Tuesday, May 22, 2012

HAFIZ JUARA MANIA

Hafiz (tengah) membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000.
Foto : Shaari Che Mat


KUALA LUMPUR : Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konset akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Suip, 22 mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 beserta trofi.

Menurut bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak menyangka mampu mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.

"Semoga hadiah tunai sebanyak RM500,000 ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

Dalam pada itu, produser yang dipertanggungjawabkan sebagai penerbit Hafiz iaitu Ahmad Dhani turut menerima habuan sebanyak RM300,000.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM200,000 beserta trofi.

Manakala Jaclyn Victor berada di tempat ketiga, setelah berjaya mendapat hasil undia sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Pada pembukaan konsert tersebut, peserta-peserta yang telah disingkir seperti Adira, Shila Amzah, Akim, Awi Rafael dan Atilia telah membawakan beberapa lagu medley.

Bagaimanapun, kehangatan konsert lebih dirasai dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings.

Konsert Akhir Mania disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Prima.

Source : www.thestar.com.my












No comments:

Related Posts with Thumbnails