WARTAWAN SINAR HARIAN
21 MEI 2012
Debaran program realiti terbitan Astro, Mania berakhir apabila Hafiz daripada empayar Hijau, dinobatkan sebagai juara dalam konsert akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu. Bekas juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu, meraih undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi Mania.
Menerusi konsert akhir itu, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, berjaya mendahului empat lagi pesaingnya iaitu Hazama, Aril, Stacy dan Jaclyn Victor. Kejayaan Hafiz yang berada di bawah bimbingan Ahmad Dhani turut membolehkan penerbit muzik daripada Indonesia itu membawa pulang hadiah bernilai RM300,000.
Membawakan lagu solo I Believe I Can Fly, (nyanyian asal R.Kelly) dan Beribu Sesalan berduet bersama Siti Sarah (nyanyian asal Sheila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura), Hafiz nyata telah berjaya memikat hati peminat dan pengundinya dengan persembahan mantap. Menurut Hafiz, kemenangannya pada malam itu tidak pernah diduga.
"Alhamdulillah, mungkin sudah menjadi rezeki saya untuk bergelar superstar Mania yang pertama. Saya terkejut dan dalam masa sama gembira apabila nama saya diumumkan sebagai juara.
"Bagaimanapun, di dalam pertandingan ini semuanya superstar bagi saya. Kemenangan saya bukan bererti kekalahan kepada peserta lain, lebih lebih lagi mereka turut melakukan yang terbaik malam ini," katanya dalam sidang media yang diadakan selepas konsert itu berakhir.
Ditanya apakah kelebihannya sehingga dinobatkan sebagai juara, akui Hafiz, semuanya terletak di tangan pengundi.
"Saya telah memberikan 120 peratus malam ini, saya telah melakukan sebaik mungkin. Bagaimanapun, kemenangan saya kerana peminat dan pengundi yang sentiasa menyokong saya. Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan kemenangan ini, tetapi pengundi mempunyai kuasa untuk membuat pilihan, katanya.
Mengulas lanjut mengenai penglibatannya bersama Mania, Hafiz berkata, menyertai program itu memberi ruang baginya untuk memperbaiki diri menjadi penyanyi yang cemerlang.
Pengalaman bersama program ini sangat hebat. Malah, sebagai peserta kita perlu membuat persediaan untuk segala-galanya. Ini termasuklah dari segi pemilihan pakaian untuk persembahan itu sendiri. Selain itu, mendapat bimbingan daripada Ahmad Dhani adalah pengalaman terbaik dan tidak dapat dilupakan," katanya.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani. Menariknya, sebagai persembahan pembukaan, peserta tersingkir seperti Awi Rafael, Akim, Shila Amzah dan Adira turut menyanyikan beberapa buah lagu medley bersama penerbit muzik mereka. Pentas menjadi lebih hangat apabila Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings turut diundang sebagai penyanyi jemputan.
Kagum Kemampuan Hafiz
Bagi Ahmad Dhani, walaupun Hafiz berjaya bergelar juara namun dia yakin anak didiknya itu boleh memberikan yang lebih baik pada malam tersebut.
"Saya tidak meletakkan harapan Hafiz menjadi juara bagaimanapun, saya bersyukur kerana nasib berpihak kepadanya. Hafiz menyanyikan lagu I Believe I Can Fly dengan sangat baik dan saya tidak pernah sangka ada orang asia mampu menyanyi lagu itu dengan baik sekali," pujinya.
Ditanya mengenai hala tuju Hafiz bersamanya, Ahmad Dhani berkata, dia sudah mempunyai perancangan bagi Hafiz pada masa akan datang.
"Saya akan membawanya ke Indonesia, bagaimanapun penerimaan peminat muzik di sana masih belum diketahui. Harapan saya, semoga Hafiz diterima di sana, berjaya atau tidak kita tunggu sahaja nanti," katanya lagi.
Akur Keputusan Pengundi
Meskipun Stacy hanya berada di tangga kedua, penyanyi kelahiran Sabah ini akur dengan keputusan yang telah dibuat pada malam itu. Menurut Stacy, dia tidak menduga kemenangan berpihak kepada Hafiz.
"Sudah pasti saya meletakkan impian untuk bergelar pemenang, bagaimanapun, saya membuat jangkaan gelaran juara itu dimiliki oleh Hazama. Apa pun, semuanya sudah berakhir dan saya bangga dengan kejayaan Hafiz," katanya.
Ditanya adakah berbaloi apabila usahanya hanya mampu meletakkan dia sebagai naib juara, jelas Stacy, dia tahu dia telah melakukan yang terbaik pada malam itu.
"Keputusan di tangan pengundi tetapi ini tidak melemahkan semangat saya. Mungkin ia membuktikan banyak lagi perkara dan ilmu dalam bidang ini yang saya perlu pelajari. Tidak bermakna kalah itu menjadikan kita berasa rendah diri dan tidak percaya kepada kemampuan diri. Kita perlu berfikir secara positif, perbaiki diri dan berikan yang lebih baik lagi," katanya.
Jelasnya, sebagai peserta Mania, dia berbangga kerana telah melayakkan diri ke peringkat akhir.
"Menyertai Mania menjadikan saya lebih berilmu dalam bidang ini, pelbagai pengalaman telah ditimba lebih-lebih lagi berada di bawah naungan Datuk M Nasir," katanya yang meraih undian sebanyak 22 peratus.
Ditanya alasan dia memilih untuk menyanyikan lagu berirama balada, jelas Stacy, ia adalah satu pertaruhan baginya untuk menonjolkan kemampuan sebagai penyanyi serba boleh. "Di sini saya mahu peminat melihat apa yang mampu saya lakukan. Mereka telah kenal saya dengan lagu-lagu yang berentak 'fast' dan pop, tetapi saya juga mampu membawakan irama lain,' katanya.
Stacy yang membawakan lagu Takkan Melupakanmu dan Cinta berduet bersama Fiq, membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000,000 beserta topi.
Hafiz lebih popular!
Sementara itu, Jaclyn Victor tidak pulang dengan tangan kosong apabila tempat ketiga menjadi miliknya selakigaus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.
Berbicara mengenai kekalahannya, Jac yang tampil mempersembahkan lagu Kenangan Terindah dan Arjuna berduet bersama Tiar Jinbara berkata, dia sudah terima perkata itu sejak awal lagi.
"Saya memang tidak meletakkan harapan untuk bergelar juara. Walaupun ketika konsert mingguan saya sering di tangga teratas namun ia tidak membuktikan kejayaan saya maam ini. Lagipun, saya yakin Hafiz lebih popular daripada saya. Saya tahu mereka tahu siapa Jaclyn Victor, bagaimanapun Hafiz mempunyai kelebihan di mata pengundi," ujarnya.
Sourc : sinar harian
No comments:
Post a Comment