Thursday, May 31, 2012
MH TV - Ucapan Istimewa Ulang Tahun MH Ke 27
Tuesday, May 29, 2012
Monday, May 28, 2012
CELEBRATING SUDIRMAN
By N. Rama Lohan
Astro pays homage to one of the greatest entertainers in Malaysia, the late Sudirman Haji Arshad, in a tribute concert.
It's taken two decades, but perhaps 2012 is a timely year to mark the 20th death anniversary of arguably one of the most dynamic performers Malaysia has ever seen - Sudirman Haji Arshad.
The diminutive frontman's legacy is currently celebrated in a grand fashion with Astro's month-long Aku Sudirman campaign, which kicked off on May 11 and will include a musical extravaganza, Konsert Kenangan Sudirman, on June 3 at the Cheras Football Stadium in Kuala Lumpur.
Music industry lumanaries and upstarts will take to the stage to present Sudirman classics from the singer's peak years in the 1980s and more. Among the heavyweights who will grace the stage are Datuk Siti Nurhaliza, AC Mizal, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Rahim Maarof, Hujan and Azlan and The Typewriter.
Bedazzled : Hafiz rates his idol Sudirman as the consummate entertainer
The concert is scheduled to begin at 9pm, but the stadium gates will be opened earlier for pre-show activities.
A new crop of artistes is also expected to contribute to the tribute, including the likes of Hafiz, Hazama, Alyah, Adira and more. A bunch of them were rounded up recently to share their thoughts on what got them involved in celebrating the life of Sudirman, whose music has been inexplicably overlooked since his demise in 1992.
"I was doing some research on hip-hop and realised that Sudirman has quite a lot of hip-hop elements in his music. I've been researching his music for the past two to three years and have become a big fan," enthused hip-hop perveyor Altimet, who collaborated with fellow Teh Tarik Crew alum DJ Fuzz on the rap/hip-hop flavoured Punch Card on the tribute album Aku Sudirman - Suatu Interpretasi (which also features the likes of The Kebayas, XPDC Junior, Hujan, Awan Band and Taxi), releases in conjunction with the Aku Sudirman campaign.
Hafiz, Akademi Fantasia 7 winner, could barely stop waxing lyrical of his idol : "He's a real source of inspiration and always carried himself well. His brand of music caters to all generations of music lovers, from the young to the old. Everyone likes Sudirman's music because it's timeless. He recorded some really memorable stuff. When I was young, my dad used to play Antara Hujan dan Airmata at home and that's become one of my favourite songs of his."
Hafiz also pointed out that Sudirman wasn't merely a singer, but he was a consummate entertainer, too. "He did outrageous things like the Chow Kit concert (in KL) and wore the Malaysian flag," Hafiz enthused.
"He was ahead of his time. He was a real trendsetter. He did fashion and even had his own fizzy drink. He is a phenomenon," chipped in DJ Fuzz.
A large population of the younger generation have little knowledge of Sudirman's music because his tunes were barely aired since his demise, so getting the audience to tune in at the concert is surely going to be a challenge.
Akademi Fantasia 8 runner-up, Adira, thinks otherwise, though.
"The music has been re-arranged to give it a more contemporary feel, so I think the audience will be able to enjoy what we're doing to present," the petite singer said.
Hazama, Akademi Fantasia 9 winner, echoed the sentiments of his reality show contemporary : "We're going to mix and match things, like the clothing and the styling of the show. Sudirman reached out to a lot of people with the many different kinds of songs he did - sad songs, happy songs ... so many different things."
The assembled artistes are still unsure of what songs they will be performing at the concert (a tribute of sorts to the record-breaking Chow Kit concert), but Hafiz is certain that it will be a blast.
"We are all going to do our own thing, but the evergreen feel of Sudirman's songs will ensure the music gets across to the audience," he assured.
Although all the artistes have never seen Sudirman in the flesh, DJ Fuzz draws himself some degree of exclusivity by relating how he was lucky enough to have met the legend at a concert when he as a child.
"I watched a concert of his when I was about nine, I think. I remember getting an autograph from him," beamed the musician.
Even if 20 years have lapsed since Sudirman's passing, his timeless music will continue to endure well into the future.
The Star is the official English print partner of Aku Sudirman.
Goodies!
In conjunction with the concert, The Star will be giving away Aku Sudirman goodie bags to readers. Courtesy of Astro, these goodie bags will include exclusive Aku Sudirman merchandise and other freebies, as well as four access passes to The Star's private area at the concert.
All you need to do is bring this article to the redemption counter on June 1 (Friday), open from 11am at Menara Star, Phileo Damansara 2, 15, Jalan 16/11, Section 16, Petaling Jaya, Selangor. Each person will be entitled to just ONE goodie bag, which will be given on a first-come, first-served basis.
Source : www.thestar.com.my
3 MANIA KE INDONESIA
Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
Sejak bintang kelahiran Singapura, Aaron Aziz dipilih peminat selaku Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bulan lalu, tidak dinafikan ramai terus meluahkan rasa tidak puas hati dek 'penjajahan' artis luar.
Terbaru, apabila program Mania yang turut disertai produser muzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani membawa pulang RM300,000 apabila peserta bimbingannya, Hafiz dijulang juara pertama Mania, sekaligus menang RM500,000.
Alasan mereka, kehadiran Ahmad Dhani mencari bakat tempatan bakal menutup periuk nasi produser muzik tempatan pula. Sejauh mana dakwaan itu memberi impak kepada senario muzik tanah air, tepuk dada tanya selera.
Namun, di sebalik dakwaan itu, ada hikmah halus yang terselit buat anak seni tempatan. Hikmah dimaksudkan apabila pengasas kumpulan Dewa 19 itu memilih tiga penyanyi yang akan merakamkan album khas untuk pasaran Indonesia.
Selain Hafiz, dua lagi artis bertuah ialah Stacy dan Jaclyn Victor. Selain itu, Ahmad Dhani juga mempertimbangkan dua artis lain untuk turut dibawa ke sana. Dua artis yang diuar-uarkan bakal disunting Ahmad Dhani ialah Shila Amzah dan Alyah.
