai).
Lagu-lagu lain yang tercalon adalah Muda (Hujan/ Noh Hujan), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol/ Boy Clifford), Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan/ Noh Hujan), Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Karma (Faizal Tahir/ Audi Mok), Mata Hati (Nubhan/ Audi Mok), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque/ Monoloque), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Matiku (6ixth Sense), Penakut (Yuna), Kisah Dongeng (Stacy/ Edry Abdul Halim).
Menurut Fadzliniza lagi, Anuar Zain kemungkinan tidak akan membuat persembahan dalam pertandingan ini.
“Mengenali Anuar Zain, dia tidak mungkin akan menyertai pertandingan seperti ini. Kami pernah berbincang dengan pihak KRU tentang perkara ini dan mereka masih belum membuat keputusan tentang calon yang sesuai untuk menggantikan Anuar Zain menyampaikan lagu Sedetik Lebih.
“Jadi, kami akan menunggu keputusan tersebut sehingga diketahui pada 2 Disember depan jika mengikut giliran persembahan lagu tersebut,” ujarnya.
Fadzliniza menganggap pencalonan pada tahun ini lebih seimbang bilamana kumpulan indie, artis solo, duet dan trio sama-sama memeriahkan pertandingan ini.
“Saya melihat setiap artis yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri dan tahun ini artis solo kembali mendominasi peringkat separuh akhir AJL 26,” katanya lagi.
Separuh akhir AJL 26 akan disiarkan di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 18 November, 25 November dan 2 Disember depan, pukul 9 hingga 10.30 malam.
Source : www.mstar.com.my

No comments:
Post a Comment