Malah, Ahmad Dhani ketika ditanya mengenai pentas akhir program itu pada Sabtu lalu, mengakui program Mania dilihat sebagai pentas hiburan di luar jangkaannya.
"Di Indonesia, belum ada lagi pertandingan muzik seperti ini. Daripada segi persembahan, saya belum pernah merasai dan menikmati suasana sebegini hebat. Mania sememangnya berada di tahap tersendiri.
"Mengenai perancangan membawa Mania ke Indonesia, memang ada, cuma masih belum tahu sama ada konsepnya sama atau tidak. Banyak perkara harus difikirkan dan diperincikan semula," katanya.
Ahmad Dhani berkata, pemilihan Hafiz, Stacy dan Jac dilakukan sebelum keputusan kemenangan berpihak kepada mereka malam itu. Persembahan ketiga-tiga artis kelahiran program realiti itu menunjukkan kepelbagaian dan peningkatan pada setiap minggu.
"Walaupun peluang ini tersedia untuk mereka, saya tidak jamin ia akan meletup kerana ia tetap terpulang kepada usaha mereka juga. Lagu untuk Stacy sudah siap, hanya Hafiz dan Jac belum.
"Ia akan siap dalam masa terdekat. Mengenai konsep lagu untuk Hafiz dan Jac, ia masih belum ditentukan lagi," kata Ahmad Dhani tatkala ditanya mengenai status single itu.
Walaupun kecewa dengan keputusan Hafiz menukar lagu final pada saat akhir, Ahmad Dhani tetap yakin pada bakat dan kemampuan penyanyi kelahiran Sarawak itu.
Hafiz sepatutnya menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody nyanyian asal kumpulan lagenda rock Britain, Queen berduet dengan Faizal Tahir sebelum menukar pada saat akhir kepada lagu Beribu Sesalan berduet bersama Sarah Raisuddin.
Pun begitum tanpa berselindung dia tetap memuji vokal Hafiz menyampaikan lagu solo I Believe I Can Fly, malah tidak menyangka ada penyanyi dari Asia mampu menyanyikan lagu dipopularkan R Kelly itu dengan baik.
Hafiz berjaya mengatasi jumlah undian SMS tertinggi yang sebelum itu dipegang Jaclyn pada awal persembahan sebanyak 29 peratus. Tempat kedua milih Stacy dan ketiga Jac. Hazama dan Aril masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Sementara itu, Jac nampak kecewa dengan kekalahannya, namun tetap selesa dengan kedudukan tempat ketiga dan optimis melihat Mania sebagai pentas terbaik dalam kerjaya seni bergelar penyanyi.
Jika dilihat barisan artis bertanding, kekecewaan Jac ada benarnya kerana kebanyakan finalis lahir daripada program realiti hiburan yang dinobatkan melalui undian SMS.
Malah, mereka juga masih 'panas' dan 'segar' pada mata peminat tempatan berbanding dirinya yang sudah lama di dalam industri.
"Saya sedar belum cukup popular berbanding finalis Mania lain dan itu sebabnya saya tidak mendapat undian tinggi. Saya hanya penyanyi yang dikenali tapi kurang popular.
"Dalam pertandingan yang hanya mengharapkan undian SMS sepenuhnya, saya pasti ia sukar dijangkakan. Lebih-lebih lagi penyanyi seperti saya.
'Saya tidak sepopular penyanyi yang lebih baru daripada saya seperti Hafiz dan Stacy." kata Jac mengaitkan diri mengenai populariti.
Walaupun enggan mengakui berasa kecewa dengan kaedah pemarkahan melalui penjurian SMS, Jac akur pilihan sebenar terletak di tangan peminat. Lagipun, semua finalis memberi persembahan terbaik untuk merebut peluang diberi.
Jac akui persembahannya malam itu kurang bertenaga dan beranggapan pilihan lagu Kenangan Terindah kurang sesuai. Apatah lagi dia turut berdepan masalah teknikal pada awal persembahan.
Jac juga mendedahkan, dalam tempoh seminggu sebelum persembahan malam final, dia diserang sakit teruk dan muntah-muntah. Ia dikatakan berpunca daripada tekanan dan masalah 'anxiety' berlebihan apabila pertandingan semakin sengit.
Walaupun kalah di tangan artis baru, Jac tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya tetap berpegang pada niat awal menyertai Mania, yakni menyerap ilmu dan pengalaman bekerjasama dengan produser muzik hebat.
"Saya kena berfikiran positif dan sentiasa tidak puas hati dengan apa saja yang saya lakukan. Sebab itu sya akan sentiasa ada rasa kecewa supaya saya sentiasa boleh perbaiki diri dari semasa ke semasa.
"Saya reda dengan apa yang berlaku dan ia membuatkan diri saya lebih kuat untuk berdepan hari mendatang. Apapun, saya anggap ini pengalaman manis buat saya.
"Dalam Mania, bakat saya akhirnya diperakui dan berbesar hati mendapat peluang bekerjasama dengan Ahmad Dhani untuk single terbaru. Banyak perkara saya belajar ketika menyertai program ini.
"Sebab itu saya bersetuju pada peringkat awal," katanya yang kini berada di Jakarta untuk menjayakan pertandingan Indonesian Idol kali kedua.
Source : www.hmetro.com.my
Friday, May 25, 2012
Pukau pengundi, Hafiz kini bergelar superstar
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 MEI 2012
Debaran program realiti terbitan Astro, Mania berakhir apabila Hafiz daripada empayar Hijau, dinobatkan sebagai juara dalam konsert akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu. Bekas juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu, meraih undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi Mania.
Menerusi konsert akhir itu, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, berjaya mendahului empat lagi pesaingnya iaitu Hazama, Aril, Stacy dan Jaclyn Victor. Kejayaan Hafiz yang berada di bawah bimbingan Ahmad Dhani turut membolehkan penerbit muzik daripada Indonesia itu membawa pulang hadiah bernilai RM300,000.
Membawakan lagu solo I Believe I Can Fly, (nyanyian asal R.Kelly) dan Beribu Sesalan berduet bersama Siti Sarah (nyanyian asal Sheila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura), Hafiz nyata telah berjaya memikat hati peminat dan pengundinya dengan persembahan mantap. Menurut Hafiz, kemenangannya pada malam itu tidak pernah diduga.
"Alhamdulillah, mungkin sudah menjadi rezeki saya untuk bergelar superstar Mania yang pertama. Saya terkejut dan dalam masa sama gembira apabila nama saya diumumkan sebagai juara.
"Bagaimanapun, di dalam pertandingan ini semuanya superstar bagi saya. Kemenangan saya bukan bererti kekalahan kepada peserta lain, lebih lebih lagi mereka turut melakukan yang terbaik malam ini," katanya dalam sidang media yang diadakan selepas konsert itu berakhir.
Ditanya apakah kelebihannya sehingga dinobatkan sebagai juara, akui Hafiz, semuanya terletak di tangan pengundi.
"Saya telah memberikan 120 peratus malam ini, saya telah melakukan sebaik mungkin. Bagaimanapun, kemenangan saya kerana peminat dan pengundi yang sentiasa menyokong saya. Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan kemenangan ini, tetapi pengundi mempunyai kuasa untuk membuat pilihan, katanya.
Mengulas lanjut mengenai penglibatannya bersama Mania, Hafiz berkata, menyertai program itu memberi ruang baginya untuk memperbaiki diri menjadi penyanyi yang cemerlang.
Pengalaman bersama program ini sangat hebat. Malah, sebagai peserta kita perlu membuat persediaan untuk segala-galanya. Ini termasuklah dari segi pemilihan pakaian untuk persembahan itu sendiri. Selain itu, mendapat bimbingan daripada Ahmad Dhani adalah pengalaman terbaik dan tidak dapat dilupakan," katanya.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani. Menariknya, sebagai persembahan pembukaan, peserta tersingkir seperti Awi Rafael, Akim, Shila Amzah dan Adira turut menyanyikan beberapa buah lagu medley bersama penerbit muzik mereka. Pentas menjadi lebih hangat apabila Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings turut diundang sebagai penyanyi jemputan.
Kagum Kemampuan Hafiz
Bagi Ahmad Dhani, walaupun Hafiz berjaya bergelar juara namun dia yakin anak didiknya itu boleh memberikan yang lebih baik pada malam tersebut.
"Saya tidak meletakkan harapan Hafiz menjadi juara bagaimanapun, saya bersyukur kerana nasib berpihak kepadanya. Hafiz menyanyikan lagu I Believe I Can Fly dengan sangat baik dan saya tidak pernah sangka ada orang asia mampu menyanyi lagu itu dengan baik sekali," pujinya.
Ditanya mengenai hala tuju Hafiz bersamanya, Ahmad Dhani berkata, dia sudah mempunyai perancangan bagi Hafiz pada masa akan datang.
"Saya akan membawanya ke Indonesia, bagaimanapun penerimaan peminat muzik di sana masih belum diketahui. Harapan saya, semoga Hafiz diterima di sana, berjaya atau tidak kita tunggu sahaja nanti," katanya lagi.
Akur Keputusan Pengundi
Meskipun Stacy hanya berada di tangga kedua, penyanyi kelahiran Sabah ini akur dengan keputusan yang telah dibuat pada malam itu. Menurut Stacy, dia tidak menduga kemenangan berpihak kepada Hafiz.
"Sudah pasti saya meletakkan impian untuk bergelar pemenang, bagaimanapun, saya membuat jangkaan gelaran juara itu dimiliki oleh Hazama. Apa pun, semuanya sudah berakhir dan saya bangga dengan kejayaan Hafiz," katanya.
Ditanya adakah berbaloi apabila usahanya hanya mampu meletakkan dia sebagai naib juara, jelas Stacy, dia tahu dia telah melakukan yang terbaik pada malam itu.
"Keputusan di tangan pengundi tetapi ini tidak melemahkan semangat saya. Mungkin ia membuktikan banyak lagi perkara dan ilmu dalam bidang ini yang saya perlu pelajari. Tidak bermakna kalah itu menjadikan kita berasa rendah diri dan tidak percaya kepada kemampuan diri. Kita perlu berfikir secara positif, perbaiki diri dan berikan yang lebih baik lagi," katanya.
Jelasnya, sebagai peserta Mania, dia berbangga kerana telah melayakkan diri ke peringkat akhir.
"Menyertai Mania menjadikan saya lebih berilmu dalam bidang ini, pelbagai pengalaman telah ditimba lebih-lebih lagi berada di bawah naungan Datuk M Nasir," katanya yang meraih undian sebanyak 22 peratus.
Ditanya alasan dia memilih untuk menyanyikan lagu berirama balada, jelas Stacy, ia adalah satu pertaruhan baginya untuk menonjolkan kemampuan sebagai penyanyi serba boleh. "Di sini saya mahu peminat melihat apa yang mampu saya lakukan. Mereka telah kenal saya dengan lagu-lagu yang berentak 'fast' dan pop, tetapi saya juga mampu membawakan irama lain,' katanya.
Stacy yang membawakan lagu Takkan Melupakanmu dan Cinta berduet bersama Fiq, membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000,000 beserta topi.
Hafiz lebih popular!
Sementara itu, Jaclyn Victor tidak pulang dengan tangan kosong apabila tempat ketiga menjadi miliknya selakigaus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.
Berbicara mengenai kekalahannya, Jac yang tampil mempersembahkan lagu Kenangan Terindah dan Arjuna berduet bersama Tiar Jinbara berkata, dia sudah terima perkata itu sejak awal lagi.
"Saya memang tidak meletakkan harapan untuk bergelar juara. Walaupun ketika konsert mingguan saya sering di tangga teratas namun ia tidak membuktikan kejayaan saya maam ini. Lagipun, saya yakin Hafiz lebih popular daripada saya. Saya tahu mereka tahu siapa Jaclyn Victor, bagaimanapun Hafiz mempunyai kelebihan di mata pengundi," ujarnya.
Sourc : sinar harian
Hafiz Nak Buat Apa Dengan RM500,000?
Kalau minggu lepas Paknil jemput dia, minggu ni pun Paknil jemput dia lagi. Seperti yang dijanjikan, Paknil bawakan juara Mania pertama, Hafiz!
Murah rezeki anak didik yang berada di bawah empayar hijau, Ahmad Dhani ni sebab Hafiz bukan sahaja pulang dengan gelaran juara tetapi juga bawa pulang RM500,000! Banyak tu!Jadi Paknil nak tanya empunya badan ni sendiri, benda pertama sekali Hafiz nak buat sebaik sahaja duit kemenangan ni Hafiz dapat. Mesti semua nak tau kan dia nak guna duit ni untuk apa?
Dah menang tu, Paknil nak tanya juga Hafiz ni tentang impiannya. Dia ada sebut tentang Siti Nurhaliza tapi tentang apakah sebenarnya? Paknil pun ada dengar kontroversi yang melanda Hafiz sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara Mania. Kontroversi apa tu Hafiz?
Kalau nak tahu lagi, jangan lupa dengar Carta Era 40 pada hujung minggu ini!
Source : www.era.fm
Thursday, May 24, 2012
HAFIZ @ AVON MOTHER'S DAY EVENT, 20th May 2012
Hafiz performed 3 songs at Avon Mother's Day event held at Sg. Wang Plaza the day after he was crowned as Mania Superstar. He did 'Ombak Rindu' with Shila Amzah, and also 'Watak' and 'Awan Nano'. He charmed the audience with his easy-going manner.
A true superstar indeed!
Wednesday, May 23, 2012
“Kejayaan Ini Atas Gabungan Usaha Saya & Pengundi” – Hafiz
Mania sudah melabuhkan tirainya pada Sabtu yang lalu dengan menyaksikan Penyanyi Lelaki Popular ABP iaitu Hafiz berjaya menjadi Juara pertama hasil undian sms.
Crew kami berkesempatan menemubual Juara Mania ini semasa sidang media berakhir dan jelas terpancar wajah kepuasan setelah beberapa minggu berjuang di pentas Mania sehingga mampu merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.
Source : http://buahmulut.com
JoHaRa Pagi ERA bersama Hafiz (Juara Mania!)
Mania Astro Hafiz Selepas Persembahan Minggu Akhir
Tuesday, May 22, 2012
FROM NOTAHATI BLOG....
A little aknowledgement for this wonderful blog called Notahati, u can reach them at http://www.notahati.com/ ...... thanx for the coverage and pictures guys..... :)
Semalam 20 Mei 2012 segala persoalan telah terjawab mengenai siapakah yang bergelar juara bagi pertandingan mencari superstar dalam galaksi bintang 'Mania' dan merangkul gelaran Superstar Mania 2012. Setelah 10 minggu berteka teki, akhirnya pada konsert akhir Mania pada malam tadi yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil telah menyaksikan Hafiz dinobatkan sebagai Juara Mania 2012 dan seterusnya bergelar Superstar Mania.
Sebelum keputusan diumumkan, terdapat pelbagai andaian mengenai siapa yang bakal bergelar juara dan bakal membawa pulang RM500 ribu. Ada yang menjangkakan Hazama, Jaclyn Victor, Aril, Stacy dan tidak dilupakan, Hafiz untuk bergelar Superstar Mania. Namun Hafiz telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Superstar Mania yang dicari-cari.
Walaupun masing-masing mempunyai kehebatan dan aura tersendiri nampaknya Hafiz, yang bernaung di bawah empayar hijau yang dibimbing oleh penerbit Ahmad Dhani telah berjaya memikat hati penonton dan pengundi seterusnya mengatasi peserta-peserta lain.
Pada persembahan pertama, Hafiz telah membawakan lagu 'Beribu Sesalan' yang dipopularkan 3 Suara iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura. Lagu ini telah didendangkan bersama artis jemputan iaitu Siti Sarah Raisuddin dan ternyata gabungan vokal mereka menghasilkan satu persembahan yang mantap dan memukau para penonton.
Kami dari NotaHati turut terpukau dengan kehebatan beliau. Kemudian pada persembahan kedua pula Hafiz membawakan lagu 'I Believe I Can Fly' yang pernah dipopularkan oleh R.Kelly. Menerusi lagu ini, kehebatan vokal Hafiz dan aura Superstar terserlah.
Hafiz yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-7, turut dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu yang ke-26 (AJL26) pada bulan Januari yang lepas menerusi lagu Awan Nano. Ternyata tahun 2012 merupakan tahun kegemilangan Hafiz kerana berjaya merangkul dua gelaran Juara dalam tempoh setengah tahun pertama.
Seperti mana kita semua tahu, kejayaan seseorang artis itu bergantung kepada peminat-peminat dan penyokong yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada artis pujaan mereka. Walau sekecil mana pun jumlah peminat itu tetapi mereka tetap penting dalam menaikkan nama seseorang artis.
Setelah berakhirnya Konsert Akhir Mania semalam, kami dari pihak Notahati sempat menemuramah ibu Hafiz bagi mendapatkan komen dan perasaan beliau apabila Hafiz diumumkan sebagai Superstar Mania 2012.
(too bad the vc has been taken down due to the content from Astro Malaysia (Digital Five Sdn Bhd) who has blocked it on copyright grounds)
Dalam temuramah tersebut ibu Hafiz ada menyatakan bahawa Hafiz akan mengadakan majlis bagi menghargai peminat dan juga penyokong beliau yang selama ini setia bersama beliau dan keluarga dalam memberikan sokongan dan galakan.
:)
SUPERSTAR ANAK SARAWAK
"Saya tidak tahu lagi apa yang hendak saya lakukan dengan wang kemenangan ini. Bukan tidak menaruh harapan, namun saya benar-benar tidak menyangka akan muncul sebagai juara Mania.
"Saya bukan mahu beri jawapan klise namun saya sejujurnya sangat takut dengan pertandingan pada kali ini. Bukan kerana tidak yakin, tetapi lihat saja finalis yang bertanding. Jaclyn Victor misalnya, dia bukan calang-calang pesaing malah cukup berpengalaman berbanding saya. Jadi, apa yang saya buat, bersiap-sedia dan memberikan lebih dari 100 peratus untuk persembahan malam ini," begitulah ekspresi Hafiz Suip tatkala diajukan perancangannya dengan wang kemenangan RM500,000 selaku juara Mania, Sabtu lalu.
Biarpun boleh dikatakan dia masih baru dalam industri ini, tidak menjadi penghalang buat juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu dinobatkan sebagai juara. Tidak dinafikan, walaupun baru bertapak beberapa tahun, bakat besarnya berjaya menyentuh hati dan membuka mata penggiat serta pengikut industri.
Nyanyiannya menerusi lagu I Believe I Can Fly (R.Kelly) pada malam itu umpama memberikan pembayang bahawa dia bakal bergelar juara ditambah lagi mendapat 'standing ovation' daripada Ahmad Dhani. Berentap dengan empat lagi finalis - Jaclyn Victor (Jac), Stacy, Hazama dan Aril, kelebihan sememangnya tertumpu kepada Hafiz memandangkan namanya cukup relevan dan sedang 'in' pada saat ini.
Walaupun terpaksa menukar lagu di saat-saat akhir, dia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan Ahmad Dhani untuk membawakan lagu hit Queen, Bohemian Rhapsody bagaimanapun tampak cukup selesa membawakan lagu itu ketika persembahan solonya. Manakala, menerusi persembahan duet, vokalnya hebat berpadu suara dengan Sarah Raisuddin mendendangkan Beribu Sesalan (3 Suara).
Meletakkan sepenuhnya kuasa ke tangan penonton untuk menentukan juara menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), sebaik undian ditutup, Hafiz mendahului finalis lain dengan 28 peratus. Apabila dijentik dengan gelaran Raja SMS berkaitan kemenangan kali ini, mengakui tidak sangka dengan kemenangan itu, Hafiz juga seperti yang lain, cuma mahukan persembahannya berjaya dan paling penting, memuaskan hati penyokongnya serta penonton pada peringkat akhir itu.
"Setiap hari saya mendapat permintaan daripada peminat untuk melakukan yang terbaik dalam final ini. Dengan harapan tinggi yang mereka sandarkan, saya tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka. Walaupun tahu persaingan pastinya sengit, saya cuba tampil dengan persembahan yang mampu memberi kesan.
"Seiring dengan objektif Mania yang ingin melahirkan superstar, bagi saya semua finalis adalah superstar. Apa jua yang berlaku selepas ini, saya tidak mahu meletakkan diri saya pada tahap lebih tinggi kerana banyak benda yang masih perlu dipelajari. Kemenangan ini adalah satu lagi anjakan pada karier seni dan saya amat bersyukur dengan kebolehan yang Tuhan kurniakan.
"Apa yang boleh saya katakan, saya bukan Raja SMS semata-mata, namu saya mempertaruhkan bakat serta kebolehan untuk berjaya dalam program ini," ujarnya.
Namun begitu, persaingan tidak dinafikan sebenarnya sangat sengit kerana masing-masing nampaknya tampil dengan persembahan 'all out'. Dijalankan secara dua pusingan, mereka juga diberikan peluang membawa artis kegemaran untuk berduet bersama mereka. Di sinilah penonton diberikan kuasa untuk menilai sama ada mereka layak membawa gelaran 'superstar'.
Biarpun awalnya undian Jac yang turut menjadi calon utama memenangi pertandingan itu ternyata jauh meninggalkan peratusan finalis lain, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dipintas sejurus undian ditutup. Mempersembahkan lagu solo medley Kenangan Terindah dan Gemilang serta nyanyian duet bersama Tiar Jinbara menerusi Arjuna, Jac akur dan berpuas hati di tempat ketiga.
"Sejak mengambil keputusan menyertai Mania, saya sudah menjangkakan kekalahan ini apatah lagi ia berpaksikan undian SMS. Lihat saja saingan saya, semuanya mempunyai penyokong yang kuat.
Saya akui, pada tahap ini saya tidak boleh mengharapkan lebih kerana format sudah ditentukan begitu.
"Bagaimanapun, saya sedikit kecewa dengan persembahan malam ini. Saya boleh buat lebih baik lagi namun masalahnya masa sangat terhad dan tida mengizinkan. Namun, tiada penyesalan dengan penyertaan kali ini kerana mengenali Jac, saya sorang yang suka mencabar diri dan akan terus mencuba selagi masih ada ruang.
"Biarpun gagal bergelar juara, tetapi pengalaman yang ditimba amat berharga dan kalau bukan kerana Mania, Ahmad Dhani juga tidak akan kenal saya dan menawarkan peluang untuk bekerjasama dalam projeknya di Indonesia. Saya tidak menganggap ini sesuatu yang negatif dan sekiranya ada lagi ruang seperti Mania selepas ini, saya tidak serik untuk mencuba," jelasnya.
Pada malam itu, selain Hafiz dan Jac, Stacy yang mendapat tempat kedua tampil hebat menerusi persembahan lagu Takkan Melupakanmu (Radja) dan Cinta duet bersama Fiq Mentor. Bekas juara AF9, Hazama juga tidak mengecewakan dengan mendendangkan lagu Saat Ku Idamkan (Searc) dan duet bersama Datuk Hattan dengan lagu Kepadamu Kekasih. Walaupun mendapat undian terendah, Aril juga tampil bertenaga menyanyikan Starlight (Muse) dan berduet dengan Ari Lasso menerusi lagu Isabella.
Terdahulu, pentas pertarungan dibuka dengan persembahan peserta tersingkir mengikut empayar, Awi Rafael, Adira dan Chaq bersama Aubrey Suwito dengan lagu Seribu Impian, Atilia, Akim dan Estranged bersama Ahmad Dhani (Empayar Hijau) dengan lagu Itulah Cinta dan Laskar Cinta dan Empayar Merah iaitu Shila Amzah dan Ebi bersama Datuk M.Nasir menerusi lagu Mentera Semerah Padi.
Turut memeriahkan pentas, persembahan khas daripada Datuk Siti Nurhaliza dengan medley Mistikus Cinta (Dewa), Gemuruh (Faizal Tahir) dan Sejati (Wings). Manakala Wings yang menampilkan Awie menggegarkan pentas dengan menyanyikan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.
Sebaik undian ditutup, Hafiz unggul di tempat pertama, Stacy (22%), Jaclyn (22%), Hazama (19%) dan Aril (9%).
Selaku pemenang kedua, Stacy menerima wang tunai RM200,000 dan Jac, RM100,000 di tempat ketiga. Sementara itu, Ahmad Dhani juga berjaya membawa pulang wang tunai RM300,000 sebagai produser kepada juara.
Source : www.hmetro.com.my
HAFIZ JUARA MANIA
Hafiz (tengah) membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000.
Foto : Shaari Che Mat
KUALA LUMPUR : Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konset akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Suip, 22 mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 beserta trofi.
Menurut bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak menyangka mampu mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.
"Semoga hadiah tunai sebanyak RM500,000 ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.
Dalam pada itu, produser yang dipertanggungjawabkan sebagai penerbit Hafiz iaitu Ahmad Dhani turut menerima habuan sebanyak RM300,000.
Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM200,000 beserta trofi.
Manakala Jaclyn Victor berada di tempat ketiga, setelah berjaya mendapat hasil undia sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Pada pembukaan konsert tersebut, peserta-peserta yang telah disingkir seperti Adira, Shila Amzah, Akim, Awi Rafael dan Atilia telah membawakan beberapa lagu medley.
Bagaimanapun, kehangatan konsert lebih dirasai dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings.
Konsert Akhir Mania disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Prima.
Source : www.thestar.com.my
AHMAD DHANI TERKILAN DENGAN HAFIZ?
Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani yang juga merupakan produser muzik di bawah empayar Hijau bagi program Mania mengakui terkilan dengan juara program tersebut, Hafiz yang kononnya tidak mengikut kehendak beliau untuk menyanyikan sebuah lagu Inggeris pada konsert akhir Mania. Perkara ini diluahkan sendiri oleh beliau ketika ditemui sejurus selesai konsert akhir Mania, di Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam Sabtu.
"Sepatutnya Hafiz akan menyanyikan lagu 'Bohemian Rhapsody' nyanyian Queen di mana dia akan duet bersama Faizal Tahir, tapi dia tidak jadi menyanyikan lagu tersebut. Kami sudah berlatih lagu ini sejak Selasa lalu, namun saya hanya mengetahui dia tidak akan menyanyikan lagu tersebut beberapa jam sebelum konsert akhir berlangsung.
"Berdegup jantung saya dapat tahu perkara itu kerana bagi saya, jika jadi dia menyanyi, akan lagi 'best' persembahannya. Tidak dinafikan saya agak kecewa juga dan bagi saya dia kurang yakin untuk menyanyikan lagu tersebut. Sejujurnya saya tidak menjangkakan dia akan menang melainkan dia menyanyi lagu tersebut," ujar Ahmad Dhani dalam pada masa yang sama tidak menafikan Hafiz seorang yang berbakat besar.
"Cabaran saya dalam program ini tidak terlalu besar kerana Hafiz seorang yang berbakat. Memang benar apa yang saya cakap selepas dia selesai menyanyi lagu 'I Believe I Can Fly', di mana saya tak menyangka penyanyi Asia boleh menyanyi sehebat ini. Bagi saya, dia mempunyai suara yang bagus.
"Malah, saya juga dalam proses merakamkan lagu untuk Hafiz bagi pasaran Indonesia.
Konsepnya saya belum fikirkan lagi tapi saya sudah punya bayangan. Yang pasti, saya akan memaksimakan bakat dia dan tidak akan mengubah ciri-ciri yang ada pada dia. Selain Hafiz, saya juga akan cipta lagu untuk Stacy serta Jac dan berkemungkinan juga untuk Alyah dan juga Shila Amzah.
"Mengenai sejauh mana pendengar Indonesia dapat menerima mereka, saya tak pernah jamin, tapi saya hanya akan berusaha yang terbaik untuk membawa mereka ke pasaran Indonesia," ujar Ahmad Dhani sambil mengharapkan program Mania diteruskan lagi.
"Mania merupakan satu pertandingan muzik yang sangat bagus. Di Indonesia, program sebegini tidak ada lagi dan saya harap program ini harus diteruskan tidak kita sama ada bersama saya ataupun tanpa saya. Bagi saya, banyak lagi penyanyi Malaysia yang bagus," ujar Ahmad Dhani yang turut menerima RM300,000 dalam pertandingan tersebut.
Source : www.gua.com.my
HAFIZ RAJA SMS, RAMPAS GELARAN MAWI?
"Mawi lain, dia satu fenomena," ujar bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz merendah diri saat diberi jolokan Raja SMS baru merampas gelaran yang dipegang Mawi selama ini. Hafiz dinobatkan selaku juara program akhir Mania, iaitu sebuah pertandingan nyanyian yang menggunakan 100% undian SMS.
Konsert akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi ini menyaksikan Hafiz berjaya mendahului undian SMS sebanyak 28%, sekaligus menewaskan empat peserta akhir yang lain iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Aril dan Hazama.
"Mawi ada aura, saya tak ada aura. Apa yang saya boleh katakan, kemenangan ini adalah atas usaha peminat yang tak pernah putus-putus mengundi saya. Mereka dah penat undi saya, jadi saya mesti kena buat yang terbaik untuk mereka. Saya dah 'all-out' lebih 120% dan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang Tuhan beri kepada saya. Kalau saya kalah pun, saya mahu kalah yang bermaruah," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert.
Hafiz yang merupakan selebriti Mania di bawah Empayar Hijau bimbingan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani menyampaikan dua buah lagu, Beribu Sesalan duet bersama Siti Sarah Raisuddin dan I Believe I Can Fly nyanyian R.Kelly. Sewaktu selesai menyanyikan lagu keduanya itu, Hafiz menerima 'standing ovation' dari Ahmad Dhani yang mengakui keluar air mata mendengar nyanyian pelantun lagu 'Awan Nano' itu dan memberitahu tidak menyangka penyanyi Asia boleh menyanyi dengan sebegitu hebat.
"Saya tak pernah mendapat 'standing ovation' serta pujian sebegitu apatah lagi dari seorang produser terkenal yang arif dalam industri muzik. Ia satu perkara yang menakjubkan dan saya berasa amat berbesar hati dengan penghormatan sebegitu," ujar Hafiz yang berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi.
GUA sempat bertanyakan kepada Hafiz mengenai produser yang membimbingnya, Ahmad Dhani yang sedikit terkilan kerana Hafiz tidak menyanyikan lagu 'Bohemian Rhapsody' nyanyian kumpulan rock terkenal, Queen seperti yang dimintanya dan Hafiz menjawab, "Perkara ini ditukar saat-saat akhir. Selepas berbincang dengan pihak penerbitan, mereka juga bertanya kenapa perlu saya bawa dua buah lagu Inggeris, jadi saya memilih untuk membawa satu lagu Melayu. Saya bangga jadi Melayu dan sebab itulah saya menyanyi lagu Melayu. Sebagai penghibur, kita kena yakin dengan apa yang kita buat demi keselesaan diri kita.
"Apapun, saya seronok bekerja dengan beliau. Orang selalu ingat dia pendiam tapi bagi saya, tak kenal maka tak cinta. Dia seorang yang lawak dan pandai berjenaka. Dia memang bijak dalam industri muzik. Saya juga teruja dapat tawaran dari beliau untuk mengembangkan sayap di Indonesia. Dia seorang yang bagus dan Alhamdulillah, ini merupakan satu peluang untuk saya mencipta nama di sana."
Source : www.gua.com.my
HAFIZ SUPERSTAR MANIA!
Tirai konsert akhir Mania yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi menyaksikan penyanyi popular, Hafiz, dinobatkan sebagai juara dengan undian tertinggi sebanyak 28%. Kemenangan Hafiz di pentas galaksi Mania ini sekaligus melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi atas kemenangan ini. Terus-terang saya katakan, kemenangan ini memang tidak dijangka kerana saya anggap semua finalis yang bertanding adalah superstar. Alhamdulillah, kemenangan saya bukan saja atas usaha saya seorang, tapi atas usaha peminat yang mengundi saya. Jika mereka tidak mengundi, belum tentu saya akan menang dan bagi saya, tanpa peminat, siapalah saya.
"Terima kasih kepada pengundi, ibu bapa, produser muzik saya, Ahmad Dhani dan pihak pengurusan yang banyak membantu menguruskan kerjaya saya selama ini selain menjadi tulang belakang kepada saya," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media sejurus selepas konsert selesai.
Hafiz yang tampil dengan persembahan memukau menyanyikan lagu Beribu Sesalan duet bersama Siti Sarah Raisuddin serta lagu I Believe I Can Fly, berjaya mengalahkan empat peserta akhir yang lain iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan juga Aril.
Tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM200,000 pula disandang oleh Stacy yang menyampaikan lagu Takkan Melupakanmu dan Cinta. Manakala Jaclyn Victor mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000. Produser Ahmad Dhani selaku produser Hafiz di bawah empayar Hijau pula tidak pulang dengan tangan kosong dengan berjaya membawa pulang wang tunai RM300,000.
Source : www.gua.com.my
AHMAD DHANI KECEWA DENGAN HAFIZ
KUALA LUMPUR, 21 MEI 2012 : Meskipun gelaran Juara Superstar Mania sudah pun dinobatkan kepada Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz atau Hafiz Suip, namun produser yang bertanggungjawab membimbingnya, Ahmad Dhani akui tetap kecewa.
Ahli kumpulan Dewa, Ahmad Dhani berkata dirinya tetap kecewa dengan Hafiz kerana telah menolak permintaannya yang sepatutnya mahukan penyanyi lagu Awan Nano itu menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody pada malam akhir Mania, Sabtu lalu.
"Sebenarnya saya mahukan Hafiz menyampaikan lagu Bohemian Rhapsody dalam persembahannya tetapi dia degil dan menggantikan lagu tersebut dengan lagu Beribu Sesalan berduet dengan Siti Sarah di saat akhir.
"Kami sudah berlatih sejak Selasa lalu dan saya sudah mencadangkan agar dia duet lagu tersebut dengan Faizal Tahir tetapi saya hanya mengetahui di saat-saat akhir dia membatalkannya.
"Meskipun dia sudah bergelar juara tetapi saya tetap kecewa kerana saya sudah dapat gambarkan dia dapat membuat persembahan jauh lebih hebat daripada yang sudah dia lakukan di pentas akhir ini," katanya yang ditemui selepas selesai konsert akhir Mania.
Selain Beribu Sesalan, Hafiz turut mendendangkan sebuah lagu Inggeris berjudul "I Believe I Can Fly" di pentas akhir Mania yang seterusnya melayakkannya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania.
Sungguh pun begitu, Ahmad Dhani tetap memuji bakat yang ada pada Hafiz yang sukar dilihat sebagai penyanyi Asia.
"Terus-terang, selepas melihat persembahan Hafiz menyanyikan lagy "I Believe I Can Fly", saya tak menyangka wujudnya penyanyi Asia sepertinya yang boleh menyanyikan sehebat penyanyi antarabangsa.
"Bagi saya, dia mempunyai suara yang bagus. Oleh itu, saya akan memaksimakan bakat dia dan tidak akan mengubah ciri-ciri yang ada pada dia untuk single terbarunya nanti," jelasnya.
Ahmad Dhani telah menerima wang tunai RM300,000 di atas kemenangan Hafiz pada malam tersebut.
Sementara itu, Hafiz memberitahu dia sengaja menolak permintaan pembimbingnya demi seimbangkan persembahannya dalam pentas akhir Mania.
"Semasa dia meminta saya menyanyikan lagu Inggeris tersebut, saya sudah ada sebuah lagu "I Believe I Can Fly". Saya yakin boleh memberikan yang terbaik semasa persembahan.
"Jadi jika saya sudah ada sebuah lagu Inggeris, sudah tentu saya mahukan sebuah persembahan lagu Melayu untuk seimbangkan persembahan saya.
Hafiz bakal berkolaborasi dengan Ahmad Dhani untuk single terbaharunya di Indonesia tidak lama lagi.
Source : www.murai.com.my
Hafiz Harap Kemenangan Tidak Dipertikai
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2012 : Jangkaan ramai pihak terhadap gelaran Juara Mania agak meleset kerana bukan Jaclyn Victor, sebaliknya ia disandang oleh penyanyi Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip.
Malah Juara AF7 itu akui agak terkejut dengan keputusan tersebut dan berharap kemenangannya tidak dipertikaikan kerana semua berserah kepada pengundi sepenuhnya.
"Daripada awal lagi, terus-terang saya sangat gementar serta tidak mahu memikir langsung mengenai kemenangan. Sebaliknya hanya fokus kepada persembahan.
"Apabila diumumkan sebagai pemenang saya terkejut dan tidak menyangka sama sekali tetapi saya terima sebagai rezeki daripadaNya.
"Secara jujurnya saya telah menjangkakan Jaclyn Victor menang kerana sebelum ini kedudukannya boleh dikatakan sentiasa berada di atas sepanjang minggu," katanya.
Hafiz ditemui selepas berakhirnya konsert Mania peringkat akhir yang berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam semalam.
Dengan kemenangan itu, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.
Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir. Bekas Juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000, beserta trofi Mania. Manakala Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito jatuh di tempat ketiga, membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.
Dalam pada itu, Hafiz turut menyangkal gelaran Raja SMS selepas sekali juara dalam pertandingan yang hanya melibatkan undian SMS seperti sebelum ini dia juara AF7.
"Saya rasa gelaran itu tak patut diberikan kepada saya selain Mawi kerana Mawi memang layak dengan gelaran tersebut kerana dia benar-benar telah menjadi satu fenomena.
"Bagi saya kejayaan saya kali ini kerana usaha kuat saya sendiri seterusnya anugerah dan rezeki daripada Tuhan," luahnya.
Sementara itu, Hafiz turut ditanya bagaimana persiapannya sebagai Superstar Mania akui dirinya masih kerdil dan banyak lagi yang perlu dipelajari.
"Saya anggap semua yang berada di peringkat akhir ini merupakan superstar. Malah, bagi saya walaupun sudah bergelar Juara, banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi yang terbaik terutama harapan orang terhadap saya selepas ini," tambahnya lagi.
Hafiz bakal berkolaborasi dengan Ahmad Dhani untuk single terbaharunya di Indonesia tidak lama lagi.
Source : www.murai.com.my
HAFIZ JUARA GALAKSI MANIA
KUALA LUMPUR, 19 MEI 2012 : Juara Akademi Fantasia musim ke 7 (AF&), Hafiz telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai Juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung sebentar tadi.
Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekaligus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu. Kemenangan Hafiz telah diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi.
Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.
Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir. Bekas Juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.
Tempat ketiga pula dirangkul Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito. Juara Malaysian Idol itu membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.
Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Berikut adalah lagu-lagu yang disampaikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir sebentar tadi :
Empayar Biru
Jaclyn Victor : 1) Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara 2) Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)
Empayar Merah
Stacy : 1) Takkan Melupakanmu (Radja) 2) Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti) duet bersama Fiq Mentor
Hazama : 1) Saat Ku Idamkan (Amy Search) 2) Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Datuk Hattan
Empayar Hijau
Hafiz : 1) Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin 2) I Believe I Can Fly (R.Kelly)
Aril : 1) Starlight (Muse) 2) Isabella (Search) duet bersama Ari Lasso
Dua lagenda Superstar iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings sebagai artis undangan pada final ini. Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan medley lagu-lagu ciptaan pada produser muzik Mania manakala kumpulan Wings menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.
Konsert Akhir Mania, turut dipancarkan secara langsung ke saluran Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.
Source : www.murai.com.my
Monday, May 21, 2012
CONGRATS HAFIZ, MANIA'S 1ST SUPERSTAR!
Hafiz created history again 3 days after his 3rd anniversary as AF7's Champion, by winning the coveted title as MANIA's SUPERSTAR! For the final concert which was held on 19th May 2012 at Dewan Sri Putra Bukit Jalil, each star sang 2 songs. Hafiz chose 3 Suara's "Beribu Sesalan" as his opening number, a rousing duet with Sarah Raisuddin. Both their vocals complimented each other's so well. Dressed by Ervan Azmi, Hafiz looked ravishing.
His second song was R.Kelly's "I Believe I Can Fly", his anthem song. Hafiz wowed us when he first sang this song 3 years ago during AF7's 9th concert. And again, he had the audience eating out of his palm with an even more rousing performance of the same song. This time with more confidence and maturity. He finished the song grandly with a salute from Ahmad Dhani. AD said he cried when listening to Hafiz's great rendition, saying that he had never heard an Asian singer who could sing that song so well! What a compliment! The audience, particularly his die-hard supporters were in frenzy!
Despite those great performances, still what determines an artiste's winning in this competition was still the sms votes from fans and families alike. When the show opened, Hafiz was at the 4th position, which made us quite down in the beginning. But that didn't dampen our spirits to keep on voting for him. Thank God the phone lines were clear till the end. Some time in the middle, they showed the positions again. And Hafiz's was getting better each time. But don't be complacent. Especially during the last half hour, we were so thrilled to see that the difference between Hafiz and Jac was only 3%! OMG!! We can't give up just yet... some last minute calls and smses to our people were done and after the line was closed, we can only pray.
And alhamdulillah...the results was truely satisfying! Hafiz won with 28% votes while Stacy ends up at
2nd place while Jaclyn Victor finished 3rd! Yeayyyy!! We did it!! Thanx to all voters and supporters out there who voted endlessly till the end and made sure our mission to make Hafiz as MANIA SUPERSTAR a success!! And indeed we did!!!
Hafiz is now MANIA's 1st SUPERSTAR! No doubt about it!
A hearty congratulations from us all at HAFIZFC......
We love you Hafiz! Always will do..... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)